Followers

Wednesday, December 25, 2013

Cinta Kita Berdua Bab 9

Nasri,awak free tak sabtu ni?”tanya Hasnila.Hasnila merancang nak mengajak Nasri Amir tengok wayang.Cerita cinta yang baru ditayangkan di panggung wayang menarik perhatiannya dan dia ingin keluar berdua dengan Nasri Amir.Mesti romantik!Itu la perancangan Hasnila.

“I tak free.Ada date dengan buah hati.”jawab Nasri Amir sambil tersenyum.Dia teringatkan Sofia.Kekasih hatinya sejak sekolah menengah lagi.Jodohnya panjang dengan Sofia.Sabtu ni dia merancang hendak melamar Sofia.Sudah dirancang kejutan buat Sofia.Tidak sabar rasanya hendak mengahwini gadis pujaan hatinya.Teringat lagi dia betapa terujanya Sofia pabila terlihat sepasang gaun pengantin yang sangat indah!

“Awak!cantik kan baju pengantin ni?”ujar Sofia ketika terpandang gaun pengantin di butik D’miafa.Bersinar-sinar mata Sofia ketika melihat gaun pengantin itu.”Sayang nak beli tak?kalau nak Nasri belikan untuk sayang”ucap Nasri Amir sambil tersenyum.

“Tak payah la awak.Saya belum nak kahwin lagi.”jawab Sofia senada.”Kalau Nas ajak Sayang kahwin...sayang nak?”tanya Nasri Amir sambil mengangkat kening.Muka Sofia dah gembira dan teruja.’Dia lamar aku ke apa ni?’Dah 11 tahun bercinta tapi entah bila hendak melangkah ke alam perkahwinan.

“Mesti la Sofia nak!dah lamakan kita bercinta.Bila nak ke alam perkahwinan?Sofia nak hidup dengan Nasri tau bukan selamanya hanya menjadi kekasih Nasri.”ucap Sofia.Sungguh dia benar-benar maksudkannya.Dia ingin menjadi yang halal buat Nasri.Nasri terharu dengan jawapan Sofia.’Sabar ye sayang,Nas ada kejutan untuk sayang’.

Hasnila terus terdiam pabila mendengar jawapan daripada mulut Nasri Amir tapi dia pelik dengan Nasri Amir yang tersenyum sendiri.’Ingat kat budak kampong la tu!Apa la yang ada kat dia?’.Hasnila sedari kecil bersama dengan Nasri Amir.Memandangkan ayah mereka kawan baik jadi mereka menjadi kawan baik tapi dalam diam Hasnila menyimpan perasaan terhadap Nasri Amir.

Seluruh keluarga Nasri Amir telah mengetahui tentang Nur Sofia Azmira.Hasnila geram pabila mak Nasri Amir berbicara tentang Sofia.Sofia itu.Sofia ini.Sofia,Sofia,Sofia!sungguh dia sakit hati dengan Sofia!Selagi mereka belum ada apa-apa ikatan yang sah Hasnila akan goda Nasri Amir.

“Nasri!”jerit Hasnila sambil menepuk bahu Nasri Amir.Nasri Amir yang sedang mengelamun terkejut dengan tindakan Hasnila.”You ni!buat terkejut I je!kalau tadi masa you pukul I lepas tu I mati terkejut macam mana?”marah Nasri Amir.Dia tidak berkenan dengan sikap Hasnila yang baginya kurang sopan baginya.Walaupun Hasnila mempunyai wajah yang jauh lebih cantik daripada Sofia tapi Hasnila tidak mempunyai adab sopan seperti Sofia.Hasnila hanya berlakon sopan di depan ibu bapanya.Nasri Amir tahu yang Hasnila menyimpan perasaan terhadapnya tapi Nasri Amir tak boleh menyukai Hasnila.Dia hanya anggap Hasnila sebagai adik.

Hasnila sudah muncung pabila Nasri Amir memarahinya.’Kalau dengan Sofia,lembut aje dia berbicara tapi kalau dengan aku,kalau boleh cakap tu biar semua orang dengar’.Geram dengan perangai Nasri Amir yang seakan endah tak endah akan dirinya Haslina keluar daripada bilik Nasri Amir lalu bergerak ke tempat kerjanya.

“Habis rosak plan aku!”rungut Hasnila.Hasnila sengaja bekerja dengan ayah Nasri Amir kerana ingin dekat dengan Nasri Amir.Bapanya bukan tidak punya syarikat malah syarikat bapanya lebih besar daripada syarikat ayah Nasri Amir.Sudah banyak kali bapanya mengajaknya bekerja dengan di syarikat keluarga tapi Hasnila menolak.Dia ingin bekerja bersama Nasri Amir.

“Kau apesal Nila?”tanya Rina.’Tadi bukan main ceria lagi Nila tapi lepas keluar daripada bilik bos muka Nila masam je.Ni mesti kes tak dilayan oleh bos la ni.Satu office tahu yang Hasnila tergila-gilakan bos tapi sayang bos dah ada kekasih hati’.”Nasri la! aku nak ajak dia pergi tengok wayang cerita cinta sabtu ni tapi dia ada date dengan perempuan tak guna tu!”jawab Hasnila geram.

“Kau ni Nila...sudah-sudah la tu.Nasri dah ada kekasih hati..yang kau pergi kacau dia lagi buat apa?”jawab Rina.Sungguh dia tak faham dengan Hasnila.Hasnila bukannya tak ada paras rupa.Muka ala-ala model gitu.Ramai yang tergila-gila Hasnila tapi Hasnila tetap nak akan Nasri Amir.

“Ala wey kau tahukan aku dah lama suka kat dia? tapi dia buat tak tahu je dengan aku.”jawab Hasnila hampa.Sedang Hasnila dan Rina berbual,Nasri keluar daripada biliknya dan bergegas untuk pulang kerana mendapat panggilan daripada ibunya.Suara ibunya mencemaskan membuat dia risau.’Kenapa dengan ibu ye?Ya Allah! Kau selamatkanlah ibu ku’.

Sampai di perkarangan rumah, Nasri terus berlari mencari ibunya.”Ibu! Ibu! Ibu kat mana bu?”jerit Nasri.Hanya Allah yang tahu betapa cemasnya dirinya disaat dia mencari kelibat ibunya di seluruh kawasan rumah tetapi tiada.Baru dia teringat!Ayah!ayah tahu ke tak ibu hilang ni?

Nasri Amir pantas mengeluarkan telefon bimbitnya.Dia mendail nombor telefon ayahnya.”Hah!Assalamualaikum yah!Ayah tahu tak ibu hilang?!”tanya Nasri Amir cemas.”Ibu tak hilang tu.Adalah dia pergi rumah kawan ke,rumah jiran ke, dah la kamu jangan risau.”ujar Encik Nazrul Amir.

”Surprise!”sergah Puan Julia,Encik Nazrul Amir,Sofia dan Maira.Nasri yang masih lagi terkejut seperti terpinga-pinga.”Surprise untuk ape ni?”tanyanya kebingungan.Sofia melangkah ke hadapan bersama sebuah kek di tangannya.”Happy birthday to you..happy birthday to you..happy birthday to Nasri Amir...happy birthday to you”nyanyi Sofia.Nasri Amir menepuk dahinya.”La!orang tak ingat pun hari ni birthday orang..selalunya..sofia akan jadi orang pertama yang wish..tapi semalam tak wish pun”kata Nasri Amir sambil merenung wajah Sofia.

“Tahun ni...orang tak nak jadi orang pertama yang wish kat awak...”terang Sofia sambil tersenyum.”Sape yang plan nak buat surprise ni?”soal Nasri Amir teruja.Dia tak pernah kena begini.Bagai nak tercabut jantungnya mendengar suara ibunya.Rupanya itu semua sebuah lakonan.’Alahai ibu...ibu buat angah risau tau!’.

“Ni idea ibu dengan Sofia la.Kek ni Sofia yang buat tau.Cantik kan bakal menantu ibu buat?”usik Puan Julia.Muka Sofia mula memanas dan menjadi merah.Malu bila di usik begitu.”Sayang..kenapa usik Sofia tu..kan dah merah muka budak tu?”tegur Encik Nazrul Amir.Nasri Amir dan Maira ketawa melihat muka Sofia.Memandangkan Sofia berkulit putih jadi sangat ketara bila wajahnya berubah warna merah.

“Sayang nampak comel sangat muka merah macam ni”bisik Nasri Amir.Bertambah merah muka Sofia.Nasri Amir hanya menahan ketawa.”Dah jom kita makan.Hari ni chef kita adalah Maira dan Sofia.Headchef mestila bakal menantu ibu”kata Puan Julia sambil memegang tangan Sofia.Betapa gembira hatinya mengetahui anaknya sedang bahagia..dan gadis yang anaknya cintai memang menepati cita rasanya.

“Wah!anak dara masak ni..mesti sedap!meh pak cik rasa..kalau tak sedap takpe..chef ni ada!”katanya sambil memeluk bahu isterinya.”In shaa Allah sedap pak cik...kita orang dah jampi dah tadi”ujar Maira sambil ketawa.Pantas Sofia menepuk bahu Maira.”Tak payah jampi la Maira.Kami sekeluarga dah suka dengan Sofia..lebih-lebih lagi Nasri ni ha”ujar Encik Nazrul.

Nasri Amir tersengih sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.’Maira ni pun kalau nak cakap tak pandang kiri kanan tau.Cakap ikut hati je.’Nasri Amir teman ayahnya di ruang tamu manakala ibunya,Maira dan Sofia memasak di dapur.Nasri Amir tidak menjangkakan kejutan ini.Semalam Sofia beriya-iya mengajaknya keluar makan malam esok.Tiba-tiba hari ni ada kejutan pulak tapi Nasri Amir tidak hairan kerana Sofia memang penuh dengan kejutan.Setiap kali tarikh yang istimewa,Sofia pasti ada rancangan untuk orang yang disayanginya.Kadang-kadang Nasri Amir sendiri hairan siapa sebenarnya yang lelaki..Sofia ke dia? sikap Sofia yang romantis,penuh kejutan dan sangat penyayang betul-betul berbeza dengan Nasri Amir.Kuasa Ilahi menyatukan dua insan yang berbeza.Perbezaan melengkapi diri mereka antara satu sama lain.

“Nasri Amir nak hadiah apa tahun ni?”tanya ayah Nasri Amir mematikan lamunan Nasri Amir.”Hah?apa yang ayah tanya tadi?”tanya Nasri Amir yang kebingungan.”Ayah tanya Nasri nak hadiah apa untuk hari jadi tahun ni?”tanya Encik Nazrul sekali lagi.”Nasri dah ada hadiahnya ayah dan hadiah ni bukan untuk Nasri sorang”jawab Nasri Amir samba tersenyum penuh makna.”Makanan dah siap!Nasri dengan pak cik marilah makan.”jerit Maira.Sofia dengan pantas menepuk bahu Maira.”Maira,sopan sikit.Kita kat rumah orang ni.”nasihat Sofia kepada Maira.Puan Julia,Encik Nazrul dan Nasri Amir hanya mengelengkan kepala sambil menahan ketawa melihat keletah Maira.Perangainya tidak berubah walaupun sudah menjadi tunangan orang.


“Nur Sofia Azmira,sudi tak sayang jadi sebahagian daripada pengembaraan Nas?”ucap Nasri Amir setelah selesai makan sambil melutut dia mengeluarkan baldu berwarna merah.Sofia hanya mampu menitiskan air mata kerana dia tidak menjangkakan semua ini.”Sayang nak biarkan Nas melutut sampai bila ni sayang?”pertanyaan Nasri Amir menyedarkan Sofia.Maira,Puan Julia dan Encik Nazrul menahan ketawa melihat keletah mereka.Sofia mengangguk sambil ketawa.Nasri Amir menghembuskan nafas lega.’Sayang ni betul-betul buat Nas risau tau.Manalah tahu tiba-tiba tak nak kahwin pulak.Frust pulak Nas nanti.’

sorry guys fia update lambat..busy lately ni..in shaa Allah bab 10 menyusul..=) assalamualaikum...

Monday, December 23, 2013

What A Great Day =)

Assalamualaikum...

hari ni birthday nenek dan birthday mak cik awie..=) pagi-pagi ibu fia dah kejut nak pergi hero..nak beli barang untuk buat kek...then nenek telefon cakap nak datang rumah pulak..alahai rosak plan fia dengan ibu...yang ibu masak kat dapur..fia buat kek kat luar...orang buat kek kat dapur kan?yang fia buat dekat luar rumah..XD dah siap tu fia kukus kek...sambil tunggu makan dulu...tapi fia bukan makan dah...melantak! XD haha manala tak naik berat badan fia...hee makin chubby dah fia sekarang...sukala awie yang fia dah chubby...

lepas siap kukus kek...fia putar whipping cream lepas tu fia decorate kek...heh ala kadar je sebab barang decorate fia tah mana tah pegi..haih terus hilang mood nak decorate kek...tapi okla...alhamdulillah fia dengan awie dah okay...takut jugak semalam bila awie wechat fia...dah la ayat macam mengamuk je...risau sangat lepas tu dia marah fia sebab seminggu fia tak tegur dia...

seminggu tak tegur dia fia rasa janggal haih..dah seminggu tak berhubung terus jadi lain..gugup fia jadinya...awie suruh fia nyanyi..elok-elok fia ingat lirik lagu yang fia nak nyanyi terus fia lupa..sampai kena tulis dekat nota...mengeletar badan fia..haha serius berdebar..masa nyanyi pun rasa suara fia bergetar...XD

25 ni fia ada tournament bowling under pangsapuri fia...fia dah lama tak main bowling...huuuu seronok tu!24 pulak fia pergi practise...hehe betul-betul nak menang ni..XD harap dapat la asah skill fia yang dah lama tu...dan harap boleh kalahkan semua persaing...amin..XD hehe nak sangat menang...merepek je...

sepanjang cuti ni fia duduk rumah je...tolong ibu itu ini dan fia dapat upah!haha ni kes pasal nak sangat kerja la ayah bagi fia kerja dekat rumah..macam bibik dah..jaga esya,tolong lipat kain,tolong masak,tolong kemas...okla tu...dapat jugak duit! =p syaza dah kerja..afifah pun..awie memang dah lama kerja...fia je kerja dekat rumah..XD

okla dah banyak fia mengarut..bab 9 cinta kita berdua fia update esok kay..in shaa Allah...akhir selamat hari jadi nenek...semoga panjang umur,murah rezeki dan bahagia bersama yang tersayang..=) semoga bertemu esok..=) assalamualaikum...

Sunday, December 22, 2013

I miss you...=(

Assalamualaikum...

tajuk post fia kali ni I miss you...rindu siapa?rindu Muhammad Qawwiel bin Azizul Akmal...hmm why him?dah berapa hari fia tak berhubung dengan dia...fia rasa hilang sangat..tak ada lagi senyuman..keletah..gurauan dan usikan...hmm fia rindu sangat-sangat...fia favourite semua tweet dia kat twitter..dan fia hanya mampu senyum sambil menahan air mata...jujur fia rasa sunyi sangat....tapi fia sendiri yang dah setuju dengan dia...

sakitnya hanya Allah yang tahu...setiap perkara akan mengingatkan fia kepada dia..warna,bau,tempat...semua!dugaan demi dugaan menimpa diri fia...hmm banyak kali fia jatuh dan banyak kali jugak fia tersungkur...Allah tak membenarkan fia bersendirian...Dia kirimkan kawan bagi fia...semua mendoakan fia dengan dia..semua cakap yang fia boleh...fia tabah...semua berusaha mengukir senyuman di bibir fia...

Je t'aime...satu ungkapan untuk dia...fia nak dia tahu yang fia selalu...dan fia tak akan berhenti selagi Allah pinjamkan fia nyawa...kata orang bahasa perancis adalah yang paling romantik...fia tak tahu betul ke tidak...Tu me manques...I always do...every second,every heartbeat and every breathe I take...s'il vous plaît ne vont pas ... les gens veulent continuer à être là pour mon frère jusqu'à la fin de la..maksudnya...erm tak payah la kay..biar fia je yang faham...

tipu kalau fia cakap fia tak kesah sepanjang tak berhubung dengan dia...fia rasa nak nangis sangat-sangat...fia ingat lagi masa malam tahun baru...1 Januari 2013...fatin dengan achot usik-usik fia...lepas tu fia saja mengadu dekat awie...dia cakap fia wife dia?apa yang fia rasa hanya tuhan yang tahu...=') then dia betulkan...future wife...fia aminkan..jujurlah..setiap wanita mesti nak hidup dengan lelaki yang mereka sayang kan?nak lahirkan anak-anak dia kan?am I right?sebab fia pun rasa benda yang sama...

hmm okla...dah macam-macam fia mengarut...fia pun dah penat...lain kali fia update lagi..pasal novel tu in shaa Allah dalam masa terdekat ni fia post dekat blog kay...assalamualaikum...

Friday, December 20, 2013

Tahniah Angah..=)

Assalamualaikum...

dah tiga hari fia update blog...hish dah macam ketagih pulak nak update je blog ni...fia bosan..novel fia masih lagi on process...tapi sekarang ni fia takde mood nak menyambung tulis novel..hmm something happen to me dan fia memang takde mood...=/

ok pagi tadi adik fia pergi amik result pmr dia..yang fia duk ikut menebeng kat situ..haha adik fia dah bising-bising...hee lantak la fia nak ikut jugak!nak tak nak adik fia bawak la fia ikut sekali amik result..sampai je ramai yang tunggu dekat luar..yela start amik result pukul 10.30 yang budak-budak semua dah ramai yang sampai..yang fia bergegas pergi kedai..nak beli barang...then pergi ppr..terserempak pulak dengan syida dengan raihana...syida dengan raihana ni junior fia...fia rapat jugak la dengan dia orang disebabkan perangai dia orang yang sempoi..memang boleh ngam la dengan fia...

then masuk sekolah...cikgu semua pelik tengok fia.."aik nak amik result ke?"fia hanya teman adik fia...bila kelas adik fia dah start amik result...fia terus masuk line!ni kes nak tahu dulu keputusan adik fia...adik fia dah tak puas hati...fia buat don't know je..haha but fia bangga la dengan dia...4A 4B...alhamdulillah...dia beat fia..result fia 3A 5B tapi disebabkan tak nak mengaku kalah..fia tetap cakap yang adik fia tetap tak boleh beat fia dapat math dengan sains A..haha gedik kn?XD dh kalah tapi tak nak admit...

ok..tadi fia jumpa awie...erm serius fia rindu dia...hmm takde perkataan yang tepat untuk gambarkan macam mana perasaan fia...fia hanya mampu menahan tangis dan sebak di dada...sekarang ni fia makin..hurm..susah nak terang...firdaus aziz cakap fia gila?dia tak tahu apa yang fia rasa...so fia terus decide tak nak ada kena mengena dengan dia lagi...he can just get off from my life...too much dah fia rasa...cukup la selama ni...lagipun tindakan dia yang buat fia mengambil tindakan ni...

Ketika angin lembut menampar pipiku
Aku berdoa agar sampai rinduku
Rasa rindu yang tak dapat ku ungkap
Berharap kau tahu aku merinduimu

Setiap detik yang berlalu
Terasa diriku hilang sesuatu
Tanpa dirimu
Umpama manusia tanpa hati

Awan menutupi pancaran matahari
Melindungi air mata yang menitis 
Rasa rindu ku mula menebal
Kepada pemilik hati ini

Permandangan indah memukaukan ku
Ku berharap dirimu hadir
Terus memegang erat hatiku
Tanpa mahu melepaskannya

Ku akan tetap berdiri
Menantimu dan tetap setia
Kerna ku pegang erat hatimu
Tak akan sesekali ku melepaskannya

nukilan untuk dia..=') fia rindu sangat nak berkarya...dan malam ni idea datang...alhamdulillah..=') okla fia dah banyak sangat merepek..mengarut...sampai masa untuk fia berhenti menaip...esok kalau Allah penjangkan lagi umur fia..in shaa Allah fia update lagi esok kay..assalamualaikum..=)

Thursday, December 19, 2013

Alhamdulillah Terima Kasih Ya Allah =)

Assalamualaikum..

first thing fia nak bersyukur sangat-sangat sebab Allah masih pinjamkan fia nyawa untuk fia lalui hari ni...alhamdulillah hari ni fia lalui satu experience yang fia tak akan lupakan...hari ni bangun awal sebab fia ada bengkel dekat berjaya university collage of hospitality...siap-siap then ambil nadirah dekat rumah dia..fia pergi bengkel dengan dia...sampai lrt hang tuah tepat pukul 10...rushing itu ini sampai dekat lobby hotel dekat pukul 10 lebih..lucky bengkel tak start lagi...

first time jejak kaki kat berjaya university...rasa terpegun sangat...macam-macam ada kat sana...seronok tengok dapur dia..mula-mula fia masuk culinary class...seronok belajar masak macaroni..lepas tu jalan...then dalam kelas tu ada sorang mamat ni..muka boleh tahan la handsome but..perasan bagusnya!err serius fia tak suka..anti gile!fia tak kesah tau kalau orang nak tanya...yang dia..kalau boleh nak dating dengan chef tu...-_- chef tu semua punya la..bukan awok je nak belajar dengan dia...-_- hish...dan nama dia Munawir...nama klasik gile!but dah ayah dia bagi namakan..so tak oleh kata apa-apa..

bila dah habis kelas fia ingat nak jalan-jalan dekat bawah dengan nadirah tapi pak cik fahame dah tarik kita orang untuk dengar pasal scholarship...fia memang interested nak masuk berjaya ni...apa yang pak cik fahame cakap memang menarik minat fia...dalam hati 'aku kena pujuk ayah sampai ayah bagi!'petang tu kelas pastry pulak..yeay!my love!pastry...hee tapi fia harap satu..jangan la ada pak cik Munawir tu lagi..elok-elok fia seronok nak buat kek terus hilang kang....dan alhamdulillah dia takde!haha jahatkan fia?betapa fia anti mamat tu..XD

ok totally class memang seronok..fia hias ginger bread dan first time fia rasa ginger bread..rasa dia pelik...rasa rempah..dan fia berpeluang menggunakan mazipan yang lebih kurang macam fondant....Ya Allah..fia tak boleh nak gambarkan perasaan fia masa buat tu..teruja,gembira,seronok..semua ada!fia betul-betul yakin yang fia nak amik course pastry...lepas habis kelas fia memang ingat nak jalan-jalan...haih tapi nadirah ada hal pulak..rushing la kita orang balik...

fia sedih sikit sebab santa fia dah penyek!huhu sedih sangat...elok rupa santa dah jadi macam satu cite ni..yang orang tu pendek..hidung dia besar misai dia panjang dan tak nampak mata..dapat gambarkan tak?haha anyway fia punya tak teruk sangat..sebab beg fia tak banyak barang...balik je terus makan biskut tu...oh hari ni jugak safe duit fia tak payah beli makanan sebab university tu sediakan makanan...makanan dia memang superb! terutama macaroni cream cheese tu! haih..terliur fia bile ingat balik..huish!fia memang kena belajar buat ni..kalau tak nanti fia mengidam!haha fia dah la gila cheese!hehe..=D

okla sampai sini je post fia untuk kali ni...harap fia masih dipinjamkan nyawa untuk menempuhi hari esok..=) amin....assalamualaikum =)

Tuesday, December 17, 2013

I Will Change =)

Assalamualaikum

Apa khabar semua?kalau sihat alhamdulillah..fia pun sihat je...cuti sekolah ni korang ada pergi mana-mana?dah beli barang sekolah?dah ulangkaji?soalan macam ni la selalu ditanya bila cuti akhir tahun ni...yela sibuk bercuti kadang-kadang terlupa itu..terlupa ini...ok mesti korang tanya kenapa dengan tajuk fia...I Will Change...

sebenarnya fia hanya ada 2 minggu je..dan fia berusaha untuk berubah...ye fia akan berubah..tapi bukan hati fia...fia masih mencintai awie walau apa pun yang berlaku...keadaan rumit sekarang ni...hmm entahlah..fia harap fia mampu tabah...sakit hati merindu...=(

dengan izin Allah in shaa Allah fia akan berubah dalam 2 minggu ni...takde siapa pun tahu..tapi fia kena luahkan jugak...fia cari la blog...blog tempat fia melahirkan apa yang fia rasa...tapi sekarang fia makin malas nak menaip..alahai dah lamakan fia tak berblogging...jari-jari fia dah tak sepantas dulu...idea-idea fia tak sehebat dulu...tapi alhamdulillah Allah masih kurniakan nyawa buat fia..

tahu tak setiap orang yang hadir dalam hidup kita ni ada peranan?Contohnya macam ibu ayah...mengajar kita erti pengorbanan dan kasih sayang...kita tak boleh salahkan sesiapa..it's like korang salahkan takdir..betul tak fia cakap?Allah hadirkan setiap seorang tu ada tujuannya.Korang sedar sesuatu tak?Allah tak pernah membiarkan kita sendiri...sebab itu adanya keluarga,saudara dan sahabat...pengalaman membuat kita lebih matang...kita akan cuba perbaiki diri melalui kesilapan lalu...tapi kita jangan terkena buat kali kedua..macam perpatah inggeris cakap..fool me once shame on you,fool me twice shame on me...

hari tu fia pergi pwtc dengan nadirah...seronoknya..paling best dapat jumpa everlyn rose...serius dia cantik sangat...fia jadikan dia sebagai sumber inspirasi fia untuk buat novel...jumpa kak fathia,arja lee,kak ziela dengan hisyam hamid...then pergi pulak pesta pendidikan....dan fia betul-betul tertarik dengan berjaya universiti...fia jadi interested sangat...tapi...fees yang mahal..fia nak amik course patisserie...culinary pun okay tapi fia more to pastry...

impian fia adalah membuka kedai kek yang sama taraf macam cake boss! =) tingginya cita-cita fia...dengan usaha,doa dan kepakaran..in shaa Alllah fia boleh...haih..terlalu taksub dengan cake boss macam ni la jadinya...fia selalu jugak buat kek then bagi dekat kawan-kawan...bila senyuman terukir di setiap bibir dia orang...fia rasa happy sangat...maksudnya fia lebih suka kerja yang berinteraksi dengan orang...=) itu la fact about fia...fia harap fia dapat la belajar course yang fia nak dan fia harap fia dapat yang dekat-dekat je...fia tak nak duduk jauh-jauh nanti fia jugak yang penat...dan fia risau jugak pasal result fia...hmm fia harap naik la sikit daripada result pmr...

bercakap pasal pmr...result pmr keluar 19 kan?okay fia nak ucap good luck...apa pun keputusan fia harap korang terima dengan redha kay?apa yang korang dapat tu usaha korang...kalau usaha korang tak sama macam result yang korang dapat...maybe Allah ada perancangan baik untuk korang...jangan pernah bersangka buruk dengan Allah..sesungguhnya tiap sesuatu yang terjadi ada hikmahnya..=) semakin lama persaingan semakin sengitkan?yela zaman sekarang ni budak genius tahu tak?sekarang pun ramai pelajar yang pandai tak dapat asrama...

okla..dah banyak fia mengarut...fia pun dah tak larat...kepala dah berdenyut-denyut...hmm biasa la penyakit fia...okayla nanti fia post lagi kay...=) assalamualaikum....

Wednesday, December 4, 2013

Selamat Hari Jadi Awie =)

Assalamualaikum,

Okay post fia kali ni pasal awie.What about him?okay fia cerita.On 4 December an amazing boy was born and his name is Awie. =) so today is his birthday!Perkara yang lebih menarik birthday fia 12/4 kan? dan dia punya 4/12 =D hee terbalik bulan dengan hari je...bercakap pasal birthday fia teringat kes tahun lepas..time nak celebrate birthday awie..mula-mula dia cakap yang dia kerja...I was like...huwaaa my plan! =( tapi nasib baik dia nak datang lepas fia cakap yang fia nak celebrate birthday dia....

fia paling ingat time fia dengan tasya pura-pura accident!haha lawak sangat!yela fia just rebahkan motor but my face full of blood!hehe bukan blood betul tau..palsu punya!fia tengok dekat laman web sains comot but you guys know what?ramai kot yang berhenti..tanya fia okay ke tak...haha dalam hati fia dengan tasya dah bantai gelak...but the spoil thing is polis bantuan pulak sampai...adeh..fia dah la takde lesen dengan rotex mati lagi...-_- I was like....police man you ruin my plan! -_- so me and tasya have to move away from that place...haiya!almost prank awie but Allah kata on his day make sure him happy so..tak jadi la prankk fia tu..

tapi...andai kata la jadi...satu..dia mesti risau gile punya! hehe gerenti!haha jahat tak fia? XD dua..lepas dia tahu semua tu prank dia akan baling botol tropicana dekat fia...haha mane fia tahu?dia cerita kat fia kalau betul-betul dia nak baling botol tropicana dekat fia...hehe comel je...X) tiga..dia akan merajuk lepas tu...tapi Allah takdirkan prank fia tu tak menjadi so fia redha..=)

Actually prank tu fia tak plan sorang-sorang...komplot fia si Zairul...kawan baik awie...serius zai memang suka gile plan fia...dia pun tanye kenapa tak jadi prank tu?fia dah...salahkan abang polis tu!! yang paling tak boleh bla fia terkantoi pulak dengan awie pasal darah tu...sepatutnya darah tu guna pewarna merah tapi sebabkan takde fia guna sirap...but last korang tahu ape jadi?kalau ikut warna memang sebijik gile dengan warna darah...tapi tula bile guna sirap...bile dilap dengan tisu serta merta daripada merah jadi PINK!oh my memang kantoi gile la time tu!awie dah tanya...darah warna pink ek?I was like....aaaaaaaa....kantoi la pulak!mane nak sorok muka ni? XD

lepas tu makan kfc..berebut pulak ayam dengan dia!aduhai...fia nak dia makan ayam yang besar...saje la fia amik ayam yang kecik..last-last berebut...haha fia diam je time makan...protes la konon...hee malam tu dia bantai tweet kat twitter pasal berebut ayam...aduhai...segan fia...mane la nak sorok muka ni?but totally it was a wonderful memory...fia harap sangat tahun ni boleh sambut macam tahun lepas tapi masa sangat suntuk untuk fia sediakan semua...hanya ucapan serta doa untuknya kali ni...=)

fia doakan agar dia selalu gembira,tabah,bahagia,sihat,dilimpahi rezeki,berjaya di dunia dan di akhirat =) 

Happy Birthday To You
Awie

My wish for you..

Lastly welcome to group 17! =)



Tuesday, December 3, 2013

Cinta Kita Berdua Bab 8


Dalam sedar tak sedar sudah 11 tahun Sofia dan Nasri Amir bercinta.Masing-masing sudah mempunyai kerjaya sendiri.Nasri Amir seorang CEO di syarikat papanya manakala Sofia pula membantu ayah dan ibunya menguruskan syarikat mereka di Kuala Lumpur.Ibu ayahnya pula menguruskan syarikat mereka di Johor.Maira rajin membantu di butik baju milik uminya.Maira dapat menarik lebih ramai pelanggan kerana hasil jahitannya yang halus dan cantik.

Maira sekarang sudah menjadi tukang jahit merangkap bos kecik di butik uminya.Pelanggan selalu memuji hasil jahitan Maira.Fairuz sedang melanjutkan pelajaran di London dalam bidang perubatan.Sebelum Fairuz berangkat ke London,dia bertunang dengan Maira.Lepas je dapat result SPM,Fairuz pergi ke rumah Maira.

“Maira!Abang dapat straight A untuk SPM!Now I want you to come down!”jerit Fairuz dengan nada teruja.Maira sedari tadi memerhati Fairuz daripada tingkap terus turun untuk berjumpa dengan Fairuz.Fairuz tersenyum manis saat dia lihat kelibat Maira di muka pintu dan menuju ke arahnya.

“Abang dapat straight A?Alhamdulillah,tahniah abang”ucap Maira sambil tersenyum.”Yup!I did it for you dear.”ucap Fairuz sambil mengenyitkan mata.Maira mengajak Fairuz berbual di pangkin.Uminya tiada dirumah jadi tidak sopan jika dia membawa lelaki masuk ke dalam rumah.”Sorry abang,umi takde kat rumah so Maira tak boleh jemput abang masuk”ucap Maira dalam keadaan serba salah.

‘Dia masih macam dulu.Ayu,comel,cantik dan sopan sama seperti dahulu.Abang rindu sangat kat Maira’.Muka Maira mula membahang saat Fairuz merenung mukanya.Maira menahan debar dalam hati.Dia tak suka Fairuz menatap mukanya.”Kenapa abang tengok Maira macam tu?”soal Maira.

“Salah ke abang tengok Maira?Dah la lama tak jumpa Maira.Bila nak tengok muka dia,dia tak bagi pulak”Fairuz seakan-akan merajuk.’Aduh mamat ni,merajuk pulak dia.Maira bukan tak bagi...Maira cuma tak suka abang merenung Maira macam tu.Maira segan!please la faham abang.Jantung Maira nak tercabut tiap kali bersama abang’.

“Ok tengok la muka Maira sampai abang puas.”akhirnya Maira mengalah.Fairuz hanya melebarkan senyumannya.Nampaknya kali ni Fairuz menang.

“Maira,abang dah tunaikan apa yang Maira nak.Maira nak abang berjaya kan?Ni bukti pertama.Maira tak pernah menganggu  abang.Maira nak tahu?Maira jadi pemakin semangat abang.Buat abang lagi semangat nak belajar.”ujar Fairuz sambil matanya memandang ke arah kolam ikan.

Belum sempat Maira berkata apa-apa Fairuz terus menyambung kata-katanya.”Macam mana belajar aliran sains tulen?”tanya Fairuz sambil memandang Maira dengan senyuman terukir di bibir.”Hah?oh...okla setakat ni..”jawab Maira bersahaja.”Abang kemungkinan sambung belajar di luar Negara”ujar Fairuz sambil matanya memandang Maira.Berat sekali hatinya ingin meninggalkan Malaysia.Di sini terdapat keluarganya,sahabatnya dan di sini terdapat cinta hatinya iaitu Maira Imani.

Perkataan kemungkinan sambung belajar di luar Negara menyentak tangkai hati Maira.’Kenapa abang perlu jauh daripada Maira?’.Air mata mula bertakung di tubir mata Maira.Maira tak sanggup memandang muka Fairuz.Takut air matanya menitis ke pipi dan dia tak nak Fairuz melihatnya menangis!

Fairuz tahu Maira sedang menahan air mata daripada menitis.Dia keluarkan sapu tangannya dan dia hulurkan kepada Maira.”Lap air mata tu.Abang tak nak tengok Maira nangis.Hati abang akan terguris.”ujar Fairuz sambil memandang Maira yang hanya menundukkan kepala.Maira mengambil sapu tangan daripada tangan Fairuz lalu mengelap air matanya.”Macam mana abang tahu Maira menangis?”tanya Maira pelik.

“Hati kita berkongsi rasa yang sama jadi abang dapat rasa apa yang Maira rasa.Maira ingat abang tak tahu ye?Maira pun sayang kat abang kan?Tapi sebab kita akan menghadapi ujian besar Maira sanggup korbankan rasa hati Maira.Itu la sayang,Maira.Sanggup berkorban untuk orang yang kita sayang demi kebaikannya.Disebabkan itu abang makin sayangkan Maira.Maira cinta hati abang.”ujar Fairuz sambil tersenyum.

Maira menangis lagi.’Abang tahu jugak apa yang Maira lakukan untuk abang’.Maira hanya mampu diam.Dia tidak tahu nak cakap apa dengan Fairuz.”Maira masih tak nak mengaku?”tanya Fairuz pabila dia melihat Maira masih menundukkan mukanya.”Maira...Maira...”Maira menjadi kelu.Dia tak tahu apa yang harus dia katakan.”Nur Maira Imani,sudi tak Maira menjadi isteri abang?”ujar Fairuz sambil melutut di hadapan Maira.

Maira tercengang.’Kahwin?!abang ni ok ke tak ni?’.Fairuz mengeluarkan sebuah baldu biru dan di dalamnya ada sebentuk cincin yang sangat cantik!rekaannya ringkas dan tidak terlalu banyak berlian.”Cincin ni cincin kahwin kita.Abang reka cincin ni khas buat Maira.Cincin terukir nama kita ‘FNMI-Fairuz Nur Maira Imani’ dan satu ungkapan cinta ‘I love you and I always do’.Mama pun ok je.”terang Fairuz satu persatu.

“Abang,Maira masih bersekolah.Abang akan ke luar Negara.Mana la tahu nanti jumpa gadis yang lebih baik daripada Maira.”ujar Maira sambil tersenyum.Fairuz hanya tersenyum bila mendengar jawapan daripada mulut Maira.”Walaupun ada gadis yang lebih baik daripada Maira,abang tetap pilih Maira.Abang pencinta setia.Abang akan menanti Maira sampai akhir hayat abang.”ucap Fairuz sambil matanya merenung mata Maira.

