Tuesday, June 28, 2011

ingin menyepikan diri dulu

assalamualaikum..

sebelum tu fia nak mintak maaf kat semua orang..kalau terkasar bahasa,terlukakan hati sape-sape dan kalau fia tersilap tingkah laku...

di sini fia ingin mengundur diri daripada semua orang...fia perlukan sebulan menenangkan hati yang berkecamuk dan sakit ni...fia perlukan lebih daripada sebulan tapi...fia tak nak nanti fia menyepikan diri orang kata fia merajuk dengan dia orang tak tentu pasal...

UNTUK DIA

hanya dia yang bisa jadikan ku begini
hanya dia yang bisa mengocak dada ku
hanya dia yang bisa buat ku tersenyum
hanya dia yang bisa buat ku menangis
hanya dia yang bisa buat ku ketawa
hanya dia yang bisa merobek hati ku
hanya dia yang bisa ku mengadu nasib
hanya dia yang bisa buat ku takut
takut kehilangan dia
hanya dia yang bisa buat ku gementar
hanya dia yang bisa buat ku gugup
hanya dia yang bisa mencairkan hati ku yang seperti ais
hanya dia yang bisa buat ku tak tidur lena
hanya dia yang bisa buat ku risau setengah mati memikirkannya
hanya dia yang bisa buat ku rindu sehingga sanggup bersengkang mata semata-mata mahu berbicara dengannya...
hanya dia yang bisa membunuh hati ini
hanya dia,kerna dia bisa membuat ku jatuh cinta padanya

coretan ini adalah untuk encik D...hurm fia tak tahu nak cakap apa lagi...hati fia betul-betul perlukan ketenangan...kalau ikutkan hati fia nak pergi jauh dari sini jauh dari kesesakan Kuala Lumpur...tiada siapa faham fia..tiada siapa yang cuba mengerti perasaan dan hati fia...why my life have to be like this?
andai fia punyai apa yang fia impikan mungkinkah fia akan mengecapi kebahagiaan?
sampai sini je post utuk hari ni...semoga bertemu dipost yang akan datang...
assalamualaikum..

Monday, June 27, 2011

Thanks Afnan Shahir...=D

assalamualaikum...
to Afnan Shahir thanks sebab ceriakan hari fia...

hari ni lepas habis sekolah ade perjumpaan prs...dalam perjalanan turun jumpa Afnan dan dia tumbuk muka fia sebab fia cabar dia..tapi tak sakit pun...sampai bawah dia showoff tanda tangan john morisson dengan melina..macam fia kesah pulak...kalau john cena takpe jugak...

pastu pergi rumah kak risalini amik air,gula-gula,cawan dan pinggan...hari ni ada sambutan hari jadi dari bulan 4,5,6,7...sampai kat kantin prepare drink dan candies...dah siap prepare,cikgu naemaah dan cikgu liza(kaunselor baru) bagi ucapan...habis ucapan time to open the cake...ada dua kek..


Cappuccino cheesecake...yum-yum sedap giler...


chocolate moist cake...looks delicious..

dua-dua kek ni kek secret recipe...fia hanya makan cappuccino cheesecake yang chocolate moist cake fia tak makan sebab fia kurang suka coklat...afnan suruh fia suap kek tapi fia tak nak...hah hari ni jugak birthday hazim..kesian dia..afnan suap kek tapi dia tak nak dia orang semua pegang dia dan afnan suap..pastu dia tenyeh kek kat mulut hazim..fia tak henti-henti gelak..dahla tangan hazim sakit...

lepas habis makan kek,time makan gula-gula dengan keropok pulak...afnan tak habis-habis suruh fia suapkan dia...dia nak suap fia keropok banyak kali fia tolak last-last dari belakang dia suap fia...fia pun makan la...aduh segan pulak..orang pertama yang pernah suapkan fia...huhu terharu sweet pulak mamat ni haha...pastu makan punya makan-makan tinggal satu je keropok...sebelum tu fia acah-acah nak suap dia tapi masuk mulut fia sendiri..haha keropok yang satu tu fia suap afnan..fuyoo giler tau,semua tengok fia yang afnan suh amik gambar tapi tak dapat..

tiba-tiba dia gelar diri abang pastu panggil fia ayang...haha geli gak dengar lepas habis makan kita orang pun kemas dah lepas kemas picture time!macam-macam pose ade...haha jadi model jap...lepas habis tu fia gi solat..jumpa afnan then dia cakap "abang tunggu ayang"...e geli pulak dengar...tapi tiba-tiba terasa sweet pulak...alahai afnan,afnan...pastu mak cik sapu sampah cakap "amboi abang-abang.."fia dah gelak-gelak dah..haha

pastu pukul 4 lebih fia ke kantin nak cari fatin...nampak afnan yang dia pulak tersenyum-senyum sambil merenung fia..aduh kalau tak kuat iman boleh cair jadinya...haha afnan memang suka bergurau dengan kawan-kawan dia..terutama girls...kalau tak kuat iman tadi sure fia jatuh hati dengan afnan...haha

love to be friend with him...he such a nice person..happy-go-lucky,romantic...funny and many more...kalau berkawan dengan dia tak akan pernah bosan...pasti akan ketawa je bila dengan Afnan...Thanks Afnan dear :P coz make my day...:D and thanks sebab sudi berkawan dengan fia...
sampai sini je post fia untuk kali ini semoga bertemu di post yang akan datang....
assalamualaikum..:)

Sunday, June 26, 2011

Sayang dia...=D

assalamualaikum
hari ni fia nak cerita pasal kawan-kawan fia
actually tak tahu nak cite ape so fia nak cite pasal kawan-kawan yang fia sayang...

antaranya:


fatin,hanisah,hamizan,sadiq,cik mary dan fia...

best giler kawan dengan diaorang semua perangai giler-giler kalau duduk lepak dengan diaorang gerenti tak henti ketawa...

my lovely friend atirah...

ni kawan yang paling fia sayang...slalu share cite dengan dia,balik sekolah dengan dia dan slalu gi makan dengan dia...thanks tira sayang kau la...

my lovely friends...sayang giler kat korang...

ni kawan-kawan fia kebanyakan dari kelas 2A dan 2B...ni gambar tahun lepas,satu kelas dengan diaorang memang best...hari-hari asyik nak gelak je...haha


hanisah dan fatin...

diaorang ni pun macam tira always there for me...suka bergurau dan suka menyakat haha tapi memang best kawan dengan dua orang ni..

time keluar dengan mukhlisah buat kali terakhir...miss you siti mukhlisah


jamuan 2B bersama teacher Aida untuk kali terakhir...the best english teacher,miss you teacher Aida...

hah ni la dia di antara kawan-kawan fia...memang fia sayang kat diaorang setiap sorang ade kelebihan dia sendiri...dan fia seronok dapat berkenalan dengan mereka...semoga hubungan persahabatan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat...

sampai sini je post fia untuk hari ni..semoga bertemu di post yang akan datang...
assalamualaikum...:)



Friday, June 24, 2011

Carta hati (original song) - najwalatif

assalamualaikum..
hari ni fia nak kongsi lagi satu lagu najwa latif...
best lagu dia...so hope you guys enjoy to hear it...



kat sini fia sertakan juga lirik lagu ni..

hmm.. hoo.. haaa.. mmm..

Engkau duduk di situ
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku

Aku mulai resah
Hatiku jadi kebah
Melihat dirimu aku rebah

Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati
Lalu cinta kita bermula
Dari mata turun ke jiwa
Dari teman menjadi cinta
Dan berjanji untuk setia

Sehidup semati kita
Menjanjikan bahagia
Untuk kita berdua selamanya

hmm.. hoo.. lalala.. mmm..

Jangan engkau jangan pergi
Jangan tinggalku sendiri
Jangan tinggalkan carta hati

Kau janji kan bahagia
Ku janji kau tak terluka
Teruslah berada di carta hati kita

lalalalala.. hooo…
lalalalala.. mmm…

okla sampai sini je post fia untuk kali ni moga bertemu dipost yang akan datang...
assalamualaikum

Thursday, June 23, 2011

Lagi...

assalamualaikum
mesti korang tanya kenapa tajuk dia lagi?hah sebab hari ni lebih kurang macam semalam....aduh makin sayang pulak...tak henti fia senyum dari semalam sampai hari ni...gara-gara encik A la ni...haha

ok mula-mula masa PSV,cikgu masuk tapi tak mengajar so kita orang pun buat la kerja sendiri dan tak kurang juga memekak dalam kelas..pagi tu fia lapar giler-giler dan fia bawak pulak sardine puff...so fia cakap dekat ummi yang fia lapar..then fia cakap kalau nak makan boleh..ummi cakap makan je...tapi fia cakap la nanti cikgu marah..yang ummi pulak nak sardine puff tu so fia bagi...dia makan dalam kelas katanya lapar giler...pastu encik A nampak jadi dia menghulur...fia cakap la "ummi nak,kau nak habis aku tak payah makan?" dia teruskan kerja...

masa rehat dia,fia dengan ummi turun sekali...lalu kat bilik kaunseling jumpa Puan Naemaah..fia salam la pastu Puan Naemaah suruh fia tolong sapu kat belakang banyak sampah...so fia beli makanan dulu lepas makan fia pun sapu encik A pulak duduk kat situ...fia sapu sampai kat dia fia suruh dia angkat kaki tapi dia tak nak...fia paksa jugak...pastu dia angkat juga..dia tanya pasal sardine puff dia cakap nak sikit...fia cakap nanti fia bawak lagi...

habis rehat fia jalan ke kantin sorang-sorang dia pulak kat belakang "jalan sorang-sorang je" dia cakap kat fia..aduh fia jalan lagi laju...dia pun laju jugak...masuk kelas fia tolak meja dia pastu berkomplot dengan al-fateh,dia tahu pulak pastu dia tolak meja sampai kena kerusi fia...nak pergi ke makmal fia jalan dulu...dia ikut jalan dengan fia yang ummi jalan dengan nizam nak naik tangga jumpa alif,mikhail dengan lukman so fia tegur la,yang alif panggil fia adik su,dah lepas dia orang dia cakap "adik su?kau panggil aku abang a***la" dalam hati aduh dia ni...fia dengan dia sampai dulu kat makmal dia nak cakap dengan nizam tapi dia tak jadi nak cakap dengan nizam dia cakap nizam nak jalan berdua dengan ummi..dalam hati habis dia tu?

habis masa sains tiba masa BI tapi cikgu takde so cikgu lain ganti...dia pulak amik botol air fia...fia mintak dengan dia..dia cakap suh baik-baik...fia cakap la baik-baik pastu dia cakap tu bukan cakap baik-baik tu...adoi geramnya fia..then fia guna saya-awak dengan dia...(hah amik kau...)baru dia nak bagi geram betul dengan dia...ape kena la dengan mamat sorang ni?

lepas tu masa kh adoi...jadi nakal jap tak masuk kelas...kene panggil pulak sampai bengkel kene marah tapi buat muka tembok dan pekakkan telinga je...hurm...malu gak la tapi wat don't know je...

okla sampai sini je post untuk kali ni sampai bertemu di post yang akan datang
assalamualaikum...:)

Wednesday, June 22, 2011

Awak ni...

assalamualaikum
mesti korang terfikir kenapalah fia letak tajuk "Awak ni..."dan siapa awak tu...awak dalam post ni merujuk kepada encik A...banyak perkara pasal encik A hari ni...

ok hari ni fia nak cerita pasal encik A...mula-mula masuk kelas dia panggil fia sotong...=='
fia panggil dia sombong sebab lama jugak dia tak bercakap dengan fia...macam-macam dia buat kat fia...paling fia tak boleh lupa yang dia cakap "aku suka orang yang gatal macam suhaida" ==' (jap fia gatal ke?) pastu ummi pulak tak boleh nak cover gi tanya encik A 'kau suka suhaida ke?"...haish hati dah dup-dap-dup-dap...

ada lagi satu..fia cakap nak balik pastu encik A cakap "balik ikut ummi" fia cakap la habis nanti fia nak balik macam mana pastu dia cakap "balik rumah aku" aduh..fia memang tergamam la kan...haish dia cakap nak merajuk pastu dia cakap kat nizam nanti fia akan pujuk dia...aduh awak,awak...pastu dia cakap dia pernah pujuk fia...bila pulak tu? pastu dia cakap semua kenangan dia simpan yang fia dengar kenangan tentang fia tapi tak tahula betul ke tak then dia merajuk fia cakap dengan nizam dia suruh fia buat kerja math katanya fia kacau dia pastu fia cakap la "merajuk pulak dia" then dia cakap "biar la dia tak kesah pasal aku"dibuat-buat nada sedih...haish awak,awak...

awak ni buat saya sayang awak la...tapi biar jela nanti hilang la rasa sayang tu..tadi pun dia tak habis-habis nak usik fia...tapi fia suka!haha serius fia rindu time macam ni....hee thanks awak sebab ceriakan hari saya hari ni...thank you so much!lain kali buat lagi dan jangan berhenti ceriakan hari saya...yang penting fia segan giler dengan encik A hari ni...

segan,malu dan macam-macam perasaan...haish

okla sampai sini je post fia untuk kali ni moga bertemu dipost yang akan datang...
assalamualaikum..

Tuesday, June 21, 2011

Hari ku yang gile-gile

assalamualaikum..
fia nak cerita pasal hari ni...hurm mula-mula bangun agak lambat jugak lepas tu pergi sekolah beratur macam biasa...tibalah time PJK...ingat takde rupanya ada then main badminton...perghh dah lama giler fia tak main badminton..so pergerakan agak slow ditambah pulak serangan pening kepala yang datang tak menentu...

lepas habis PJK ada math pulak tapi cikgu masuk lambat...akhirnya fia dah baik dengan encik A...hehe rindu giler nak borak,gosip pastu gaduh dengan dia...lepas baik dengan dia..fia gaduh lagi dengan dia...haha memang rindula kan nak dengar suara dia,muka dia bila kene usik haha...macam encik A perempuan dan fia lelaki pulak...=='

hurm pastu habis sekolah ada kelas tambahan so kene stay..kelas tambahan hari ni sains..hooray my favourite subject tu...tapi encik A dah keluar sebab dia masuk larian...lepas habis kelas tambahan terus fia turun letak beg dan dalam hati niat nak tengok la encik A lari...lama jugak memujuk si tira dengan anis untuk teman fia pergi tengok dia orang berlari...

sampai kat bawah kita orang terus duduk bawah pokok...tengok larian...nasib fia tak terlepas tengok encik A lari...tibalah time encik A dan pesaingnya lari...dia lari...hurm dapat no last but takpe asalkan dia nak cuba betul tak?ok ramai jugak yang pengsan kat padang dan PBSM pun kene lari-lari jugak kat padang haha nasib fia bukan PBSM lagi kalau tak mesti fia pun join...

setelah habis semua acara larian fia,fatin dengan tira pun menapak la sampai rumah...dah sampai rumah fia membuat kerja fia...actually many things happen kat fia hari ni...but takpela...so sampai sini je post fia untuk kali ni sampai berjumpa di post yang akan datang...
assalamualaikum....

Monday, June 20, 2011

Cinta Muka Buku ( original) - Najwa Latif


This is the song..hope you like it..:)

Opps sori bee...

assalamualaikum...
hari ni fia nak minta maaf dulu kat my friend yang fia panggil bee...fia terlepas cakap and I'm sorry so much...true that I like you but actually I like you and my encik D...but now you know who is encik D...so bee tak yah nak jealous k...


I love you...

hurm nak tahu sesuatu tak actually fia kenal mereka di facebook atau dalam bahasa melayu muka buku...yang encik D mase fia form 2 dia satu sekolah dengan fia dan dia jugak pengerusi PRS...mula-mula tak kenal pun tapi pasal satu insiden fia jadi rapat dengan dia...lama-lama berputiklah rasa cinta fia buat dia...my bee pulak kenal dari facebook jugak tapi tak pernah bertentang mata dan bersua muka...tapi caranya melayan fia telah menimbulkan rasa sayang buat dia...hadoi...sayang dua-dua tapi mana satu yang jadi pilihan?dua-dua sudah berpunya...haish fia-fia...boleh kata cinta muka buku la ni....

jap adekan lagu cinta muka buku nyanyian najwa latif..ni lirik lagu dy..I will post that song after this post...thank you..^_^

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku

Kau hantar petanda suruh aku terima kamu

Ooh hati ku rasa sesuatu



Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku


Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu


Oohh kenakah rasa itu


Bagaimana harus bersua


Ku rasa gementar tapi bahagia

Perlukah kita cari peluang pertama

Walaupun kita tak pernah berjumpa


Banyak persoalan yang berada di minda

Banyak tanda tanya dan juga kata kerja

Otak kata jangan hati pula kata ya

Hidup tak menentu adakah ini cinta


Banyak soalan banyak juga jawapannya

Kata hati dan rasa tak dibiar saja

Setiap yang berlaku ada kebaikannya

Harus pejam mata dan cuba apa saja


Pabila kau renung tajam-tajam mata aku

Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu

Ooh ini cinta remajaku


Dan pabila kau katakan kau suka aku

Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju

Ooh itulah cinta yang satu

Cinta di muka buku


Bagaimana harus bersua

Ku rasa gementar tapi bahagia

Perlukah kita beri peluang pertama

Walaupun kita tak pernah berjumpa


Banyak persoalan yang berada di minda

Banyak tanda tanya dan juga kata cinta

Otak kata jangan hati pula kata ya

Hidup tak menentu adakah ini cinta


Banyak soalan banyak juga jawapannya

Kata hati dan rasa tak dibiar saja

Setiap yang berlaku ada kebaikannya

Harus pejam mata dan cuba apa saja


Pabila kau katakan kau suka aku

Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju

Ooh itulah cinta yang satu

Cinta di muka buku


memang samala tapi fia tak pernah jumpa my bee...agak-agaknya bila fia boleh jumpa bee?rasa macam nak jumpa tapi masing-masing sibuk yela budak PMR la katakan....nanti hari sukan encik D akan datang dan fia akan dapat coklat! yeah...finally coklat...hehe yang bee nak bagi aiskrim tapi fia mintak sedozen...haha macam boleh pulak makan sorang...actually saje mintak banyak...saja-saja...ngee..:D

oh ye...hari tu fia gi check doc and he said I'm fine cuma stress kot...so alhamdulillah takde pape...sekarang fia makin rajin...mengulang kaji apa yang fia lemah...dan fia sekarang langsung dah tak cakap dengan encik A..to me encik A dah terpadam semasa mula sekolah hari tu...hurm fia rasa sampai sini je post fia untuk kali ni...sampai berjumpa dipost yang akan datang...to my lovely bee hope you will be happy with your choice...and to encik D..I never force you to love me...and I never ask you to accompany me...so thank you so much for your attention to me...really appreciate what you did...my bee too...thanks bee...
assaamualaikum

Thursday, June 16, 2011

hidup fia...

assalamualaikum...
fia rasa sungguh bosan sekarang ni...mungkin sebab fia tahu encik A suke sape kot...hurm fia ni masalah betul la tak habis-habis pasal cinta...kalau di tanya dalam banyak-banyak subjek kehidupan subjek ape yang fia lemah dan fia akan jawab subjek percintaan(ade ke subjek tu?)

yang penting sekarang hati fia terbelah tiga...sama ada fia nak pilih encik A,encik D atau pun encik Z...ramainya lelaki di hati fia...sebenarnya fia masih kurang pasti yang mana satu yang betul-betul fia sayang...

encik D sudah jauhkan diri daripada fia...kadang-kadang timbul jugak rindu pada si dia...encik A pulak walaupun satu sekolah dan satu kelas tapi fia rasa dia macam dah berubah lepas cuti hari tu...hari ni fia kene tampal gigi..duduk dalam bilik kesihatan sambil menunggu giliran..fia tengok je dia..dia pandang fia terus fia pandang tempat lain...dia tanya fia kenape then fia cakap "tengah merajuk" but true memang fia merajuk,merajuk dengan dia!

encik Z pulak dah dua kali kot dia mintak couple dengan fia..tapi menolak cara baik sebab fia tahu dia sebenarnya sayangkan kawan fia..hari tu dia mintak lagi tapi fia tanya betul-betul siapa yang dia pilih...dia pilih dua-dua...fia memang sayangkan dia tapi fia juga perlu fikirkan tentang perasaan kawan baik fia...nanti dilabel sebagai perampas pulak..

kini fia kerap sakit kepala..kalau sakit tu memang tak ingat sekali pening mata berpinar-pinar macam nak pitam je...sabtu ni fia nak pergi check...tira cakap macam kene barah!Ya allah fia tak tahu nak cakap ape lagi..andai betul fia hadapi penyakit tu..fia redha dan fia tak nak sesiapa tahu kalau betul fia hadapi penyakit tu...yang tahu pun mungkin tira je...doa-doakanlah fia akan selamat ok...amin..keluarga fia pun fia tak nak bagitahu sebab tak nak menyusahkan mereka...kawan-kawan fia pun...biarlah fia tanggung semua tu sendiri...

okla sampai sini je post fia untuk kali ni...moga bertemu dipost yang akan datang dan berharap ada yang akan datang jika tidak sampai sini saja coretan hidup fia yang penuh suka dan duka...
assalamualaikum..

Monday, June 13, 2011

karya cinta

Awak,saya sayang awak sangat-sangat
saya tak boleh menceritakan betapa besarnya cinta saya pada awak
mungkin hanya pengorbanan saya boleh menggambarkan betapa besarnya cinta saya
saya tahu saya banyak menyakiti hati awak tanpa saya sedari
saya minta maaf sayang..
saya tahu awak tidak boleh memaafkan diri saya kerana awak sangat terluka
saya tahu awak sungguh kecewa dengan diri ini
saya juga kecewa dengan diri sendiri
saya tidak tahu bagaimana hendak menenangkan diri ini..
hati ini sungguh kecewa,terluka dan terseksa bila awak minta putus dengan saya
hati ini menjerit dan meronta tetapi tiada siapa yang mendengarnya
saya menangis bersendirian
tiada siapa mendengar tangisan ini...

saya harap awak boleh selalu berada di sisi saya
tapi saya tahu kita akan dipisahkan satu hari...

saya rasa sangat kecewa

sayang,tolonglah terima cinta ini!

tapi saya tidak memaksa awak untuk menerima saya..

saya terlalu sedih

awak,bila saya mesej awak..

awak selalu cakap awak sakit kepala..saya risau tentang awak tapi awak balas ia dengan kata-kata yang menyakitkan hati...

saya tahu awak masih terluka dengan saya

awak kata biar saya mati dengan kenangan indah kita dan awak selalu cakap seandainya saya masih hidup saya akan mesej awak,sayang..

hati saya bagai ditikam dengan pisau yang tajam..

ia sangat menyakitkan untuk saya terima

awak,jangan tinggalkan saya sendirian

saya betul-betul sayangkan awak...

saya tidak pernah merasakan cinta pada lelaki lain seperti saya cintakan awak

awak terlalu istimewa untuk saya..tapi hati saya mengatakan yang awak akan meninggalkan saya untuk selamanya...kenapa?
awak selalu sakit dan awak selalu cakap awak akan mati...bagaimana awak boleh cakap macam tu pada saya?

sampai hati awak meninggalkan saya sendirian

kadang-kadang daya fikir kenapa tidak saya yang berada di tempat awak...

biar saya mati untuk awak..gantikan diri awak dengan diri ini

saya sanggup mati untuk kebahagiaan awak..walaupun satu hari nanti bukan saya berada di hati awak sekurang-kurangnya saya tahu awak gembira..ia cukup untuk saya dan cinta saya

saya sanggup lakukan apa saja dan saya sanggup mati..apakah tidak cukup lagi bukti cinta saya?

awak telah banyak mengajar saya dalam kehidupan saya...

awak ajar saya untuk setia...saya tak pernah percayakannya

tapi awak mengajar saya semuanya tentang cinta..awak terlalu baik dengan saya

walaupun kadang-kadang saya rasakan saya tidak cukup bagus untuk bersama awak..

tapi bukan semua tak mungkin berlaku..

saya gembira bersama awak...

saya cuma nak cakap yang saya cintakan awak!

karya ini adalah ciptaan kawan fia,fia cuma menaip dan membaiki mana yang kurang...sekian sampai sini saja post untuk kali ini sampai berjumpa dipost yang akan datang...
assalamualaikum...

hidup ku yang baru!

assalamualaikum

hurm...hari ni fia nak bercerita pasal kehidupan baru fia...hari ni start la sekolah setelah 2 minggu bercuti...rasa tak puas bercuti...hari ni fia berpuasa untuk hari yang kedua untuk bulan rejab..hari yang sungguh mencabar bagi fia..
sampai sekolah memang hati happy giler,yela dapat jumpa kawan-kawan yang di rindui...

ok sebelum tu fia nak cerita something yang fia akan cuba melupakan si dia..sekarang ni fia rasa fia mula jatuh hati dengan kawan baik fia sendiri la...problem-problem fia pun tak sangka boleh jatuh hati kat dia...ok fia gelarkan dia encik A..encik A ni suke sangat cari gaduh dengan fia..tapi gaduh pun kejap je...ala gaduh-gaduh manja gitu...hehe fia senang berborak dengan dia..dia baik,caring dan satu sifat dia yang berjaya memikat dan menyentuh hati fia adalah..dia pandai nak ceriakan fia walaupun pada hari tu fia moody sangat-sangat dia akan cuba jugak buat fia tersenyum..walaupun dia tak sekacak mana tapi dia tetap kacak di hati fia...wah!giler la ayat..haha

hurm sambung pasal sekolah,sampai sekolah kene beratur la macam biasa..masuk kelas fia terus segan nak cakap dan pandang muka dia..hadoi fia,fia apela nak jadi dengan gadis sorang ni kan?..tapi hari ni fia ngantuk sangat sebab bangun awal sebab nak prepare sahur untuk fia dan adik-adik..mata betul-betul rasa nak terlelap je..banyak betul dugaan hari ni...

hurm sampai sini je post fia untuk kali ni sampai bertemu di post yang akan datang..
assalamualaikum

Thursday, June 9, 2011

hari yang mengembirakan..

assalamualaikum
semalam fia dengan family pergi tengok kungfu panda 2 kat times square
cerita yang menarik bagi fia la kalau bagi orang lain fia tak tahula...sampai pukul 2 lebih pastu cari parking memang lama betul...dah dapat parking kita orang terus gi cinema beli tiket...
sampai sana memang ramai giler orang..yela still cuti sekolah...mak fia cakap kalau tak dapat tengok kungfu panda 2 kita tengok karak...fuyooo!memang best la...

mak fia dah beli tiket...tengok kungfu panda 2 dalam hati nak tengok cerita karak walaupun sebenarnya fia ni penakut..hehe macam tak percaya je kan....XD
so fia tanya la mak fia nape tak tengok cerita karak?mak fia cakap karak kena duduk depan..fia dengar terus kecut perut..mak ai kat depan kalau pegi tengok gerenti fia la orang yang paling kuat menjerit...haha cite kungfu panda 2 start pukul 5 and kita orang ada 3 jam lagi...so kita orang gi makan Mac Donald dulu..lepas makan Mac Donald kita orang pun gi la meronda kat times square tu..lama jugak kita orang meronda-ronda lagi and my brother nak beli cermin mata...so kita orang pun cari la...dah jumpa adik fia pilih then he buy cermin mata quite smart yang cousin fia pulak gi beli cermin mata bingkai putih bentuk petak,really suit him..fia dengan adik fia yang paling kecil dapat rantai dengan buah rantainya yang berbentuk hati,mak fia cakap sebagai souvenirs katanya..yahoo!!memang fia suka giler la...

lepas tu kita orang duk lepak dekat lif kat sana ada cermin then kita orang amik gambar,yang adik dengan cousin fia apa lagi mengayakan cermin mata dia orang la...ada satu gambar ni memang terserlah ketampanan cousin fia...dalam hati fuyoo!handsome gak abang sepupu aku ni...hehe sempat jugak fia puji...lepas tu kita orang terus gi cinema,sampai sana kena tunggu lagi...5:15 baru masuk panggung pedahal kat tiket cerita tu start pukul 5:15...masuk panggung lambat pulak cite start but tengok trailer in coming movies pergh...banyak cite best tu...

cite dia best,klakar but the ending best!syok je tengok,yela fia ni memang minat kartun( percaya ok ini fakta XD )...habis movie kita orang ronda for the last time untuk cari baju for cousin fia..yela lepas ni dia akan balik ke asrama di Perak...jauh tu...dah dapat baju terus ke rumah nenek kat cheras...
then mak fia teringin nak makan yong tau foo pulak so singgah pasar malam beli yong tau foo..

dah tu sampai rumah nenek kita orang pun ke dapur makan la...habis makan kita orang balik rumah but my brother dengan adik fia yang paling kecil....so balik bertiga je dengan adik fia yang no 3...balik ngantuk mandi dulu then tidur...okla sampai sini je post fia untuk kali ini semoga bertemu di post yang akan datang
assalamualaikum..:)

Wednesday, June 8, 2011

Keseronokan cuti..ngee =D

Assalamualaikum
Sudah agak lama fia tak meng'update' blog..bukan fia merajuk tapi masa tidak mengizinkan..sedar tak sedar lagi 4 hari je cuti sekolah..hari ni fia ada kelas tambahan sampai hari jumaat..hurm malas pulak rasanya nak pegi kelas hari ni
finally fia dapat teddy bear...yeah!hidup makin terseksa...fia nekad from now no more playing around,no more "tak nak buat kerja",no more "tangguh kerja"

hari isnin start sepupu fia stay kat rumah...but 2 hari je...
hurm..fia tak tahu nak cakap apa...okla fia ada 2 orang kawan lelaki ok fia labelkan sorang encik baik sorang lagi encik cinta...hurm encik baik ni baik sangat dengan fia..dia peramah..fia kenal dia melalui facebook...dia suka puji fia...fia itula,inila bukan fia tapi hurm...entahla...yang penting dia macam nak try jadi besties fia..fia bukan tak nak dia jadi besties fia cuma fia tak nak kejadian 2 tahun lalu berulang kembali...

ok cerita pasal encik cinta pulak hurm...dia seorang yang baik,friendly dan penyayang...fia kenal dia melalui facebook jugak...fia cakap dia penyayang sebab dia sukakan kawan baik fia..pada masa yang sama adalah kawan fia sejak dari sekolah rendah lagi...every day encik cinta akan post kat wall untuk kawan baik fia..sweetkan?encik cinta pernah mintak couple dengan tapi fia sayangkan kedua-dua kawan fia
encik cinta kawan fia jugak...so fia tolak cara baik..alhamdullilah dia faham...yang kawan fia ni macam suka kat encik cinta tapi entah susah nak cakap...okla tu je cerita pasal encik baik dan encik cinta...

fia rasa sampai sini je post fia untuk hari ni semoga bertemu di post akan datang..
assalamualaikum...:)