Followers

Sunday, September 9, 2012

Cinta kita berdua Bab 1

Maira cepat la bersiap!kita dah lambat ni!”Sofia menjerit daripada tingkat bawah.”Ye kejap!”kini Maira pula yang menjerit dari tingkat atas.Hari ni adalah hari pertama Sofia ke sekolah baru.Sungguh Sofia merindui teman-teman di SMK SRI MUDA.Sofia rindu pada geng SGBM (Sweet Girl Brilliant Mind) Fifi,Karina,Nadia,Tina dan Suria.Kami berkawan sejak dari sekolah rendah lagi.Masa di sekolah rendah,kami berenam la yang paling kepoh kat sekolah tapi disebabkan keputusan kami tidak pernah menghampakan jadi cikgu-cikgu tak kesah akan sikap kami yang suka membuat bising.Pelajar-pelajar lain sudah sedia maklum dengan perangai kami.Kalau bising je mesti daripada geng kami tapi sekarang semua sudah jauh tapi itu tidak memutuskan ikatan persahabatan kami.

Maira adalah sepupu Sofia dan kami sebaya.Aku disuruh oleh kedua ibu bapa aku untuk tinggal bersama mak ngah aku kerana ibu bapa aku akan ke Johor kerana ingin menyelesaikan tugas mereka di sana.Memandangkan aku dan Maira satu sekolah,ibu bapa aku menyuruh aku tinggal bersama Maira untuk beberapa minggu.Aku tak kisah tinggal dengan mak ngah sebab mak ngah penyayang dan hubungan Maira dengan aku dah seperti adik beradik.Aku selalu bercerita masalah aku dekat dia.Dia selalu juga jadi penasihat tak bertauliah aku.Aku gembira bila dapat tinggal dengan mak ngah.Sekurang-kurangnya aku ada kawan untuk aku buat ulangkaji dan berkongsi cerita.

Pukul 7.15 minit pagi Sofia dan Maira sampai di depan pintu pagar SMK BANDAR SENTOSA.Aku bakal satu kelas dengannya.Sofia dan Maira beratur di belakang 3 Cemerlang.Semasa perhimpunan,Maira menyebut nama satu persatu guru-guru yang berada di tapak perhimpunan dan serba sedikit Sofia kenal guru-guru di sekolah ini.Di dalam kelas Sofia duduk di sebelah Maira.Maira mengenalkan Sofia kepada rakan sekelas dan Sofia mengenali seorang lelaki yang bagi Sofia penuh dengan misteri iaitu Nasri Amir.Ketika Maira mengenalkan Sofia kepadanya,dia memandang dengan pandangan yang sukar untuk Sofia tafsir.

Ketika waktu rehat,Nasri menegur Sofia.”Awak sekolah mana sebelum ni?” “SMK SRI MUDA”jawab Sofia sambil tersenyum.”Awak dah ada kekasih?”tanyanya dengan muka yang selamba.Sofia hairan mengapa Nasri Amir bertanya tentang kekasih.”Tak ada pun”jawab Sofia selamba.”Pelik gadis cantik seperti awak tak ada kekasih”katanya sambil senyum.Saat Nasri Amir mengukir senyuman Sofia rasa senyuman Nasri Amir yang paling menawan dalam dunia ni.Alahai sudah jatuh cintakah Cik Sofia dengan Encik Nasri Amir? “Kenapa pulak?saya tak cantik dan lagipun tak ada siapa nak dekat saya”Sofia membela diri.”Siapa kata awak tak cantik?awak cantik mesti ramai yang minat mungkin awak jual mahal sangat agaknya”katanya dengan muka selamba.Kring!dan bunyi loceng telah selamatkan Sofia daripada menjawab soalan Nasri.

Dalam kelas,Nasri duduk dibelakang Sofia dan dia sering memanggil nama Sofia.Sofia semakin rimas dengan sikap Nasri Amir yang suka mengacau Sofia ketika di dalam kelas.Persekolahan hari ini membosankan dan memenatkan.Sampai di rumah,Sofia bertanyakan kepada Maira tentang Nasri.”Maira,Nasri macam ek perangai dia?”tanya Sofia dengan penuh minat.”Dia tu pendiam dan suka menyendiri tapi aku pelik kenapa hari ni dia banyak cakap pulak”kata Maira dengan perasaan pelik.”Pendiam?suka menyendiri?Are you sure Maira?”tanya Sofia pelik.”Eh,kau kenal dia dulu ke aku kenal dia dulu?” “Mestilah kau”jawab Sofia sambil tersengih.”Tahu pun!dia tu sejak tingkatan 1 dia satu kelas dengan aku.Hah!yang kau tanya banyak-banyak pasal dia ni kenapa?dah jatuh cinta kat Nasri ke?”kata Maira sambil tersengih.”Tak ada la tadi masa rehat dia tegur aku.Dia tanya aku ada kekasih ke tak?lepas tu dia sibuk-sibuk cakap tak ada orang nak dekat aku mungkin sebab aku jual mahal sangat.Ada ke patut?”jawab Sofia geram.”Hihi baru hari pertama kat sekolah kau dah ada peminat.Untung la”kata Maira.

Peminat?maksud kau Maira?”tanya Sofia pelik.”Ish dia ni,tu pun tak faham.Kata je pandai tapi bab perasaan lembab nak tangkap.Buku novel pun berlambak aku tengok koleksi kau tapi tu pun kau tak dapat agak?”kata Maira.”Kau nak kata yang Nasri tu minat kat aku?”tanya Sofia bagai tak percaya.”Iye la cik Sofia oi!ingatkan kau tak faham lagi.”jawab Maira sambil membuat muka.’Betul ke Nasri minat kat aku?entah-entah dia tanya hanya sekadar mengambil tahu sebagai seorang kawan.Aku semakin bingung.Ah sudahlah!dia suka aku ke tak ke aku peduli apa.’

“Sofia,jangan biarkan Nasri tunggu kau lama-lama.”kata Maira sambil mengeyitkan mata.”Ape kau merepek ni Maira!”jerit Sofia.”Betul lah apa yang aku cakap.Jangan biarkan Nasri tunggu kau balas cinta dia lama-lama.Kesian dia.Aku dapat lihat sinar cinta untuk kau daripada mata dia”kata Maira dengan nada serius.”Ish kau ni,aku siku kang!Jangan merepek boleh tak?”jawab Sofia serius.”Terpulang kau la Sofia,aku dah cakap kat kau tapi aku harap kau jangan hampakan Nasri sebab dia seorang yang baik.Takde sape tahu tu melainkan aku.”kata Maira sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik air.”Ish,pelik la minah sorang ni”kata Sofia pelik.Dari dalam bilik air Sofia dengar Maira tengah menyanyi lagu cinta.’Tiba-tiba je nyanyi lagu cinta.Sebelum ni tak pernah-pernah pun.Kalau nyanyi pun mesti nyanyi lagu Korea.”Maira!kau ok ke tak ni?tiba-tiba hang nyanyi lagu cinta ni awat?”jerit Sofia.”Ala,aku nak nyanyi lagu cinta pun salah.Kalau aku nyanyi lagu Korea kau bising!”jerit Maira.’Ish budak ni tak nak kalah betul!tapi Maira memang boleh berbahasa Korea tapi setakat yang asas je.’Maira keluar daripada bilik air dengan muka tak puas hati.”Asal muka kau macam tak puas hati je?”tanya Sofia pelik.”Kau la mengganggu ketenteraman aku! Aku sedang seronok nyanyi melayan perasaan kau pulak duk sibuk!”jawab Maira geram.Sebenarnya masa rehat Maira terserempak dengan seorang lelaki.Mengikut daripada pakaian lelaki itu,Maira agak yang lelaki itu baru bersekolah di sini.

“Assalamualaikum”tegur Fairuz.Dia sebenarnya hendak mencari pejabat tapi nampaknya sekarang dia dah sesat.”Wa’alaikumusalam”jawab Maira sambil memandang ka arah suara yang member salam.”Cantiknya dia.”kata Fairuz tanpa dia sedar.Maira tercengang.’Apa ke pelik sangat lelaki ni?tapi muka boleh tahan kacak jugak! Alahai Maira jangan la nak mengatal’.Fairuz pura-pura batuk untuk melindungi malunya.Berdebar-debar juga jantungnya melihat Maira.’Apa kena pulak dengan aku ni?tiba-tiba je jadi macam ni’.”Saya nak tanya pejabat kat mana ye?Saya sesat la”tanya Fairuz.”Oh,mari saya tunjukkan.”kata Maira sambil menunjukkan jalan.”Nama saya Fairuz.Awak?”tanya Fairuz semasa mereka dalam perjalanan ke pejabat.”Maira.Awak pelajar baru ye?”tanya Maira sambil tersenyum manis.”Ha’ah,awak kelas apa?”tanya Fairuz.Entah kenapa dia berminat sangat nak berkenalan dengan gadis comel yang bernama Maira ini.”Kelas 3 Cemerlang.”kata Maira.”Awak tingkatan 3?”tanya Fairuz dengan penuh rasa pelik.Gadis ini nampak matang daripada usianya.Fairuz ingat Maira sebaya dengannya rupanya tidak.

”Ha’ah,kenapa?”tanya Maira.Kini Maira pulak pelik dengan perangai Fairuz.Kenapa Fairuz begitu terkejut ketika mengetahui bahawasanya dia berada di tingkatan 3.”Jadi awak kena panggil saya abang la”jawab Fairuz sambil mengeyitkan mata.”Kenapa pulak?”Maira dah pelik.Dah la tadi dia hampir nak pengsan bila nampak Fairuz mengeyitkan mata.”Sebab saya tingkatan 5,jadi awak kena panggil saya abang la.”jawab Fairuz dengan nada manja.Dia berasa senang ketika berada disamping Maira.”Oh,maafkan Maira kerana tak sopan dengan abang Fairuz.Maira tak tahu yang abang Fairuz ni lagi tua daripada Maira.”kata Maira dengan rasa bersalah.Bersalah kerana tidak sopan pulak dengan orang yang lebih tua daripadanya.

‘Alahai,macam mana nak jalan ni?lemah gemalai je bila dia panggil aku abang Fairuz.Rasa macam diawang-awangan je.Bestnya kalau hari-hari dia panggil aku abang tiap kali aku bangun tidur.’Fairuz mula memasang angan-angan.”Abang Fairuz,ini dia pejabat”.Maira tengok Fairuz sedang termenung.’Aik,tengah jalan pun boleh termenung?dia ingat kat siapa ek?alahai Maira kenapa macam cemburu je bunyinya.’Maira melambai-lambaikan tangannya depan muka Fairuz.”Abang Fairuz! Kita dah sampai pejabat ni”kata Maira dengan nada marah.Geram bila melihat Fairuz masih lagi termenung.”Abang Fairuz!”jerit Maira.Fairuz terperanjat mendengar jeritan Maira.”Oh,dah sampai ek?Abang masuk kejap tau.Maira tunggu sini”arah Fairuz sebelum dia melangkah memasuki pejabat sekolah.”La apasal pulak dia suruh aku tunggu ni?”kata Maira bingung.Maira tunggu kat luar pejabat sehingga Fairuz selesai.”Maira,masa rehat dah habis kan?”tanya Fairuz.”Ha’ah,Maira balik kelas dulu tau abang.Assalamualaikum.”jawab Maira sambil berlalu pergi.”Alahai Maira,cantik macam bidadari.Mungkin inikah dinamakan cinta pertama?”kata Fairuz sambil membayangkan Maira masih berada disisinya.Tanpa dia sangka,pindah ke sekolah baru telah melenyapkan kisah dukanya.


1 comment:

Tengku amy Darwish said...

oke aq bru nk mula bace ko nyer mini novel nie..komen aq cite nie menarik..serius x tipu tp mcm kurang something..hehe..aq akan terus bace sampai bab 6..nnti aq tlg bgtau ape yg kurang tuh..nway gud try beb..thumbs up.. :-)