Followers

Thursday, September 25, 2014

Cinta Kita Berdua Bab 12

“Sampai hati dia buat Maira macam ni...Maira tahu dia sedih tapi tak perlulah nak larikan diri sampai ke London.Kalau apa-apa jadi kat dia?”luah Maira.Dia sungguh kecewa dengan keputusan Sofia.Semalam majlis perkahwinannya dan sepatutnya menjadi hari perkahwinan Sofia juga tapi perancangan Allah menentukan semalam hanya menjadi hari bahagia buatnya bukan buat Sofia.

“Abang tahu tapi dah itu keputusan dia tak kan kita nak halang.Kalau sayang pun berada kat tempat dia mesti sayang buat perkara yang sama kan?Sekurang-kurangnya dekat sana tak ada orang yang dia kenal yang boleh buat dia ingat dekat Nasri.Sayang,abang tahu sayang dengan Sofia rapat tapi sampai bila sayang nak dengan dia selalu?Biar dia cari kebahagiaan dia kat sana.Mana tahu dia bawa balik mat saleh ke?”pujuk Fairuz.

Sedikit sebanyak kata-kata Fairuz menyedarkan Maira bahawasanya Sofia juga mempunyai kehidupannya sendiri.Selama ini dia hanya bersama Sofia tidak kira la apa aktiviti sekali pun dia mesti bersama Sofia.’Kali ni apa yang abang Fairuz cakap tu betul.Aku kena biarkan Sofia cari kebahagiaannya.Mungkin dia akan lebih tenang kat sana’.

“Abang betul.Maira minta maaf sebab cakap ikut perasaan je tadi.Maira dengan Sofia rapat sangat sampai Maira tak nak berpisah langsung dengan Sofia”terang Maira dengan nada sayu.”Maira pergi jumpa Sofia kejap ye abang?”pinta Maira.”Iye sayang..pergilah..”jawab Fairuz.

Maira berjalan menuju ke bilik Sofia.Dia mengumpul segala kekuatan untuk mengetuk pintu.Jujur dia masih kecewa dengan keputusan nekad Sofia.Namun kata-kata Fairuz tadi telah menyedarkannya.”Assalamualaikum...Sofia..ni Maira...boleh aku masuk?”Maira masih menanti jawapan daripada Sofia.Setelah 2 minit barulah kedengaran suara Sofia.”Masuklah Maira...bilik tak berkunci”jawab Sofia.

“Dah siap kemas barang?”tanya Maira untuk memecahkan kesunyian.”Sikit lagi je”jawab Sofia tenang.’Aku akan rindukan semua ni....Ya Allah kuatkanlah hati ku’.”Kau nak aku tolong kau?”soal Maira.”Tinggal sikit je ni Maira...tak apalah...terima kasih”balas Sofia sambil melemparkan senyuman ke arah Maira.

“Aku tak tahu pulak kau dapat tawaran belajar kat London.”kata Maira dengan nada lirih.Dia kecewa kerana selama ini dia dan Sofia tidak mempunyai sebarang rahsia.Sofia menarik nafas dan melepaskannya berat.”Bukan aku tak nak cakap Maira...cuma masa aku dapat tawaran tu aku tak rasa pun nak pergi...bila sekarang...I need to go...lagi pun dah tak ada apa kat sini untuk aku Maira...biarkan aku pergi...in shaa Allah aku akan kembali setelah tamat pengajian di sana.”ucap Sofia dengan nada sedih.Air matanya tertahan di tubir mata.Sudah acap kali dia menangis sehingga dia rasa sudah kering air matanya.

“Kau salah Sofia...kau masih ada mak long,pak long,umi dan aku Sofia!Aku!”kata Maira sambil air matanya menitis.”Kau salah Maira...kau untuk abang Fairuz...”balas Sofia sambil air matanya menitis perlahan.

“But hey...aku bahagia untuk kau wey...”ucap Sofia sambil mengesat air mata yang menitis di pipinya.Maira hanya mampu mengukir senyuman pahit.”So kau tak berdebar ke malam ni?”usik Sofia sambil tersenyum nakal.Usikan Sofia membuat pipi Maira merona merah.”Takut?nak takut apa?”jawab Maira berpura-pura sedangkan dia tahu apa yang Sofia maksudkan.”Eleh...takut kena terkam malam pertama!”makin galak Sofia menyakat.”Wey kau jangan takutkan aku!ni pun dia tak tengok lagi aku tak bertudung tau!Malu gila wey!”luah Maira setelah puas diasak oleh Sofia.”Haha kau ni lawak la Mai!Dia tu suami kau wey...dah halal dah buat kau..bukan setakat tengok rambut kau je...”melihat muka Maira merona merah makin galak dia menyakat.

“Wey kau ni pahal!tak nak la cakap...malu la Sofia!”jerit Maira sambil melempar beberapa biji bantal ke arah Sofia.Sofia hanya mampu ketawa melihat sepupunya menahan malu apabila diusik begitu tapi adatlah orang baru berkahwin pasti ‘hal’ itu yang akan diusik.’Pengantin lelaki selalunya apabila diusik tentang ‘hal’ ini mereka hanya tersenyum manakala pengantin perempuan pula akan malu,pipi merona merah dan tunduk apabila ‘hal’ ini diusik.Contohnya Maira ni...’Sofia tersenyum.

“Esok kau ikutkan hantar aku ke airport?”tanya Sofia setelah puas mengusik Maira.”Mestilah ikut!ke kau tak nak aku pergi ni?”duga Maira.”Kau ni...aku tanya je...sebab kalau kau nak ikut...pergi masuk bilik kau sekarang..takut...tak bangun pulak esok..iyela..sedapkan ada bantal peluk baru...”usik Sofia lagi.”Eeee....kau ni!aku ingat dah habis dah sesi mendera aku dengan usikan kau..rupanya tak habis lagi!”geram Maira sambil melempar sebiji bantal tepat ke muka Sofia.Sofia sempat mengelak dan menyambung ketawanya sambil Maira keluar daripada biliknya.


Sofia mengeluarkan seutas rantai pemberian arwah Nasri buatnya dengan loket berbentuk hati yang mengandungi gambar mereka berdua.Senyuman pahit terukir di bibirnya.’Abang,Sofia doakan abang di tempatkan di kalangan orang-orang yang Allah kasihi.Sofia sayangkan abang tapi Allah lebih menyayangi abang.Sofia akan pergi jauh abang...tapi setiap hari Sofia kirimkan hadiah buat abang.Sofia rindukan abang..Sofia ingat kata-kata abang..teruskan hidup,teruskan senyum,bina family dan berbahagia...In shaa Allah abang...Sofia pegang kata-kata abang...’

No comments: