Followers

Tuesday, December 3, 2013

Cinta Kita Berdua Bab 8


Dalam sedar tak sedar sudah 11 tahun Sofia dan Nasri Amir bercinta.Masing-masing sudah mempunyai kerjaya sendiri.Nasri Amir seorang CEO di syarikat papanya manakala Sofia pula membantu ayah dan ibunya menguruskan syarikat mereka di Kuala Lumpur.Ibu ayahnya pula menguruskan syarikat mereka di Johor.Maira rajin membantu di butik baju milik uminya.Maira dapat menarik lebih ramai pelanggan kerana hasil jahitannya yang halus dan cantik.

Maira sekarang sudah menjadi tukang jahit merangkap bos kecik di butik uminya.Pelanggan selalu memuji hasil jahitan Maira.Fairuz sedang melanjutkan pelajaran di London dalam bidang perubatan.Sebelum Fairuz berangkat ke London,dia bertunang dengan Maira.Lepas je dapat result SPM,Fairuz pergi ke rumah Maira.

“Maira!Abang dapat straight A untuk SPM!Now I want you to come down!”jerit Fairuz dengan nada teruja.Maira sedari tadi memerhati Fairuz daripada tingkap terus turun untuk berjumpa dengan Fairuz.Fairuz tersenyum manis saat dia lihat kelibat Maira di muka pintu dan menuju ke arahnya.

“Abang dapat straight A?Alhamdulillah,tahniah abang”ucap Maira sambil tersenyum.”Yup!I did it for you dear.”ucap Fairuz sambil mengenyitkan mata.Maira mengajak Fairuz berbual di pangkin.Uminya tiada dirumah jadi tidak sopan jika dia membawa lelaki masuk ke dalam rumah.”Sorry abang,umi takde kat rumah so Maira tak boleh jemput abang masuk”ucap Maira dalam keadaan serba salah.

‘Dia masih macam dulu.Ayu,comel,cantik dan sopan sama seperti dahulu.Abang rindu sangat kat Maira’.Muka Maira mula membahang saat Fairuz merenung mukanya.Maira menahan debar dalam hati.Dia tak suka Fairuz menatap mukanya.”Kenapa abang tengok Maira macam tu?”soal Maira.

“Salah ke abang tengok Maira?Dah la lama tak jumpa Maira.Bila nak tengok muka dia,dia tak bagi pulak”Fairuz seakan-akan merajuk.’Aduh mamat ni,merajuk pulak dia.Maira bukan tak bagi...Maira cuma tak suka abang merenung Maira macam tu.Maira segan!please la faham abang.Jantung Maira nak tercabut tiap kali bersama abang’.

“Ok tengok la muka Maira sampai abang puas.”akhirnya Maira mengalah.Fairuz hanya melebarkan senyumannya.Nampaknya kali ni Fairuz menang.

“Maira,abang dah tunaikan apa yang Maira nak.Maira nak abang berjaya kan?Ni bukti pertama.Maira tak pernah menganggu  abang.Maira nak tahu?Maira jadi pemakin semangat abang.Buat abang lagi semangat nak belajar.”ujar Fairuz sambil matanya memandang ke arah kolam ikan.

Belum sempat Maira berkata apa-apa Fairuz terus menyambung kata-katanya.”Macam mana belajar aliran sains tulen?”tanya Fairuz sambil memandang Maira dengan senyuman terukir di bibir.”Hah?oh...okla setakat ni..”jawab Maira bersahaja.”Abang kemungkinan sambung belajar di luar Negara”ujar Fairuz sambil matanya memandang Maira.Berat sekali hatinya ingin meninggalkan Malaysia.Di sini terdapat keluarganya,sahabatnya dan di sini terdapat cinta hatinya iaitu Maira Imani.

Perkataan kemungkinan sambung belajar di luar Negara menyentak tangkai hati Maira.’Kenapa abang perlu jauh daripada Maira?’.Air mata mula bertakung di tubir mata Maira.Maira tak sanggup memandang muka Fairuz.Takut air matanya menitis ke pipi dan dia tak nak Fairuz melihatnya menangis!

Fairuz tahu Maira sedang menahan air mata daripada menitis.Dia keluarkan sapu tangannya dan dia hulurkan kepada Maira.”Lap air mata tu.Abang tak nak tengok Maira nangis.Hati abang akan terguris.”ujar Fairuz sambil memandang Maira yang hanya menundukkan kepala.Maira mengambil sapu tangan daripada tangan Fairuz lalu mengelap air matanya.”Macam mana abang tahu Maira menangis?”tanya Maira pelik.

“Hati kita berkongsi rasa yang sama jadi abang dapat rasa apa yang Maira rasa.Maira ingat abang tak tahu ye?Maira pun sayang kat abang kan?Tapi sebab kita akan menghadapi ujian besar Maira sanggup korbankan rasa hati Maira.Itu la sayang,Maira.Sanggup berkorban untuk orang yang kita sayang demi kebaikannya.Disebabkan itu abang makin sayangkan Maira.Maira cinta hati abang.”ujar Fairuz sambil tersenyum.

Maira menangis lagi.’Abang tahu jugak apa yang Maira lakukan untuk abang’.Maira hanya mampu diam.Dia tidak tahu nak cakap apa dengan Fairuz.”Maira masih tak nak mengaku?”tanya Fairuz pabila dia melihat Maira masih menundukkan mukanya.”Maira...Maira...”Maira menjadi kelu.Dia tak tahu apa yang harus dia katakan.”Nur Maira Imani,sudi tak Maira menjadi isteri abang?”ujar Fairuz sambil melutut di hadapan Maira.

Maira tercengang.’Kahwin?!abang ni ok ke tak ni?’.Fairuz mengeluarkan sebuah baldu biru dan di dalamnya ada sebentuk cincin yang sangat cantik!rekaannya ringkas dan tidak terlalu banyak berlian.”Cincin ni cincin kahwin kita.Abang reka cincin ni khas buat Maira.Cincin terukir nama kita ‘FNMI-Fairuz Nur Maira Imani’ dan satu ungkapan cinta ‘I love you and I always do’.Mama pun ok je.”terang Fairuz satu persatu.

“Abang,Maira masih bersekolah.Abang akan ke luar Negara.Mana la tahu nanti jumpa gadis yang lebih baik daripada Maira.”ujar Maira sambil tersenyum.Fairuz hanya tersenyum bila mendengar jawapan daripada mulut Maira.”Walaupun ada gadis yang lebih baik daripada Maira,abang tetap pilih Maira.Abang pencinta setia.Abang akan menanti Maira sampai akhir hayat abang.”ucap Fairuz sambil matanya merenung mata Maira.

Maira kelu untuk berkata-kata.Kalau ikutkan hati nak saja dia terima lamaran Fairuz tapi bagaimana keputusan mamanya?apa kata ahli keluarga yang lain?Buntu Maira dibuatnya.

“Assalamualaikum”tiba-tiba terdengar suara Umi.”Maira kat sini umi.”Maira memanggil uminya ke pangkin.Tak lama kemudian Puan Laila muncul bersama beg plastik apam balik di tangan.”Eh,ada tetamu rupanya.Maira,kenapa tak buat air?”tanya umi.

“Eh?Maira lupa la umi!jap ek abang Fairuz.Maira buat air kejap”ujar Maira sambil berlari ke masuk ke dalam rumah.”Maira tu memang macam tu.Kalau dah borak sakan memang berlapar la tetamu.”ujar umi sambil tersenyum.

“Takpela mak cik”ucap Fairuz sambil tersenyum.Lalu kelihatan Maira berhati-hati menatang dulang.Sampai di pangkin Maira terus menuang air teh ke dalam cawan lalu dihulurkan kepada umi dan Fairuz.”Maira ni,kalau umi tak balik tadi...entah-entah Maira tak ingat langsung nak buat air ye?”tegur Puan Laila.

