Followers

Friday, July 21, 2017

Mission Accomplish ✔

assalamualaikum

hai korang! lamanya tak update blog! terasa rindu nak menaip....harap korang sihat-sihat belaka...

Mission accomplish! lama fia mendiamkan diri....banyak benda fia dapat achieve...


  • fia dah bergelar seorang lepasan diploma (alhamdulillah) 😁
  • fia dah ada lesen motor! (selalu je bawak motor baru tang ni lulus ujian JPJ...pun alhamdulillah) 😂
  • fia dah tawan bukit tabur people! (alhamdulillah couldn't be more happier) 😊
fia memang dah lama sangat tak hiking sebab tak ada kawan...mesti korang macam kenapa tak pergi je sorang? heh sebenarnya fia ni agak penakut la jugak...so fia pergi hiking memang kena bawak kawan sorang...sekurang-kurangnya apa-apa jadi dekat fia ada orang tahu...nampak tak penakutnya tu? 😅

kawan fia ajak hiking...I was like ha okay...sebab fia rindu sangat nak hiking...rindu nak tengok nature...dia dah pesan awal-awal prepare stamina...time raya ni memang tak ada la cerita dia....😂


masa mula-mula sampai tu...I was like...oh....cantik tempat ni...fia tak tahu sebenarnya tu bukit tabur sebab kawan fia ni kata panjat bukit batu...dah naik baru dia cakap...I was like 😒 totally for someone yang first time pergi...korang jangan berani pergi sendiri..make sure korang ada yang guide sampai puncak...sebab fia rasa mencabar jugak bila panjat tu...ada la acah-acah rasa macam spiderman 😂 kasut fia yang rasanya boleh pakai lagi setahun dah tinggal hayat macam lagi 6 bulan je...tangan fia pun calar sikit sebab tergesek dekat batu banyak kali

bagi fia trail dia memang mencabar your mental dengan fizikal....banyak guna lutut, tangan...kira macam rock climbing jugak...nak naik I take about 2 hours nak turun take about 1 hour macam tu....mental bila korang kena panjat batu tu...you really have to support your weight...tak ada tali so on...memang kena berani..buang rasa takut tu jauh-jauh...kawan fia memang bagi moral support supaya fia boleh buat...

but totally view dia memang cantik sangat...rasa macam walaupun penat tapi bila kuasa Allah tu rasa macam hilang semua...balik dari hiking terus sakit kaki tangan fia...maybe sebab fia dah lama tak exercise...so memang sakit jadinya...









Ni dah on the way nak turun

Penghujung east tabur!








Besar gila pokok ni! At first I was like...ni pokok betul ke? macam pokok orang buat je 😂

Ni part paling takut ni 




The view mesmerize me 



Saya dah tawan East Tabur!







fia memang nak sangat panjat bukit tabur...Alhamdulillah tercapai jugak...terima kasih dekat kawan fia sebab bawak fia hiking...terima kasih jugak dekat dia untuk gambar yang lawa-lawa ni....hajat tercapai! In shaa Allah ada masa nak daki lagi....

banyak lagi fia nak kongsi...tapi masa tak mengizinkan...In shaa Allah nanti fia update lagi....kita jumpa di post yang akan datang...

assalamualaikum 😊

Monday, March 6, 2017

Can't wait!

assalamualaikum

hai korang! rindunya nak berblog...harap korang sihat-sihat jela ye...=)
okay berbalik pada topik...kenapa "Can't wait!" ? hee sebenarnya In shaa Allah dalam bulan 4 ni fia telah menamatkan diploma dalam bidang sains dan komputer...wuuu

sepatutnya fia dah habis dah...tapi sebab fia banyak main...kena ada semester 6...nasib baik sem ni exam ada jarak antara subjek...kalau tak....hmm meraung la cik fia...tapi sadisnya nanti time birthday ada exam! patah kejap hati ni bila tengok jadual exam...

lepas habis ni fia nak buat apa? erm...ada perancangan yang fia dah susun...tapi fia kena gigih la nak capai perancangan tu...kisah hidup fia sekarang?bosan...tak ada benda menarik...

boyfriend?nah...tak nak fikir...buat sakit otak je nanti....so kita relax je single ;) hee
tapi lately ni fia selalu mimpi fia dah kahwin...entah kenapa...cerita dekat fya...dia kata...firasat aku mengatakan kau akan kahwin dulu dan kau tak sempat bercinta pun dengan laki kau tu...

fia dah geleng kepala...nak kahwin apanya bila lelaki approach, fia tolak...lagipun banyak benda fia nak capai...tak kahwin sekarang tak apa...fia bina empayar baru fikir kahwin...lagipun kalau dah jodoh tak kemana...tapi masalah si fya ni masin mulut dia...siap bet dengan farina yang fia akan kahwin dulu...

terdiam kejap nak kata okay tu...yang si farina mengapi-apikan fia...."kau bukan pantang dicabar ke?" terus fia kata okay...kepada sesiapa yang tertanya kenapa fia tolak lelaki yang cuba approach fia...

sebenarnya fia dah penat nak sayang orang...dah penat nak berharap...penat on everything yang berkaitan dengan cinta...haha macam teruk je putus cinta...fia banyak tengok fya...setiap kali ada masalah...mostly dia rujuk pada fia...mendengar masalah dia buat fia rasa macam...bercinta?tolong la...tak kuasa!

okay dah cerita pasal life fia yang tak berapa best tu...yang penting tak sabar nak habiskan diploma...nak kejar cita-cita...korang doakan fia tamat dengan flying colours! =) hee

okay guys...sampai sini je post fia untuk kali ni...bila fia rajin, fia akan update lagi...=)
assalamualaikum

p/s : fya tu kawan baik fia...nama dia hafizah sebenarnya...tapi sebab nama filipine dia Fya so mostly kawan-kawan dia panggil dia fya...jadi...korang jangan confuse ada dua ejaan...satu fia(me) dan satu lagi fya. =)