Followers

Monday, September 22, 2014

Cinta Kita Berdua Bab 11

“Angah pergi office kejap ye?Angah punya handphone tertinggal kat dalam office.”terang Nasri.Dia kelam kabut mengemas barang menyebabkan handphonenya tertinggal.Puan Julia berasa berat hati untuk melepaskan anaknya pergi.”Angah ambil nantilah.Ibu tak sedap hatilah ngah.Nanti je ambil handphone angah tu ye?”pujuk Puan Julia.Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati.”Angah pergi kejap je ibu.Ibu janganlah risau pasal angah ye?Kejap je angah pergi..promise!”Nasri Amir memujuk ibunya.Handphonenya penting untuk majlisnya esok kerana dia telah menyiapkan kejutan untuk bakal isterinya.Dia juga mahu menelefon Sofia sebelum mereka diijab kabulkan esok.

“Angah pergi dulu ye ibu?Angah sayang sangat dekat ibu.Ibu maafkan angah ye ibu?Angah pergi kejap je ibu.”ucap Nasri Amir sebelum dia pergi.Sebelum dia pergi dia menyalam tangan ibu dan ayahnya.”Angah pergi dulu ye..assalamualaikum”Nasri Amir berkata sebelum dia pergi.

“Bos,dia dah keluar dah.Saya akan ikut dia”kata Bakri kepada bosnya di dalam telefon.”Bagus! aku nak kau buat kerja kau.Bila dah selesai aku nak kau ambil gambar dan hantar kat aku.Then nanti aku bayar kau”balas orang yang bercakap dengan Bakri.Bakri mengekori kereta mewah itu.Dia mendapat upah yang cukup lumayan untuk tugasannya kali ini.

Sampai sahaja di pejabat Nasri Amir bergegas mencari telefonnya yang tertinggal di atas meja.Dia memeriksa telefonnya.”Mak aii! 17 miss call dan 12 mesej semuanya daripada Sofia.Dia rindu sangat dekat aku la ni.”Nasri mengukir senyuman.Dia perlu segera balik ke rumah sebelum ibunya risau.Sesudah dia sampai ke rumah baru dia akan menelefon Sofia dan menjelaskan segalanya.

Nasri Amir memandu pulang.Dia tidak sabar mahu menelefon Sofia.Perasaan rindu dihati makin menggunung dan dia rindu suara manja Sofia.Dia menyanyi lagu yang berkumandang di radio.Tiba-tiba sebuah van hampir melanggar keretanya.Dia berjaya mengelak tetapi keretanya melanggar pembahagi jalan dan keretanya melambung dan terbalik di atas jalan raya.Senyuman terukir dibibir Bakri kerana upahnya akan digandakan.”Bos,my job is done.”kata Bakri sambil membayangkan habuan yang bakal dia dapat.”Good job Bak.You will get your money later.I will contact you.It’s fun working with you”senyuman jahat terukir di bibir.

“Abang,mana angah ni bang?Saya risaukan dia lah abang.”kata Puan Julia risau.”Awak ni pun mana tahu jalan sesak ke apa ke.Awak dah cuba call dia?”tanya Encik Nazrul walaupun dia berkata begitu dia juga risau masakan Nasri Amir lambat sedangkan dia hanya mengambil telefonnya yang tertinggal.”Dah bang tapi tak berangkat.Saya risau bang ada jadi apa-apa kat dia ke?”kata Puan Julia.Tiba-tiba telefon Puan Julia berbunyi.”Hah bertuah punya budak ni bang dia telefon”kata Puan Julia sambil menghembuskan nafas lega.”Assalamualaikum,angah kat mana ni?kata nak pergi ambil telefon kejap je”marah Puan Julia.”Puan Julia saya Inspektor Amran daripada Polis Damansara.Nasri Amir anak puan telah terlibat dalam kemalangan jalan raya.Saya harap puan dapat datang ke balai.”balas Inspektor Amran di hujung talian.

Terlepas telefon daripada tangan Puan Julia.”Angah!”Puan Julia meraung dan dia menangis.Encik Nazrul yang menyaksikan isterinya terkejut.Dia menjawab panggilan telefon untuk mengetahui perkara sebenar.Dia sudah jatuh terduduk setelah mendengar penjelasan Inspektor Amran.Dia dan isterinya bergegas ke Balai Polis Damansara.”Puan Julia,Encik Nazrul,saya Inspektor Amran yang telefon tadi.Saya minta tuan dan puan tabah dengan apa yang bakal saya sampaikan” sukar baginya menyampaikan berita ini.Engkau berikanlah ketabahan kepada mereka ini Ya Allah.

Puan Julia bagai dapat mengagak apa yang berlaku pada Nasri Amir.”Dukacita saya maklumkan pada tuan dan puan yang anak puan tidak dapat diselamatkan kerana dia banyak kehilangan darah”bagai halilintar menusuk hatinya.”Ya Allah..angah”Puan Julia terus pengsan tapi Encik Nazrul sempat menyambut tubuh Puan Julia.”Maaf tuan,saya ada satu lagi berita untuk tuan.Kemalangan anak tuan telah dirancang bukan secara sengaja.Kami sedang siasat dan kami akan berusaha memberkas penjenayahnya.”kata Inspektor Amran bersungguh.

“Dirancang?Ya Allah..angah ada musuh ke?Angah..kenapa kau pergi nak?Esok hari bahagia kau kenapa nak?”rintih Encik Nazrul.Tiba-tiba Encik Nazrul teringat akan Sofia.Bakal menantunya tidak mengetahuinya lagi.Segera dia menelefon Sofia sambil memapah isterinya duduk di kerusi.Inspektor Amran menghulurkan dua botol air mineral untuk Puan Julia dan Encik Nazrul.

“Eh kenapa ayah telefon aku ni?Dan kenapa aku rasa tak sedap hati?Dah pukul dua pagi dah ni.”Sofia memberi salam setelah mengangkat panggilan.”Sofia,ayah nak cakap kat Sofia yang Nasri dah tak ada.Dia terlibat dalam kemalangan jalan raya.Nasri meninggalkan dekat tempat kejadian sebab dia kehilangan banyak darah” begitu payah untuk dia menuturkan kata-kata untuk menberitahu Sofia tentang Nasri Amir.

Sofia mengenggam erat handphonenya.Air matanya menitis laju.Nasri Amir.Semua kenangannya bersama Nasri Amir.”Saya sayang awak!”jerit Nasri Amir.Sofia sudah menahan malu.Semua orang memandang ke arah  mereka.Air matanya menitis laju.’Abang,kenapa tinggalkan Sofia?Abang dah janji tak akan tinggalkan Sofia.Kenapa abang pergi sedangkan kita belum mengecapi bahagia kita?’

“Sayang,what if I’m gone?What will and what do you do?”soal Nasri Amir sambil menatap wajah Sofia.”Don’t talk about this please?”pinta Sofia.”Sayang,please...I want to know”pujuk Nasri Amir.”Kalau abang dah tak ada kat dunia ni,abang nak sayang teruskan hidup.Abang tak nak sayang menangis nanti tak comel dah sayang abang.Abang nak sayang senyum sentiasa.Abang nak sayang ingat yang abang tak pernah tinggalkan sayang selagi sayang masih mengingati abang selagi itu semangat abang bersama sayang.Abang nak sayang berkahwin dan ada anak-anak comel biarpun bukan dengan abang selagi sayang bahagia abang bahagia.Sayang adalah cinta pertama dan terakhir bagi abang.Terima kasih sayang sebab sudi terima abang dan lengkapkan hari-hari abang.”kata-kata Nasri Amir mengundang tangisan Sofia.

Kenangan demi kenangan mengusik jiwanya.Air matanya mengalir laju.”Sofia rindu abang...”rintih Sofia.Maira mendengar Sofia menangis bergegas masuk ke bilik Sofia.Berita tentang kemalangan Nasri Amir mengejutkan semua orang.Nampaknya esok hanya Maira yang akan bernikah.Sofia tak berhenti menangis.Begitu berat sekali dugaan yang Allah berikan padanya.
Hatinya bagai ditusuk sembilu.Peritnya kehilangan orang yang dia sayangi.Ketika hari bahagianya bakal menjelang dengan sekelip mata semuanya hancur.Allah lebih menyayangi Nasri Amir berbanding dirinya.Dia hanya mampu berdoa kepada Allah agar Nasri di tempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.Dia tahu bagaimana sayang dan teruknya dia menangis tetap Nasri Amir tak akan kembali.Dia redha dengan dugaan yang Allah beri.Allah tidak pernah menzalimi hambaNya kecuali hambaNya yang menzalimi diri sendiri.

“Ma, Sofia dah fikir masak-masak yang Sofia akan sambung pelajaran Sofia dekat London.Sofia akan minta tolong dengan kawan Sofia.Sofia harap mama izinkan Sofia pergi belajar dekat sana”keputusan Sofia mengejutkan semua.Baru sahaja mengetahui berita tentang kematian Nasri Amir telah membuat Sofia mengambil keputusan menyambung pelajarannya di luar Negara.Semua beranggapan bahawa keputusan Sofia tergesa-gesa dan membuat keputusan mengikut perasaan.

“Sofia...mama,papa dan umi rasa tindakan Sofia ni secara mengejut.”Puan Hana menjelaskan kegusarannya.Dia tidak kesah jika Sofia ingin menyambung pelajarannya tapi dia mahu emosi Sofia stabil dahulu baru fikirkan pasal mahu menyambung pelajarannya kerana sekarang ini dia tahu yang Sofia berada dalam keadaan tidak stabil.

“Keputusan Sofia muktamad mama,papa,umi...Sofia tahu keputusan Sofia ni tergesa-gesa tapi Sofia memang dah niat nak menyambung pelajaran Sofia.Maafkan Sofia mama,papa,umi tapi Sofia nak pergi daripada sini dahulu.Sofia harap dengan belajar di luar Negara Sofia dapat tenangkan diri.Kawan Sofia cakap esok semua dah settle dan In shaa Allah lusa Sofia akan bertolak ke London.Sofia tahu semua ni mendadak tapi Sofia tak nak bebankan sesiapa sebab Sofia tahu semua sibuk dengan majlis perkahwinan Maira dan abang Fairuz.Mama dengan papa izinkan Sofia belajar ye?”sambil air matanya menitis dia memeluk mama dan papanya.

Keinginannya hanya satu..mahu melenyapkan segalanya tentang Nasri Amir.Jika dia berada di Malaysia semua itu tak mungkin berlaku kerana setiap tempat yang dia pergi akan membawa bayangan Nasri Amir juga bersamanya.Dia berterima kasih kepada Elena yang membantunya untuk menyambung pelajarannya ke London.Maira masih lagi tidak mengetahui yang dia akan menyambungkan pelajaran ke luar Negara.’Umi akan memberitahu Maira nanti’kata Sofia dalam hati.

Kini dia mengemas barang-barang yang perlu dibawa.Barang-barang yang Nasri Amir beri padanya dia simpan ke dalam sebuah kotak.Dia mahu meletakkan semua barang itu di atas almarinya.Setiap barang yang di beri oleh Nasri Amir sangat bernilai baginya.Dia menyimpan semua barang yang diberi oleh Nasri Amir kecuali sebuah buku catatan.Buku catatan itu Nasri berikan kepadanya untuk dibuatkan diari.

Sedang Sofia berkemas dia terjumpa sekeping gambar.Air matanya berguguran lagi.Gambarnya bersama Nasri Amir dan Maira semasa majlis graduasi di sekolah mereka.Nasri Amir sangat gembira ketika itu kerana Sofia menyanyikan lagu untuknya di hadapan semua orang. ”Melupakanmu bukan mudah sayang...kau bayangku...tapi kini kau tiada...kini kau tiada...”rintih Sofia.

Setelah dia selesai mengemaskan barang-barangnya.Sofia mengambil wuduk untuk membaca Al-Quran kerana baginya pada waktu begini Allah mahu dia mendekatiNya.Di saat manusia senang kerap kali melupakan Allah tetapi di kala manusia susah?ada yang mengeluh dan ada yang mengatakan Allah.Ketika Allah memberikan kamu ujian sedarlah bahawasanya Allah merinduimu.Allah merindui doa mu,zikir mu,solat mu dan ibadat mu.Ketika dilanda musibah kita haruslah bersyukur kerana Allah mengingati kita sedangkan yang lain masih leka dengan dunia.


Setelah selesai beribadat kepada Allah barulah Sofia rasa lega.Ada hikmah disebalik setiap dugaan yang Allah berikan.Sofia yakin walaupun hatinya dilanda kesedihan dia akan cuba tabah menghadapi dugaan yang Allah berikan padanya.Di saat dia memikirkan hari-hari yang bakal dia tempuh di London.Akhirnya dia terlelap kerana dia terlalu penat seharian dia bertungkus lumus menyiapkan segalanya tetapi perancangan Allah buatnya telah menentukan harinya esok.


No comments: