Saturday, January 31, 2015

Hurt

assalamualaikum

hurt...kesakitan yang fia rasakan kali ni...Allahuakhbar...tak terucap...fia rasa hilang...fia rasa stress sangat...fia rasa macam hilang semua...fia kurang makan sekarang...kurang cakap...kurang interaksi...kurang rasa...tapi selalu sakit...

semua mempersoalkan tindakan fia...tapi fia ada alasan fia sendiri...setiap apa yang berlaku dalam hidup fia...itu adalah pelajaran buat fia...pengalaman yang buat fia lebih matang memandang dunia ataupun tidak...

fia dibelenggu pelbagai perasaan...berilah sebanyak mana pun masa untuk fia berfikir...fia akan tetap tersangkut di tempat yang sama...puas semua orang nasihatkan fia..tapi fia?fia tak tahu nak describe apa yang sebenarnya yang fia rasa....hmm tahla susah fia nak describe...nak luah pun lagi la...Allah je tempat fia mengadu...akak fatin cakap fia macam zombi...well almost...

kenangan demi kenangan memburu fia...fia jadi rindu,sayu...kita memang boleh merancang tapi kita tak boleh menolak perancangan yang Allah dah aturkan untuk kita sejak azali...selalu orang cakap macam mana cantik pun perancangan kita...cantik lagi perancangan Allah...setiap dugaan memberi hikmah...mengajar dan belajar...

life is wonderful...mathematical life solution yang fia baca daripada buku...

Life + Love = Happy
Life - Love = Sad
________________
2 Life = Happy + Sad

Happy + Sad
___________
           2

= 1/2 Happy + 1/2 Sad

Conclusion is just enjoy your life...

Hidup cuma sekali tapi satu benda je bukan sekali....kesilapan...kadang-kadang kita ulang kesilapan yang sama...manusia tidak sempurna...asal perkataan manusia dalam bahasa arab juga bermaksud lupa...menunjukkan manusia ini mudah lupa...lupa akhirat kerana nikmat dunia...lupa rendah diri ketika kejayaan mencurah-curah...tetapi Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...kerana tidak jemu menunggu kita bertaubat...

Manusia dan tak kurang juga fia sendiri bila di duga sedikit mula mengatakan Allah tidak adil...sedangkan adilkah kita ketika Allah limpahkan kesenangan tetapi kita tidak bersyukur?tidak bersujud padaNya?Allah memberi dugaan kerana dia menyayangi dan merindui doa serta rintihan hambaNya...

Syaitan sentiasa cuba untuk menyesatkan anak-anak Adam...itu janjinya pada Allah...ketika diri cuba untuk menjadi lebih baik...di saat itu jugalah bermacam-macam dugaan datang menimpa...yang sebenarnya Allah mahu menduga sejauh mana kita bersabar dan beristiqamah untuk berubah...

Di zaman moden kini masih ramai yang masih tidak tahu membaca Al-Quran...kebanyakannya sibuk dengan mencipta nama di mata dunia...tidak pernah ada istilah terlambat untuk belajar agama...belajarlah sebanyak mana pun...

dah panjang sangat fia berbicara...cuba mengubah diri...In shaa Allah...di lain hari fia akan post lagi...

assalamuamaikum w.b.t

No comments: