Followers

Friday, May 20, 2011

Assalamualaikum
Semalam dengan hari ni memang hari malang untuk fia..ok mula-mula semalam fia balik daripada tuisyen,selipar fia licin masa nak lalu tepi pagar kaki fia tergelincir dan kaki kiri fia sakit...

Hari ni pulak masa balik daripada sekolah hati berbelah bagi sama ada nak stay atau nak balik then fia putuskan nak stayla so fia jalan masuk ke sekolah,tengah-tengah jalan sekali kaki fia terpelecok dan terus fia jatuh tergolek-golek aduh sakit giler,dah la jatuh dengan beg sekali memang sakitla...

Fia jatuh terduduk atas beg,pastu husna(adik hanisah) dengan syamimi(adik kak niezatul),tolong fia bangun dan duduk atas kerusi kat bus stop sekolah...muka,hidung,lutut dengan tapak tangan fia sakit,kain fia pulak koyak..

Balik fia jalan kaki di saat tula fia marahkan diri sendiri...adoi apela jadi dengan fia nikan?lutut kiri dengan hidung luka tapi lutut kiri,betis kiri,betis kanan,tapak tangan dengan bibir je yang sakit sampai sekarang..jalan pun tak betul dah..nak bangun pun sakit

Okla sampai sini je post untuk kali ni..jumpa lagi dipost yang akan datang...assalamualaikum =)

No comments: