Followers

Thursday, October 30, 2014

dugaan

assalamualaikum...

korang semua sihat?fia selalu update pasal novel je sekarang ni...so kali ni fia cerita pasal fia...Alhamdulillah fia sihat tapi kadang-kadang fia batuk,selsema..erm biasa la musim hujan ni cepat la sakitnya...fia pun kalau sakit bukan nak sangat makan ubat..kena marah teruk baru pegi dapur cari ubat...alahai...

sekarang fia tengah cuti sem...so tahu la kenapa fia makin ligat berblogging...hehe...sokongan dan dorongan daripada Encik Awie buat fia lagi semangat nak siapkan cinta kita berdua...sekarang fia masih dalam proses nak siapkan bab 17 dan In shaa Allah hari Jumaat atau Sabtu fia publish...kalau ada rezeki fia ingat nak cetak jadi novel betul...okay tak idea fia?

oh..berbalik kepada tajuk...erm...fia tak tahu mana salah fia...fia bukan tak nak tegur dia...tapi tiap kali fia tegur..fia jadi speechless...akhirnya fia hanya mampu ucap selamat malam tiap malam sebelum fia melelapkan mata...macam merpati dah...bila fia mendekat...dia menjauh...Allahuakhbar...tabahkan hati fia...

ha!fia dah ada lesen kereta!but unofficially la...hehe..sebab fia ambil lesen kereta dengan motor sekali...dah lepas test jpj kereta...tinggal motor je sekarang ni...boleh je fia pergi jpj nak buat lesen untuk kereta sahaja...tapi...fia rasa membazir pulak..yela nanti dah lepas motor kena buat lagi..keluar duit lagi...baik fia buat sekali je...kali kedua baru fia lepas jpj...masa first time ambil tu...Ya Allah...fia takut sangat-sangat!bukan fia tak boleh bawak tau...cuma ketakutan mengatasi...jadi fia jadi gabra sikit...dekat bukit dah fail...

nak jadikan cerita...masa ambil test jpj kali kedua pun haru jugak!sebab apa?tarikh fia ambil test jpj...dengan tarikh exam agama Islam fia adalah sama!mula-mula kak nana(driving school) bagitahu fia yang fia dapat sesi pertama no 16...kalau sesi 1...cepat sikit habis...sebab fia punya exam agama tu petang...bila sampai dekat surfine tu..fia dapat tahu yang fia punya bukan sesi 1 tapi SESI 3!alahai...fia jumpa pegawai jpj...siap nangis lagi..minta tolong bagi fia ambil test dulu...Ya Allah kalau korang dekat tempat fia pun mesti macam...arrrrgggghhhh!STRESS!

so lepas kecoh-kecoh sampai mak fia datang surfine cakap dengan pegawai jpj tu..fia decide fia pergi exam agama tu dulu...then fia keluar la awal bergegas pergi surfine balik...fia jawab exam dalam dewan tu...Ya Rabbi!tak tenang! T-T jawab sambil mata pandang jam...dan Alhamdulillah fia dapat buat kedua-duanya...betapa menggigilnya kaki fia masa bawak kereta...abang surfine dengan pegawai jpj boleh pulak dok mengusik fia...dah lulus je fia lompat kegembiraan(kalah budak kecik je!) hehe...so itu la kisah fia ambil test jpj...

Tika aku ingin menggapai
Kau mula mendingin
Tika aku mula langkah
Kau mula membina tugu

Dimana salahku
Aku buntu mencari
Hati merinduimu
Tapi aku bisa membisu

Bila hati mengulit rasa
Aku mengunci diriku
Biar hanya aku
Merintih sepi seorang diri

Biar sakit yang aku terima
Tiada rasa bagi diriku
Sakit bersulam bahagia
Bila kau disisi ku

Aku harap dikau mengerti
Hati ini tak akan berubah
Menanti setia tanpa jemu
Kerna terpahat kukuh dalam diri

Ku genggam erat 
Tak akan ku lepas
Biar derita ku rasa
Kerna hanya kau beri ku bahagia

okla sikit nukilan fia buat...sampai sini je post fia untuk hari ni...In shaa Allah akan ada lagi post yang akan datang...moga hari esok lebih baik daripada hari ini...Amin...Take care semua...Assalamu'alaikum w.b.t. =)

Tuesday, October 28, 2014

cinta kita berdua Bab 16

Selepas kejadian itu Sofia tidak menghubungi Qashfi.Ada juga Qashfi menghantar mesej dan menelefon tapi tidak pernah Sofia mengangkat atau membalasnya.Sofia pula makin sibuk dengan kelas dan assignment.Hidup Sofia di university semakin sibuk tetapi dia tidak pernah terlepas daripada berjumpa dengan Elena.

Elena merupakan anak kawan papanya.Sejak Sofia kecil,keluarganya sering berkunjung ke rumah Elena dan melakukan  aktiviti riadah bersama-sama.Semenjak itu mereka menjadi sahabat baik.Elena tua setahun daripada Sofia.Sepanjang dia berada di London dia sering berkunjung ke rumah Elena.Elena tempat Sofia mengadu kala hatinya teringatkan Nasri Amir.Elena bersimpati dengan kejadian yang menimpa Sofia.

Elena selalu memberi kata-kata semangat dan membawa Sofia meronda-ronda di London.Sedikit sebanyak Sofia tidak terlalu memikirkan kesedihannya.Melihat pelbagai tempat di London membuat Sofia teringat akan Qashfi.Tersenyum dia sendiri tiap kali teringat akan kejadian yang terjadi di antara mereka.

“Ehem!senyum sorang-sorang ni semacam je”usik Elena sambil tersengih.Sofia tersentak dengan usikan Elena.”Akak ni!mana ada la!Sofia terbayangkan mama,papa,umi dengan Maira je”tipu Sofia sambil mencebik.”Falling in love...Faling in love with you”Elena mengusik dengan lagu Stich.”Haha funny sangat!akak ni mana ada Sofia jatuh cinta.Asyik duk berkepit dengan akak je bila masanya Sofia nak jumpa lelaki?Tell me akak?”perli Sofia.

 “Urm mana la tahu classmate Sofia kea tau pun that guy yang duduk sebelah Sofia dalam plane yang Sofia cerita tu siapa nama dia?Qashfi?”makin galak Elena mengusik.Glup!Sofia menelan air liurnya payah.”Classmate Sofia mostly warga asing la kak.Sofia tak nak la yang blonde ni Sofia suka natural and made from Malaysia!Ha Qashfi!Kenapa dengan dia?Sofia dah lama tak contact dia since Sofia busy dengan kelas,assignment yang menambun dan busy dengan akak.”kata Sofia sambil tersengih.

“Amboi!awak ingat lelaki ni barang ke made in Malaysia?Urm adik akak ada event la esok dan akak ada 2 tiket extra.Charity dinner yang syarikat akak buat,mama dengan papa akak tak dapat datang atas urusan kerja dekat Singapura so akak ada 2 tiket lebih atau dalam kata lain tempat duduk kosong.Jom la join Sofia.”pujuk Elena.Mama dan papanya tidak dapat atas urusan bisnes dengan wakil daripada Singapura.Alang-alang Sofia berada di London dia ingin mengajak Sofia menemaninya.

“Hurm okay la Sofia pergi.Satu lagi tiket tu akak nak ajak siapa pulak?”tanya Sofia ingin tahu.”Kenapa?nak ajak blonde guy atau pun Qashfi?”usik Elena sambil mencuit bahu Sofia.”Erk!aaa....kalau akak tak tahu nak bagi siapa Sofia boleh je ajak dia.”jawab Sofia gagap.

“Hurm...something interesting going on here right?Oh well ajak la dia.Akak nak jugak kenal dengan dia.Mana la tahu dia boleh jadi husband-to-be akak ke?”usik Elena sambil mengangkat kening.Sofia sudah malas hendak melayan kakaknya sorang ni baik dia menikmati kecantikan di taman bunga.Bunga yang terdapat dekat situ tidak terdapat di Malaysia kerana cuaca di Malaysia tidak sesuai untuk bunga-bunga tersebut.Sofia leka mengambil gambar bunga-bunga dan suasana.

“Okay let’s go home kak!”ajak Sofia.Pada malam itu Sofia tidur di apartment Elena kerana keesokkan harinya dia tidak ada kelas.Nombor Qashfi di dail lalu di matikan.’Asal debar semacam ni.Maybe sebab dah lama kot tak contact dengan dia jadi la macam ni.Alahai kau ni mengada la hati.Time ni jugak kau nak pam laju -laju’monolog Sofia sambil menunding dahinya.Elena perasan tingkah laku Sofia yang beberapa kali cuba menelefon tapi dengan segera dia mematikan talian.

“Call Qashfi ke?”tanya Elena.”Yes but I haven contact him for months akak.Sofia rasa kekok nak bercakap dengan dia.”jelas Sofia.Elena menggelengkan kepala lalu telefon di tangan Sofia di ambil lalu di dail nombor Qashfi.Kemudian telefon diberikan kepada Sofia.”Talk to him”kata Elena lalu meninggalkan Sofia seorang diri di beranda.

Deringan membuat hati Sofia makin berdebar.Setelah beberapa saat panggilan di angkat.”Assalamualaikum cik Sofia dah lama tak dengar khabar berita.So what’s up?”Qashfi memulakan perbualan.”Wa’alaikumusalam maaflah saya sibuk sejak kebelakangan ni.Anyway esok syarikat kakak angkat saya adakan charity dinner dan have one spot left.Since I’m going and my sister will be busy with others.Would you like to go with me?”tanya Sofia dengan nada perlahan.

“Haha you asking me for a date?”usik Qashfi nakal di hujung talian.”Are you going or not?”tanya Sofia malas.”Okay I’m going but esok awak kena teman saya beli baju since awak yang ajak saya.So I pick you up 10 o’clock at university?”tanya Qashfi.”No I’m not at university right now.Saya dekat apartment kakak angkat saya.Kejap lagi saya bagi awak alamatnya.Satu lagi Mr.Qashfi,it is not a date but if you think it is just suit yourself”jelas Sofia.

“Woah!makin garang awak sekarang ni.Dah 3 bulan Sofia awak hilang tanpa khabar berita.Don’t you miss me?”usik Qashfi.”Eeee....tak ada masa saya nak rindu awak.”balas Sofia.”But I do...”perlahan suara Qashfi menuturkannya.Sofia terkedu.”Haha lawaknya awak ni.So how’s life?”tanya Sofia menutup gugup.”Awak tutup talian dulu.Biar saya call awak.Boleh borak lama sikit”arah Qashfi.

Sofia hanya menurut dan perbualan mereka berlanjutan sehingga pukul 11.”Okay la cik Sofia dah lewat sangat ni.Esok pukul 10 tau jangan lambat!Okay selamat malam.Sweet dream.Jangan lupa mengucap,baca doa dan basuh kaki sebelum tidur.Awak tak buat nanti dapat mimpi saya.”usik Qashfi sambil ketawa.”Iyela...awak pun sama.Assalamualaikum”akhir Sofia lalu talian di matikan.”Wa’alaikumusalam”jawab Qashfi.’Tak sangka dia akan hubungi aku balik lepas 3 bulan senyap macam tu je.I wonder how is she?Masih macam dulu atau lebih cantik?Dia masih ingat dan bersedih pasal tunang dia lagi tak?’monolog Qashfi dalam hati.

“Amboi,3 bulan tak berhubung...tapi bila dah contact...macam tak nak lepas!”usik Elena selepas Sofia meletakkan panggilan.Sofia memukul Elena dengan bantal.”Sofia,kalau kamu rasa kamu happy,kamu jadi diri kamu bila dengan dia just try to open your heart okay?”kata Elena sambil menepuk bahu Sofia.”Sofia tak tahu la kak.It’s funny how we been together.I always end up with embarrassing myself.”jelas Sofia.

“Oh esok Sofia kena teman dia beli baju.Kalau Sofia tak sedar akak tolong kejutkan Sofia ek?”minta Sofia sambil tersengih.Elena menggelengkan kepala.”Yela akak kejutkan”kata Elena.”Oh akak!Sofia tak tahu nak pakai baju apa esok.Sofia bawa baju ni je”kata Sofia sambil menunjukkan baju yang dibawanya.”Haha tengok!perempuan selalunya berhias kalau nak keluar dating dengan buah hati.Ehem!Something je ni!”usik Elena sambil mengangkat kening.

“Eeeee....mana ada la akak!Sofia tak nak memalukan diri Sofia lagi je.Akak tolong la Sofia.”pujuk Sofia sambil buat muka sedih.”Iyela...Jom!”Elena tarik Sofia ke biliknya.Elena menyelongkar almari pakaiannya dan dia mengeluarkan sepasang blouse dan skirt yang sepadan dengannya.”Ha Sofia pakai ni!Akak dah lama tak pakai ni.Yela okla ni untuk Sofia ke Sofia nak pakai t-shirt dengan seluar jeans yang Sofia bawak?”usik Elena sambil mengangkat kening.Dia tahu Sofia pasti akan memilih blouse dan skirtnya daripada memakai t-shirt dan seluar jeans.

“Haih fine!I take your blouse and skirt.”jawab Sofia lemah.”Ha ni tudung yang sedondon..atau Sofia nak tudung yang lain?”tanya Elena sambil memberi tudung bercorak bunga warna sedondon.”Alahai akak ni,yang ni pun boleh la”kata Sofia lalu dia mengambil tudung yang diberi oleh Elena.”Nak akak make up kan tak esok?”tanya Elena dengan penuh teruja.”Ugh no!dah!dah! akak tidur.Sofia masuk bilik,nak tidur.Selamat malam.Terima kasih kak!”jawab Sofia lalu dia berlari ke biliknya.

‘Kalau aku make up esok,mati kena gelak dengan Qashfi nanti.’monolog Sofia dalam hati.Dia menyiapkan pakaiannya untuk esok dan dia mula memejamkan mata.Harap esok akan jadi lebih baik daripada hari ini.

Friday, October 24, 2014

cinta kita berdua Bab 15

Setelah selesai mendaftar,Qashfi membantu Sofia mengangkat bagasi Sofia ke asrama.Semasa dalam perjalanan masing-masing mendiamkan diri.Tiba-tiba perut Sofia berbunyi.Qashfi yang terdengar terus ketawa terbahak-bahak.Sofia menahan malu.’Aduh kau ni perut!time-time ni jugak kau nak berbunyi ye..kot iye pun tunggu la dia ni tak ada baru kau bunyi’monolog Sofia.Muka Sofia mula merah menahan malu.

“Lapar ye?Jom saya bawa awak ke restoran yang best dekat sini.I won’t take no from you since you are deadly hungry right?haha”kata Qashfi sambil ketawa.”Tak nak la saya makan nanti.”kata Sofia menutup malu.Sekali lagi perut Sofia berbunyi serentak Qashfi ketawa.”Hey princess Sofia,betul ni awak nak makan nanti?perut awak tu dah macam monster minta makanan tahu tak?haha jom la.Saya belanja awak kali ni”kata Qashfi sambil menghabiskan ketawanya.

“Okay fine saya ikut but bagi saya simpan semua barang ni dulu.Boleh”Sofia mengalah.Sejujurnya dia memang lapar sangat.Sampai sahaja di depan bilik Sofia ditempatkan pintu dibuka dari dalam.”Hi!You must be my new roommate right?I’m Alice.”ramah gadis berambut perang memperkenalkan dirinya.”Hi Alice.I’m Sofia and this is my friend,Qashfi”Sofia memperkenalkan diri sambil melemparkan senyuman kepada Alice.

“Qashfi?well it’s different and unique!I thought he’s your boyfriend Sofia.”kata Alice sambil ketawa.”Well not yet.”ujar Qashfi selamba sambil mengenyitkan mata.Sofia mengecilkan matanya dan lantas lengan Qashfi ditampar.Alice ketawa melihat Sofia dan Qashfi.”Well you guys look sweet together!Come in!I will show your bed.”kata Alice sambil menunjukkan bilik untuk Sofia.

“Thank you Alice.I will pack this thing after I get back.Now I’m going to have my brunch.I’ll see you later then.”kata Sofia sebelum keluar.”Okay then.Take care!”balas Alice sambil mengukir senyuman pada teman sebiliknya.

“Okay she’s nice but be careful will you?Takut dia seludup bawak lelaki ke apa ke kita tak tahu budaya dia but it happen just give me a call and I will rescue you like a superman!”kata Qashfi sambil menepuk dada.

“Ceh awak ni memang bukan manusia ek?Dah la tadi berlari dengan beg saya dalam masa 5 minit dah sampai bangunan pendaftaran.Awak ambil dadah ek atau pun awak ni alien?”tanya Sofia sambil membuat muka terkejut.

“Hey!mulut tu baik sikit ye princess Sofia.Saya dah biasa la lari dengan pemberat so setakat beg-beg baju awak tu dah tak ada apa dah bagi saya.Alien?muka saya yang handsome lagi menawan ni awak kata alien?Awak ni rabun ye?.One thing you must know about me that is I really love to jog, run and walk.”jawab Qashfi sambil mencemik muka.

“Manalah tahu kan...saya ingat awak makan pil apa sampai awak boleh berlari dengan beg-beg saya semua.Hee my bad!Sorry Mr.Qashfi”kata Sofia sambil tersengih.

“Tula lain kali jangan bersangka buruk dan jangan suka serkap jarang.Tak baik tau tak?Dosa tu sama macam awak fitnah saya.Baik awak bunuh je saya terus kalau macam tu betul tak?”kata Qashfi.Dia tidak memandang Sofia yang jalan di sebelahnya.’Aduh kau ni Sofia!Mulut tu tak boleh lagi celupar ke macam mana?Macam mana nak minta maaf dekat dia ni?Erm dalam kereta nanti la fikir’omel Sofia dalam hati.

Sepanjang perjalanan Qashfi mendiamkan diri.Hanya lagu di radio berkumandang.Sofia di landa resah kerana mulutnya yang suka cakap lepas membuat Qashfi terdiam seribu bahasa.Apa yang Sofia tanya seperti angin lalu tiada respon daripada Qashfi.

“Qashfi,saya minta maaf dekat awak tentang apa yang saya cakap tadi.Saya ni suka cakap lepas dan saya mengaku tu memang tak elok lebih-lebih lagi saya seorang perempuan.I try to fixed it and I hope you will help me?Once you said to me a friend in need is a friend in deed right?So will you forgive me and help me on this?”terang Sofia dengan nada perlahan.

“Hmm...I thought that you will keep on silent and never try to apologize.In shaa Allah.Apologize accepted.Next time miss Sofia...don’t you dare call me an alien or I will be one.”kata Qashfi sambil membulatkan matanya.

Glup!Sofia menelan air liurnya.’Dia ni boleh jadi scary juga!Oh tidak!’omel Sofia dalam hati sambil mukanya bertukar pucat.”Jangan nak takut sangat...saya ni manusia.M-A-N-U-S-I-A.Saya tak akan makan awak atau buat apa-apa dekat awak.Stop being a prejudist miss Sofia.Kalau saya nak buat jahat dekat awak masa saya hantar awak pergi university awak lagi saya dah buat apa-apa dekat awak.Tambahan awak tengah tidur,masa tu lagi seronok kalau saya nak buat apa-apa dekat awak tapi awak selamat je kan?No harm on you right?”kata Qashfi apabila terlihat Sofia seakan-akan takut kepadanya.

‘Erk!Again!Stop it Sofia!Stop thinking negatively!Cuba bersangka baik will you?’omel Sofia sambil menunding dahinya.”Urm again I’m sorry”ucap Sofia dengan nada perlahan sambil menundukkan wajahnya.Akhirnya sampai juga mereka ke destinasi.

Qashfi turun daripada kereta dan memasuki restoran tanpa sebarang kata.Sofia hanya mengikuti gerak geri Qashfi.”Can I take your order Mr.Qashfi?”tanya pelayan dengan ramah setelah Qashfi dan Sofia duduk.”As usual and make it two please”jawab Qashfi sambil mengukirkan senyuman kepada pelayan itu.”Okay right away sir.”jawab pelayan itu dan dia pun berlalu pergi.

“Awak tak tanya pun saya nak makan apa.As usual?Awak order ape untuk saya ni?Awak memang selalu makan dekat sini ke?sampai pelayan tadi pun kenal awak.”kata Sofia dengan nada tak puas hati.”Shuh!Sekarang ni saya yang belanja so awak diam je okay?Saya order makanan paling terbaik dekat restoran.Yup!saya memang selalu datang sini setiap kali saya berada di London.The best way to treat my home sick by eating Malaysian food.”kata Qashfi sambil tersenyum.

Setelah 5 minit menunggu makanan dan minuman telah sampai di meja.’Mee Kari dengan jus cinta?dah lama tak makan mee kari!rindunya mee kari umi dengan mama!’monolog Sofia dalam hati.”Okay let’s eat!but before that kita baca doa dulu”kata Qashfi lalu dia membaca doa makan dan setelah itu baru mereka makan.”Wow!This mee kari is superb!sama macam mama dengan umi punya masakan!”kata Sofia dengan penuh teruja.

“I told you!Makanan dekat sini memang sedap!tapi yang paling best dia punya mee kari.Mostly yang datang dekat restoran ni orang Malaysia yang merindui masakan Malaysia dan ada juga warga asing yang nak merasa makanan Malaysia.”kata Qashfi sambil tersenyum.

Sofia menghabiskan mee karinya dengan penuh cermat.Licin mangkuk dia kerjakan kerana lapar dan sedap.Qashfi ketawa sambil menggelengkan kepala.Pelayan menghantar 2 mangkuk cendol ke meja mereka.Sofia terlongo.”Dekat sini pun ada cendol!I love this place!Saya ingat saya akan kurus sebab makan makanan western je rupanya ada makanan Malaysia dekat muka bumi London ni.Seronoknya!”kata Sofia dengan penuh teruja.

Qashfi ketawa melihat keletah Sofia.’Gelojoh betul dia ni makan!Macam bertahun-tahun tak makan masakan Malaysia’monolog Qashfi dalam hati.”Sopan sikit Sofia.Jangan gelojoh sangat.Ingat sikit awak tu perempuan.”nasihat Qashfi sambil menggelengkan kepalanya.Sofia tersedak mendengar kata-kata Qashfi.Spontan Qashfi menghulur tisu kepada Sofia.”Tengok!Gelojoh lagi!dah tersedak.Awak ni,kot iye pun sedap sangat jangan la gelojoh sangat okay?”nasihat Qashfi lagi.

Sofia menundukkan muka.Rentaknya mula perlahan.Jika tadi dia makan seperti dah bertahun tak makan,kini dia makan dengan penuh cermat dan tertib.”Ha!much better like this daripada awak makan macam monster tadi”kata Qashfi sambil tersengih.

‘Sabar jela aku dengan dia ni.Kau ni pun Sofia kenapa la gelojoh sangat?tak lari pun makanan tu.Aduh!buat malu jela kau ni Sofia.Makin lama aku rasa makin tebal muka aku bila dengan dia.Yela aku asyik buat perkara yang memalukan je bila dengan dia.Aduh!payah la kau ni Sofia.Relaks Sofia!Cuba kawal diri kau daripada terus ekspos dekat dia.Kau boleh Sofia.Kau boleh!’monolog Sofia dalam hati. 

Monday, October 20, 2014

cinta kita berdua Bab 14

Setelah 13 jam di dalam pesawat,akhirnya sampai sudah Sofia di bumi London.Setiap orang bergegas mendapatkan bagasi mereka.Sofia dan Qashfi mengambil masa agar tidak perlu menunggu lama.”Well Miss Sofia,it’s a great pleasure knowing and meeting you.It’s like I know you for a long time although it was just 13 hours in the flight.Oh,here is my name card.Feel free to call,text or meet me okay?”kata Qashfi sambil menghulurkan kad namanya.

“In shaa Allah if Allah wills it.It’s a great pleasure knowing you too Mr. Qashfi.Kalau saya free saya akan call awak but if I’m not...sorry Mr.Qashfi I just too busy with the assignment.”terang Sofia.”I’m sure that you will call me.Just trust me.When you need a shoulder or a boost up just give me a call okay? I will be there for you.A friend in needs is a friend in deed right?We are friend right Miss Sofia?”tanya Qashfi sambil merenung segenap wajah yang selama 13 jam dia bersama.

“Kalau kita bukan kawan...saya tak akan cerita kisah hidup saya dekat awak.Saya tak akan nak menangis depan awak...but unfortunately I cried infront of you.How embarrassing.”kata Sofia sambil menundukkan kepala.

“It’s okay Sofia.It’s not your fault.Everyone have feeling.I know it is hurt.Kalau simpan je nanti sakit tau” ujar Qashfi sambil mengenitkan mata.’Si nakal Qashfi...playful,caring,talkative,matured,tough and cheerful’analisa Sofia setelah meneliti Qashfi yang sedang sibuk berbual dengannya.Sofia mengelamun jauh membuatkan Qashfi berhenti berjalan tetapi Sofia masih berjalan maju ke hadapan.”Sofia!”laung Qashfi.Sofia segera berpaling ke arah Qashfi.”Biar saya hantar awak!”laung Qashfi sambil melayangkan kunci keretanya.

Setelah puas didesak akhirnya Sofia terpaksa mengikut Qashfi.”Yang awak bawak ni kereta siapa Qashfi?”tanya Sofia.”Oh this is my car.Saya suruh kawan saya hantarkan supaya tak susahkan dia orang nak ambil saya dekat airport.Kenapa?awak fikir saya curi?”terang Qashfi sambil memandang muka Sofia.”Err tak adalah.Mana saya nak tahu awak ada kereta dekat sini”jawab Sofia menutup malu.Qashfi ketawa mendengar jawapan yang keluar daripada mulut Sofia.

“Sofia,awak tahu tak yang awak ni terlalu comel?Saya boleh bayangkan setiap lelaki yang berkawan dengan awak mesti masuk hospital bahagia.”kata Qashfi sambil ketawa.”Apa pasal pulak?Saya tak buat apa-apa pun!”bentak Sofia.”Dia orang semua masuk hospital bahagia sebab setiap orang yang mengenali awak akan terpesona dengan personaliti awak.Nasib baik saya ni kebal tau!Kalau tak dengan saya sekali masuk hospital bahagia.Haha”balas Qashfi sambil ketawa kuat.

Sofia sudah memuncung.Dia bertindak untuk mendiamkan diri.Qashfi masih tidak henti ketawa.Setelah sekian lama Sofia lena dibuai mimpi manakala Qashfi menumpukan perhatian kepada pemanduannya.

“Hey sweet princess bangun.Kita dah sampai kat university awak ni”kejut Qashfi lembut.Sofia masih lagi lena di tempat duduk penumpang.”Pap!”bahu Sofia ditepuk oleh Qashfi.Statik satu tamparan kena tepat ke muka Qashfi.”Aduh!”Qashfi mengerang.

Sofia terpisat-pisat bangun setelah mendengar suara Qashfi mengerang.”Kita dah sampai ek?Eh, Qashfi kenapa pipi awak merah tu?”tanya Sofia sambil menunjuk pipi kanan Qashfi yang ketara merah.”Awak la tampar saya.Saya tepuk bahu awak perlahan je.Last-last saya yang dapat penampar”jawab Qashfi dengan wajah monyok.

“Erk sorry Qashfi! Ya Allah! Saya betul-betul tak sengaja. Maafkan saya Qashfi. I’ll make it up to you by treat you lunch?”tanya Sofia dengan wajah bersalah.”Erm okay but not today.Call me and I will decide it later”jawab Qashfi dengan nada selamba.

‘Dia ni memang tak putus asa nak dapat nombor aku ni’Sofia mengeluh.”Erm okay then.”Sofia mengalah akhirnya.”Good girl!”kata Qashfi sambil menunjukkan thumbs up.Sofia mengecilkan matanya tanda dia protes dengan tindakan Qashfi.

“Eh,awak mengantuk lagi ke? Jom kita settlekan cepat pendaftaran awak ni cepat awak boleh berehat”kata Qashfi dengan nada ambil berat.Makin Sofia mengecilkan matanya tanda dia benar-benar tidak suka dengan sikap Qashfi yang suka cakap lepas.”Tengok makin kuyu pulak mata awak.Okay awak jalan dulu….eh eh awak tunggu saya karang awak terlanggar apa-apa karang.”segera Qashfi mengeluarkan bagasi Sofia.

Sofia menepuk dahi apabila mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut jejaka yang bernama Qashfi Aeril.”Sorry Mr.Qashfi but could you be faster because I’m so tired and I need to arrange my things when I reach my hostel.”kata Sofia sambil melemparkan senyuman tidak ikhlas.

“Okay my dear princess Sofia.Your command will be accomplish in 5 minutes”serentak itu Qashfi berlari dengan memegang bagasi Sofia.Sofia terlongo.”What just happen?!Did he just ran with all luggage?He’s a human or what?!”Sofia terpinga.Seketika baru dia tersedar yang dia tak tahu ke mana arah pejabat pendaftaran.’Good job Sofia!Bagus sangat-sangat kau ni’rungut Sofia.

Dia mengambil keputusan untuk menelefon Qashfi.’Entah-entah dia tu pun tersesat.Baik aku call je dia tanya dia dekat mana’fikir Sofia.Dua deringan dan panggilan dijawab.”Assalamualaikum,ini siapa ye?”suara pemanggil membuat Sofia terkedu.’Matang gila suara dia dalam telefon!’monolog Sofia dalam hati.”Urm wa’alaikumusalam,ni saya ni Sofia.Awak dekat mana tu?”tanya Sofia.

“Oh my dear princess Sofia!Saya dekat pejabat pendaftaran ni.Princess dekat mana ni?Princess cakap penat jadi kenapa tak sampai lagi?Don’t say that you’re lost my dear princess Sofia?”kata Qashfi dengan nada perli.’Aduh!mengena pulak telahan dia ni.Huwaaaaa!malu gila wey!’rungut Sofia dalam hati.”Urm let just say yes.I’m lost so do you mind to pick me up?I’m at the park near the fountain.”jawab Sofia dengan nada perlahan.”Okay I’m on my way now.Stay there!”jawab Qashfi lalu talian di matikan.

Dalam masa 5 minit Qashfi dah tercongok depan mata Sofia.Naik turun nafas Qashfi laju menandakan dia berlari daripada pejabat pendaftaran ke arah taman di mana Sofia berada.”Are you running?”Soalan pertama yang terpancul daripada mulutnya saat Qashfi berada di depan mata.”Yela mana lah tahu awak kena usik ke ape sebab tu saya berlari tu”jawab Qashfi dengan termengah-mengah.

“You don’t have to run.Erm…anyway mana awak tahu jalan dekat university ni?”Soal Sofia ingin tahu.”Hmm let just say that I studied here.”jawab Qashfi sambil tersenyum.’Oh My!no wonder dia tahu selok belok dekat university ni.Dia pernah belajar dekat sini rupanya.Alahai keciknya dunia!’monolog Sofia dalam hati.

Sofia membiarkan Qashfi mendahuluinya.’There’s something about him.He’s just too mystery.Well maybe as I being his friend it will reveal it slowly is it?’monolog Sofia dalam hati sambil memerhati jalan Qashfi.

“Hey princess Sofia,baik awak jalan sebelah saya nanti awak sesat lagi karang.Saya tak nak cari awak lagi tau biarlah awak sesat.”ugut Qashfi sambil tersengih.Sofia merengus lalu dia mempercepatkan langkahnya agar seiring dengan Qashfi.”So Mr.Qashfi awak kata awak pernah belajar dekat sini kan?awak ambil course apa?”soal Sofia ingin tahu.”Same course that you are taking now”jawab Qashfi sambil tersenyum.


‘Again!What a small world!Heh boleh la minta tolong dia kalau tak faham.Jyeah!’Sofia bermonolog sambil tersenyum.”Awak boleh je tanya saya kalau awak tak faham.In shaa Allah saya bantu awak.Kalau saya ingat lagi la.”kata Qashfi sambil tersengih.”Wow!you read my mind or what?”soal Sofia.”Your face shown everything princess Sofia.”jawab Qashfi dengan nada selamba.

Wednesday, October 8, 2014

cinta kita berdua bab 13

Suasana di KLIA pada pagi itu agak lengang mungkin kerana masih lagi awal pagi.Sofia menunggu sambil menikmati latte.Pada pagi itu dia tidak berselera untuk mengambil sarapan pagi.Dia tahu 13 jam dia akan berada di dalam pesawat.Puas semua memujuknya untuk makan tapi Sofia masih begitu akhirnya dia memesan latte untuk mengalas perutnya.Setelah 20 minit menunggu,penumpang dibenarkan menaiki pesawat.Sofia menyalami mama papanya,umi,ibu bapa Nasri dan Maira.Sofia tidak mahu setelah apa yang jadi,hubungan yang terjalin antara dia dengan keluarga Nasri terputus begitu saja.Dia masih menghubungi mereka dan bertanya khabar.

Setelah menjumpai tempat duduknya,Sofia terus mengeluarkan ipodnya.Dia mendengar semua lagu yang menjadi kesukaannya,kesukaan arwah Nasri dan yang memberi dia kenangan.Sedang dia mendengar ipod,muncul seorang lelaki di sebelahnya melemparkan senyuman manis.’Dia ada lesung pipit...cute!’puji Sofia dalam diam.Lelaki disebelahnya mula mencuit Sofia dan Sofia terus mematikan ipodnya.”Ye?”tanya Sofia selepas dia menyimpan ipodnya.

“I’m bored.Can you talk to me?”soal lelaki itu.’Err kenapa lelaki ni pelik je?tak kenal terus ajak borak?dah la tak tahu nama’tanya lelaki itu membuat Sofia merasa semacam.”Opps!My bad...forget to introduce myself.Hi my name is Qashfi Aeril”ucapnya sambil tersenyum manis.’Auch!kacaknya dia ni!Ya Allah janganlah semudah ini hati aku terpagut pada jejaka yang baru aku kenali ini sedangkan Nasri baru saja beberapa hari pergi’doa Sofia di dalam hati.”Oh hai,Sofia Asmira”ringkas dan padat jawapan Sofia.

“Sofia..what a nice name..it suit you well..nama cantik macam tu jugak tuannya”balas Qashfi sambil tersenyum lagi.”haha yela tu!well nama awak unik sangat..tak pernah saya dengar nama Qashfi”balas Sofia.Sikap Qashfi yang bersahaja membuat dia senang berbual dengan Qashfi walaupun mereka baru saja berkenalan.”So why are you going to London?nak lari daripada realiti?”usik Qashfi.Soalan Qashfi betul-betul kena tepat ke batang hidungnya.Soalan Qashfi seolah-olah dia dapat membaca apa yang membelenggu hati dan jiwanya sekarang.”Tak adalah,saya sambung study kat sana”balas Sofia sambil tersenyum.Dia tidak mahu kisahnya dibualkan kerana dia baru mengenali Qashfi.

“Oh begitu...saya ke sini sebab nak hilangkan diri”kata-kata Qashfi mengundang kerutan di muka Sofia.”Menghilangkan diri?Why?Is it so bad sampai awak lari sampai ke London?”Sofia pelik dengan lelaki itu.”Erm...let just say it’s hard to tell and I’m sure that you will feel confused”jawab Qashfi sambil menayangkan muka kacaknya.”Hey nak tahu something?”soal Qashfi sambil tersenyum.”apa dia?”soalan Qashfi mengundang tanda tanya di minda Sofia.”I think I kinda have a crush on you.”kata Qashfi sambil matanya tidak lekang menatap wajah bujur sireh Sofia.Sofia terkedu!’Semudah itu dia mengaku dia jatuh cinta?dengan aku pulak tu!’Sofia berlagak selamba.”Haha awak ni..kalau iya pun nak melawak...tak kena langsung la!”balas Sofia menutup perasaan gugupnya.”Haha maybe...you don’t make that pale face..I don’t eat you and yes...I was joking”balas Qashfi sambil ketawa.”awak ni...takutkan saya je..baru ingat nak cakap pramugari tu nak tukar tempat duduk”Sofia menayangkan muka tak puas hati.”Haha janganlah!tapikan...what if you had changed your sit and the person who sit next to you is a murderer?Don’t you afraid at all?”balas Qashfi sambil tersengih.

’Huwaaa!mamat ni kejam wo!kejam gila!cakap pasal duduk sebelah pembunuh pulak.Entah-entah dia yang pembunuh.Ish!tak baik Sofia fikir bukan-bukan.Tengok dia baik je.Rupa macam tak ada ciri-ciri penjenayah je.Haih bersangka baik Sofia!Don’t ever jugde a book by it’s cover!’

“Pap!”tepukan kuat tepat di depan muka Sofia.
“Oh mak kau!”latah Sofia.Setelah dia sedar akan ketelanjurannya,mukanya mula memerah.Qashfi di sebelah sudah ketawa terbahak-bahak.Melihat Qashfi ketawa membuat Sofia memuncung.Sofia mencapai headphonenya dan dia membukak lagu kegemarannya.Mata cuba dipejam.’Tak nak cakap dengan kau!Lantak!biar kau sorang-sorang...aku nak tidur!’Setelah beberapa minit,akhirnya Sofia terlelap.”You are just same like her Sofia.I wish I could hug you now.How I wish I could fix all these.I miss you Deanna.I hope you are fine there.”rintih Qashfi sambil menatap seraut wajah yang lena dibuai mimpi disebelahnya.

Sofia terjaga daripada lena.Dia melihat jam tangannya.’Baru satu jam je aku tidur’.Dia menutup ipodnya dan melihat jejaka yang disebelahnya.’He’s reading novel!?’.Sofia terkejut apabila dia melihat Qashfi membaca novel cinta.”Morning sweetie!lenanya tidur..but you know what?you are so cute!you sleep like a baby!”tegur Qashfi sambil tersenyum manis.Muka Sofia mula merah seperti udang kena bakar.’Ya Allah!malunya!malu!!!mana nak sorok muka ni!’.Sofia hanya mampu mengukir senyuman sambil menahan malu.”I borrowed your novel!best jalan cerita dia!simple but nice.I didn’t check your bag.The novel just pop out from your bag”kata-kata Qashfi meredakan degupan jantung Sofia.”Oh tak apalah.”jawab Sofia sambil tersenyum.

“You think I didn’t notice right?”tanya Qashfi sambil tersengih.’Sedar apa ye?”persoalan Qashfi dibalas dengan soalan oleh Sofia.”You are the novelist of this novel right?kenapa guna nama pena Azmira Nasri?Kenapa tak guna nama sendiri je?”

“My name is Sofia Azmira.Nasri was my fiancĂ©e.Maka muncul nama pena Azmira Nasri.”ujar Sofia sambil tersenyum hambar.”Was?apa yang jadi dekat dia?”soal Qashfi dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak.”Dia dah tak ada Qashfi.Allah lebih menyayangi dia.Dia eksiden malam sebelum hari kita orang menikah.Hasil siasatan polis mengatakan van yang melanggar kereta Nasri tu sebenarnya telah di upah.Saya tak tahu siapa yang dengki dengan kebahagiaan saya sampai sanggup merampas seseorang yang begitu penting bagi keluarganya dan bagi saya.”jawab Sofia sambil menahan air mata yang bila-bila masa saja boleh menitis.

“Allah...kesiannya awak...so sebab tu awak bawa diri pergi London?”tanya Qashfi dengan penuh rasa simpati.’Kuatnya awak Sofia.Saya tak sekuat awak.Saya ambil masa bertahun-tahun untuk hilangkan dia dari hidup saya.’

“Kinda...lagi pun Malaysia always give a hit on him.Ke mana pun saya pergi saya akan nampak bayangan dia.Awak rasa boleh tak saya terus berpura-pura tak ada apa-apa yang berlaku sedangkan hati saya bagai berkecai tiap kali bayangan dia datang.”sayu suara Sofia menjawab pertanyaan Qashfi.Air mata menitis laju.’Abang...could you see how deep I missing you?’

“I felt the same way that you feel along time ago.I lost my lovely wife.It takes years for me to move on.She was pregnant our first child.It is really a heartbreaking news because I was at China for business deal.I wasn’t there beside her when she needed me.I felt so useless.If I could fly from China to Malaysia...I would Sofia...I would”luah Qashfi dalam nada sebak.

Walaupun telah 10 tahun berlalu,dia masih tidak boleh melupakannya.Dia tidak menyalahkan takdir walaupun hatinya begitu terluka.Dia berdoa supaya Allah menempatkan arwah isteri dan anaknya di tempat orang-orang yang soleh dan solehah.

“I’m sorry.I don’t know that you having a way more huge pressure than me.”ucap Sofia kesal.

“Well it’s okay.Anyway I don’t want to think about it because it will make me sad and giving up on hope.For 10 years I been living like a zombie.I really feel like nothing until she came to in my dream.She brought along a baby.It is our child.Even in a dream.Masya’Allah.I could see it clearly Sofia...my son’s face.He was so cute.Because of that I began to wake up from the fail.I’m trying not to be sad or giving up.”ucap Qashfi sambil tersenyum senang.


“You are strong Qashfi.I’m not that strong and I just can’t let him go.I don’t know Qashfi...I don’t know...”ucap Sofia sambil air matanya menitis laju.

Thursday, September 25, 2014

Cinta Kita Berdua Bab 12

“Sampai hati dia buat Maira macam ni...Maira tahu dia sedih tapi tak perlulah nak larikan diri sampai ke London.Kalau apa-apa jadi kat dia?”luah Maira.Dia sungguh kecewa dengan keputusan Sofia.Semalam majlis perkahwinannya dan sepatutnya menjadi hari perkahwinan Sofia juga tapi perancangan Allah menentukan semalam hanya menjadi hari bahagia buatnya bukan buat Sofia.

“Abang tahu tapi dah itu keputusan dia tak kan kita nak halang.Kalau sayang pun berada kat tempat dia mesti sayang buat perkara yang sama kan?Sekurang-kurangnya dekat sana tak ada orang yang dia kenal yang boleh buat dia ingat dekat Nasri.Sayang,abang tahu sayang dengan Sofia rapat tapi sampai bila sayang nak dengan dia selalu?Biar dia cari kebahagiaan dia kat sana.Mana tahu dia bawa balik mat saleh ke?”pujuk Fairuz.

Sedikit sebanyak kata-kata Fairuz menyedarkan Maira bahawasanya Sofia juga mempunyai kehidupannya sendiri.Selama ini dia hanya bersama Sofia tidak kira la apa aktiviti sekali pun dia mesti bersama Sofia.’Kali ni apa yang abang Fairuz cakap tu betul.Aku kena biarkan Sofia cari kebahagiaannya.Mungkin dia akan lebih tenang kat sana’.

“Abang betul.Maira minta maaf sebab cakap ikut perasaan je tadi.Maira dengan Sofia rapat sangat sampai Maira tak nak berpisah langsung dengan Sofia”terang Maira dengan nada sayu.”Maira pergi jumpa Sofia kejap ye abang?”pinta Maira.”Iye sayang..pergilah..”jawab Fairuz.

Maira berjalan menuju ke bilik Sofia.Dia mengumpul segala kekuatan untuk mengetuk pintu.Jujur dia masih kecewa dengan keputusan nekad Sofia.Namun kata-kata Fairuz tadi telah menyedarkannya.”Assalamualaikum...Sofia..ni Maira...boleh aku masuk?”Maira masih menanti jawapan daripada Sofia.Setelah 2 minit barulah kedengaran suara Sofia.”Masuklah Maira...bilik tak berkunci”jawab Sofia.

“Dah siap kemas barang?”tanya Maira untuk memecahkan kesunyian.”Sikit lagi je”jawab Sofia tenang.’Aku akan rindukan semua ni....Ya Allah kuatkanlah hati ku’.”Kau nak aku tolong kau?”soal Maira.”Tinggal sikit je ni Maira...tak apalah...terima kasih”balas Sofia sambil melemparkan senyuman ke arah Maira.

“Aku tak tahu pulak kau dapat tawaran belajar kat London.”kata Maira dengan nada lirih.Dia kecewa kerana selama ini dia dan Sofia tidak mempunyai sebarang rahsia.Sofia menarik nafas dan melepaskannya berat.”Bukan aku tak nak cakap Maira...cuma masa aku dapat tawaran tu aku tak rasa pun nak pergi...bila sekarang...I need to go...lagi pun dah tak ada apa kat sini untuk aku Maira...biarkan aku pergi...in shaa Allah aku akan kembali setelah tamat pengajian di sana.”ucap Sofia dengan nada sedih.Air matanya tertahan di tubir mata.Sudah acap kali dia menangis sehingga dia rasa sudah kering air matanya.

“Kau salah Sofia...kau masih ada mak long,pak long,umi dan aku Sofia!Aku!”kata Maira sambil air matanya menitis.”Kau salah Maira...kau untuk abang Fairuz...”balas Sofia sambil air matanya menitis perlahan.

“But hey...aku bahagia untuk kau wey...”ucap Sofia sambil mengesat air mata yang menitis di pipinya.Maira hanya mampu mengukir senyuman pahit.”So kau tak berdebar ke malam ni?”usik Sofia sambil tersenyum nakal.Usikan Sofia membuat pipi Maira merona merah.”Takut?nak takut apa?”jawab Maira berpura-pura sedangkan dia tahu apa yang Sofia maksudkan.”Eleh...takut kena terkam malam pertama!”makin galak Sofia menyakat.”Wey kau jangan takutkan aku!ni pun dia tak tengok lagi aku tak bertudung tau!Malu gila wey!”luah Maira setelah puas diasak oleh Sofia.”Haha kau ni lawak la Mai!Dia tu suami kau wey...dah halal dah buat kau..bukan setakat tengok rambut kau je...”melihat muka Maira merona merah makin galak dia menyakat.

“Wey kau ni pahal!tak nak la cakap...malu la Sofia!”jerit Maira sambil melempar beberapa biji bantal ke arah Sofia.Sofia hanya mampu ketawa melihat sepupunya menahan malu apabila diusik begitu tapi adatlah orang baru berkahwin pasti ‘hal’ itu yang akan diusik.’Pengantin lelaki selalunya apabila diusik tentang ‘hal’ ini mereka hanya tersenyum manakala pengantin perempuan pula akan malu,pipi merona merah dan tunduk apabila ‘hal’ ini diusik.Contohnya Maira ni...’Sofia tersenyum.

“Esok kau ikutkan hantar aku ke airport?”tanya Sofia setelah puas mengusik Maira.”Mestilah ikut!ke kau tak nak aku pergi ni?”duga Maira.”Kau ni...aku tanya je...sebab kalau kau nak ikut...pergi masuk bilik kau sekarang..takut...tak bangun pulak esok..iyela..sedapkan ada bantal peluk baru...”usik Sofia lagi.”Eeee....kau ni!aku ingat dah habis dah sesi mendera aku dengan usikan kau..rupanya tak habis lagi!”geram Maira sambil melempar sebiji bantal tepat ke muka Sofia.Sofia sempat mengelak dan menyambung ketawanya sambil Maira keluar daripada biliknya.


Sofia mengeluarkan seutas rantai pemberian arwah Nasri buatnya dengan loket berbentuk hati yang mengandungi gambar mereka berdua.Senyuman pahit terukir di bibirnya.’Abang,Sofia doakan abang di tempatkan di kalangan orang-orang yang Allah kasihi.Sofia sayangkan abang tapi Allah lebih menyayangi abang.Sofia akan pergi jauh abang...tapi setiap hari Sofia kirimkan hadiah buat abang.Sofia rindukan abang..Sofia ingat kata-kata abang..teruskan hidup,teruskan senyum,bina family dan berbahagia...In shaa Allah abang...Sofia pegang kata-kata abang...’

Monday, September 22, 2014

Cinta Kita Berdua Bab 11

“Angah pergi office kejap ye?Angah punya handphone tertinggal kat dalam office.”terang Nasri.Dia kelam kabut mengemas barang menyebabkan handphonenya tertinggal.Puan Julia berasa berat hati untuk melepaskan anaknya pergi.”Angah ambil nantilah.Ibu tak sedap hatilah ngah.Nanti je ambil handphone angah tu ye?”pujuk Puan Julia.Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati.”Angah pergi kejap je ibu.Ibu janganlah risau pasal angah ye?Kejap je angah pergi..promise!”Nasri Amir memujuk ibunya.Handphonenya penting untuk majlisnya esok kerana dia telah menyiapkan kejutan untuk bakal isterinya.Dia juga mahu menelefon Sofia sebelum mereka diijab kabulkan esok.

“Angah pergi dulu ye ibu?Angah sayang sangat dekat ibu.Ibu maafkan angah ye ibu?Angah pergi kejap je ibu.”ucap Nasri Amir sebelum dia pergi.Sebelum dia pergi dia menyalam tangan ibu dan ayahnya.”Angah pergi dulu ye..assalamualaikum”Nasri Amir berkata sebelum dia pergi.

“Bos,dia dah keluar dah.Saya akan ikut dia”kata Bakri kepada bosnya di dalam telefon.”Bagus! aku nak kau buat kerja kau.Bila dah selesai aku nak kau ambil gambar dan hantar kat aku.Then nanti aku bayar kau”balas orang yang bercakap dengan Bakri.Bakri mengekori kereta mewah itu.Dia mendapat upah yang cukup lumayan untuk tugasannya kali ini.

Sampai sahaja di pejabat Nasri Amir bergegas mencari telefonnya yang tertinggal di atas meja.Dia memeriksa telefonnya.”Mak aii! 17 miss call dan 12 mesej semuanya daripada Sofia.Dia rindu sangat dekat aku la ni.”Nasri mengukir senyuman.Dia perlu segera balik ke rumah sebelum ibunya risau.Sesudah dia sampai ke rumah baru dia akan menelefon Sofia dan menjelaskan segalanya.

Nasri Amir memandu pulang.Dia tidak sabar mahu menelefon Sofia.Perasaan rindu dihati makin menggunung dan dia rindu suara manja Sofia.Dia menyanyi lagu yang berkumandang di radio.Tiba-tiba sebuah van hampir melanggar keretanya.Dia berjaya mengelak tetapi keretanya melanggar pembahagi jalan dan keretanya melambung dan terbalik di atas jalan raya.Senyuman terukir dibibir Bakri kerana upahnya akan digandakan.”Bos,my job is done.”kata Bakri sambil membayangkan habuan yang bakal dia dapat.”Good job Bak.You will get your money later.I will contact you.It’s fun working with you”senyuman jahat terukir di bibir.

“Abang,mana angah ni bang?Saya risaukan dia lah abang.”kata Puan Julia risau.”Awak ni pun mana tahu jalan sesak ke apa ke.Awak dah cuba call dia?”tanya Encik Nazrul walaupun dia berkata begitu dia juga risau masakan Nasri Amir lambat sedangkan dia hanya mengambil telefonnya yang tertinggal.”Dah bang tapi tak berangkat.Saya risau bang ada jadi apa-apa kat dia ke?”kata Puan Julia.Tiba-tiba telefon Puan Julia berbunyi.”Hah bertuah punya budak ni bang dia telefon”kata Puan Julia sambil menghembuskan nafas lega.”Assalamualaikum,angah kat mana ni?kata nak pergi ambil telefon kejap je”marah Puan Julia.”Puan Julia saya Inspektor Amran daripada Polis Damansara.Nasri Amir anak puan telah terlibat dalam kemalangan jalan raya.Saya harap puan dapat datang ke balai.”balas Inspektor Amran di hujung talian.

Terlepas telefon daripada tangan Puan Julia.”Angah!”Puan Julia meraung dan dia menangis.Encik Nazrul yang menyaksikan isterinya terkejut.Dia menjawab panggilan telefon untuk mengetahui perkara sebenar.Dia sudah jatuh terduduk setelah mendengar penjelasan Inspektor Amran.Dia dan isterinya bergegas ke Balai Polis Damansara.”Puan Julia,Encik Nazrul,saya Inspektor Amran yang telefon tadi.Saya minta tuan dan puan tabah dengan apa yang bakal saya sampaikan” sukar baginya menyampaikan berita ini.Engkau berikanlah ketabahan kepada mereka ini Ya Allah.

Puan Julia bagai dapat mengagak apa yang berlaku pada Nasri Amir.”Dukacita saya maklumkan pada tuan dan puan yang anak puan tidak dapat diselamatkan kerana dia banyak kehilangan darah”bagai halilintar menusuk hatinya.”Ya Allah..angah”Puan Julia terus pengsan tapi Encik Nazrul sempat menyambut tubuh Puan Julia.”Maaf tuan,saya ada satu lagi berita untuk tuan.Kemalangan anak tuan telah dirancang bukan secara sengaja.Kami sedang siasat dan kami akan berusaha memberkas penjenayahnya.”kata Inspektor Amran bersungguh.

“Dirancang?Ya Allah..angah ada musuh ke?Angah..kenapa kau pergi nak?Esok hari bahagia kau kenapa nak?”rintih Encik Nazrul.Tiba-tiba Encik Nazrul teringat akan Sofia.Bakal menantunya tidak mengetahuinya lagi.Segera dia menelefon Sofia sambil memapah isterinya duduk di kerusi.Inspektor Amran menghulurkan dua botol air mineral untuk Puan Julia dan Encik Nazrul.

“Eh kenapa ayah telefon aku ni?Dan kenapa aku rasa tak sedap hati?Dah pukul dua pagi dah ni.”Sofia memberi salam setelah mengangkat panggilan.”Sofia,ayah nak cakap kat Sofia yang Nasri dah tak ada.Dia terlibat dalam kemalangan jalan raya.Nasri meninggalkan dekat tempat kejadian sebab dia kehilangan banyak darah” begitu payah untuk dia menuturkan kata-kata untuk menberitahu Sofia tentang Nasri Amir.

Sofia mengenggam erat handphonenya.Air matanya menitis laju.Nasri Amir.Semua kenangannya bersama Nasri Amir.”Saya sayang awak!”jerit Nasri Amir.Sofia sudah menahan malu.Semua orang memandang ke arah  mereka.Air matanya menitis laju.’Abang,kenapa tinggalkan Sofia?Abang dah janji tak akan tinggalkan Sofia.Kenapa abang pergi sedangkan kita belum mengecapi bahagia kita?’

“Sayang,what if I’m gone?What will and what do you do?”soal Nasri Amir sambil menatap wajah Sofia.”Don’t talk about this please?”pinta Sofia.”Sayang,please...I want to know”pujuk Nasri Amir.”Kalau abang dah tak ada kat dunia ni,abang nak sayang teruskan hidup.Abang tak nak sayang menangis nanti tak comel dah sayang abang.Abang nak sayang senyum sentiasa.Abang nak sayang ingat yang abang tak pernah tinggalkan sayang selagi sayang masih mengingati abang selagi itu semangat abang bersama sayang.Abang nak sayang berkahwin dan ada anak-anak comel biarpun bukan dengan abang selagi sayang bahagia abang bahagia.Sayang adalah cinta pertama dan terakhir bagi abang.Terima kasih sayang sebab sudi terima abang dan lengkapkan hari-hari abang.”kata-kata Nasri Amir mengundang tangisan Sofia.

Kenangan demi kenangan mengusik jiwanya.Air matanya mengalir laju.”Sofia rindu abang...”rintih Sofia.Maira mendengar Sofia menangis bergegas masuk ke bilik Sofia.Berita tentang kemalangan Nasri Amir mengejutkan semua orang.Nampaknya esok hanya Maira yang akan bernikah.Sofia tak berhenti menangis.Begitu berat sekali dugaan yang Allah berikan padanya.
Hatinya bagai ditusuk sembilu.Peritnya kehilangan orang yang dia sayangi.Ketika hari bahagianya bakal menjelang dengan sekelip mata semuanya hancur.Allah lebih menyayangi Nasri Amir berbanding dirinya.Dia hanya mampu berdoa kepada Allah agar Nasri di tempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.Dia tahu bagaimana sayang dan teruknya dia menangis tetap Nasri Amir tak akan kembali.Dia redha dengan dugaan yang Allah beri.Allah tidak pernah menzalimi hambaNya kecuali hambaNya yang menzalimi diri sendiri.

“Ma, Sofia dah fikir masak-masak yang Sofia akan sambung pelajaran Sofia dekat London.Sofia akan minta tolong dengan kawan Sofia.Sofia harap mama izinkan Sofia pergi belajar dekat sana”keputusan Sofia mengejutkan semua.Baru sahaja mengetahui berita tentang kematian Nasri Amir telah membuat Sofia mengambil keputusan menyambung pelajarannya di luar Negara.Semua beranggapan bahawa keputusan Sofia tergesa-gesa dan membuat keputusan mengikut perasaan.

“Sofia...mama,papa dan umi rasa tindakan Sofia ni secara mengejut.”Puan Hana menjelaskan kegusarannya.Dia tidak kesah jika Sofia ingin menyambung pelajarannya tapi dia mahu emosi Sofia stabil dahulu baru fikirkan pasal mahu menyambung pelajarannya kerana sekarang ini dia tahu yang Sofia berada dalam keadaan tidak stabil.

“Keputusan Sofia muktamad mama,papa,umi...Sofia tahu keputusan Sofia ni tergesa-gesa tapi Sofia memang dah niat nak menyambung pelajaran Sofia.Maafkan Sofia mama,papa,umi tapi Sofia nak pergi daripada sini dahulu.Sofia harap dengan belajar di luar Negara Sofia dapat tenangkan diri.Kawan Sofia cakap esok semua dah settle dan In shaa Allah lusa Sofia akan bertolak ke London.Sofia tahu semua ni mendadak tapi Sofia tak nak bebankan sesiapa sebab Sofia tahu semua sibuk dengan majlis perkahwinan Maira dan abang Fairuz.Mama dengan papa izinkan Sofia belajar ye?”sambil air matanya menitis dia memeluk mama dan papanya.

Keinginannya hanya satu..mahu melenyapkan segalanya tentang Nasri Amir.Jika dia berada di Malaysia semua itu tak mungkin berlaku kerana setiap tempat yang dia pergi akan membawa bayangan Nasri Amir juga bersamanya.Dia berterima kasih kepada Elena yang membantunya untuk menyambung pelajarannya ke London.Maira masih lagi tidak mengetahui yang dia akan menyambungkan pelajaran ke luar Negara.’Umi akan memberitahu Maira nanti’kata Sofia dalam hati.

Kini dia mengemas barang-barang yang perlu dibawa.Barang-barang yang Nasri Amir beri padanya dia simpan ke dalam sebuah kotak.Dia mahu meletakkan semua barang itu di atas almarinya.Setiap barang yang di beri oleh Nasri Amir sangat bernilai baginya.Dia menyimpan semua barang yang diberi oleh Nasri Amir kecuali sebuah buku catatan.Buku catatan itu Nasri berikan kepadanya untuk dibuatkan diari.

Sedang Sofia berkemas dia terjumpa sekeping gambar.Air matanya berguguran lagi.Gambarnya bersama Nasri Amir dan Maira semasa majlis graduasi di sekolah mereka.Nasri Amir sangat gembira ketika itu kerana Sofia menyanyikan lagu untuknya di hadapan semua orang. ”Melupakanmu bukan mudah sayang...kau bayangku...tapi kini kau tiada...kini kau tiada...”rintih Sofia.

Setelah dia selesai mengemaskan barang-barangnya.Sofia mengambil wuduk untuk membaca Al-Quran kerana baginya pada waktu begini Allah mahu dia mendekatiNya.Di saat manusia senang kerap kali melupakan Allah tetapi di kala manusia susah?ada yang mengeluh dan ada yang mengatakan Allah.Ketika Allah memberikan kamu ujian sedarlah bahawasanya Allah merinduimu.Allah merindui doa mu,zikir mu,solat mu dan ibadat mu.Ketika dilanda musibah kita haruslah bersyukur kerana Allah mengingati kita sedangkan yang lain masih leka dengan dunia.


Setelah selesai beribadat kepada Allah barulah Sofia rasa lega.Ada hikmah disebalik setiap dugaan yang Allah berikan.Sofia yakin walaupun hatinya dilanda kesedihan dia akan cuba tabah menghadapi dugaan yang Allah berikan padanya.Di saat dia memikirkan hari-hari yang bakal dia tempuh di London.Akhirnya dia terlelap kerana dia terlalu penat seharian dia bertungkus lumus menyiapkan segalanya tetapi perancangan Allah buatnya telah menentukan harinya esok.


Saturday, August 23, 2014

Suasana baru

Assalamualaikum...

Hey korang...ape cerita sekarang?Dah lama fia tak bercerita dan meluah dekat blog kesayangan fia ni...sorry guys...lately ni fia kinda busy...dulu fia pelajar sekolah..sekarang fia penuntut universiti....

alhamdulillah...biarpun fia tak dapat nak teruskan bidang yang fia minat...fia nak cuba dulu masuk dalam dunia sains komputer ni...macam ni la...bagi fia..mula-mula belajar memang macam..."APA KEJADAH BENDA NI?????" haha serius! benda like coding banyak la...ok fia masukkan satu contoh kay...


SALAH SATU PROJEK FIA
see?yang ni pun fia buat atas bantuan kawan fia...nasib la dia ada basic so senang la nak mintak bantuan dia...dan dekat tempat fia belajar ni...memang pelajar DCS ni tak ramai...sem 3 pun ada 8 orang kot tak silap fia....yang sem fia ni ada 9 orang....harap sangat akan kekal 9 orang sampai sem 5 dan tak ada repeat....amin! 

fia dekat tempat tu okay la...so far okay lagi...sedar tak sedar dah almost 4 bulan fia belajar...fia cuba sesuaikan diri dekat sini but it seems....masih lagi ada rasa hilang tu...hmm...maybe what I just need is my whole room! and family...

ok that's it...tak tahu nak cite ape dah..pasal novel to still in progress....in shaa Allah will coming up soon....pray for me :') see you in the next post...
assalamualaikum...

Wednesday, April 30, 2014

masih adakah peluang itu?

assalamualaikum

disaat semua masih lagi menjalani hidup hari-hari...fia rasakan seperti mati di tengah jalan...apa yang fia lalui terlalu rumit untuk dirungkai...Allah tahu apa yang fia lalui..rasakan..tapi hakikatnya...fia sendiri berperang dengan diri fia...fia sendiri tidak tahu kenapa fia bertindak sedemikian dan setelah sekian lama baru fia tersedar daripada khayalan fia yang merimaskan...

fia terasa apa yang terjadi sangat tidak adil...tapi...adilkah fia terhadap Ilahi?Dia tidak pernah lupakan fia...malah dia tidak pernah jemu memberi...sesungguhnya Dia Maha Pengasih,Maha Penyayang dan Maha Memberi...Allah tidak pernah kejam dengan fia...Allah berikan fia pelbagai ujian untuk menguatkan fia..sesungguhnya fia selemah-lemahnya...

apa yang fia rasakan adalah mungkin hasad dengki,dendam dan cemburu yang melampau yang membuat fia mati di tengah jalan...terlalu tamakkan kasih sayang manusia sedangkan fia kurang mengejar kasih sayang Ilahi...fia hanya hamba yang lemah...tetapi pesan Rasulullah...peganglah kepada Al-Quran dan As-Sunnah nescaya kamu tidak akan sesat...andai kita benar-benar memahami Al-Quran...Al-Quran merupakan buku panduan hidup...

fia mampu membaca berpuluh-puluh buah novel tapi senaskah Al-Quran fia tak mampu habiskan...Ya Rabb...selama ini fia hidup dalam mimpi...sekarang baru fia terjaga dan hadapi realiti...tetapi...masihkah Allah menunggu taubat fia?masihkah ada peluang itu?fia takut andai ketika Allah mengambil diri fia...ketika amalan fia tidak mencukupi...

karya Everlyn Rose...fia betul-betul menyanjungi beliau...karya beliau selalu diselitkan dengan keagamaan...memberi fia ilmu dan membuka mata fia...menyedarkan fia di mana fia berdiri...jadilah seperti dandelion...ketika ia hidup ia tetap teguh berdiri walaupun dipijak...dan ketika mati mampu menyebarkan debunga agar ia tumbuh lagi...jadilah dandelion yang selalu memberi tanpa mengharapkan balasan...tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima...

selagi masih hidup...carilah keredhaan Ilahi...peluang hidup hanya sekali...ketika Dia memberikan diri mu ujian...jangan mengeluh tapi bersyukurlah kerana Allah mengingati mu...Ujian membuat diri mu tabah bukan melemahkan mu...Sakit bbukan sebab Allah tak sayang...tapi Allah terlalu sayang...sakit yang kita rasa...menghapuskan dosa-dosa kita...

tapi...fia takut...mampu ke fia jadi penawar kepada insan-insan yang telah fia lukai?terlalu murah maaf fia...kerana fia masih mengulanginya lagi...Ya Allah...fia rosakkan kepercayaan orang yang fia cinta...melukakan hatinya...berburuk sangka dengannya...pesan nabi..sentiasalah berbaik sangka dengan orang walaupun orang itu telah melakukan kejahatan terhadap kamu...semakin hari kita semakin mendekati mati...dan kita makin mendekati hari kiamat...

iman memang tidak boleh diwarisi...tetapi jika pegangannya betul pasti dia tidak akan sesat bukan?Allah menjadikan manusia sangat sempurna...dalam arti kata sempurna..Allah memberikan akal...tatkala hati dilanda kesedihan...kenapa harus membunuh diri?adakah perkara itu akan menyelesaikan masalah?fia juga manusia biasa...fia jugak merasa ingin membunuh diri ketika ujian Allah datang menjengah...kenapa tidak kita bersujud ketika kita berduka?Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui...

Membunuh diri,menoreh tangan dan sebagainya bukanlah cara untuk kita menyelesaikan masalah...malah kita menambahkan dosa kita...setiap yang berlaku ada hikmahnya...ketika Allah mengambil kepunyaan kita sekarang...dia akan mengantikan sesuatu yang lebih baik untuk kita...Everything that's happen has a reason...Allah tidak pernah menzalimi hambaNya...

Panjang lebar pulak fia bercerita...entahlah...hati terasa semacam lately ni...keegoaan melenyapkan segalanya...fia hanya mampu berserah pada Allah...berusaha dan berdoa...agar keadaan kembali seperti biasa...okla..sampai sini je post fia kali ni...
assalamualaikum