Maira kelu untuk berkata-kata.Kalau ikutkan hati nak saja dia terima lamaran Fairuz tapi bagaimana keputusan mamanya?apa kata ahli keluarga yang lain?Buntu Maira dibuatnya.

“Assalamualaikum”tiba-tiba terdengar suara Umi.”Maira kat sini umi.”Maira memanggil uminya ke pangkin.Tak lama kemudian Puan Laila muncul bersama beg plastik apam balik di tangan.”Eh,ada tetamu rupanya.Maira,kenapa tak buat air?”tanya umi.

“Eh?Maira lupa la umi!jap ek abang Fairuz.Maira buat air kejap”ujar Maira sambil berlari ke masuk ke dalam rumah.”Maira tu memang macam tu.Kalau dah borak sakan memang berlapar la tetamu.”ujar umi sambil tersenyum.

“Takpela mak cik”ucap Fairuz sambil tersenyum.Lalu kelihatan Maira berhati-hati menatang dulang.Sampai di pangkin Maira terus menuang air teh ke dalam cawan lalu dihulurkan kepada umi dan Fairuz.”Maira ni,kalau umi tak balik tadi...entah-entah Maira tak ingat langsung nak buat air ye?”tegur Puan Laila.

Fairuz menahan gelak.Maira dah muncung.”depan guest pun nak buat muka macam tu?comel sangat anak umi ni”ujar Puan Laila.’Dah besar tapi berperangai macam budak-budak..comelnya’Fairuz tersenyum sendiri.”Mak cik..kedatangan saya ni nak mintak izin dengan mak cik untuk mengahwini Maira”Fairuz menyampaikan niatnya.Dia tak mahu bertangguh lagi.Dia mahu Maira menjadi miliknya.Maira dan Puan Laila terkejut mendengar apa yang baru dikatakan oleh Fairuz sebentar tadi.

“Nama kamu siapa?”tanya Puan Laila setelah lama berdiam.”Nama saya Fairuz,mak cik”jawab Fairuz sopan.Maira dah risau takut uminya melenting.Baru tingkatan 3 tapi ada yang melamarnya.’Kalau umi tanya aku nak kahwin dengan Fairuz ke tak?aku nak jawab apa?Kalau jawab nak,nanti umi mengamuk pulak kang.Kalau jawab tak,aku memang nak kahwin dengan abang Fairuz.’Maira hanya diam dan dia berpura-pura tidak mengambil tahu sedangkan dia memasang telinga apa yang uminya dan Fairuz bicarakan.

“Maira masih belajar dan Fairuz pun baru dapat result SPM kan?Maira ni satu-satunya anak mak cik”Puan Laila mahu Fairuz fikir masak-masak sebelum bertindak untuk mengahwini Maira.”Saya tahu mak cik.Saya memang nak bernikah dengan Maira.Saya cintakan dia tapi saya nak bertunang dulu dengan Maira.Saya akan keluar Negara sebab saya dapat tawaran sambung belajar.Lepas saya graduasi dan kembali ke Malaysia baru saya akan bernikah dengan Maira.Jadi Maira masih boleh meyambung pelajarannya.

“Mak cik tak tahu nak cakap apa.Mak kamu bagi ke?”tanya Puan Laila lagi.”Mak saya bagi,lagipun mak dah jumpa dengan Maira”terang Fairuz sambil tersenyum.Puan Laila memandang Maira.Maira hanya menundukkan kepala.Dia tak tahu apa reaksi umminya dan dia takut untuk mengetahuinya.

“Maira nak kahwin dengan Fairuz?”tanya Puan Laila dengan lembut.’Kalau aku cakap tak,aku menipu diri aku.Kalau aku cakap nak,apa reaksi ibu?’Maira sudah berbelah bagi.”Maira nak kahwin dengan abang Fairuz”jawab Maira sambil menundukkan kepala.Puan Laila hanya mampu tersenyum.

’Jika benar Fairuz ingin mengambil puteriku sebagai isteri dan dia sanggup menunggu sehingga puteriku habis belajar,mengapa tidak pula aku membenarkan mereka berkahwin?Kalau Maira bahagia,Umi tumpang gembira.’

“Maira pun dah setuju,bila kamu nak hantar rombongan merisik?”tanya Puan Laila ceria.Maira bagai tak percaya yang uminya membenarkannya berkahwin dengan Fairuz.Maira memeluk uminya.”Umi buat ni untuk Maira.Kalau Maira dah suka,Umi ikut je tapi Maira kena ingat.Study jangan lalai.Maira kena jaga pergaulan Maira.Maira akan jadi tunang orang.Umi sentiasa ada untuk kamu.”bisik Puan Laila ke telinga Maira.

“Maira ada satu syarat.Maira nak kita bertunang after Maira habis SPM.Boleh tak abang Fairuz?”tanya Maira.Fairuz hanya tersenyum.Maira memang utamakan pelajaran.
“Boleh Maira.Memang tu la rancangan abang.Abang akan pergi ke luar Negara pada tahun depan.Tahun ni dengan tahun depan abang akan pergi khusus untuk course yang abang ambil.Abang akan ke UK.Nasib baik pak cik abang ada kat sana.”terang Fairuz sambil tersenyum.