Tuesday, May 31, 2011

Cuti oh cuti!

assalamualaikum
mesti korg tertanya-tanyakan kenapa title post kali ni cuti oh cuti..
hurm..sebab sekarang fia tengah cuti..Yeah!!


Finally school holiday!


but the fact is so bored!

tak tahu nak buat apa kat rumah...sekarang my lovely cousin dah masuk U....tak tahu kenapa fia rasa yang fia akan rindukan abang long...maybe sebab fia rapat dengan abang long kot...dia macam abang bagi fia...kalau dulu takde bang ngah besar ada abang long...tapi dua-dua dah takde nanti fia rindu...diorang tu ibarat menghibur...kalau boring ada je lawak diorang cuba menceriakan kita orang...

hari ahad mak ngah buat kenduri sikit sebab keesokkan harinya abang long akan masuk U dah....abang long dapat UIA first year kat UIA PJ,second year baru kat UIA Gombak...fia sampai rumah mak ngah dah salam semua kat bawah terus naik atas...and nampak abang long tengah update blog...hurm...buat kali terakhir katanya...along-along...

pastu dah habis majlis main congkak dengan abang long tapi asyik abang long yang kalah...hehe sian betul...sori tau abang long 'ter'buli pulak...and pada hari tu baru fia tahu yang abang long pun minat NOVEL!!tak percaya betul...abang long baca karya Siti Rosmizah...bermula dengan Andai itu Takdirnya,Cinta kau dan aku dan Lafazkan kalimah cintamu...tapi abang long ada buku Cinta kau dan aku dengan Lafazkan kalimah cintamu...

Thanks to abg long bagi fia pinjam novel cinta kau dan aku,so tak adala bosan sangat...tu fia cakap kat abang long kalau fia tahu yang abang long suka baca novel boleh jugak fia bagi novel yang best kat abang long...hurm nak buat macam mana dah takde rezekikan...



Buku karya Siti Rosmizah yang abang long ada...

hurm...sukar fia nak cakap fia dengan abang long dah macam adik beradik dah sedih pulak dia nak masuk U...yang penting abang long belajar elok-elok kat sana fia doakan semoga abang long berjaya...amin


gonna miss you brother!
sampai sini je post su untuk kali ni...berjumpa lagi dipost yang akan datang...
assalamualaikum...:)

Wednesday, May 25, 2011

hari-hariku

assalamualaikum
hari-hari fia makin teruk...
dulu dia sering mesej fia tapi sekarang...entah mengapa selepas fia buat pengakuan berani mati tu makin fia ingat kat dia,makin fia rindu kat dia dan makin fia cemburu!
kalau dulu mungkin fia boleh kawal perasaan fia sebab dia tidak mengetahui perasaan fia dan fia hanya kaunter luahan perasaan baginya tapi kini?fia hanya bertepuk sebelah tangan...fia sedar siapalah fia mengharapkan cinta daripada lelaki seperti dia?

hanphone fia pulak asyik meragam je...susah nak mesej dengan dia...bila fia rindu fia akan tengok balik mesej dia...kalau tak pun fia akan tengok gambar dia....sungguh fia rindukan dia!kenapa adanya cinta?fia sering terseksa kerana cinta...cinta itu buta...cinta itu menyeksakan...cinta membunuh kehidupan!semua itu dirasai untuk gadis yang selalu bertepuk sebelah tangan macam fia...setiap malam fia kerap teringatkan dia....

dia,dia,dia...namanya kerap bermain di minda...namanya berada di hujung lidah...arghh!!!fia ni macam obses sangat dekat dia...fia tak tahu kenapa fia boleh jadi macam ni...cinta buat fia macam ni...andai fia tidak mengenali dia tentu semua ini tak akan berlaku...fia pasrah dan berserah kepada yang Maha Berkuasa...andai dia untuk fia maka suatu hari fia dan dia akan bersatu jika tidak fia ingin menjadi sahabatnya hingga akhir hayat ini...


my heart broken again...


tapi fia still sayangkan dia hingga akhir hayat fia...okla tu je untuk post kali ini....assalamualaikum...