Fairuz menahan gelak.Maira dah muncung.”depan guest pun nak buat muka macam tu?comel sangat anak umi ni”ujar Puan Laila.’Dah besar tapi berperangai macam budak-budak..comelnya’Fairuz tersenyum sendiri.”Mak cik..kedatangan saya ni nak mintak izin dengan mak cik untuk mengahwini Maira”Fairuz menyampaikan niatnya.Dia tak mahu bertangguh lagi.Dia mahu Maira menjadi miliknya.Maira dan Puan Laila terkejut mendengar apa yang baru dikatakan oleh Fairuz sebentar tadi.

“Nama kamu siapa?”tanya Puan Laila setelah lama berdiam.”Nama saya Fairuz,mak cik”jawab Fairuz sopan.Maira dah risau takut uminya melenting.Baru tingkatan 3 tapi ada yang melamarnya.’Kalau umi tanya aku nak kahwin dengan Fairuz ke tak?aku nak jawab apa?Kalau jawab nak,nanti umi mengamuk pulak kang.Kalau jawab tak,aku memang nak kahwin dengan abang Fairuz.’Maira hanya diam dan dia berpura-pura tidak mengambil tahu sedangkan dia memasang telinga apa yang uminya dan Fairuz bicarakan.

“Maira masih belajar dan Fairuz pun baru dapat result SPM kan?Maira ni satu-satunya anak mak cik”Puan Laila mahu Fairuz fikir masak-masak sebelum bertindak untuk mengahwini Maira.”Saya tahu mak cik.Saya memang nak bernikah dengan Maira.Saya cintakan dia tapi saya nak bertunang dulu dengan Maira.Saya akan keluar Negara sebab saya dapat tawaran sambung belajar.Lepas saya graduasi dan kembali ke Malaysia baru saya akan bernikah dengan Maira.Jadi Maira masih boleh meyambung pelajarannya.

“Mak cik tak tahu nak cakap apa.Mak kamu bagi ke?”tanya Puan Laila lagi.”Mak saya bagi,lagipun mak dah jumpa dengan Maira”terang Fairuz sambil tersenyum.Puan Laila memandang Maira.Maira hanya menundukkan kepala.Dia tak tahu apa reaksi umminya dan dia takut untuk mengetahuinya.

“Maira nak kahwin dengan Fairuz?”tanya Puan Laila dengan lembut.’Kalau aku cakap tak,aku menipu diri aku.Kalau aku cakap nak,apa reaksi ibu?’Maira sudah berbelah bagi.”Maira nak kahwin dengan abang Fairuz”jawab Maira sambil menundukkan kepala.Puan Laila hanya mampu tersenyum.

’Jika benar Fairuz ingin mengambil puteriku sebagai isteri dan dia sanggup menunggu sehingga puteriku habis belajar,mengapa tidak pula aku membenarkan mereka berkahwin?Kalau Maira bahagia,Umi tumpang gembira.’

“Maira pun dah setuju,bila kamu nak hantar rombongan merisik?”tanya Puan Laila ceria.Maira bagai tak percaya yang uminya membenarkannya berkahwin dengan Fairuz.Maira memeluk uminya.”Umi buat ni untuk Maira.Kalau Maira dah suka,Umi ikut je tapi Maira kena ingat.Study jangan lalai.Maira kena jaga pergaulan Maira.Maira akan jadi tunang orang.Umi sentiasa ada untuk kamu.”bisik Puan Laila ke telinga Maira.

“Maira ada satu syarat.Maira nak kita bertunang after Maira habis SPM.Boleh tak abang Fairuz?”tanya Maira.Fairuz hanya tersenyum.Maira memang utamakan pelajaran.
“Boleh Maira.Memang tu la rancangan abang.Abang akan pergi ke luar Negara pada tahun depan.Tahun ni dengan tahun depan abang akan pergi khusus untuk course yang abang ambil.Abang akan ke UK.Nasib baik pak cik abang ada kat sana.”terang Fairuz sambil tersenyum.


No comments: