Followers

Tuesday, October 28, 2014

cinta kita berdua Bab 16

Selepas kejadian itu Sofia tidak menghubungi Qashfi.Ada juga Qashfi menghantar mesej dan menelefon tapi tidak pernah Sofia mengangkat atau membalasnya.Sofia pula makin sibuk dengan kelas dan assignment.Hidup Sofia di university semakin sibuk tetapi dia tidak pernah terlepas daripada berjumpa dengan Elena.

Elena merupakan anak kawan papanya.Sejak Sofia kecil,keluarganya sering berkunjung ke rumah Elena dan melakukan  aktiviti riadah bersama-sama.Semenjak itu mereka menjadi sahabat baik.Elena tua setahun daripada Sofia.Sepanjang dia berada di London dia sering berkunjung ke rumah Elena.Elena tempat Sofia mengadu kala hatinya teringatkan Nasri Amir.Elena bersimpati dengan kejadian yang menimpa Sofia.

Elena selalu memberi kata-kata semangat dan membawa Sofia meronda-ronda di London.Sedikit sebanyak Sofia tidak terlalu memikirkan kesedihannya.Melihat pelbagai tempat di London membuat Sofia teringat akan Qashfi.Tersenyum dia sendiri tiap kali teringat akan kejadian yang terjadi di antara mereka.

“Ehem!senyum sorang-sorang ni semacam je”usik Elena sambil tersengih.Sofia tersentak dengan usikan Elena.”Akak ni!mana ada la!Sofia terbayangkan mama,papa,umi dengan Maira je”tipu Sofia sambil mencebik.”Falling in love...Faling in love with you”Elena mengusik dengan lagu Stich.”Haha funny sangat!akak ni mana ada Sofia jatuh cinta.Asyik duk berkepit dengan akak je bila masanya Sofia nak jumpa lelaki?Tell me akak?”perli Sofia.

 “Urm mana la tahu classmate Sofia kea tau pun that guy yang duduk sebelah Sofia dalam plane yang Sofia cerita tu siapa nama dia?Qashfi?”makin galak Elena mengusik.Glup!Sofia menelan air liurnya payah.”Classmate Sofia mostly warga asing la kak.Sofia tak nak la yang blonde ni Sofia suka natural and made from Malaysia!Ha Qashfi!Kenapa dengan dia?Sofia dah lama tak contact dia since Sofia busy dengan kelas,assignment yang menambun dan busy dengan akak.”kata Sofia sambil tersengih.

“Amboi!awak ingat lelaki ni barang ke made in Malaysia?Urm adik akak ada event la esok dan akak ada 2 tiket extra.Charity dinner yang syarikat akak buat,mama dengan papa akak tak dapat datang atas urusan kerja dekat Singapura so akak ada 2 tiket lebih atau dalam kata lain tempat duduk kosong.Jom la join Sofia.”pujuk Elena.Mama dan papanya tidak dapat atas urusan bisnes dengan wakil daripada Singapura.Alang-alang Sofia berada di London dia ingin mengajak Sofia menemaninya.

“Hurm okay la Sofia pergi.Satu lagi tiket tu akak nak ajak siapa pulak?”tanya Sofia ingin tahu.”Kenapa?nak ajak blonde guy atau pun Qashfi?”usik Elena sambil mencuit bahu Sofia.”Erk!aaa....kalau akak tak tahu nak bagi siapa Sofia boleh je ajak dia.”jawab Sofia gagap.

“Hurm...something interesting going on here right?Oh well ajak la dia.Akak nak jugak kenal dengan dia.Mana la tahu dia boleh jadi husband-to-be akak ke?”usik Elena sambil mengangkat kening.Sofia sudah malas hendak melayan kakaknya sorang ni baik dia menikmati kecantikan di taman bunga.Bunga yang terdapat dekat situ tidak terdapat di Malaysia kerana cuaca di Malaysia tidak sesuai untuk bunga-bunga tersebut.Sofia leka mengambil gambar bunga-bunga dan suasana.

“Okay let’s go home kak!”ajak Sofia.Pada malam itu Sofia tidur di apartment Elena kerana keesokkan harinya dia tidak ada kelas.Nombor Qashfi di dail lalu di matikan.’Asal debar semacam ni.Maybe sebab dah lama kot tak contact dengan dia jadi la macam ni.Alahai kau ni mengada la hati.Time ni jugak kau nak pam laju -laju’monolog Sofia sambil menunding dahinya.Elena perasan tingkah laku Sofia yang beberapa kali cuba menelefon tapi dengan segera dia mematikan talian.

“Call Qashfi ke?”tanya Elena.”Yes but I haven contact him for months akak.Sofia rasa kekok nak bercakap dengan dia.”jelas Sofia.Elena menggelengkan kepala lalu telefon di tangan Sofia di ambil lalu di dail nombor Qashfi.Kemudian telefon diberikan kepada Sofia.”Talk to him”kata Elena lalu meninggalkan Sofia seorang diri di beranda.

Deringan membuat hati Sofia makin berdebar.Setelah beberapa saat panggilan di angkat.”Assalamualaikum cik Sofia dah lama tak dengar khabar berita.So what’s up?”Qashfi memulakan perbualan.”Wa’alaikumusalam maaflah saya sibuk sejak kebelakangan ni.Anyway esok syarikat kakak angkat saya adakan charity dinner dan have one spot left.Since I’m going and my sister will be busy with others.Would you like to go with me?”tanya Sofia dengan nada perlahan.

“Haha you asking me for a date?”usik Qashfi nakal di hujung talian.”Are you going or not?”tanya Sofia malas.”Okay I’m going but esok awak kena teman saya beli baju since awak yang ajak saya.So I pick you up 10 o’clock at university?”tanya Qashfi.”No I’m not at university right now.Saya dekat apartment kakak angkat saya.Kejap lagi saya bagi awak alamatnya.Satu lagi Mr.Qashfi,it is not a date but if you think it is just suit yourself”jelas Sofia.

“Woah!makin garang awak sekarang ni.Dah 3 bulan Sofia awak hilang tanpa khabar berita.Don’t you miss me?”usik Qashfi.”Eeee....tak ada masa saya nak rindu awak.”balas Sofia.”But I do...”perlahan suara Qashfi menuturkannya.Sofia terkedu.”Haha lawaknya awak ni.So how’s life?”tanya Sofia menutup gugup.”Awak tutup talian dulu.Biar saya call awak.Boleh borak lama sikit”arah Qashfi.

Sofia hanya menurut dan perbualan mereka berlanjutan sehingga pukul 11.”Okay la cik Sofia dah lewat sangat ni.Esok pukul 10 tau jangan lambat!Okay selamat malam.Sweet dream.Jangan lupa mengucap,baca doa dan basuh kaki sebelum tidur.Awak tak buat nanti dapat mimpi saya.”usik Qashfi sambil ketawa.”Iyela...awak pun sama.Assalamualaikum”akhir Sofia lalu talian di matikan.”Wa’alaikumusalam”jawab Qashfi.’Tak sangka dia akan hubungi aku balik lepas 3 bulan senyap macam tu je.I wonder how is she?Masih macam dulu atau lebih cantik?Dia masih ingat dan bersedih pasal tunang dia lagi tak?’monolog Qashfi dalam hati.

“Amboi,3 bulan tak berhubung...tapi bila dah contact...macam tak nak lepas!”usik Elena selepas Sofia meletakkan panggilan.Sofia memukul Elena dengan bantal.”Sofia,kalau kamu rasa kamu happy,kamu jadi diri kamu bila dengan dia just try to open your heart okay?”kata Elena sambil menepuk bahu Sofia.”Sofia tak tahu la kak.It’s funny how we been together.I always end up with embarrassing myself.”jelas Sofia.

“Oh esok Sofia kena teman dia beli baju.Kalau Sofia tak sedar akak tolong kejutkan Sofia ek?”minta Sofia sambil tersengih.Elena menggelengkan kepala.”Yela akak kejutkan”kata Elena.”Oh akak!Sofia tak tahu nak pakai baju apa esok.Sofia bawa baju ni je”kata Sofia sambil menunjukkan baju yang dibawanya.”Haha tengok!perempuan selalunya berhias kalau nak keluar dating dengan buah hati.Ehem!Something je ni!”usik Elena sambil mengangkat kening.

“Eeeee....mana ada la akak!Sofia tak nak memalukan diri Sofia lagi je.Akak tolong la Sofia.”pujuk Sofia sambil buat muka sedih.”Iyela...Jom!”Elena tarik Sofia ke biliknya.Elena menyelongkar almari pakaiannya dan dia mengeluarkan sepasang blouse dan skirt yang sepadan dengannya.”Ha Sofia pakai ni!Akak dah lama tak pakai ni.Yela okla ni untuk Sofia ke Sofia nak pakai t-shirt dengan seluar jeans yang Sofia bawak?”usik Elena sambil mengangkat kening.Dia tahu Sofia pasti akan memilih blouse dan skirtnya daripada memakai t-shirt dan seluar jeans.

“Haih fine!I take your blouse and skirt.”jawab Sofia lemah.”Ha ni tudung yang sedondon..atau Sofia nak tudung yang lain?”tanya Elena sambil memberi tudung bercorak bunga warna sedondon.”Alahai akak ni,yang ni pun boleh la”kata Sofia lalu dia mengambil tudung yang diberi oleh Elena.”Nak akak make up kan tak esok?”tanya Elena dengan penuh teruja.”Ugh no!dah!dah! akak tidur.Sofia masuk bilik,nak tidur.Selamat malam.Terima kasih kak!”jawab Sofia lalu dia berlari ke biliknya.

‘Kalau aku make up esok,mati kena gelak dengan Qashfi nanti.’monolog Sofia dalam hati.Dia menyiapkan pakaiannya untuk esok dan dia mula memejamkan mata.Harap esok akan jadi lebih baik daripada hari ini.

No comments: