Followers

Sunday, November 4, 2012

Cinta Kita berdua Bab 6


Selepas persekolahan,Maira dan Sofia menunggu di perhentian bas.Fairuz muncul beberapa minit selepas itu.Dia tersenyum bila terlihat kelibat Maira.’Alhamdulillah,dia tak hampakan permintaan mama’.

”Assalamualaikum,dah lama tunggu abang?”kata Fairuz sebaik saja tiba di perhentian bas.Maira cuba mengawal perasaan.Kalau ikutkan hati mahu saja dia menangis.Sofia melihat gerak geri Maira mengerti perasaan Maira waktu itu.

”Wa’alaikumusalam,baru beberapa minit.Mana mak abang?”Sofia menyelamatkan keadaan.”Kejap lagi.Mak abang cakap tadi dia dalam perjalanan ke sini”jawab Fairuz.

’Dia tetap tak nak cakap dengan aku.Pandang aku pun tak.Apa lagi aku nak buat ni.Terseksa kalau hari-hari macam ni.Jangan la diamkan diri je.Please Maira!Say something!’.Maira memandang kosong ke arah jalan raya.

Tiba-tiba sebuah kereta Swift menghampiri mereka.Fairuz terus mengajak Sofia dan Maira menaiki kereta.Maira dan Sofia duduk di belakang manakala Fairuz duduk di depan di sebelah mamanya.

”Dah lama tunggu ke?Maaf aunty lambat.Ada hal tadi tu yang lambat tu.”Puan Hasmah menerangkan kelewatannya.”Ala takpe,Fairuz pun baru je keluar ma.”jelas Fairuz sambil menyalam tangan mamanya.

“Kita pergi Wangsa Walk.Mama nak cari hadiah untuk majlis perkahwinan kawan aunty.Takpe kan?”ujar Puan Hasmah sambil memerhatikan dua orang gadis dengan cermin.”Oh takpe aunty,kita orang dah bagitahu umi yang kita orang balik lambat sikit”Sofia mewakilkan Maira.

Maira jadi bisu daripada perhentian bas tadi sampai dalam kereta.Dia tak tahu nak cakap apa.Dia kelu untuk berkata.Selalunya dia la yang paling bising.Ada sahaja benda nak dicakap atau borak.Sofia dari tadi cuba menenangkan Maira.Fairuz yang duduk di depan sedari tadi memerhatikan Maira daripada side mirror.Fairuz  berasa tak senang bila Maira mendiamkan diri.

Kereta Puan Hasmah meluncur laju.Maira tertidur ketika sampai di Wangsa Walk.Itu kelemahannya.Dia akan tertidur di dalam kereta kalau perjalanannya jauh.Fairuz ralit memerhatikan Maira.’Comel betul bila dia tidur’.

Di Wangsa Walk,Fairuz sibuk berborak dengan Sofia tapi Maira hanya mendiamkan diri.Puan Hasmah mengajak Maira berborak.”Maira dah lama kenal Fairuz?”tanya Puan Hasmah penuh minat.”Baru je aunty”jawab Maira dengan penuh sopan.

“Memang baru mama tapi Fairuz rasa macam dah lama kenal Maira.Macam ada chemistry pulak”seloroh Fairuz sambil memandang Maira.Maira sudah membulatkan matanya.’Sengaja tau dia ni.Nak bagi mak dia suka kat aku la tu.Alahai Fairuz,tak payahla buat semua tu.Tak berbaloi pun’

“Fairuz,mama tengah cakap dengan Maira bukan dengan kamu.Sibuk je”tegur Puan Hasmah.Maira terasa nak ketawa bila Fairuz ditegur oleh mamanya.’Padan muka!siapa suruh menyampuk kan dah kena marah’.Fairuz hanya tersengih.

Setelah selesai membeli hadiah,mereka menapak ke kedai buku.Fairuz ingin membeli buku rujukan.Sofia mengambil peluang untuk membeli novel.Puan Hasmah mengikuti Sofia dan Maira manakala Fairuz telah pergi mencari buku yang diperlukannya.

Sofia rambang mata melihat begitu banyak novel.Sofia memang hantu novel dan disebabkan itu Maira pun suka baca novel.Puan Hasmah yang memerhati gelagat Sofia dan Maira teringat akan arwah anak perempuannya,Farina.Anaknya meninggal kerana menghidap penyakit jantung.Farina akan teruja tiap kali dia ke kedai buku.Dia akan pergi ke bahagian novel dulu.

Farina satu-satunya anak perempuan Puan Hasmah dan Encik Farizal.Farina rapat dengan ibu bapanya tapi dia merahsiakan tentang penyakitnya.Dia tidak mahu ibu bapanya sedih atau risau tentang keadaannya.Puan Hasmah mengetahui tentang penyakit anaknya ketika anaknya pengsan.Ketika itu nyawa anaknya dihujung tanduk.Betapa terkejutnya mereka sekeluarga apabila mengetahui bahawa puteri mereka menghidap penyakit yang boleh membawa maut.

Allah lebih menyayanginya.Farina meninggal dalam dakapan Puan Hasmah.Hanya Allah yang tahu betapa peritnya bagi Puan Hasmah sekeluarga meneruskan hidup.Terutama sekali Puan Hasmah.Dia benar-benar merasa kehilangan Farina.Dia masih terasa Farina masih dengannya.Tanpa sedar air mata Puan Hasmah mengalir.”Mama?”Fairuz mengejutkan mamanya daripada kenangan lampau.Dia memegang bahu mamanya.Dia tahu mamanya teringat akan arwah kakaknya.

Puan Hasmah melemparkan senyuman kepada anaknya.Fairuz mengelap air mata yang membasahi pipi mamanya.Dia tahu perit bagi mamanya mahu menerima hakikat bahawa kakaknya sudah tiada lagi.
Puan Hasmah membayar semua buku termasuk novel yang Sofia dan Maira mahu membelinya.Lalu mereka ke rumah Fairuz kerana mamanya mengajak Sofia dan Maira makan tengah hari di sana.
Sampai saja di perkarangan rumah Fairuz,Maira dan Sofia terpegun akan keindahan taman di rumah Fairuz.Maira membulatkan matanya saat Fairuz berbisik “Ni akan jadi rumah Maira kalau Maira jadi isteri abang”.Fairuz hanya ketawa melihat reaksi Maira.

“Maira dengan Sofia duduk la dulu.Aunty nak siapkan makanan kejap”ujar Puan Hasmah sambil berlalu pergi ke dapur.Maira mengikuti Puan Hasmah ke dapur.Dia tidak betah duduk di meja makan dengan Fairuz lama-lama.

“Biar Maira tolong aunty”kata Maira sambil melemparkan senyuman.”Mairakan tetamu aunty.Biar aunty buat,Maira pergi je duduk depan borak dengan Fairuz”Puan Hasmah serba salah ketika Maira mengulurkan bantuan untuk membantunya menghidangkan makanan.

Akhirnya Puan Hasmah membiarkan Maira membantunya.Maira menghantar lauk ke hadapan.Fairuz ralit memerhatikan  Maira menyusun makanan di atas meja.Muka Maira mula bertukar merah saat dia perasan yang Fairuz asyik memerhatikannya.

“Fairuz!apa ni tengok anak dara orang macam nak terkeluar biji mata tu?mama tahu la Maira lawa tapi tak payah la kamu tengok dia macam tu.Dah merah dah muka dia”tegur Puan Hasmah sambil ketawa.
Fairuz tersedar akan ketelanjurannya jadi malu sendiri.’Aduh!macam mana boleh ralit sangat bila tengok dia?kan dah malu.Fairuz kawal sikit perasaan kau.’

 Selesai saja makan,Fairuz bergerak ke piano kesayangannya.Fairuz mula memainkan lagu.Maira terpegun ketika Fairuz memainkan piano.Fairuz memainkan lagu Yakinlah Aku Menjemput Mu.Maira terasa hangat di tubir matanya.Orang yang dia sayang sedang menyanyikan lagu kesukaannya.

Fairuz tujukan khas lagu itu untuk Maira.Dia meluahkan rasa hatinya.Dia ingin Maira tahu yang dia akan sentiasa ada untuk Maira.Maira menghampiri Fairuz dan dia memerhatikan Fairuz.Fairuz berhenti bermain piano dan dia memandang wajah Maira.Terdapat air jernih di tubir matanya.

“Kenapa Maira lari daripada abang?Apa salah abang pada Maira?Abang cuma ingin melindungi Maira.Abang ingin selalu berada di sisi Maira kala senang dan susah”terang Fairuz.

“Abang tak akan faham.Maira lakukan semua ni untuk kebaikan semua.”Maira melarikan matanya daripada terus direnung oleh Fairuz.”Kenapa Maira menidakkan apa yang Maira rasa?Maira tahu tak,apa yang Maira lakukan ni bukan untuk kebaikan tapi ianya menyeksa abang dan Maira sendiri.Kenapa Maira buat macam ni kat abang?”Fairuz memegang lengan Maira dan dia memaksa Maira untuk menatap matanya.

Maira menundukkan wajahnya.Dia tidak mampu untuk menatap wajah Fairuz.Hatinya pilu dan bila-bila masa saja air jernih di tubir matanya akan menitis.Fairuz memujuk agar Maira memandang wajahnya dengan lambat Maira memandang wajah Fairuz.Air matanya hanya menunggu masa untuk menitis.”Kenapa Maira nangis?”Hati Fairuz sedih melihat air mata Maira.Dia ingin menyapu air mata Maira tapi takut disalah erti.

“Maira...Maira...”Maira cuba menahan getar suaranya.Akhirnya air matanya gugur juga.Dia kalah dengan Fairuz.Fairuz menyapu air mata Maira dengan sapu tangannya.Makin laju air mata Maira mengalir.

Fairuz membiarkan Maira menenangkan dirinya.Dia tak mahu air mata Maira berterusan mengalir.Itu menyakitkan Fairuz.Fairuz melangkah ke luar.Dia ingin menghirup udara segar.Hatinya berkecamuk bila melihat Maira menangis.”Maafkan abang Maira.Maafkan abang.”rintih Fairuz sendiri.Tanpa dia sedar dia menangis kerana seorang gadis.Gadis yang mula bertakhta di hatinya dan mula menguasai dirinya.Sebelum ini dia menangis kerana wanita adalah ketika kakaknya meninggal tapi kali ini dia menangis kerana Maira.’Andai saja Maira tahu betapa besarnya cinta abang buat Maira.’


sori lambat update..fia busy sikit sejak kebelakangan ni...hope korg enjoy :)

No comments: