Followers

Friday, December 14, 2012

Cinta Kita Berdua Bab 7


Peperiksaan yang besar bagi Maira,Sofia dan Nasri Amir telah tiba.Mereka telah berhempas pulas mengulang kaji pelajaran.Mereka tergolong dalam pelajar yang dijangka mendapat 8A.

“Eh,Maira tadi kau jawab soalan karangan nombor berapa?”tanya Sofia sambil mengemas beg sekolahnya.”Kau ni,benda yang lepas tu tak payah la ungkit.Buat kita takut adala.”nasihat Maira.”Hehe..sorry!tak sengaja!”jawab Sofia sambil tersengih.

“Sayang,kita nak makan kat mana ni?”tanya Nasri Amir setelah selesai mengemaskan begnya.Maira sudah lali mendengar Nasri Amir memanggil Sofia dengan panggilan sayang.”Hmm,kat rumah Maira la.Umi cakap hari ni umi nak masak special kan?”Sofia memandang ke arah Maira.

“Ha’ah,jom je la makan kat rumah.Umi aku masak banyak hari ni”ujar Maira sambil memulakan langkah.Maira dah malas nak melayan lovebird dua orang ni.Dia orang ni ke mana je mesti Maira pun kena ikut.Tapi Maira tabik dengan Nasri Amir dan Sofia sebab walaupun bercinta,mereka tak pernah mengabaikan pelajaran.Nasri Amir dan Sofia tetap berjaya mendapat 8A untuk percubaan PMR.Kalau kawan-kawannya yang lain,dah lupa pasal pelajaran dah.Sibuk dengan kekasih je.

Sampai je rumah,Maira terus menukar baju lalu turun ke dapur.Nasri Amir dan Sofia sudah pun ada di dapur.Maira terhidu sesuatu yang menarik perhatiannya.”Erm..sedapnya bau!Umi masak tom yam ek?”soal Maira.

“Eh,tak la umi masak sup tulang”jawab Puan Laila selamba.”Sup tulang?sejak bila sup tulang ada seafood?lepas tu warna oren pulak tu?”tanya Maira dengan muka pelik.Puan Laila,Sofia dan Nasri Amir dah bantai gelak tapi Maira masih kebingungan.Setelah beberapa saat baru dia tersedar yang uminya hanya bergurau.

“Oh,umi kenakan Maira ye?takpe la Maira tak nak makan”Maira berpura-pura merajuk.”Ala anak umi sorang ni,tak boleh bergurau dah dia.Penat tau umi masak untuk Maira dan Sofia tapi Maira tak nak makan pulak.”Puan Laila memujuk.Maira memeluk Puan Laila lalu mencium pipinya.”Terima kasih umi!”ucap Maira.

Begini la kehidupan Maira setelah ayahnya tiada.Maira akan berusaha menggembirakan uminya selagi hayatnya.Walaupun tiada ayah,dia tidak pernah merasa kekurangan kasih sayang.Uminya selalu ada untuknya.

Suasana makan tengahari di rumah Maira penuh dengan gelak tawa.Sofia terpegun melihat Nasri Amir tidak kekok berbual dengan umi walaupun baru berjumpa dan mengenali umi.Mungkin pada pandangan orang yang sebenarnya Nasri Amir ni sombong,berlagak atau bajet macho je tapi sebenarnya tidak.Nasri Amir seorang yang peramah,baik hati,murah dengan senyuman tapi kerana sikapnya yang tidak berapa suka bergaul dengan orang membuat orang sekeliling berfikir begitu.

Semakin lama semakin Sofia jatuh hati pada Nasri Amir.Selama mereka bercinta,Nasri Amir sangat mengambil berat tentang Sofia.Nasri Amir selalu mengingatkan Sofia tentang pelajaran.Sofia rasa sangat bertuah dapat mengenali lelaki sebaik Nasri Amir.

Setiap malam Fairuz akan menelefon Sofia menanya khabar Maira.Pedahal tiap-tiap hari jumpa kat sekolah tapi nak jugak telefon.Di sebabkan tak sampai hati nak hampakan Fairuz,maka Sofia menjadi pemberita tak bertauliah.Sofia akan memberitahu Fairuz tentang Maira.Kata Fairuz dengan mengetahui perkembangan Maira membuat hatinya lega.Kesian Sofia tengok Fairuz yang mengambil berat tentang Maira.

Maira pulak malam-malam mimpi memanggil nama Fairuz.Sofia tak faham.Sampai bila Maira nak simpan perasaan cinta kat Fairuz sedangkan dia tidak bertepuk sebelah tangan.Maira kata nak cuba lupakan Fairuz tapi pada hakikatnya dia tak boleh lupakan Fairuz.

Sofia memandang bintang yang terbentang luas di langit.Sungguh hebat ciptaan Ilahi.Betapa kerdilnya dia di mata yang Maha Esa.Dia cuma seorang hamba yang diberi peluang hidup di dunianya yang indah ini.Sofia bersyukur atas segala pemberian yang dikurniakan 
kepadanya.Walaupun ibu bapanya sering kali sibuk dengan pekerjaan mereka tapi dia tidak pernah merasa kekurangan kasih sayang.Allah kurniakannya seorang ibu saudara yang sangat penyayang dan seorang sepupu yang sangat memahami.Kini Allah kirimkan seorang kekasih untuk mengisi hidupnya.

“Ni hot chocolate untuk kau”ujar Maira sambil menghulur mug hot chocolate kepada Sofia.”Terima kasih Maira.Kau tahu-tahu je aku tengah haus.”kata Sofia sambil menghirup sedikit hot chocolate.Maira hanya melemparkan senyuman kepada Sofia.

“Sedar tak sedar dah lama jugak kan kau bercinta dengan Nasri”ujar Maira sambil memandang ke arah Sofia.Sofia hanya mengukirkan senyuman.”Kau pulak,dah lama tak bertegur dengan abang Fairuz.Tak rindu kat dia ke?”soal Sofia sambil mengangkat kening.

“Err....aku..aku”Maira menjadi gagap.”Maira,Sofia!Masuk dah lewat sangat ni!”panggil Puan Laila.”Baik umi”jawab Maira dan Sofia serentak.’Fuh!nasib baik umi panggil.Kalau tak...mahu dikerjakan Sofia.Minah ni bukan boleh percaya sangat.Suka menyakat kalau dapat peluang.Agak-agak Fairuz tengah buat apa la sekarang ni ek?Dah lama tak jumpa dia.Tipu sangat la kalau aku cakap aku tak rindu kat dia.Rindu gila wei!’

Ketika Maira ingin mengemaskan katilnya tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.Dia terkejut saat membaca mesej tersebut.’Dia tahu ke aku rindu kat dia?ke dia boleh baca fikiran aku?’

Maira dah tidur?-Fairuz

Belum lagi kenapa?-Maira

Abang rindu kat Maira.Lama tak jumpa Maira.Abang rindu nak berbual dengan Maira.-Fairuz

Abang, jangan paksa Maira.Baik abang fokus pada pelajaran abang.-Maira

Maira tak pernah menganggu fokus abang.Maira je fikir sangat pasal tu.-Fairuz

Hmm entah la.Dah malam sangat ni.Maira tidur dulu.Selamat malam.Assalamualaikum-Maira
Ok.Selamat malam.Abang sayang Maira.Wa’alaikumusalam.-Fairuz
Maira menahan debar di dada.Dia sebak.’Bukan abang je rindu...Maira pun rindu kat abang’.Susah nak berjauhan dengan orang yang kita sayang.Dia hanya mampu memendam rasa.

“Wahai cik Nur Maira Imani,kenapa dengan muka awak tu?”tanya Sofia.Sofia pelik melihat Maira diam setelah membalas mesej tadi.Agaknya dengan siapa la Maira bermesej tadi.”Cik Nur Sofia Azmira,muka saya ni muka risau nak jawab exam PMR esok.Awak tu je tak risau.Biasa la pelajar pintar la katakan.”peril Maira sambil tersengih.

“Eh,tak sedar ke yang awak pun pandai jugak.Dapat 8A untuk percubaan PMR hari tu.Muka saya ni tak boleh nak stress sangat nanti berkedut.Nanti lari pulak Nasri.”jawab Sofia sambil ketawa.

“Haha muka awak tu bukannya lawa mana.Macam nenek kebayan adela.Saya pun tak tahu kenapa Nasri boleh suka kat awak sedangkan hakikatnya saya paling cantik!”kata Maira dengan nada gedik yang dibuat-buat.

“Ewah-ewah!melampau betul gurauan tuan hamba.Kecik hati hamba tau.”jawab Sofia dengan nada merajuk.”Hamba hanya bergurau.Sesungguhnya tuan hamba sangat lawa dan Nasri sangat beruntung memiliki tuan hamba”jawab Maira sambil tersenyum.

“Aww!so sweet!kau la sepupu aku yang paling best!Sayang gila kat kau!”kata Sofia sambil memeluk Maira.”Yela Sofia,kau pun sepupu aku yang paling brutal!kau dah macam kakak aku dah.”jawab Maira sambil tersenyum.

Sofia berharap Allah tidak putuskan hubungan antara dia dan Maira.Dia terlalu sayangkan Maira.Maira sahabatnya,Maira adiknya,Maira pemberi semangatnya,Maira doktor cintanya,Maira sepupunya,Maira kembarnya dan Maira menjadi sebahagian daripada hidupnya.Dia mahu hubungan mesra ini akan berkekalan sampai bila-bila.

sorry update lambat..fia busy sikit lately ni...dah lama siap bab 7 ni...tapi fia baru nak post sekarang...hee...harap korang enjoy...assalamualaikum..:)


Hey Miss Fia...;)

assalamualaikum

hello blogger!hee...apa khabar kalian semua?baik kah?sakit kah?fia harap korang sihat walafiat la..fia alhamdulillah sihat..kalau sakit tu alhamdulillah jugak sebab Allah bagi fia sakit sebab nak kurangkan dosa fia...kita jangan bersangka buruk dengan pencipta...

hee pasal title post fia hari ni?actually fia jumpa nadirah dengan syazwie hari ni..tak lupe sayang fia pun ada..hee orang baru...tapi fia tak couple tau...kita orang admire je..hee...kita orang bergosip pasal artis..haha yang paling tak boleh tahan si syazwie tahu banyak gila gosip!yang fia ni tahu sikit je tau...expert gila kau syazwie..haha

then syazwie kena balik pulak sebab nak belikan tepung untuk mak dia...so tinggal la bertiga...fia,sayang fia dan nadirah...yang sayang fia dengan nadirah sibuk berborak...fia diam je...fia teringat nadirah warning sayang fia...kalau dia dera bini dia...tak hidup la dia...haha..gangster gila der...tapi betul la...macam fia jugak..kalau kawan fia kena..tak kan fia tak tolong betul tak? :) lepas dah lama borak fia ajak nadirah makan...fia ajak sayang fia jugak...mula-mula nak makan kat kedai abang zam...tapi kedai abang zam tak bukak lagi..so kita orang menapak ke TJ...

kat TJ fia makan nasi lemak dengan air kosong..hee really save my money!sayang fia pun makan nasi lemak dengan air kosong...ish..sibuk je tiru tau! XD hmm lepas makan fia balik ke bustop nak amik motor lepas tu balik...nadirah terus balik...fia jalan dengan sayang fia..lepas je makan fia rasa tak sihat...pening kepala,dada fia sakit...kaki fia pun sakit...tapi fia diam....tak nak sayang fia risau...sorry awk...:(

sampai bustop fia terus duduk...yang sayang fia asyik tanya kenapa dengan fia?fia asyik geleng kepala je...then adik dia turun...cakap mama dia dah bising...fia pun diam lagi...lepas tu dia balik macam tu je...fia dah...rasa nak nangis pun ada jugak..

lepas tu fia cerita kat nadirah yang fia tak berapa nak sihat....lepas tu hujan turun...fia teringat kejadian semalam...nyanyi time hujan...masa fia nyanyi hujan makin lebat...haha ni sebab dah janji la fia nyanyi..kalau tak...memang tak la kan...:)

balik tu...fia terus inform dia yang fia tak sihat tadi...sebab tu fia senyap...malam fia pujuk dia...nasib baik fia pandai pujuk!hee masuk bakul angkat sendiri betul! XD tapi fia memang rasa bahagia sangat dengan dia...sekarang ni...fia asyik senyum je...kalau tak senyum dia bising...kalau fia tak pakai spec...dia bising...kalau fia sakit tapi tak nak rehat..dia bising..kalau fia tak nak makan..dia bising...tengok..betapa caringnya dia! :D

okla thanks to nadirah sebab sudi lepak dengan fia walaupun baru balik tengok adik dia main bola...hee thanks jugak to sayang fia sebab datang amik buku tadi...hee dan thanks sebab sudi lepak,gosip,merepek...dengan fia..I had a wonderful day today...;)

okla..sampai sini je post fia untuk kali ni..sampai bertemu di post yang akan datang!hee...;)

assalamualaikum..

Friday, December 7, 2012

fia yang baru



assalamualaikum

dah lama fia tak meng-update blog fia...asyik dengan mini novel fia je.. =) alhamdulillah fia masih lagi sedang menulis mini novel fia...fia hanya memcuba nasib..sama ada kalian suka atau tak dengan karya fia..fia tak tahu la kan..=) 

sedar tak sedar dah nak masuk 2013 dah..cepatnya masa berlalu...dan sedar tak sedar tahun depan fia dah masuk form 5! Alahai...tahun depan SPM lepas SPM kena say bye-bye kat sekolah...huhu sedihnya..walaupun fia sekolah dekat SMK Desa Petaling hanya 4 tahun..(termasuk tahun depan) =P di SMK Desa Petaling la fia belajar macam mana nak bangkit daripada jatuh..macam mana nak hadapi segala masalah,fia belajar menjadi berdisiplin,belajar membantu kawan-kawan sebaya fia...macam-macam kenangan...

eh,nak tahu something tak? :O hari tu fia almost kena tahan dengan polis bantuan...Terima Kasih To Natasya sebab cepat-cepat coverline fia...hee kalau mak fia tahu...M-A-M-P-U-S fia! XD hee...ni semua sebab nak buat prank untuk qawwiel la ni...memang fia geram gila dengan abang polis tu..aduhai..rosak plan terbaik fia!hai..sabor jola! tapi best la jugak..hee...sapu coklat kat muka dia! haha...yang zairul lagi la..pergi sapu kek kat muka dia..yang fia pun kena sekali..==' (tak guna punya zairul) XD hmm lama jugak fia lepak dengan qawwiel dan zairul..tasya kena balik awal so fia lepak dengan zairul dan awie sampai pukul 5 lebih...

tapi fia memang harap dia happy la fia buat surprise birthday party yang dah tak jadi surprise sebab dia tipu fia!baru ingat nak kenakan dia..tapi fia pulak yang terkena..takpela sebab birthday dia kan..so fia biarkan jela...anyway sorry ye encik qawwiel sebab tipu dan sebab kek yang fia buat tu tak berapa nak cantik..huhu sedih fia bawak kek tu naik motor dengan tasya..takut kek tu jatuh..but totally dia orang cakap sedap dan fia pun lega...hilang penat rushing pagi tu buat kek...

hmm cuti akhir tahun ni fia memang stay KL jela..=) meronda sana sini..hee takpela kan asalkan dekat dengan si jantung hati..XD err tu je kot...fia nak cerita...but fia yang baru dah tak sedih-sedih dah...pasal ayie?he just my history...dah jadi kawan baik fia dah pun..thanks to my new "penasihat" hee terima kasih banyak-banyak sebab buat fia sentiasa tersenyum...sayang awak la! XD hee banyaknya fia berceloteh...biasa la bila dekat blog...semua nak diluah..yang pembaca jangan bosan kay?hee sayang korang! 

okla sampai sini je post fia untuk kali ni..sampai bertemu di post yang akan datang...=)
assalamualaikum

Sunday, November 4, 2012

Cinta Kita berdua Bab 6


Selepas persekolahan,Maira dan Sofia menunggu di perhentian bas.Fairuz muncul beberapa minit selepas itu.Dia tersenyum bila terlihat kelibat Maira.’Alhamdulillah,dia tak hampakan permintaan mama’.

”Assalamualaikum,dah lama tunggu abang?”kata Fairuz sebaik saja tiba di perhentian bas.Maira cuba mengawal perasaan.Kalau ikutkan hati mahu saja dia menangis.Sofia melihat gerak geri Maira mengerti perasaan Maira waktu itu.

”Wa’alaikumusalam,baru beberapa minit.Mana mak abang?”Sofia menyelamatkan keadaan.”Kejap lagi.Mak abang cakap tadi dia dalam perjalanan ke sini”jawab Fairuz.

’Dia tetap tak nak cakap dengan aku.Pandang aku pun tak.Apa lagi aku nak buat ni.Terseksa kalau hari-hari macam ni.Jangan la diamkan diri je.Please Maira!Say something!’.Maira memandang kosong ke arah jalan raya.

Tiba-tiba sebuah kereta Swift menghampiri mereka.Fairuz terus mengajak Sofia dan Maira menaiki kereta.Maira dan Sofia duduk di belakang manakala Fairuz duduk di depan di sebelah mamanya.

”Dah lama tunggu ke?Maaf aunty lambat.Ada hal tadi tu yang lambat tu.”Puan Hasmah menerangkan kelewatannya.”Ala takpe,Fairuz pun baru je keluar ma.”jelas Fairuz sambil menyalam tangan mamanya.

“Kita pergi Wangsa Walk.Mama nak cari hadiah untuk majlis perkahwinan kawan aunty.Takpe kan?”ujar Puan Hasmah sambil memerhatikan dua orang gadis dengan cermin.”Oh takpe aunty,kita orang dah bagitahu umi yang kita orang balik lambat sikit”Sofia mewakilkan Maira.

Maira jadi bisu daripada perhentian bas tadi sampai dalam kereta.Dia tak tahu nak cakap apa.Dia kelu untuk berkata.Selalunya dia la yang paling bising.Ada sahaja benda nak dicakap atau borak.Sofia dari tadi cuba menenangkan Maira.Fairuz yang duduk di depan sedari tadi memerhatikan Maira daripada side mirror.Fairuz  berasa tak senang bila Maira mendiamkan diri.

Kereta Puan Hasmah meluncur laju.Maira tertidur ketika sampai di Wangsa Walk.Itu kelemahannya.Dia akan tertidur di dalam kereta kalau perjalanannya jauh.Fairuz ralit memerhatikan Maira.’Comel betul bila dia tidur’.

Di Wangsa Walk,Fairuz sibuk berborak dengan Sofia tapi Maira hanya mendiamkan diri.Puan Hasmah mengajak Maira berborak.”Maira dah lama kenal Fairuz?”tanya Puan Hasmah penuh minat.”Baru je aunty”jawab Maira dengan penuh sopan.

“Memang baru mama tapi Fairuz rasa macam dah lama kenal Maira.Macam ada chemistry pulak”seloroh Fairuz sambil memandang Maira.Maira sudah membulatkan matanya.’Sengaja tau dia ni.Nak bagi mak dia suka kat aku la tu.Alahai Fairuz,tak payahla buat semua tu.Tak berbaloi pun’

“Fairuz,mama tengah cakap dengan Maira bukan dengan kamu.Sibuk je”tegur Puan Hasmah.Maira terasa nak ketawa bila Fairuz ditegur oleh mamanya.’Padan muka!siapa suruh menyampuk kan dah kena marah’.Fairuz hanya tersengih.

Setelah selesai membeli hadiah,mereka menapak ke kedai buku.Fairuz ingin membeli buku rujukan.Sofia mengambil peluang untuk membeli novel.Puan Hasmah mengikuti Sofia dan Maira manakala Fairuz telah pergi mencari buku yang diperlukannya.

Sofia rambang mata melihat begitu banyak novel.Sofia memang hantu novel dan disebabkan itu Maira pun suka baca novel.Puan Hasmah yang memerhati gelagat Sofia dan Maira teringat akan arwah anak perempuannya,Farina.Anaknya meninggal kerana menghidap penyakit jantung.Farina akan teruja tiap kali dia ke kedai buku.Dia akan pergi ke bahagian novel dulu.

Farina satu-satunya anak perempuan Puan Hasmah dan Encik Farizal.Farina rapat dengan ibu bapanya tapi dia merahsiakan tentang penyakitnya.Dia tidak mahu ibu bapanya sedih atau risau tentang keadaannya.Puan Hasmah mengetahui tentang penyakit anaknya ketika anaknya pengsan.Ketika itu nyawa anaknya dihujung tanduk.Betapa terkejutnya mereka sekeluarga apabila mengetahui bahawa puteri mereka menghidap penyakit yang boleh membawa maut.

Allah lebih menyayanginya.Farina meninggal dalam dakapan Puan Hasmah.Hanya Allah yang tahu betapa peritnya bagi Puan Hasmah sekeluarga meneruskan hidup.Terutama sekali Puan Hasmah.Dia benar-benar merasa kehilangan Farina.Dia masih terasa Farina masih dengannya.Tanpa sedar air mata Puan Hasmah mengalir.”Mama?”Fairuz mengejutkan mamanya daripada kenangan lampau.Dia memegang bahu mamanya.Dia tahu mamanya teringat akan arwah kakaknya.

Puan Hasmah melemparkan senyuman kepada anaknya.Fairuz mengelap air mata yang membasahi pipi mamanya.Dia tahu perit bagi mamanya mahu menerima hakikat bahawa kakaknya sudah tiada lagi.
Puan Hasmah membayar semua buku termasuk novel yang Sofia dan Maira mahu membelinya.Lalu mereka ke rumah Fairuz kerana mamanya mengajak Sofia dan Maira makan tengah hari di sana.
Sampai saja di perkarangan rumah Fairuz,Maira dan Sofia terpegun akan keindahan taman di rumah Fairuz.Maira membulatkan matanya saat Fairuz berbisik “Ni akan jadi rumah Maira kalau Maira jadi isteri abang”.Fairuz hanya ketawa melihat reaksi Maira.

“Maira dengan Sofia duduk la dulu.Aunty nak siapkan makanan kejap”ujar Puan Hasmah sambil berlalu pergi ke dapur.Maira mengikuti Puan Hasmah ke dapur.Dia tidak betah duduk di meja makan dengan Fairuz lama-lama.

“Biar Maira tolong aunty”kata Maira sambil melemparkan senyuman.”Mairakan tetamu aunty.Biar aunty buat,Maira pergi je duduk depan borak dengan Fairuz”Puan Hasmah serba salah ketika Maira mengulurkan bantuan untuk membantunya menghidangkan makanan.

Akhirnya Puan Hasmah membiarkan Maira membantunya.Maira menghantar lauk ke hadapan.Fairuz ralit memerhatikan  Maira menyusun makanan di atas meja.Muka Maira mula bertukar merah saat dia perasan yang Fairuz asyik memerhatikannya.

“Fairuz!apa ni tengok anak dara orang macam nak terkeluar biji mata tu?mama tahu la Maira lawa tapi tak payah la kamu tengok dia macam tu.Dah merah dah muka dia”tegur Puan Hasmah sambil ketawa.
Fairuz tersedar akan ketelanjurannya jadi malu sendiri.’Aduh!macam mana boleh ralit sangat bila tengok dia?kan dah malu.Fairuz kawal sikit perasaan kau.’

 Selesai saja makan,Fairuz bergerak ke piano kesayangannya.Fairuz mula memainkan lagu.Maira terpegun ketika Fairuz memainkan piano.Fairuz memainkan lagu Yakinlah Aku Menjemput Mu.Maira terasa hangat di tubir matanya.Orang yang dia sayang sedang menyanyikan lagu kesukaannya.

Fairuz tujukan khas lagu itu untuk Maira.Dia meluahkan rasa hatinya.Dia ingin Maira tahu yang dia akan sentiasa ada untuk Maira.Maira menghampiri Fairuz dan dia memerhatikan Fairuz.Fairuz berhenti bermain piano dan dia memandang wajah Maira.Terdapat air jernih di tubir matanya.

“Kenapa Maira lari daripada abang?Apa salah abang pada Maira?Abang cuma ingin melindungi Maira.Abang ingin selalu berada di sisi Maira kala senang dan susah”terang Fairuz.

“Abang tak akan faham.Maira lakukan semua ni untuk kebaikan semua.”Maira melarikan matanya daripada terus direnung oleh Fairuz.”Kenapa Maira menidakkan apa yang Maira rasa?Maira tahu tak,apa yang Maira lakukan ni bukan untuk kebaikan tapi ianya menyeksa abang dan Maira sendiri.Kenapa Maira buat macam ni kat abang?”Fairuz memegang lengan Maira dan dia memaksa Maira untuk menatap matanya.

Maira menundukkan wajahnya.Dia tidak mampu untuk menatap wajah Fairuz.Hatinya pilu dan bila-bila masa saja air jernih di tubir matanya akan menitis.Fairuz memujuk agar Maira memandang wajahnya dengan lambat Maira memandang wajah Fairuz.Air matanya hanya menunggu masa untuk menitis.”Kenapa Maira nangis?”Hati Fairuz sedih melihat air mata Maira.Dia ingin menyapu air mata Maira tapi takut disalah erti.

“Maira...Maira...”Maira cuba menahan getar suaranya.Akhirnya air matanya gugur juga.Dia kalah dengan Fairuz.Fairuz menyapu air mata Maira dengan sapu tangannya.Makin laju air mata Maira mengalir.

Fairuz membiarkan Maira menenangkan dirinya.Dia tak mahu air mata Maira berterusan mengalir.Itu menyakitkan Fairuz.Fairuz melangkah ke luar.Dia ingin menghirup udara segar.Hatinya berkecamuk bila melihat Maira menangis.”Maafkan abang Maira.Maafkan abang.”rintih Fairuz sendiri.Tanpa dia sedar dia menangis kerana seorang gadis.Gadis yang mula bertakhta di hatinya dan mula menguasai dirinya.Sebelum ini dia menangis kerana wanita adalah ketika kakaknya meninggal tapi kali ini dia menangis kerana Maira.’Andai saja Maira tahu betapa besarnya cinta abang buat Maira.’


sori lambat update..fia busy sikit sejak kebelakangan ni...hope korg enjoy :)

Sunday, October 7, 2012

Cinta Kita Berdua Bab 5


Hari ni Sofia pulang ke rumah bersama Nasri.Setelah sampai di rumah Maira termenung.’La kenape pulak minah sorang ni?putus cinta ke?Eh bila masa pulak dia bercinta.Pelik pulak aku tengok Maira ni’.Maira masih tidak perasan kehadiran Sofia.Sofia cuit bahunya.”Opocot!Aku suka Fairuz!”latah Maira.

Ni yang Sofia tak tahan duduk dengan Maira ni.Kalau dia terkejut dia akan melatah dan selalunya latah dia berdasarkan apa yang difikirkan.Sofia dah la tak tahan kalau tengok orang melatah.Nanti mesti Sofia gelak tak ingat dunia.

”Oh,suka dekat abang Fairuz ek?Maira kau tak akan dapat menutup perasaan kau kat abang Fairuz kat depan aku la.Sekali aku tengok mata kau aku dah tahu yang kau sukakan dia.Bak kata pepatah sekilas ikan di air aku tahu mana jantan mana betinanya”jawab Sofia dengan panjang lebar.’Wah!hebat tak aku berkata-kata?tak sangka!haha masuk bakul angkat sendiri pulak’.

”Err...aku...suka dia sebagai kawan je”jawab Maira dalam keadaan malu.”Ye ke?jawapan yang tak meyakinkan je?abang Fairuz benar-benar ikhlas sukakan kau.Lagi pun aku tahu yang kau perasan yang Fairuz selalu memerhatikan kau dan kenapa kau buat tak endah kat dia?”tanya Sofia sambil mengangkat kening.

“Ala aku tak nak dia asyik kejar aku je.Aku tahu dia ikhlas sukakan aku dan aku pun dah mula sukakan dia.Aku cuma....nak dia tumpukan pada pelajaran.Lagipun dia akan menghadapi peperiksaan terbesar dalam hidupnya iaitu SPM dan kita pun akan menghadapi peperiksaan PMR.Kau ingat aku suka ke buat tak endah dengan dia?terseksa tahu tak?Aku tak nak mementingkan diri dengan bercinta dengan dia”terang Maira dengan nada sayu.

Air matanya tertahan di tubir mata.Sofia hanya terpaku.Tak sangka Maira berfikiran sebegitu sekali.Betapa matangnya pemikiran Maira,patutlah Fairuz dengan senangnya jatuh cinta pada Maira.Sofia menghampiri Maira lalu memeluk Maira.Maira menangis dalam pelukan Sofia.Sungguh dia juga menyayangi Fairuz.Setiap hari rasa cintanya buat Fairuz membuak-buak hingga tak tertanggung oleh dirinya.

”Aku nak dia berjaya Sofia.Tipu kalau aku cakap aku tak rasa apa yang dia rasa.Bagaimana dia sayangkan aku,macam jugak la aku sayangkan dia Sofia.Aku cuma....tak mampu nak tunjukkan rasa cinta dan sayang aku padanya”kata Maira sambil teresak-esak.

“Aku faham Maira.Dah jangan menangis lagi.Aku akan sentiasa berada disisi kau.Kau boleh cerita apa je dengan aku.Kita kan kembar?Tak nak la nangis-nangis ni.Tak comel dah.”ujar Sofia sambil memujuk Maira.Sofia meyapu air mata Maira yang sudah membasahi pipi.Maira hanya mengukir senyuman.

”Aku rasa sampai masa kau tahu sesuatu”kata Sofia sambil membuat muka bersalah.”Apa dia?”tanya Maira sambil membuat muka pelik.”Aku couple dengan Nasri”jawab Sofia sambil tersengih.”WHAT?...kau ni memang tau.Dulu tak nak la apa la.Last-last kau bercinta jugak dengan dia.Apa kes ni?”tanya Maira dengan penuh minat.

”Err...memang la sebab aku mana suka kat dia dulu dan kau ingatkan masa kau kenalkan aku dengan dia?Dia pandang aku semacam je.Malam tu dia call aku.Dia lamar aku jadi kekasih dia.Aku pada mulanya keberatan nak terima dia lepas tu dia merayu pulak.Kau kan tahukan itu kelemahan aku?Nak tak nak aku terima la tapi lama-lama jadi sayang kat dia sebab keikhlasan dia tunjukkan kat aku”terang Sofia dengan penuh panjang lebar.

”Sofia,kau ni kan mengada tau.Dulu beria-ria tak nak kat Nasri tu.Sekarang ni macam dah tak nak berjauhan pulak”ujar Maira sambil mencubit pipi Sofia.

”Sakit la Maira!cubitan kau macam ketam tau tak?”kata Sofia sambil mengosok pipinya yang sudah merah akibat cubitan Maira.

”Macam ketam ek?kang aku cubit kau lagi kang!”ugut Maira.

”Eleh aku tak takut!”kata Sofia sambil menjelir lidah lalu dia berlari keluar daripada bilik.Maira geram melihat Sofia lalu dia mengejar Sofia hingga ke dapur.Puan Laila yang sedang sibuk menyediakan makan malam terganggu dengan dua orang anak gadisnya bergurau di dapur.

”Sofia,Maira!dah la tu bergurau.Meh tolong umi masak ni boleh kita cepat makan.”arah Puan Laila.Maira dan Sofia berhenti daripada berlari dan menolong umi memasak.

Daripada kecil Sofia diajar memanggil mak ngahnya dengan panggilan umi.Menurut ibu Sofia,Puan Suraya semasa Sofia kecil ibunya sering sibuk dengan urusan di luar negeri jadi Sofia akan ditinggalkan di rumah mak ngahnya.Sejak hari itu Sofia memanggil mak ngahnya dengan panggilan umi.

“Sofia macam mana kat sekolah baru?ok tak?ada orang kacau Sofia?”tanya Puan Laila ketika sibuk menyiang ikan.”Ok je umi.”kata Sofia sambil memotong bawang.”Eleh umi nak tahu tak?Sofia baru masuk sekolah tapi dah ada buah hati”kata Maira sambil menjeling ke arah Sofia.

”Umi tak kesah kalau Maira dengan Sofia nak bercinta tapi pelajaran jangan merosot ye.Umi faham masa remaja ni kita akan rasa ingin mencuba sesuatu yang baru.Umi bercinta dengan abah pun masa zaman sekolah menengah.Abah luahkan rasa cintanya pada umi masa hari terakhir persekolahan”Puan Laila menceritakan kisah cintanya dengan arwah suaminya dengan penuh rasa hiba.

”Umi jangan risau.Maira dengan Sofia pandai jaga diri.Kalau apa-apa jadi kat Maira,Sofia kan ada dan kalau sesuatu jadi kat Sofia,Maira ada untuk Sofia.Kami kan kembar”ujar Sofia dan Maira sambil tersengih.

“Walaupun kamu berdua hanya sepupu tapi hubungan korang macam kembar betul.Nasib baik ada kamu berdua je.Kalau ramai lagi species macam kamu ni...umi tak tahu nak kata apa”ujar Puan Laila lalu meneruskan kerjanya.”Ala umi ni,kalau ramai species macam kite orang makin kurang la orang gila kat dunia ni.Betul tak Sofia?”ujar Maira sambil memandang Sofia.

”Hmm betul betul betul”Sofia cuba meniru gaya upin dan ipin sambil ketawa.”Kenapa pulak?”tanya Puan Laila pelik sambil memandang ke arah anaknya.”Yela umi,kita orang ni kan penghibur.Jadi kurang la orang yang stress.Terlampau stress antara punca menjadi gila tau umi.Maira tengok umi tak pernah marah pun so maknanya tak pernah stress la tu.”terang Maira sambil tersengih.

”Banyak la kamu.Kang umi pelangkung kepala kamu berdua baru tahu.Melayan kamu berdua ni buat umi lagi lambat siapkan kerja tau.”ujar umi sambil mengelengkan kepala.Maira dan Sofia hanya tergelak melayan keletah umi mereka.

Setelah selesai makan malam,Maira dan Sofia menyiapkan kerja rumah.Tiba-tiba telefon bimbit Sofia berdering.”Hmm kekasih kesayangan telefon la tu”kata Maira sambil mengangkat kening.

”Eh,bukan Nasri la.Nombor yang tak dikenali.Aku angkat then buat loudspeaker ok?”kata Sofia sambil mengangkat telefon dan dia membuat loudspeaker agar Maira juga dapat mendengarnya.

”Assalamualaikum,boleh saya bercakap dengan Sofia?”tanya lelaki itu.”Saya Sofia.Ni siapa ya?”tanya Sofia ingin tahu.”Ni abang Fairuz la.”jawab Fairuz.Jawapan Fairuz membuat Maira ingin menangis.Susah untuk dia bendung perasaan cintanya buat Fairuz.

”Oh abang Fairuz,kenapa ek telefon Sofia?”tanya Sofia.Dia tahu Maira menahan air matanya daripada tumpah jadi dia duduk sedikit berjauhan dengan Maira.”Abang nak tanya pasal Maira.Kenapa dia mengelak daripada abang?abang tak akan buat apa pun kat dia Sofia.Abang hanya ingin menyintai dan menyayanginya”kata Fairuz dengan nada sayu.

Air mata Maira tak dapat di tahan lagi.Bercucuran air matanya.Melukakan orang yang dia sayang?sungguh itu bukan sikapnya.Maira berbisik ke telinga Sofia agar tidak memberitahu Fairuz tentang segalanya.Sofia hanya menganggukkan kepala tanda mengerti.

”Abang,Maira ada sebab yang tersendiri kenapa dia mengelak daripada abang.Sofia tahu semua ni susah bagi abang tapi percayalah Maira lagi susah untuk melaluinya.”terang Sofia dengan nada tenang.Maira menenangkan dirinya.Dia baring sambil menutup mukanya dengan anak patung.

“Maksud Sofia?”tanya Fairuz pelik.’Kenapa Sofia cakap macam tu?’.

”Maira mahu abang tumpukan perhatian pada peperiksaan yang akan abang hadapi.Bagi Maira,dia rasa dia pentingkan diri kalau dia bercinta dengan abang.Dia lakukan semua ni demi kebaikan abang”jelas Sofia dengan panjang lebar.

Fairuz yang sedari tadi hanya mendengar Sofia bercerita tersentuh dengan keprihatinan yang Maira tunjukkan.Sesungguhnya Maira ingin dia berjaya.’Kenapa Maira buat semua ni Maira?Maira hanya menyeksa diri Maira dan abang’.

”Tadi Maira menangis lagi.Dia tak nak menganggu tumpuan abang.Dia hanya mahu abang berjaya dalam hidup dan kecapi apa yang abang impikan”terang Sofia lagi.”Bagi abang cakap dengan Maira.”pinta Fairuz.

Sofia menjadi serba salah untuk memberi Fairuz bercakap dengan Maira.Sofia takut air mata Maira tumpah lagi.Sofia mengejutkan Maira yang sudah tertidur.Sofia memberitahu Maira yang Fairuz ingin berbicara dengannya.Maira hanya menggelengkan kepala tanda tak mahu bercakap dengan Fairuz.

”Maira dah tidur la abang.Nak Sofia kejutkan jugak ke?”tanya Sofia.”Hmm takpe la.Nampaknya abang takde peluang nak cerita pada Maira.”kata Fairuz hampa.Maira memandang ke arah Sofia sambil mengangkat kening.”Cerita apa abang?”tanya Sofia dengan perasaan ingin tahu.Maira duduk diam di sebelah Sofia juga berminat untuk mengetahuinya.

”Mak abang nak jumpa Maira.”kata Fairuz dengan nada selamba.Maknya mahu menemui gadis yang telah berjaya mencuri hati anaknya.Sebelum ini pun,mak Fairuz akan menemu duga kawan perempuan Fairuz dan dia akan menentukan bahawa gadis itu baik atau tidak untuk anaknya.

”Hah!Mak abang nak apa dengan Maira?”kata Maira dengan nada terperanjat.”Eh,Maira dah terjaga?Maaf abang ganggu mimpi indah Maira.Mak abang nak jumpa Maira je”ujar Fairuz.

’Akhirnya!rindunya nak dengar suara dia.Maira tahu tak yang abang rindu sangat nak bercakap dengan Maira?’.

”Tak kan sebab Maira tak layan abang mak abang nak jumpa Maira”ujar Maira dengan nada takut.’Tak kan la Fairuz nak buat macam sekolah rendah kut?kalau tak kawan je panggil mak bapak.Aduh!cari penyakit betul la dia ni’.

”Esok Maira tunggu abang tau.Kesian mak abang nak jumpa Maira.Abang harap Maira tak akan hampakan permintaan mak abang.”kata Fairuz dengan nada memujuk.

”Ok,abang tunggu Maira kat depan sekolah.”kata Maira tanda mengalah.’Mak dia nak jumpa je.Jangan fikir bukan-bukan Maira.Fikir positif!Fikir positif Maira!’.Dia berharap tak akan terjadi sesuatu yang negatif pada keesokan harinya.


sori update lambat..busy sikit lately ni..harap korang enjoy..:)
assalamualaikum..

Saturday, September 22, 2012

Cinta Kita Berdua Bab 4


Lagu sesuatu janji berkumandang menandakan ada panggilan masuk.”Mana pulak aku letak telefon aku ni?Hah!ni pun.Eh,Nasri Amir telefon la baru je teringat kat dia.Macam tahu-tahu je aku rindu dia.”kata Sofia sambil tersenyum.

”Assalamualaikum,sayang kenapa lambat angkat?”tanya Nasri Amir dengan nada manja.”Wa’alaikumusalam,tadi telefon saya MIA la awak.”jawab Sofia.

”MIA?apa tu sayang?persatuan politik ke?”tanya Nasri Amir kebingungan.”Haha awak ni...MIA tu miss in action la yang awak sampai ke persatuan politik tu kenapa?”jawab Sofia sambil ketawa.”Oh,saya ingatkan persatuan politik tadi tapikan awak....comel la awak ketawa”jawabnya.

Jawapan Nasri Amir buat Sofia terbatuk.”Sayang,awak ok tak tu?kenapa tiba-tiba terbatuk ni?”tanya Nasri Amir dengan nada risau.”Takde apa la awak.Ada orang seru nama saya kot tu yang terbatuk tu.”jawab Sofia bersahaja.

”Siapa la yang seru nama kekasih kesayangan a.k.a bakal isteri saya ni?”kata Nasri Amir manja.”Awak!belajar pun belum habis tapi dah fikir pasal kahwin?Ee...nasib baik awak jauh kalau tak saya cubit awak sampai lebam!”ugut Sofia.”Sampainya hati awak nak cubit saya...tak sayang Nas la tu.”jawab Nasri Amir dengan nada merajuk.

“Alolo...Nasri Amir ku sayang...jangan la merajuk dengan Cik Sofia.Nanti Cik Sofia rindu kat dekat Encik Nasri Amir.”pujuk Sofia dengan nada manja.Nasri Amir tergamam.’Betul ke apa yang aku baru dengar tadi?Nasri Amir ku sayang?nanti Sofia rindu?betul ke apa yang aku dengar ni?’.

“Awak,maafkan saya.Saya gurau je tak tahu pulak awak ambil serius.Awak,saya minta maaf”Sofia tak sanggup bergaduh dengan orang-orang yang dia sayang.Kalau gaduh pun mesti tak sampai 2 minit dah baik balik.Nasri Amir hanya mendengar apa yang diucapkan oleh Sofia.Dia saja ingin mendera perasaan kekasihnya itu.

”Awak,maafkan la saya.Awak tak sayang saya ke?awak tak kesian kat saya ke?”Sofia memujuk buat sekian kalinya.Nasri Amir yang mendengar pujukan kekasihnya itu tidak sanggup lagi mendengar suara sayu itu.

“Kenapa cakap macam tu?”jawab Nasri dengan nada sedih.Dia tidak suka kekasihnya berkata begitu.”Dah awak merajuk kat saya.Awak tak sayang saya la tu?”jawab Sofia dengan nada sedih dibuat-buat.

”Sayang,saya tak tipu bila saya kata saya sayangkan awak.Sayang saya kat awak terang lagi nyatakan?Awak nak saya buat supaya awak tahu bahawasanya saya memang betul-betul jatuh cinta kat awak dan saya memang berniat nak mengahwini awak bila kita dah besar nanti”jawab Nasri Amir dengan nada serius.Sofia yang dari tadi hanya mendengar merasa terharu dengan apa yang Nasri Amir katakan tadi.Tanpa Sofia sedar air matanya jatuh ke pipi.Sofia menangis.

”Awak,kata-kata awak sungguh indah didengar tapi saya tak nak awak terlalu berharap.Saya takut awak kecewa.Sesungguhnya jodoh,ajal dan maut ditangan Tuhan.Andai Allah tentukan bahawa saya adalah tulang rusuk kiri awak,maka kita akan bersatu juga kalau tidak di dunia di akhirat kelak.”terang Sofia dengan panjang lebar.

”Saya tahu awak.Setiap malam saya berdoa agar dijodohkan dengan awak.Semalam saya buat solat istikarah dan saya bermimpi saya nampak awak.Saya yakin awak jodoh saya.Saya tak akan kecewa memilih awak sebab saya tahu awak ibarat gula-gula yang belum disentuh.Hati awak ibarat permata.Oleh itu saya tak akan sekali-kali melukakan hati awak.Andai setiap masa saya perlu mengalah saya sanggup.Andai itu boleh buat awak gembira”terang Nasri Amir panjang lebar.

’Tipu kalau aku cakap aku tak menangis masa dia cakap semua tu.Dia buat solat istikarah dan aku yang dia nampak?Ya Allah,seriusnya dia inginkan aku’.

”Sayang?”Nasri Amir bersuara setelah Sofia tidak bersuara.”Ye,awak.Kalau ikutkan hati saya ni,ia memang memilih awak.Sebab saya dah mula sukakan awak.Awak suka saya tak?”tanya Sofia dengan nada manja.Dia tak ingin merosakkan mood Nasri Amir mahupun dirinya.

”Tahu la ada novel Awak Suka Saya Tak?.Mula sukakan saya ek?Sejak bila timbul perasaan suka tu?”tanya Nasri Amir dengan perasaan ingin tahu.”Hmm...saya mula sukakan awak sejak awak bagi surat kat saya.
Daripada surat tu saya nampak keikhlasan awak.Lagi satu!lawanya tulisan awak jealous saya tengok.”jawab ku dengan nada merajuk yang dibuat-buat.

”Haha,dah tulisan saya lawa nak buat macam mane?tengok orangnya la sayang,Handsome!”kata Nasri Amir dengan rasa bangga.

”e...masuk bakul angkat sendiri betul!menyampahnya saya!tapi yang part handsome tu saya setuju la.Sebab muka awak ada iras-iras Aiman dalam Vanilla Coklat tu tapi tak boleh challenge Aiman la!”jawab Sofia dengan nada bangga.

Pada masa yang sama Sofia nak buat Nasri Amir cemburu.Nak tengok dia terasa ke tak.”hmm Aiman lagi handsome eh?tapi saya ada iras dia kan?lepas tu awak bercinta dengan saya bukan dia maknanya saya lagi handsome daripada dia!”jawab Nasri dengan penuh bangga.

’Aduh!aku pulak yang terkena tapi memang betul apa yang dia cakap tu.Nasri Amir lebih handsome berbanding Aiman dan Nasri Amir juga seorang yang sangat romantik!’.”hmm yela awak menang.”jawab Sofia malas.”Yeah!Sayang,nak hadiah!”jawabnya manja.

”hadiah apa?”Sofia pelik.

”saya nak kiss boleh?”jawab Nasri Amir.

”AWAK!jangan nak mengada la!”jawab Sofia menjerit.

”sayang,jangan la menjerit sakit tau telinga saya.Saya main-main je pasal kiss tu.Saya nak awak nyanyi satu lagu untuk saya.Boleh tak?”

‘Hmm...macam mana ni?aku memang boleh nyanyi tapi takut Maira terjaga pulak nanti.Setelah aku berfikir lalu aku bersetuju menyanyi untuk Nasri Amir.’

Katakan pada ku kekasih
Kesilapan yang pernah ku lakukan dulu
Ternyata aku yang harus di persalahkan
Ku akui

Aku leka dengan kerjaya ku
Mengejar kekayaan di dunia ini
Betapa hancurnya hati mu laluinya
Ku akui

Jika dapat ku mengulangi
Perjalanan cinta ku bersama mu lagi
Akan aku jaga
Sebaik-baik cinta ini

Kini ku rasa kehilangan
Ku sedar betapa pentingnya kau di sisi
Yang selalu ada
Yang selalu rindu
Terhadap diri ku
Jangan jangan
jangan ku ulangi lagi

Jika dapat ku mengulangi
Perjalanan cinta ku bersama mu lagi
Akan aku jaga
Sebaik-baik cinta ini

Kini ku rasa kehilangan
Ku sedar betapa pentingnya kau di sisi
Yang selalu ada
Yang selalu rindu
Terhadap diri ku


“Sedapnya suara kekasih saya ni.Terpesona saya mendengarnya.Terima kasih sayang.”kata Nasri Amir setelah aku selesai menyanyi.

”Sama-sama.Awak dah pukul 11 lebih la kita jumpa esok jela.Nanti kita mengantuk pulak dalam kelas.”jawab Sofia.”Ha’ah la awak.Borak dengan awak tak sedar dah pukul 11.Seronok sangat borak dengan awak sampai tak boleh nak letak telefon.Ok la awak pergi tidur tapi awak basuh kaki dulu lepas tu baca doa baru tidur tau.”pesan Nasri Amir panjang lebar.

”Ye awak.Saya pun dah start mengantuk.Saya tidur dulu tau.Assalamualaikum.”jawab Sofia lalui mematikan talian.”Wa’alaikumusalam.Sofia Sofia kau buat aku angau kat kau.Sampai termimpi-mimpi.Hebatnya panahan cinta kau”kata Nasri Amir sambil tersenyum.

Nasri Amir seorang yang pendiam walaupun memiliki wajah yang tampan.Ramai gadis cuba mendekatinya tapi dia sentiasa bersikap dingin dan bercakap hanya ketika perlu.Tapi sejak hadirnya Sofia dalam hidupnya,kehidupannya malah dirinya sendiri sudah mula berubah.Dia tak pernah jatuh cinta tapi dia mula jatuh cinta ketika pertama kali melihat Sofia.Cinta pandang pertamanya.Sofia berjaya menunggang-langgangkan hidupnya.Dulu dia seorang yang tak banyak cakap tapi hadirnya Sofia membuatnya petah bercakap.Dia juga sudah pandai bermadah pujangga.Semuanya kerana Sofia.

Keesokan harinya ketika waktu rehat Sofia dan Nasri Amir belajar di perpustakaan.Kerana lagi seminggu mereka akan menduduki peperiksaan bulanan.Nasri Amir mengajar Sofia matematik.Nasri Amir memang hebat dalam mata pelajaran matematik Maira pernah cerita kat Sofia yang Nasri Amir pernah mendapat markah penuh untuk ujian matematik.

Nasri Amir mengajar Sofia tajuk yang aku tidak faham.Nasri Amir mengajar Sofia dengan penuh kesabaran.Nasri suruh Sofia stay back disekolah kerana dia ingin mengajar Sofia matematik sehingga Sofia faham dan dia mahu Sofia mengajarnya sains.






Sunday, September 16, 2012

Cinta Kita Berdua Bab 3

Keesokan harinya di sekolah semasa Sofia dan Maira sampai ke sekolah.Terkejut Sofia melihat Nasri Amir sedang duduk di perhentian bas seperti menunggu seseorang.Apabila Nasri Amir terlihat Sofia dan Maira,dia segera mendekati mereka.”Assalamualaikum,good morning guys!”ujar Nasri Amir ceria.

”Good morning Nas.Kau ni happy semacam je aku tengok.Ada apa-apa ke?”tanya Maira sambil menjeling ke arah Sofia.

”Takde la Mai.Aku happy pun salah ke?Kau suka ek tengok aku sedih?”jawab Nasri Amir sambil tersenyum kepada Sofia.”Alahai Nasri Amir,jangan la senyum macam tu kau buat jantung aku luluh tau!”Sofia bermonolog.

”Awak,malam tadi saya mimpi saya kahwin dengan awak.Saya harap mimpi saya menjadi kenyataan.”bisik Nasri Amir ke telinga Sofia.

Meremang bulu roma Sofia mendengarnya.’Kahwin?PMR pun tak lagi nak cakap pasal kahwin.I’m not ready for that.I want to be a successful woman first then I will think about married.’

Perhimpunan pagi pada hari ini berakhir agak lewat kerana Pengetua,Puan Senah memberi ucapan dan nasihat tentang akademik,penampilan dan kehadiran ke sekolah.Tidak cukup dengan pengetua,guru disiplin,Encik Azman pula memberi peringatan kepada pelajar tentang kuku panjang,rambut yang tidak mengikut peraturan sekolah,lencana,stoking dan tudung.Begitu banyak nasihat dan peringatan yang disampaikan sehingga ada pelajar yang tertidur semasa pengetua memberi ucapan.

Selesai perhimpunan,pembelajaran bermula dengan Bahasa Inggeris.Puan Catherine yang begitu anggun dengan blous berwarna ungu dipadan pula dengan skirt labuh berwarna hitam.Puan Catherine memang cantik kerana dia kacukan Cina dan British.Bapanya orang British manakala ibunya orang Cina.Kecantikan Puan Catherine menjadi buah mulut pelajar lelaki di sekolah.”Ok class,today we going to learn Dr Jekyll and Mr Hyde.Have you guys read the story?”kata Puan Catherine dengan fasih.

Puan Catherine hanya akan bercakap bahasa Inggeris jadi kepada pelajar yang lemah bahasa Inggeris akan membawa kamus tiap kali mempunyai mata pelajaran bahasa Inggeris.Itu yang Maira berpesan kepada Sofia pagi tadi untuk membawa kamus kerana ada mata pelajaran bahasa Inggeris.

Semasa pembelajaran bahasa Inggeris sedang berjalan,Nasri Amir memberi Sofia sepucuk surat.Sofia terus menyimpan surat itu dibawah meja.Pada waktu rehat,Sofia duduk di dewan terbuka.Sofia bawa sekali surat yang Nasri Amir bagi kepadanya tadi.

Assalamualaikum,

Wahai cik Sofia yang sangat disayangi,dirindui dan yang selalu diingati,

Awak tahu tak saya gembira sangat bila awak terima lamaran saya.Awak jangan risau saya tak akan abaikan pelajaran saya dan niat saya bercinta dengan awak adalah untuk mengahwini awak pada suatu hari nanti.Saya nekad untuk menjaga awak.Awak adalah gadis pertama yang berjaya membuat hati saya tak keruan,berdebar-debar dan hilang arah bila tak nampak kelibat awak.

Saya tahu mungkin awak tak cintakan saya sekarang tapi saya akan pastikan awak akan jatuh cinta kat saya.Itu janji saya kat sayang.Tak dapat digambarkan betapa sayangnya saya kat awak.Sayang,saya janji selagi saya hidup saya tak akan biarkan air mata sayang menitis dan saya tak akan biarkan sayang terluka.Air mata sayang berharga bagi saya.Saya akan sentiasa ada disisi sayang bila-bila je sayang perlukan saya.

Lastly,saya cintakan awak Nur Sofia Azmira.Sungguh saya betul-betul sayangkan awak.Percayalah sayang,hanya sayang yang bertakhta dalam hati ini.

Kekasih mu

Nasri Amir

“Dah habis baca surat saya?”tanya Nasri Amir.’Opocot!bila pulak mamat ni berada kat depan aku?kalau tiap-tiap hari dia buat macam ni mahu aku mati terkejut’.

”Dah baca dah.Terima kasih Nas.”jawab Sofia jujur sambil tersenyum manis.Sungguh Sofia terharu dengan kejujuran yang Nasri Amir tunjukkan.Nasri Amir telah berjaya membuat Sofia jatuh cinta dengannya hanya dengan surat Nasri Amir yang penuh dengan keikhlasan.

”Awak boleh tak jangan senyum macam tu?Comel tau!luluh jantung saya kalau hari-hari tengok awak senyum macam tu”kata Nasri Amir sambil tersenyum.’Alahai awak ni,jangan la bagi saya cair kat sini’.

”Awak ni ada-ada jela”kata Sofia sambil tersenyum.”Ni roti untuk awak.Saya tengok awak sorang-sorang pastu tak makan ni saya belikan roti”kata Nasri Amir sambil menghulur roti tuna kepada Sofia.

”Terima kasih!macam tahu-tahu je saya lapar”jawab Sofia sambil tersengih.“Firasat saya kuat mengatakan yang kekasih saya tak makan lagi dan dia tengah lapar sekarang ni”katanya sambil tersenyum nakal.

”Haha,ada-ada jela awak ni”jawab Sofia sambil ketawa.Kami makan sambil bercerita tentang zaman sekolah rendah.Kring!loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat.

Waktu Sofia ingin berdiri,kakinya terpijak kain sekolah dan terjatuh mujur Nasri Amir sempat menyambutnya.Betapa malu dan berdebar-debarnya hati Sofia hanya tuhan yang tahu.Nasri Amir berlagak tiada apa yang berlaku sedangkan hatinya juga merasai benda yang sama.

Di dalam kelas Maira terus menerpa ke arah Sofia.Wajahnya seperti sedang marah.’Apesal pulak minah ni?Aku buat salah ke dengan dia?’.

“Sofia,kau pergi mana masa rehat tadi?bunyi je loceng terus kau hilang.Puas aku cari kau dan sebab kau aku tawaf satu sekolah tau!”bebel Maira.Maira kalau dah marah,memang dia akan membebel panjang lebar mengalahkan mak nenek.

”Maira,kau ni jangan la bising.Sakit tau telinga aku ni.Aku pergi dewan tadi.Duduk baca surat”kata Sofia sambil mengeluarkan buku matematik.

”Baca surat?baca surat ape?oh,aku dengar cerita kau makin rapat dengan Nasri betul ke?”bisik Maira.Sofia memandang Nasri Amir dan kemudian memandang Maira.

”Ha’ah,something makes him special and nobody realise that except me.”jawab Sofia sambil tersenyum.”Something makes him special?macam ada apa-apa je kau ni”tanya Maira dengan senyuman nakal.

“Sofia,apa maksud kau something makes him special?dan kenapa kau cakap nobody realise that except me?”tanya Maira.

’Aduh,minah ni tanya pasal tu pulak!Apa aku nak jawab ni?tu la kau,cakap tak nak tengok kiri kanan tengok sekarangkan dah susah’.

”Err...tak..takde pape la”jawab Sofia gagap.”Apesal tiba-tiba kau gagap ni Sofia?macam ada pape je ni”soal Maira sambil tersengih.”Ish,takde pape la”jawab Sofia geram.’Maira ni saja nak kenakan aku’.

”hurm yela.Kalau kau dah sedia nak cerita kau cakap kat aku ok?”akhirnya Maira mengalah baginya kalau sepupunya tak mahu bercerita dia tidak mahu memaksa biarkan Sofia sendiri dengan rela hati bercerita kepadanya.

Tapi Sofia rasa Maira dah tahu je.’Alamak,tak nak la kalau Maira tahu!nanti dia sakat aku tak habis-habis.Ala ni yang tak suka ni’.Tapi dalam diam Sofia tahu ada mamat minat gila kat Maira.Siapa lagi kalau bukan abang Fairuz.Siapa yang tak kenal dengan Fairuz.Walaupun baru di sekolah tetapi disebabkan sikap peramahnya membuat dia terkenal satu sekolah.

Dia juga tak kedekut berkongsi ilmu.Semua orang senang berkawan dengannya tapi Maira je selalu bersikap dingin dengan Fairuz.Berpura-pura tidak suka pada Fairuz,tapi Sofia dapat mengagaknya.

Dalam diam mereka menyimpan perasaan yang sama.Tiap kali waktu rehat Fairuz akan mencari Maira.Matanya tak lepas daripada memandang Maira.Sesekali terkantoi dengan Sofia bila Sofia dapat menangkap Fairuz tengah leka memerhatikan Maira.

Daripada mata Fairuz,Sofia tahu yang sepupu aka kembarnya tu telah berjaya mencairkan hati seorang lelaki dan berjaya membuat seorang lelaki angau.Satu hari tu Sofia dapat tangkap Fairuz sedang asyik memerhatikan Maira.

“Hah!Abang Fairuz buat apa tu?”sergah Sofia membuat Fairuz terperanjat.”Ish,Sofia ni! Buat abang terkejut je.Kalau abang mati kat sini,abang akan ganggu seumur hidup Sofia”ugut Fairuz.

”Abang ni saja tau takut-takutkan Sofia.Eleh,Sofia tahu abang Fairuz buat apa.Tengah memerhatikan Maira kan?Sofia tahu”kata Sofia sambil mengangkat kening.”Shuh...Sofia ni! Jangan cakap kuat-kuat.Kang ada orang dengar malu abang kalau ada orang tahu abang tengah ushar Maira”jawab Fairuz sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.

”Abang suka Maira kan?”tanya ku sambil tersengih.”Kalau abang cakap abang memang suka dia?”tanya Fairuz sambil menunjukkan sebaris giginya.”Sofia dah agak dah!Daripada mata abang,Sofia dah nampak kasih sayang abang yang ikhlas buat Maira”kata Sofia sambil tersenyum.

“Sofia je yang nampak tapi Maira?dia buat tak tahu je.”kata Fairuz dengan nada hampa.”Abang ni belum ape-ape dah menyerah ke?bak pepatah orang melayu pantang mati sebelum ajal abang.Maira tu macam Sofia jugak.Kalau abang senang mendekati Sofia maknanya senang jugak la untuk mendekati Maira.”terang Sofia dengan panjang lebar.

”Senang Sofia cakap?Susah je abang tengok.Dia tu bila dengan abang macam orang yang takde perasaan tahu tak?Kalau dengan orang lain tu bukan main lagi boleh pulak gelak,senyum,bergurau.”kata Fairuz.

“Nak Sofia tolong abang pikat Maira ke?”tanya Sofia sambil mengangkat kening.”Tolong abang pikat Maira?Betul ke Sofia nak tolong abang pikat Maira?”tanya Fairuz dengan nada teruja.

”Nasri pun boleh tolong!”secara tiba-tiba Nasri Amir berada di situ.”Eh,bila pulak Nasri ada kat sini?”tanya Fairuz.”Adela dalam seminit Nasri berdiri kat sini.Nasri tengok Sofia sibuk borak dengan abang sebab tu Nasri duk menyibuk.Nak tahu jugak korang bincang apa.Macam serius je Nas tengok.”kata Nasri jujur.

“Hah!Bagus kalau korang berdua nak tolong abang.Abang alu-alukan bantuan kamu berdua.Abang tahu Sofia dengan Nasri ade pengalaman dalam bab ni”sakat Fairuz sambil ketawa.

Muka Sofia mula dah merah.’Abang Fairuz ni pun nak menyakat jangan depan Nasri’.”Err...ok abang!No problem!Kami boleh bantu kan Sofia?”tanya Nasri.Sofia hanya mengangguk tanda setuju.

=)

Thursday, September 13, 2012

Cinta Kita Berdua Bab 2

Apesal asyik teringat kat dia je ek?aduh jangan cakap aku dah jatuh cinta dengan dia.Argh!ni tak suka ni bila berkait dengan hati.”ngomel Sofia.Setelah selesai membuat kerja sekolah dan jadual waktu,Sofia menulis diari tentang Nasri Amir.Lelaki itu yang penuh misteri membuat Sofia berminat mahu mengenalinya dengan lebih rapat.Ada perasaan aneh yang Sofia rasakan tapi tak dapat Sofia tafsir.Ketika sedang menulis diari,tiba-tiba lagu Sesuatu Janji nyanyian Taufik Batisah berkumandang menandakan ada panggilan masuk.”Tak ada nama pun.Siapa pulak call malam-malam ni?”kata Sofia pelik dan mengangkat telefon.Mujur Maira sudah tidur kalau tidak pasti Maira akan menyibuk memasang telinga.

Assalamualaikum,boleh saya bercakap dengan Sofia?”suara lelaki yang tidak Sofia kenali.”Wa’alaikumuasalam,ya saya Sofia.Boleh saya tahu saya bercakap dengan siapa?”jawab Sofia penuh sopan.

”Saya Nasri.Awak sibuk ke Sofia?”jawabnya.’Aduh!panjangnya umur dia baru teringat pasal dia.Dia macam tahu-tahu je yang aku tengah fikir pasal dia’.

”Oh Nasri,tak sibuk pun.Macam mana boleh dapat nombor saya?”tanya Sofia pelik.”Saya dapat daripada Maira.Saya saja call sebab asyik teringat je kat awak.Rindu kat awak mungkin.”kata Nasri.Ada nada-nada nakal pada suaranya dan Sofia pun tak sangka dia cakap dia rindu padanya.

”Rindu?Awak ni ada-ada jela.”kata Sofia sambil ketawa kecil.

Awak ni comel la.Macam mana la saya tak rindu kat awak”katanya dalam nada manja.”Dia kata aku comel?kenapa hati aku rasa berbunga sekarang ni?Alahai hati kenapa la kau cepat tersentuh?”Sofia bermonolog.

”Comel?tak ada la.Awak nak apa sebenarnya dari saya ni?”tanya Sofia berani.”Saya nak awak boleh?katanya dalam nada serius.”Awak nak saya?maksud awak?saya tak faham.”tanya Sofia pelik.

”Saya nak awak tahu yang saya mula jatuh cinta kat awak.Sebelum ni saya tak pernah rasa macam ni.Awak buat dunia saya ceria.Saya rasa gembira sangat kenal awak.”kata Nasri dengan penuh jujur.

”Nasri,awak cakap apa ni?Then what you want to do?marry me?Come on Nas.We are too young to think about love.”jawab Sofia.”I want you to be someone special in my life.Sofia,be my girlfriend please?”kata Nasri seakan merayu.

Nasri,kalau betul awak sayangkan saya.Saya nak awak tumpukan pada pelajaran.Jangan sampai cinta buat awak lalai.”kata Sofia bagi mengingatkan Nasri dan bagi menghilangkan rasa gementar dan mengeletar yang menguasai diri Sofia sekarang ni.

”Sofia please! I love you so much!I never feel this way.I’m too much thinking of you.”kali ini nada suaranya seakan sedih seperti mahu menangis.”Kalau saya terima awak,awak janji tak akan lalai dalam pelajaran?”tanya Sofia.Terpaksa Sofia mengalah kerana Sofia tak sanggup dengar suaranya yang merayu padanya agar menerima lamarannya.

”Saya janji!”jawabnya dengan nada yang gembira.”Tapi dengan satu syarat!kalau keputusan awak merosot,saya nak kita putus sebab saya tak nak sebab saya,awak lalai.Setuju dengan syarat saya?”kata Sofia.

”Hmm..ok saya setuju!Terima kasih sayang sebab terima saya.Saya janji akan jaga awak macam saya jaga nyawa saya sendiri.”katanya dengan nada yang penuh gembira.

”Saya tak nak siapa-siapa pun tahu yang saya kekasih awak.Maira pun saya tak nak dia tahu.Faham?”tanya Sofia meminta pengertian daripadanya.”Boleh sayang!apa saja untuk awak!”katanya dengan nada yang penuh ceria.

”Okla awak,saya nak tidur la saya mengantuk lepas tu dah malam sangat ni.Selamat malam.Good night.Sweet dream.Assalamualaikum.”kata Sofia kerana sememang terasa mata ku semakin mengecil.”Baik la sayang.Selamat malam.Good night.Sweet dream.Wa’alaikumusalam.”katanya sebelum talian dimatikan.”Sayang?betul ke dia sayang kat aku?Aku menerimanya dengan nada kasihan.Aku rasa serba salah dengannya.”Sofia bermonolog.

Nasri Amir?bagi Sofia dia seorang lelaki yang penuh dengan misteri dan penuh dengan kejutan.Mula-mula mengenalinya dia memberikan pandangan yang sukar untuk Sofia mengerti.Kemudian,malamnya dia mengaku yang jatuh cinta kepadanya!Sofia terpaksa menerimanya kerana Sofia tidak suka bila seseorang itu merayu kepadanya.Itu adalah kelemahan Sofia.Hanya Maira yang tahu.

Tapi dalam rasa terpaksa ada perasaan rela hati dan Sofia gembira dengan keputusan yang dia lakukan.’Aku jatuh cinta?aku sendiri tidak pernah bercinta tetapi aku dapat merasainya bila aku membaca novel.Aku lebih suka membayangkan bahawa aku heroinnya.Aku merasa sakitnya,pedihnya,kesedihannya,kekecewaannya,kegembiraannya dan cinta.Maira selalu membebel kalau aku baca novel.Dia kata aku akan terbawa-bawa watak novel dalam realiti.Aku hanya tergelak.Kata Maira betul.Aku sering terbawa-bawa.Aku merasa kebahagiaan dengan cara itu.’

‘Bagi Maira aku ni pelik tapi bagi aku ianya satu cara untuk aku merasai cinta tanpa bercinta.Aku ingin bercinta tapi aku tak ingin kecewa cukup ketika membaca novel saja aku merasainya.Maira selalu bercerita tentang kawan-kawan dia yang mengadu pasal pakwe kat Maira.Aku tergelak bila kawan-kawan Maira gelarkan dia sebagai Doktor Cinta.Maira pun satu sepsis sama macam aku.Spesis yang tak pernah bercinta tu yang kelakar bila Maira pulak jadi Doktor Cinta untuk kawan-kawan dia.Disebabkan Maira,aku pun kena jadi Doktor Cinta.Kalau dia tak dapat selelsaikan satu kes tu mesti dia tanya pendapat aku jadi nak tak nak aku kenalah tolong dia.’

‘Disebabkan Maira aku dapat idea nak tulis novel aku tapi buat masa sekarang aku takde masa terluang.Masa aku sibuk dengan mengulang kaji pelajaran.Maira macam kembar aku sebab aku dan Maira banyak persamaan.Kami sukakan benda yang sama,warna yang sama dan makanan yang sama.Macam tu lah kami dan yang lagi seronok hari jadi aku dan Maira adalah sama.Bahkan ibu dan mak ngah lahirkan kami serentak!Kalau sesiapa yang tahu memang dia orang akan cakap kami kembar.’

Ni adalah percubaan pertama fia...andai ada salah dan silap harap korang boleh la tunjuk ajar...fia akan cuba memperbaikinya...=)