Friday, May 20, 2011

Assalamualaikum
Semalam dengan hari ni memang hari malang untuk fia..ok mula-mula semalam fia balik daripada tuisyen,selipar fia licin masa nak lalu tepi pagar kaki fia tergelincir dan kaki kiri fia sakit...

Hari ni pulak masa balik daripada sekolah hati berbelah bagi sama ada nak stay atau nak balik then fia putuskan nak stayla so fia jalan masuk ke sekolah,tengah-tengah jalan sekali kaki fia terpelecok dan terus fia jatuh tergolek-golek aduh sakit giler,dah la jatuh dengan beg sekali memang sakitla...

Fia jatuh terduduk atas beg,pastu husna(adik hanisah) dengan syamimi(adik kak niezatul),tolong fia bangun dan duduk atas kerusi kat bus stop sekolah...muka,hidung,lutut dengan tapak tangan fia sakit,kain fia pulak koyak..

Balik fia jalan kaki di saat tula fia marahkan diri sendiri...adoi apela jadi dengan fia nikan?lutut kiri dengan hidung luka tapi lutut kiri,betis kiri,betis kanan,tapak tangan dengan bibir je yang sakit sampai sekarang..jalan pun tak betul dah..nak bangun pun sakit

Okla sampai sini je post untuk kali ni..jumpa lagi dipost yang akan datang...assalamualaikum =)

Wednesday, May 18, 2011

hari yang mendebarkan...16/5

Assalamualaikum

Sebelum tu,selamat hari guru!kepada cikgu-cikgu terima kasih sebab ajar fia dari tak tahu membaca sampai dh boleh baca novel...hehe
Jasa mu cikgu akan ku kenang sepanjang hayatku...

ok terus ke cerita fia...hari bermula seperti biasa..pada hari tu juga hari jadi Encik Sobri...hurm habis sekolah fia jaga koperasi kejap dengan Murni dan Ainna pastu fia pergi kejar sobri nak bagi hadiah dia...but bukan fia bagi ok...fia tolong sampaikan je...masa fia nak bagi hadiah tu...tibe-tibe Raja cakap "su,dia ada dalam kereta tu,terperanjat aku" fia just cakap "oh ye ke?" dalam hati dah dup-dap-dup-dap dah masa tu...fia pun buat don't know jela...pastu fia pegi pusat akses tira,fatin dengan hanisah ade...fia pun cakap kat tira yang fia jumpa dia...hanisah pulak pegi tambah dia nak khawin dah...tira pun sama...mak ai khawin?! wow gila la kalau bende tu betul...

petang tu fia nak pegi PJ ade rakaman Salih Yakoob I...follow...dia pulak mesej fia...fia pun layan dia...dalam bas fia duduk sorang-sorang sambil mesej dia...then....

I told him what I felt toward him...hurm fia pun tak tahu apa bende yang merasuk fia sampai fia nekad sangat nak bagitahu dia...setengah hati fia lega setengah lagi sedih takut dia tak nak kawan lagi dengan fia...hurm...sampai studio fia still tak boleh duduk diam-diam sampai tira tegur banyak kali...then handphone fia pulak habis battery...==' memang rasa nak campak je handphone tu...

last2 fia pinjam handphone cik miah...Thank You cik miah for your help..:D dh lepas balas mesej dia fia terus tukar balik sim card...then say thank you to cik miah...
lepas tu kita orang masuk studio huhu ramai gak la....best dapat jumpa azlan and the typewritter dan salih yaakob....

balik dah pukul 11 sampai rumah pukul 11 lebih...sampai fia terus charge handphone and on phone terus...then 2 messeges from him...fia terus balas...tapi dia tak reply pun...hurm takpela mungkin dia dah tidur ke busy ke kn? then pukul 5 pagi dia mesej fia lagi...fia nak balas tapi prepaid dah tamat tempoh...so fia biarkan je...hati fia betul-betul tak senang selagi fia tak balas mesej dia..tapi fia degilkan jugak suh tidur...

esok pagi pukul 12 lebih dia mesej fia lagi...Ya Allah fia tak senang betul so fia pinjam my mum punya handphone then mesej dia....I'm really sorry didn't mean to...hurm...but fia promise him malam tu fia ada prepaid but dia tak mesej pun...so takpela...

okla sampai sini je post fia untuk hari ni sampai berjumpa di post yang akan datang...assalamualaikum...:)

Saturday, May 14, 2011

12/5-THE WORST DAY EVER!

Assalamualaikum

12 Mei adalah hari paling teruk buat fia...
Sebab-sebabnya:
1.lambat gi sekolah ==
2.kh tak baca satu apa pun!nasib agama sempat baca..
3.jumpa dia!and it make my heart hurt ='(
4.dia mesej fia tapi hp prob so fia lambat terima mesej dia =(
5.lambat gi tuisyen =='

Hurm..semalam (13/5) fia stay kat sekolah..saja malas nak balik sebenarnya ==
fia lepak dengan alia...lia tanya dia tahu ke fia suka dia?fia just jawab entah...alia suruh fia luahkan perasaan kat dia...tapi dia dah ade gf!alia suruh fia cakap je tak payah nak buat apa-apa...

fia pikir ok jugak daripada fia asyik memendam perasaan lebih baik fia terus terang dengan dia..fia nekad la nak bagitahu dia..hurm okla sampai sini je post untuk kali ni...sampai berjumpa di post yang akan datang...assalamualaikum =)

Sunday, May 8, 2011

Hari yg menyeronokkan!

Assalamualaikum,
Hari ni fia nak cite pasal karnival info satu malaysia yang berlangsung pagi tadi hingga ke malam..pagi ade senaman lepas senaman ade pameran..mak fia berniaga jual mee hoon dengan mee goreng tapi kejap je sebab ayah fia dah bosan lagipun orang tak ramai..
Pukul 2 fia dengan haifa jaga pendaftaran pertandingan mewarna dengan pakaian beragam..Ya Allah fia,fatin dengan haifa dah pening kepala melayan karenah budak-budak di tambah pulak dengan karenah mak ayah budak..adoi sakit kepala fia mane taknye dengan bisingnye pastu tak beratur...pastu berebut-rebut nak daftar..aish sabar jela fia,haifa dengan fatin..
pastu kiteorang tengok pakaian beragam 5-6 tahun semua comel-comel!dah habis pakaian beragam kiteorang termasuk hanisah...lepas tu haifa balik dalam pukul 4 fia balik sebab fia rasa pening sangat macam nak pitam pun ade...
Malam tu kiteorang (budak-budak scoreA) prepare untuk koir...kelakar gila la fia ni memang cepat gemuruh sikit especially on stage..lepas habis kiteorang nyanyi ade marhaban pulak..
habis marhaban kiteorang tengok wayang cite HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH kat layar besar pulak tu..ramai ade..afnan shahir,yop,amir,afnan fitri,kak niezatul dan ramai lagi la..
Memang best la tengok cite tu sebab ramai kawan..habis cite tu semua terus balik..
Memang satu hari yang menyeronokkanlah!okla berjumpa lagi di post yang akan datang..Assalamualaikum..=)

Saturday, May 7, 2011

Minggu terbaik!

Assalamualaikum
Minggu ni fia rase adelah minggu paling best!macam-macam happen kat fia..
fia dah start exam dignostik..hari isnin minggu depan math pulak tu..adoi..pening kepala fia..hari khamis lepak kat sek sampai pukul 5..mula-mula fia lepak dengan ummi,raja dengan syamimi..pastu mimi dengan raja balik,ummi nak balik tapi tak jadi..then mikhail datang so kiteorang lepak 3 orang...
Banyak benda kiteorang buat..fia nak balik pukul 4 tapi ummi suh teman dia so fia teman dia..pukul 5 fia balik
Bnyk benda yang jadi tapi fia malas pulak nak menaip hehe...okla sampai berjumpa di post yang seterusnya...
Assalamualaikum..=)