Saturday, March 31, 2012

sweety...=)

assalamualaikum...

sudah lama tidak mengup-date blog so hari ni fia up-date blog...okla pagi jumaat start dengan hujan lebat...hujan rahmat =) fia rase malas nak pergi sekolah..yela tengah hujan mesti sejuk dah paling best kalau dapat tido! =D tapi fia fikir nak jumpa puan naemaah nak solve masalah fia so kene pergi sekolah...kalau tak fia rehat je kat rumah tambahan fia yang tak berape nak sihat...

hujan...so tak sukan..cikgu pulak takde...masa rehat fia pergi jumpa puan naemaah...then puan naemaah suruh stay kalau nak solve problem tu...tibe-tibe cikgu liza cakap dengan fia nak mintak tolong fia duduk rumah dia seminggu...fia pun macam "la kenape pulak ni?" tanye la cikgu liza suami dia mana?cikgu cakap pergi outstation..fia cakap dalam hati...kenapa la aku?fia cakap la "saya tanya mak saya dulu"

then lepas rehat tira datang kelas...tanya nak pergi kem kepimpinan tak?fia nak pergi tapi....huhu then tira cakap cikgu bayarkan dulu....fia dah melonjak happy...fia turun gi bilik guru..gune public phone call mak...tanya mak fia pasal kem..then mak fia cakap tak boleh...atas sebab-sebab peribadi....

then fia terus jumpa puan naemaah sebab puan naemaah mintak tolong kat fia jaga budak Kristal...sebab diaorang ade aktiviti..puan naemaah panggil fia dengan nizam...then fia kene jaga station B kumpul getah guna straw...mesti pernah mainkan?its funny la sebab tengok adik-adik 1,2 dan 3 Kristal ni main...bising...budak-budak Kristal semua pandai-pandai...so bile tengok diaorang main game ni...bising...bile getah jatuh je diaorang jerit...haha

nizam pulak jaga station F...station F kene nyanyi lagu...nyanyi la lagu ape kecuali lagu sekolah,lagu wilayah dengan negaraku...budak-budak kelas Kristal ni hebat dalam muzik sebab kat sekolah kelas diaorang je ade subjek muzik...fia sempat tengok satu group je nyanyi..puas diaorang fikir nak nyanyi lagu ape...last-last nyanyi lagu rasa sayang..

lepas tolong puan naemaah..fia balik la..atirah dah balik..masa balik tu fia jalan la sorang..then mika tegur fia...oh lupe nak cakap fia dah baik dengan mika...kiteorang dah tak jadi adik beradik angkat...so just kawan je...mika cakap la "kesian orang tu sorang-sorang" fia cakap la "atirah dah balik so kene jalan sorang-sorang la" but lucky fia jumpa adik fia..dia pulak bawak motor pergi sekolah so mintak dia hantarkan fia balik...sampai rumah fia duk dalam bilik bukak lappy tengok cerita usin bunga..haha lawak je..

then pukul 3.30 fia mandi pastu rushing gi rumah fatin...then daripada rumah fatin kiteorang gerak ke TBS...encik A suruh fia datang jemput dia...so fia pergi la tbs..sampai sana fia meronda cari encik A then fia tunggu kat balai ketibaan...lama gile fia tunggu...setiap penumpang yang turun fia perhatikan...then fia nampak macam dia...lepas dah sure itu encik A..fia pergi dekat dia pastu bagi salam..dia macam terkejut nampak fia...then dia gi beli tiket untuk balik...pastu pergi menapak ke KFC...encik A makan roti krim 2....fia minum air blended je...

then fia jalan kaki dengan dia...hantar dia sampai flat fia je...then say bubye...tapikan encik A nampak smart gile!dengan sweater,seluar slack hitam,dengan kasut kulit..seriously menggoda fia...XD huhu

malam tu mesej dia then fia call dia...macam-macam kiteorang borakkan...masa call tu dia sempat bagi nasihat...huhu caring betul encik A kat cik fia ni..=D fia nyanyi lagu kat dia..dah la sakit tekak ni...dia suruh nyanyi pulak...

serious malam ni encik A jadi romantik sangat...cair fia...alahai encik A...sayang awak sangat-sangat!....thank you for today dear...I'm so happy can see you today...oh lupe thanks jugak too fatin,echa dengan afnan sebab teman fia jemput encik A tadi...thanks guys! =)

okla sampai sini je post fia untuk kali ni sampai bertemu dipost yang akan datang..
assalamualaikum..=)

Saturday, March 24, 2012

hari keusahawanan..TERBAIK~

assalamualaikum

hari keusahawanan or hari kantin...hari yang ditunggu-tunggu...ramai gile orang datang tadi...macam-macam gerai ade...karaoke,cendol,coconut shake,nugget,rumah hantu,burger,air float dan banyak lagi...gerai 4 Science 1 lambat bukak...ramai dah tanya "tak bukak lagi ke?" tunggu air soya sampai...dah sampai air soya dengan tau fu fa kiteorang start susun cawan,letak ais,masukkan air soya dalam bekas air,isi air gula dalam cawan dan mangkuk..kak athirah tolong kiteorang senduk tau fu fa...

dah setengah fia gi jalan-jalan dengan fatin dan atirah..before that atirah gelakkan fia masa fia jaga gerai...haish budak tu...ape yang lawak sangat pun fia tak tahu..=,= then gi kat dewan tengok cikgu naemaah dengan cikgu liza jual aiskrim...then fia jalan lagi...gi kat gerai balik..tolong sikit then gi kat dewan nak tolong cikgu naemaah dengan cikgu liza..tengah duk cakap dengan cikgu naemaah tiba-tiba wafi datang peluk cikgu naemaah

fia dah happy gile!sebab dah lama tak jumpa wafi hari ni baru jumpa...nak ajak dia jalan-jalan dia tak nak...cikgu naemaah cakap dia malu...alahai comel sangat!puas fia pujuk tapi dia tak nak jugak...fia ikut je mana wafi pergi...macam-macam cara fia cuba tapi tak boleh jugak...then fia gi kat gerai buat gelang nama...then fia jumpa ummi...pastu gi beli waffel then jumpa sob pastu kiteorang gerak ke dewan...then fia nampak wafi lari-lari...fia gi dekat dia pastu kejar dia...then dia tengok kura-kura mun wai hong...dia takut bile fia letak dekat dengan muka dia..:D

then kar jing dengan chia lok main buih sabun...wafi melompat-lompat!suka betul dia...tiap kali nampak buih dia kejar buih tu pastu bile buih tu pecah dia gelak...comel gile!fia melayan dia..then cikgu naemaah suruh beli buih sabun tu so fia pegi beli...dah beli fia gi dewan balik...wafi nampak fia pegang buih sabun terus dia nak...fia pegang..then dia nak nangis so fia bagi dia..then dia main...seronok betul dia...alahai comel sangat-sangat...

lepas wafi balik fia duk lepak dengan fatin...masa tu afnan dengan aishah ade....duk lepak dengan diaorang sampai habis cabutan bertuah...nasib baik boleh jugak amik gambar kalau tak rugi je fia bawak camera...totally hari keusahawanan best!

okla sampai sini je post fia untuk hari ni sampai bertemu dipost yang akan datang...
assalamualaikum

Friday, March 23, 2012

memang terbaik la!

assalamualaikum

lama dah fia tak update..hari ni fia update sebab ade bende happen kat fia...

okla esok ade hari keusahawanan kat sekolah...hmm bosan la pulak...=,= alahai tunggu jela esok...cerita pasal ape yang jadi hari ni..ok start my day with late get ready to school...sampai sekolah terus ke kantin..sebab ade tazkirah..

then PJK memang fia nak nangis je!sebab 2 kali muka fia kene attack dengan bola!!sakit gile!mula-mula ariff baling kat fia...tepat ke muka pulak tu!adoi...dah nangis dah fia kat situ...then main bola jaring...alia pulak pas kat fia..masa tu silau so fia tak berapa nampak so bola kene tepat ke muka fia lagi...memang fia dah nangis dah tapi fia gelak jugak...cover! >,< tu fia cakap "ape la malangnya nasib aku"

masa rehat fia jaga tangga dengan fatin..pastu fia haus pergi lari ke kantin nak beli air...on the way tu fia almost langgar mika...fia say sorry kat dia pastu terus lari ke kantin...then lepas sekolah fia stay...nak buat carta organisasi untuk pengawas..oh lupe nak cakap fia dah jadi pengawas!hee dah boleh pakai baju biru!semua cakap fia nampak pelik pakai baju biru...asyik-asyik orang tanya "su, kau dah jadi pengawas?"

hmm buat carta tu semalam..hari ni print pastu tampal...fia nak say thanks to atirah dengan syaza sebab bantu fia buat carta tu...thank you so much!

kat bawah ni gambar fia pakai baju biru...okla sampai sini je post fia untuk hari ni sampai bertemu dipost yang akan datang...


me in blue! =D

Friday, March 16, 2012

thanks sayang! =D

assalamualaikum....

korang mesti tanya kenapa tajuk dia thanks sayang! kan?hee!actually thanks to Aishah,Fatin,Afnan dan Encik A sebab teman fia pegi cosmo's world...thank you so much!

okla yang plan ni aishah masa tu kat pasar malam..jumpe dia dengan fatin then fia cakap la pasal cosmo's world...then aishah pun "jom la kite pegi..aku nak naik roller coaster" then fatin pun on...fia cakap la nak ajak encik A then aishah ajak afnan...

kiteorang gerak pukul 2 lebih sebab fia lambat...huhu SORRY EK AISHAH!KAU KENE TUNGGU AKU PULAK...hee!oh lupa...pagi tu encik A cakap dia tak boleh pegi...fia pun geram la..dah 2 kali cancel last minute!pegi rumah afnan tunggu dia..lambat sangat kiteorang gerak ke rumah fatin...then terus gerak ke lrt..

sampai kat lrt..panjang gile beratur...dah beli token kiteorang tunggu lrt...encik A mesej fia...tanya kat mana...fia macam nak marah la...dia tak ikut sibuk tanya kenapa?geram sangat dengan encik A...then mesej dia "macam tak suke je ayie ikut"
fia pun macam WHAT?!AYIE IKUT?YEAH!! seronok sangat-sangat...saje la tu nak buat surprise untuk fia...

sampai kat stesen hang tuah fia text encik A kat mana...then sampai Times Square cari encik A...dah jumpa encik A terus fia lari cari tandas...rasa nak muntah sangat-sangat...then terus gi cosmo's world then encik A cakap dia tak nak masuk sebab tak cukup duit...fia pun suruh gak dia masuk..fia tambah sikit..afnan dengan aishah beli tiket so kiteorang tunggu diaorang...

then masuk tu kiteorang main spinning orbit...actually takde la takut sangat tapi fia takut sebab tinggi sangat!encik A relax je...fia yang takut semacam...seram kot dah la tinggi pastu berpusing pulak....then main space attack...yang ni memang fia mengucap banyak-banyak!takut gile!dah la duduk depan...fia rase nak jatuh je...encik A still cool....fia takut gile kat sebelah dia!fia pegang pemegang tu kuat-kuat!memang fia takut sangat!

then kiteorang gi main supersonic odyssey atau roller coaster!memang fia nak sangat naik!fia duduk dengan fatin sebab dia takut sangat...sebelum roller coaster tu jalan fia cakap "kalau aku mati aku nak cakap terima kasih kat korang sebab tunaikan hajat terakhir aku" then fatin cakap "jaga mak bapak aku" haha then fia cakap kat fatin "baca doa.." haha lawak gile!then aishah pulak tambah "jaga ayie baik-baik" fia diam...fatin pulak dah tutup mata...fia menjerit keseronokan tak rase takut pun..fatin tutup mata dari mula sampai habis...haha best-best!

then kiteorang main robo crash atau kereta langgar-langgar...aishah dengan fia jadi penumpang yang sebab afnan dengan encik A nak bawak..yang fatin bawak sendiri..habis main encik A cakap kat fia kalau amik lesen ni semua fail!haha mane tak nya encik A asyik langgar tiang je...

then main ooort's express...huhu serius segan sebab ape tau...fia himpit encik A!bende tu laju fia dah pegang pemegang tu kuat-kuat tapi still himpit encik A...fatin cakap fia macam mendaki je..haha..encik A pun mengucap time fia himpit dia..haha SORRY AWAK!TAK SENGAJA!lepas tu kiteorang naik dizzy lzzy fatin tak naik...fia kat sebelah encik A dah nak muntah dah...encik A pujuk fia supaya tahan...then lepas naik tu fia then naik fantasy train...saje je naik bende tu sebab tak tahu nak naik ape lagi...then encik A nak balik so fia teman dia amik beg dan fatin,afnan dengan aishah nak naik ooort's express lagi tapi fia tak larat dah so fia duk tepi pegang beg diaorang amik gambar..encik A dah balik...

then kiteorang balik...semasa perjalanan tu kiteorang cerita la pasal permainan yang kiteorang naik tadi...haha lawak la bile cerita balik...malam tu encik A mesej fia...dia kata fia kelakar masa naik space attack...takut gile tau tak!tapi seriously dia buat fia happy sangat hari ni...hee!thanks awak!and thanks jugak to fatin,afnan dengan aishah sebab teman fia pergi Times Square...sayang korang sangat-sangat!lain kali kite buat lagi ok?! =D

okla sampai sini je post fia untuk kali ni...kat bawah ni gambar kite orang....semoga bertemu dipost yang akan datang..
assalamualaikum..=)

fia yang kepenatan =)

ehem-ehem...sweet couple =D

fatin yang comel! ;)

getting ready to have a spin!^__^

Tuesday, March 13, 2012

alahai fia...

assalamualaikum...

lama fia tak update blog kan?hee!sorry la busy sangat...lagi pun takde mood la nak bukak blog..kalau fia nak bukak blog mesti ade mood baru best nak cerita..=)

okla hari ni...hmm okla..gile-gile...haha okla pagi pegi tengok encik A main basikal kat trek atas dengan aziman...then ajim datang..pastu taufiq pulak...dia orang sibuk cite pasal asrama..fia sorang je sesat...encik A jatuh masa main basikal..risau fia!dia boleh lagi senyum...memang nak kene je mamat ni..dah jatuh gi buat lagi..then jatuh lagi!haish bertuah punya budak...

ok lepas tu gi rumah afnan sebab dia nak jumpe fia...dah sampai sana afnan tak kuar pulak...fia balik la..sampai rumah main game...then mesej afnan masuk..dia cakap dia kat sekolah...=='' fia pun cakap tak yah la jumpe...dia kata nak jumpe jugak...nak ajar main gitar..then hujan pulak..fia cakap la tak leh pegi rumah dia sebab hujan..dia suruh jugak fia datang...then fia suruh dia ajar fia add math...sampai sana fia duduk kat kerusi pastu bagi soalan kat afnan suh dia jawab...dia kata dia hebat tapi last-last tak dapat jugak jawab...haha afnan-afnan...anyway thanks sebab ajar budak lembab ni add math! =D

hmm balik rumah afnan je fia tak sedap badan...rasa mengigil...kaki kejang..ape kene pulak ni?fia bukak tudung then tido jap...then mak kejut cakap nak gi makan kat luar..fia pun siap-siap mula-mula nak makan satay kat sek lame ibu tapi tutup pulak..then gi ampang park makan Mac Donald..on the way nak gi ampang park mesej dengan afnan...haha dok cite pasal gosip hangat...then fon takde bateri pulak...haish..spoil betul la..tengah best gosip ni..haha...then gi cari kedai nak repair fon..reben sampai RM180?!mahal gile!!ade satu gerai tu baru RM90 tapi tukang repair tak datang pulak...adoyai...nak pakai fon N95!tak nak pakai E90!huhu

lepas makan ayah bawak gi karok!hee!best-best!puas fia nyanyi...mula dengan lagu cari ketenangan,tanpa kekasih ku,seksis,one less lonely girl,next to you,sungai lui,pergi and lastly kuch kuch hota hei..haha puas fia melalak...last tu siap joget-joget dengan mak..pusing-pusing haha...

thanks dad for the treat!buat hari along gile-gile...oh ye lupe nak cakap also thanks to ibu,angah,ajim,encik A,aziman,taufiq dengan afnan sebab mewarnai hari fia...thank you so much you guys!sayang korang sangat-sangat...

okla sampai sini je post fia untuk hari ni sampai bertemu dipost yang akan datang...
assalamualaikum...

Saturday, March 3, 2012

ape kene la dengan fia ni?

assalamualaikum

hari fia bosan...hmm fia tak tahu kenapa fia tak sedap hati...fia menangis...rasa down sangat..fia pun tak tahu kenapa...

malam fia call encik D...borak dengan dia...then something happen...fia lukakan lagi hati orang yang fia sayang...APE KENA DENGAN KAU NI FIA?! asyik menyakitkan hati orang je??fia rasa nak lari je dari semua ni..fia tak sanggup kalau fia lukakan hati orang lagi...lepas sorang-sorang...

abang...maafkan fia...I'm truly sorry...didn't mean to hurt you...I'm sorry...please abang..I'm begging you...jangan buat fia macam mikhail buat kat fia...its torturing me...I'll lost myself if you gone...please abang...fia sayangkan abang...T^T

baru terjawab kenapa fia tak sedap hati dan menangis....I'm sorry abang...I'm so sorry....='(
hmm sampai sini je post fia untuk hari ni sampai bertemu dipost yang akan datang...
assalamualaikum...

Friday, March 2, 2012

rindu kat awak!

assalamualaikum

dah lama fia tak update blog betul tak?kinda busy lately ni...hmm dari post korang baca mesti dapat agak siapa kan?

rindula kat sayang fia...bila la dia nak balik ni?rindu kat dia dah setinggi gunung Everest dah!setiap hari fia baca mesej dia dalam phone...rindu sangat kat dia..tadi fia bukak majalah sekolah...tengok gambar dia...fia rasa nak menangis...rindu sangat kat dia...

oh ye korang tengok blog fia dah lain kan?dulu bintang-bintang...ngantuk korang tengok (haha ye ke?tak tau la) sekarang tukar jadi cup cake...tema colour biru dengan pink!biru adalah warna kegemaran encik A,encik D,Mikhail dan fia...bagi fia biru dapat memberikan ketenangan dan kedamaian..sama jugak dengan warna hijau...

hmm fia bertugas sebagai pengawas percubaan banyak betul dugaannya..yela baru pengawas percubaan kan?so pelajar macam nak tak nak dengar je kalau fia tegur...hmm sabar jela...oh ye hari ni start fia exam..hari ni start exam bahasa melayu dengan bahasa inggeris...

hmm sekarang ni fia rasa macam tak semangat nak pergi sekolah...=,= tak tahu kenapa..rasa malas gile nak pergi sekolah...hmm ape la nak jadi dengan budak sorang ni...lagi satu masalah!fia tak tahu nak jadi ape bile besar...mungkin sebab tu kot fia rase malas sangat nak pergi sekolah...hmm nak jadi doktor tapi fia takut darah,nak jadi cikgu tapi fia ni payah la,nak jadi guru tadika tapi macam tak boleh je...nak jadi polis tapi confirm busy..nak jadi peguam nanti kene bela orang yang mungkin bersalah tapi kite lepaskan je..nak jadi camera woman tapi fia tak berapa pandai amik gambar...

haish!masalah betul la fia ni...hmm biar masa jela yang menentukan...esok exam biologi dengan matematik..huhu kene study...hmm okla sampai sini je post fia untuk kali ni sampai bertemu dipost yang akan datang...
assalamualaikum...