Followers

Wednesday, December 25, 2013

Cinta Kita Berdua Bab 9

Nasri,awak free tak sabtu ni?”tanya Hasnila.Hasnila merancang nak mengajak Nasri Amir tengok wayang.Cerita cinta yang baru ditayangkan di panggung wayang menarik perhatiannya dan dia ingin keluar berdua dengan Nasri Amir.Mesti romantik!Itu la perancangan Hasnila.

“I tak free.Ada date dengan buah hati.”jawab Nasri Amir sambil tersenyum.Dia teringatkan Sofia.Kekasih hatinya sejak sekolah menengah lagi.Jodohnya panjang dengan Sofia.Sabtu ni dia merancang hendak melamar Sofia.Sudah dirancang kejutan buat Sofia.Tidak sabar rasanya hendak mengahwini gadis pujaan hatinya.Teringat lagi dia betapa terujanya Sofia pabila terlihat sepasang gaun pengantin yang sangat indah!

“Awak!cantik kan baju pengantin ni?”ujar Sofia ketika terpandang gaun pengantin di butik D’miafa.Bersinar-sinar mata Sofia ketika melihat gaun pengantin itu.”Sayang nak beli tak?kalau nak Nasri belikan untuk sayang”ucap Nasri Amir sambil tersenyum.

“Tak payah la awak.Saya belum nak kahwin lagi.”jawab Sofia senada.”Kalau Nas ajak Sayang kahwin...sayang nak?”tanya Nasri Amir sambil mengangkat kening.Muka Sofia dah gembira dan teruja.’Dia lamar aku ke apa ni?’Dah 11 tahun bercinta tapi entah bila hendak melangkah ke alam perkahwinan.

“Mesti la Sofia nak!dah lamakan kita bercinta.Bila nak ke alam perkahwinan?Sofia nak hidup dengan Nasri tau bukan selamanya hanya menjadi kekasih Nasri.”ucap Sofia.Sungguh dia benar-benar maksudkannya.Dia ingin menjadi yang halal buat Nasri.Nasri terharu dengan jawapan Sofia.’Sabar ye sayang,Nas ada kejutan untuk sayang’.

Hasnila terus terdiam pabila mendengar jawapan daripada mulut Nasri Amir tapi dia pelik dengan Nasri Amir yang tersenyum sendiri.’Ingat kat budak kampong la tu!Apa la yang ada kat dia?’.Hasnila sedari kecil bersama dengan Nasri Amir.Memandangkan ayah mereka kawan baik jadi mereka menjadi kawan baik tapi dalam diam Hasnila menyimpan perasaan terhadap Nasri Amir.

Seluruh keluarga Nasri Amir telah mengetahui tentang Nur Sofia Azmira.Hasnila geram pabila mak Nasri Amir berbicara tentang Sofia.Sofia itu.Sofia ini.Sofia,Sofia,Sofia!sungguh dia sakit hati dengan Sofia!Selagi mereka belum ada apa-apa ikatan yang sah Hasnila akan goda Nasri Amir.

“Nasri!”jerit Hasnila sambil menepuk bahu Nasri Amir.Nasri Amir yang sedang mengelamun terkejut dengan tindakan Hasnila.”You ni!buat terkejut I je!kalau tadi masa you pukul I lepas tu I mati terkejut macam mana?”marah Nasri Amir.Dia tidak berkenan dengan sikap Hasnila yang baginya kurang sopan baginya.Walaupun Hasnila mempunyai wajah yang jauh lebih cantik daripada Sofia tapi Hasnila tidak mempunyai adab sopan seperti Sofia.Hasnila hanya berlakon sopan di depan ibu bapanya.Nasri Amir tahu yang Hasnila menyimpan perasaan terhadapnya tapi Nasri Amir tak boleh menyukai Hasnila.Dia hanya anggap Hasnila sebagai adik.

Hasnila sudah muncung pabila Nasri Amir memarahinya.’Kalau dengan Sofia,lembut aje dia berbicara tapi kalau dengan aku,kalau boleh cakap tu biar semua orang dengar’.Geram dengan perangai Nasri Amir yang seakan endah tak endah akan dirinya Haslina keluar daripada bilik Nasri Amir lalu bergerak ke tempat kerjanya.

“Habis rosak plan aku!”rungut Hasnila.Hasnila sengaja bekerja dengan ayah Nasri Amir kerana ingin dekat dengan Nasri Amir.Bapanya bukan tidak punya syarikat malah syarikat bapanya lebih besar daripada syarikat ayah Nasri Amir.Sudah banyak kali bapanya mengajaknya bekerja dengan di syarikat keluarga tapi Hasnila menolak.Dia ingin bekerja bersama Nasri Amir.

“Kau apesal Nila?”tanya Rina.’Tadi bukan main ceria lagi Nila tapi lepas keluar daripada bilik bos muka Nila masam je.Ni mesti kes tak dilayan oleh bos la ni.Satu office tahu yang Hasnila tergila-gilakan bos tapi sayang bos dah ada kekasih hati’.”Nasri la! aku nak ajak dia pergi tengok wayang cerita cinta sabtu ni tapi dia ada date dengan perempuan tak guna tu!”jawab Hasnila geram.

“Kau ni Nila...sudah-sudah la tu.Nasri dah ada kekasih hati..yang kau pergi kacau dia lagi buat apa?”jawab Rina.Sungguh dia tak faham dengan Hasnila.Hasnila bukannya tak ada paras rupa.Muka ala-ala model gitu.Ramai yang tergila-gila Hasnila tapi Hasnila tetap nak akan Nasri Amir.

“Ala wey kau tahukan aku dah lama suka kat dia? tapi dia buat tak tahu je dengan aku.”jawab Hasnila hampa.Sedang Hasnila dan Rina berbual,Nasri keluar daripada biliknya dan bergegas untuk pulang kerana mendapat panggilan daripada ibunya.Suara ibunya mencemaskan membuat dia risau.’Kenapa dengan ibu ye?Ya Allah! Kau selamatkanlah ibu ku’.

Sampai di perkarangan rumah, Nasri terus berlari mencari ibunya.”Ibu! Ibu! Ibu kat mana bu?”jerit Nasri.Hanya Allah yang tahu betapa cemasnya dirinya disaat dia mencari kelibat ibunya di seluruh kawasan rumah tetapi tiada.Baru dia teringat!Ayah!ayah tahu ke tak ibu hilang ni?

Nasri Amir pantas mengeluarkan telefon bimbitnya.Dia mendail nombor telefon ayahnya.”Hah!Assalamualaikum yah!Ayah tahu tak ibu hilang?!”tanya Nasri Amir cemas.”Ibu tak hilang tu.Adalah dia pergi rumah kawan ke,rumah jiran ke, dah la kamu jangan risau.”ujar Encik Nazrul Amir.

”Surprise!”sergah Puan Julia,Encik Nazrul Amir,Sofia dan Maira.Nasri yang masih lagi terkejut seperti terpinga-pinga.”Surprise untuk ape ni?”tanyanya kebingungan.Sofia melangkah ke hadapan bersama sebuah kek di tangannya.”Happy birthday to you..happy birthday to you..happy birthday to Nasri Amir...happy birthday to you”nyanyi Sofia.Nasri Amir menepuk dahinya.”La!orang tak ingat pun hari ni birthday orang..selalunya..sofia akan jadi orang pertama yang wish..tapi semalam tak wish pun”kata Nasri Amir sambil merenung wajah Sofia.

“Tahun ni...orang tak nak jadi orang pertama yang wish kat awak...”terang Sofia sambil tersenyum.”Sape yang plan nak buat surprise ni?”soal Nasri Amir teruja.Dia tak pernah kena begini.Bagai nak tercabut jantungnya mendengar suara ibunya.Rupanya itu semua sebuah lakonan.’Alahai ibu...ibu buat angah risau tau!’.

“Ni idea ibu dengan Sofia la.Kek ni Sofia yang buat tau.Cantik kan bakal menantu ibu buat?”usik Puan Julia.Muka Sofia mula memanas dan menjadi merah.Malu bila di usik begitu.”Sayang..kenapa usik Sofia tu..kan dah merah muka budak tu?”tegur Encik Nazrul Amir.Nasri Amir dan Maira ketawa melihat muka Sofia.Memandangkan Sofia berkulit putih jadi sangat ketara bila wajahnya berubah warna merah.

“Sayang nampak comel sangat muka merah macam ni”bisik Nasri Amir.Bertambah merah muka Sofia.Nasri Amir hanya menahan ketawa.”Dah jom kita makan.Hari ni chef kita adalah Maira dan Sofia.Headchef mestila bakal menantu ibu”kata Puan Julia sambil memegang tangan Sofia.Betapa gembira hatinya mengetahui anaknya sedang bahagia..dan gadis yang anaknya cintai memang menepati cita rasanya.

“Wah!anak dara masak ni..mesti sedap!meh pak cik rasa..kalau tak sedap takpe..chef ni ada!”katanya sambil memeluk bahu isterinya.”In shaa Allah sedap pak cik...kita orang dah jampi dah tadi”ujar Maira sambil ketawa.Pantas Sofia menepuk bahu Maira.”Tak payah jampi la Maira.Kami sekeluarga dah suka dengan Sofia..lebih-lebih lagi Nasri ni ha”ujar Encik Nazrul.

Nasri Amir tersengih sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.’Maira ni pun kalau nak cakap tak pandang kiri kanan tau.Cakap ikut hati je.’Nasri Amir teman ayahnya di ruang tamu manakala ibunya,Maira dan Sofia memasak di dapur.Nasri Amir tidak menjangkakan kejutan ini.Semalam Sofia beriya-iya mengajaknya keluar makan malam esok.Tiba-tiba hari ni ada kejutan pulak tapi Nasri Amir tidak hairan kerana Sofia memang penuh dengan kejutan.Setiap kali tarikh yang istimewa,Sofia pasti ada rancangan untuk orang yang disayanginya.Kadang-kadang Nasri Amir sendiri hairan siapa sebenarnya yang lelaki..Sofia ke dia? sikap Sofia yang romantis,penuh kejutan dan sangat penyayang betul-betul berbeza dengan Nasri Amir.Kuasa Ilahi menyatukan dua insan yang berbeza.Perbezaan melengkapi diri mereka antara satu sama lain.

“Nasri Amir nak hadiah apa tahun ni?”tanya ayah Nasri Amir mematikan lamunan Nasri Amir.”Hah?apa yang ayah tanya tadi?”tanya Nasri Amir yang kebingungan.”Ayah tanya Nasri nak hadiah apa untuk hari jadi tahun ni?”tanya Encik Nazrul sekali lagi.”Nasri dah ada hadiahnya ayah dan hadiah ni bukan untuk Nasri sorang”jawab Nasri Amir samba tersenyum penuh makna.”Makanan dah siap!Nasri dengan pak cik marilah makan.”jerit Maira.Sofia dengan pantas menepuk bahu Maira.”Maira,sopan sikit.Kita kat rumah orang ni.”nasihat Sofia kepada Maira.Puan Julia,Encik Nazrul dan Nasri Amir hanya mengelengkan kepala sambil menahan ketawa melihat keletah Maira.Perangainya tidak berubah walaupun sudah menjadi tunangan orang.


“Nur Sofia Azmira,sudi tak sayang jadi sebahagian daripada pengembaraan Nas?”ucap Nasri Amir setelah selesai makan sambil melutut dia mengeluarkan baldu berwarna merah.Sofia hanya mampu menitiskan air mata kerana dia tidak menjangkakan semua ini.”Sayang nak biarkan Nas melutut sampai bila ni sayang?”pertanyaan Nasri Amir menyedarkan Sofia.Maira,Puan Julia dan Encik Nazrul menahan ketawa melihat keletah mereka.Sofia mengangguk sambil ketawa.Nasri Amir menghembuskan nafas lega.’Sayang ni betul-betul buat Nas risau tau.Manalah tahu tiba-tiba tak nak kahwin pulak.Frust pulak Nas nanti.’

sorry guys fia update lambat..busy lately ni..in shaa Allah bab 10 menyusul..=) assalamualaikum...

No comments: