Followers

Wednesday, April 9, 2014

Cinta Kita Berdua Bab 10

Selang beberapa minggu selepas itu Nasri Amir dan Sofia selamat bertunang.Mereka telah menetapkan yang mereka akan bernikah sebulan selepas itu.Fairuz dan Maira juga menetapkan akan bernikah pada hari yang sama dengan Sofia.Fairuz masih berada di luar Negara jadi dia menyerahkan hal perkahwinannya pada Maira dan ibunya.Walau bagaimanapun Fairuz mengikuti perkembangannya dengan Maira.

“Maira,tak sangkakan lagi sebulan je kita akan jadi isteri orang.”ucap Sofia sambil matanya memandang langit.”Ha’ah,nanti aku rindu nak baring sambil tengok bintang dengan kau”ucap Maira dengan nada sedih.”Aku tak sabar wey!”jerit Sofia.Puan Laila yang berada di dalam rumah bergegas keluar apabila terdengar jeritan Sofia.”Kenapa Sofia?”tanya Puan Laila cemas.Maira dan Sofia hanya mampu ketawa lalu mereka mendekati Puan Laila.”Umi tak sangka dah besar dah anak-anak umi ni.Umi rasa macam baru semalam je tengok kamu berdua pergi ke sekolah.Umi pasti akan rindukan kamu berdua.Lepas ni mesti umi sunyi dekat rumah.”ucap Puan Laila dengan nada sedih dan tanpa dia sedar air matanya menitis.

”Umi,kami akan selalu melawat umi kat sini.Umi jangan sedih ye.Kami pun akan rindukan umi.”kata-kata Sofia mengukir senyuman dibibir Puan Laila.”Takpe umi!Maira boleh carikan umi suami baru!Maira pun nak ada ayah baru.”kata-kata Maira mengundang cubitan maut daripada Puan Laila.”Bertuah punya budak!geram betul umi dengan kamu ni.Kamu nakal lagi umi cubit lagi kuat.”Puan Laila geram dengan anaknya.Dia tahu Maira tidak mahu dia hidup sendirian.Namun hatinya tidak terbuka untuk berkahwin lagi setelah kematian suaminya.

“Nasri what mummy?marry?with that kampung girl?you must be joking me aren’t you mummy?Semua ni tak mungkin mummy!Nila yang patut kahwin dengan Nasri bukan that kampung girl!”bentak Hasnila.Berita tentang perkahwinan Nasri Amir dengan Sofia betul-betul mengejutkan Haslina.’Aku bukan main punya cantik dia nak jugak dekat perempuan yang low class tu!Err kau memang cari nahas perempuan!Kau belum kenal siapa Hasnila!I will make sure that you regret steal Nasri from me!’.Hasnila mula merangka rancangan untuk menggagalkan majlis perkahwinan Nasri.

“Terima jela Nila yang Nasri bukan untuk kamu.Ramai lagi kawan anak papa yang handsome,kaya dan berpelajaran tinggi daripada Nasri tu sayang.Nasri tu bukannya handsome mana pun handsome lagi anak Dato Azfar tu.”pujuk Datin Roznie.”No mummy!Nasri mesti kahwin dengan Nila no matter what!Mummy cakap anak Dato Azfar?Si Hakimi tu?Oh my mummy!Dia hanya layak jadi anak ikan Nila je.”ucap Hasnila angkuh.

“Papa tahu kamu sayangkan Nasri tapi dah bukan jodoh kamu Nila.”Dato Halim pula cuba memujuk anak tunggalnya ini.”Papa!Nasri memang jodoh Nila!That stupid girl yang rampas Nasri daripada Nila!Nasri memang jodoh Nila pa.He’s mine pa!Only mine!”bentak Hasnila.Dato Halim betul-betul tidak berkenan dengan perangai anak tunggalnya yang suka membentak jika benda yang dia mahu tidak dimiliki mungkin salahnya juga kerana dari kecil dia sering memberikan benda yang Hasnila mahu.

“Nas,esok kita pergi tengok baju ye?Pereka tu dah call kata baju kita dah siap.”Sofia tidak sabar untuk cuba memakai baju pengantin yang direka khas untuk perkahwinannya.”Excitednya sayang Nas ni.Tak sabar ye nak pakai baju tu atau tak sabar nak jadi Mrs.Nasri?”tanya Nasri Amir sambil mengenyit mata kepada Sofia.Sofia hanya menahan malu dan serta merta pipinya menjadi merah.Nasri Amir hanya bantai ketawa bila melihat muka Sofia seperti udang kena bakar.”Bila sayang nak belajar panggil Nas abang?”pertanyaan Nasri Amir mengundang kebisuan Sofia.’Glup! Abang? Ya Allah macam mana ni?Nasri ni pun dah la ramai orang kat sini.Aku cepuk jugak budak bertuah ni kang!’gumam Sofia.

“Sayang,abang nak sayang praktis sekarang ye sayang?”pujuk Nasri Amir sambil niat dihati ingin mengusik tunang kesayangannya.”Aaaa...bang...”gugup Sofia menuturkan dengan nada hanya Nasri Amir saja mampu mendengarnya.Nasri Amir cuba menahan ketawanya.Niatnya cuma mahu mengusik tapi tunangnya betul-betul menunaikan permintaannya.”Aaaa apa sayang?”tanya Nasri Amir sambil menahan ketawa.”Aaaaaa....bang....”tutur Sofia sambil menahan malu.”Apa sayang?Abang tak dengar la sayang?”ucap Nasri Amir sambil mendekatkan telinga ke muka Sofia.

”Abang,abang,abang”tutur Sofia dengan berani.Senyuman terukir dibibir Nasri Amir kerana akhirnya dia dapat mendengar Sofia memanggilnya dengan panggilan yang memang dia tunggu-tunggu selama ini.”Terima kasih sayang.Terima kasih sangat-sangat sebab panggil Nas dengan panggilan tu.Sayang nak tahu,abang memang tunggu-tunggu sayang tukar daripada panggilan Nas kepada abang.Kalau abang mati pun lepas ni,sekurang-kurangnya impian abang dah tercapai.”ucap Nasri Amir sambil mengukir senyuman.

Sofia hanya mendiamkan diri.Dia tidak suka Nasri Amir berbicara soal mati.Selama ini tidak pernah Nasri Amir berbicara soal mati.Sofia tidak sanggup kehilangan Nasri Amir kerana dia benar-benar mencintai Nasri Amir.”Sayang?kenapa diam ni?sayang sakit ke?”pertanyaan Nasri Amir mengembalikan Sofia ke dunia nyata.

‘Terima kasih Ya Allah kerana hadirkan dia dalam hidupku sesungguhnya aku bahagia.Terlalu bahagia dengan kurniaanMu yang satu ini Ya Allah.Jangan engkau mengambilnya dari ku Ya Allah.Tetapkanlah hati kami agar mencintai satu sama lain keranaMu Ya Allah.Amin’doa Sofia dalam hati.

Tanpa dia sedar air matanya menitis laju.”Sayang?abang buat salah ke?Maaf sayang kalau kata-kata abang menguris hati sayang.Maafkan abang ye sayang?”pujuk Nasri Amir.Dia terkejut apabila tiba-tiba Sofia menangis.Dia hanya menyatakan hasrat hati tapi Sofia menangis pula.Siapa yang suka bila orang yang disayangi bercakap soal mati?Sedangkan dia sendiri tidak menyukainya jika Sofia bercakap soal mati.

Sofia pantas menyeka air matanya yang membasahi pipi.Dia hanya mengukir senyuman manis buat tunangnya.”Tak ada apa la Nas,saya okay je”jawab Sofia hanya mahu menyenangkan hati Nasri Amir.”Apa sayang?Nas?”tanya Nasri Amir dengan niat mengusik bakal isterinya ini.”Haha kena panggil jugak ke?”Sofia hanya mampu ketawa melihat keletah manja Nasri Amir.Beginilah Nasri Amir bila berdua dengan dia bermanja aje kerjanya sampai Sofia boleh agak apa yang berlaku.Kalau tak dilayan manjanya mula la dia merajuk seperti kanak-kanak yang tidak mendapat gula-gula.”Kenalah panggil.Tak sayang abang ke?”tanya Nasri Amir sambil buat muka kesian untuk memancing hati Sofia.Sofia menahan ketawa lagi.
Sikap Nasri Amir yang pandai berjenaka benar-benar membuat dia senang bersama Nasri Amir.Ibu dan ayahnya suka benar dengan Nasri Amir.Sikapnya yang rajin,menghormati orang tua dan sangat mendahului ibunya dalam semua perkara membuatkan ibu dan ayahnya tanpa banyak soal merestui hubungannya dengan Nasri Amir.”Urm...tak sayang”jawab Sofia sambil menahan ketawa.Dia hanya mahu mengusik Nasri Amir kerana selama ini Nasri Amir yang selalu mengusiknya.”Hmm..takpela Nas faham”jawab Nasri dengan nada hampa yang dibuat-buat.Nasri Amir tahu yang Sofia hanya bergurau.

“Abang, Sofia sayang sangat-sangat kat abang.Tak dapat digambarkan betapa Sofia sayangkan abang.Allah tahu yang Sofia sayangkan abang dan sebab tu Sofia nak kahwin dengan abang.Sofia nak bersama abang melakar impian indah kita bersama.Sofia nak jaga abang sampai Sofia tua.Sofia nak lahirkan anak-anak abang.Sofia nak bersama abang selamanya.Sofia harap abang kekal menjadi jodoh Sofia hingga ke syurga.Sofia nak abang yang pimpin tangan Sofia dan mungkin anak-anak kita nanti ke syurga abang”terang Sofia bersungguh-sungguh.Itu memang harapannya.Impiannya bersama lelaki yang amat disayangi dan cintai buat selama-lamanya.

Nasri Amir sungguh terharu mendengar kata-kata Sofia.Dia hanya mampu memanjatkan rasa syukurnya ke hadrat Ilahi kerana menghadirkannya bidadari terindah buat dirinya.Dia sungguh mencintai Sofia dan memang niatnya mahu memimpin Sofia dan mungkin anak-anak mereka ke Jannah.In shaa Allah.Moga Allah mengizinkannya.”Terima kasih banyak-banyak sayang.Abang terharu sangat.In shaa Allah,abang akan cuba jadi imam yang terbaik untuk sayang.”ucap Nasri Amir dengan nada bersungguh.

Saat ini hanya Allah yang tahu betapa bahagianya Sofia dan betapa dia tak sabar untuk menjadi hak milik Nasri Amir.Selepas ini hidupnya akan dikongsi bersama Nasri Amir.Tiada perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perasaannya ketika ini.Tinggal beberapa hari lagi majlis perkahwinannya dengan Nasri Amir.Dia gembira kerana berkongsi hari berbahagia dengan Maira.

Pada malam itu,Maira berskype dengan Fairuz.Alhamdulillah Fairuz telah pulang ke Malaysia seminggu sebelum tarikh perkahwinannya.Semasa Fairuz di luar negara,dia selalu menghantar emel,gambar dan berskype dengan gadis pujaannya merangkap cinta hatinya,Maira Imani.Maira mengunci pintu biliknya untuk mengelak Sofia daripada memasuki biliknya.Seminggu sudah Maira dan Sofia berpisah bilik.Semuanya atas arahan umi dan ibu bapa mereka berdua.

“Aira,tersenyum sorang-sorang ni kenapa sayang?tak nak kongsi dengan abang?Maira mimpi apa jadi malam esok ye?”usik Fairuz nakal.Usikan Fairuz membuat muka Maira serta merta menjadi merah.”Ape ni abang!”rajuk Maira.Sungguh dia malu berbicara hal ini dan setiap kali Fairuz mengusiknya pasti hal ini yang akan dibangkitkan.”Hehe abang usik Aira je.Esok sayang pakai baju tidur seksi-seksi tau kalau tak pakai apa-apa pun tak apa!abang suka!”usik Fairuz semakin galak.Dia suka melihat wajah Maira malu-malu kerana mukanya akan bertukar merah.”Seksi ape..seksa adela..esok Maira pakai telekung supaya abang takut nak tidur dengan Maira.”balas Maira sambil membuat muka mengejek.


“Aira nak jadi ape?pocong?haha Aira ingat abang takut ke sayang?lagi abang nak terkam Aira lagi ada!”balas Fairuz sambil membuat muka nakal.Makin galak dia mengusik Maira kerana Maira tidak mengalah kali ini.”Abang!jahat tau!dah la Maira tidur sorang-sorang ni!macam mana Maira nak tidur nanti?”rajuk Maira.Maira memang seorang yang penakut sebelum ini pun dia akan tidur lambat kerana berfikir bukan-bukan.”Abangkan ada sayang..nak takut ape lagi hmm?”pujuk Fairuz.Dia menongkat dagu sambil memandang ke arah skrin laptopnya lama.Wajah ayu Maira di tatap lama.Esok Maira sah bergelar sebagai isterinya dan secara sahnya Maira menjadi hak miliknya zahir dan batin.Semoga Allah permudahkan majlis perkahwinannya esok.

No comments: