Tuesday, August 28, 2012

Rindu dia...:(

Assalamualaikum...

apa khabar pembaca sekalian?harap korang sihat-sihat belaka..hari ni fia nak cerita pasal apa yang jadi pada sabtu lepas...ok sabtu lepas fia konvoi pergi beraya...thanks to ajim sebab bagi fia join sekali...ramai gile yang pergi-ajim,nazri,al-fateh,syazwie,farhan,hasbul,khairul,sanidin,zairul,fizie,azza,aziman,khairin,syakila,syahirah dengan hafizah...

masa hari sabtu tu ayie buat open house..kite orang pun pergi la rumah dia..tapi fia pulak sakit dada...daripada KL sentral sampai rumah ayie masih sakit lagi...masa kat rumah ayie kakak ayie pulak menyakat fia...aduh!malu kot!>.< fia tak makan apa pun..sebab dada fia sakit sangat...so fia minum air kosong je...tapi satu benda je...fia nak nangis tengok ayie...fia terlalu rindukan dia...fia tak boleh buang rasa cinta ni...fia terlalu menyayangi dia...='(

then fizie bawak kite orang beraya kat rumah Black Mentor!macam mana boleh tahu rumah dia kat mana?sebab fizie ade pertalian persaudaraan dengan Black...fia pun tak sangka..tapi masa kite orang pergi rumah dia tu..dia takde kat rumah..yang ada cuma mak dengan ayah dia..

lepas habis tu kite orang bergerak balik ke rumah...fia sampai rumah pukul 7.30pm..memang beraya sakan la kan...yela hari sabtu tu je boleh keluar ramai-ramai...sebab yang mana duduk asrama nak kena balik dah...nanti takut tak sempat nak keluar beraya macam ni...sungguh hari sabtu memang hari paling penat dan hari paling best buat fia..tapikan yang fia lagi seronok terjumpa kak naquiah masa tengah tunggu bas...rindu sangat kat kak naquiah...dia satu group dengan fia masa kem prs kat kem Wirajaya...rindunya kat semua budak kem dan fasilitator kat kem wirajaya!hmm semalam fia pergi klinik sebab dada fia tak baik-baik lagi...doktor cakap fia sakit hulu hati..almost gastric...hmm fia memang selalu skip waktu makan...

okla sampai sini je post fia untuk kali ni...sampai bertemu dipost yang akan datang...
assalamualaikum...

Wednesday, August 15, 2012

Si Dia

Si Dia
Di saat ku bertemu kamu
kau menatap wajah ku membuat ku tak keruan
dan jantung ku berdegup cepat
Di saat bibir mu mengukir senyuman
aku bagai dipukau
Mata ku tak lekang menatap wajah mu
Setiap perkataan yang kau sebut ibarat melodi buat ku
Ku terbuai dan merasakan ianya sebuah mimpi
Tidak ku sedar waktu makin meninggalkan ku
Ku rindukan saat bersama mu
Memandang wajah mu membawa ku ke kenangan silam
Sukar untuk ku melupakannya
Entah mengapa mulut ku kata tidak suka pada mu
tapi hati ku resah dan jantung ku berdegup laju
tiap kali ku bertemu dengan mu
Mengapa ku harus jadi begitu setiap kali bertemu dengan mu
Pandangan mu redup memukau diri ku
Sungguh ku tergoda dengan ciptaan tuhan
Setiap raut wajahnya ku tatap
Tidak jemu aku melihat wajahnya
Sungguh ku sedar ku tidak bisa hidup tanpanya disisi
Ku ingin kau setia disisi ku tidak kira apa perhubungan mu dengan ku
Kerna dikau menjadi tulang belakang ku kini...

Friday, August 10, 2012

Kemaafan

assalamualaikum

hey guys!dah lamakan fia tak udate blog...hmm anyway fia ada masukkan karya-karya yang fia cipta..kebanyakan karya fia berkaitan dengan cinta..hmm berbalik kepada tajuk fia.."kemaafan"

kehidupan fia sekarang dibelenggu rasa bersalah dan menyesal...segalanya bermula tahun lepas...dan sekarang hidup fia dah serabut..fia nak mohon kemaafan daripada semua orang yang mengenali fia...terutama sekali ayie-fia mintak maaf dah lukakan hati ayie...luqman-su mintak maaf sbb dah menghina dan menyakitkan hati man...Natasya-aku mintak maaf sebab pernah berdendam dengan kau....sekarang,fia cuba menjadi manusia yang lebih baik daripada sebelum ni...fia buru keampunan dari Yang Maha Esa..

Fia nak beri nasihat sikit...ingatan buat semua dan diri fia sendiri...
bulan puasa ni bulan untuk kita melakukan amal ibadat..bukan mengutuk orang...rugi amal ibadat dan amal jariah kita kalau kita mengutuk orang...dosanya sama seperti kita membunuh...

Kematian dekat dengan kita...cuma kita tidak melihat...kita boleh mati pada bila-bila masa...lakukan la amal ibadat kerana ganjarannya Syurga...andai saja Allah tunjukkan syurga itu pada kita pasti kita kan melakukan amal ibadah...Allah tidak menunjukkan syurga kerana ingin menguji keimanan kita...Allah tunjukkan kepada Nabi Muhammad S.A.W sebahagian daripada seksaan...tapi kenapa kita masih tidak melakukan apa yang diperintah oleh Allah?ini kerana kita tidak melihatnya sendiri...

Antara seksaan yang Allah tunjukkan kepada Nabi Muhammad

  • Wanita yang digantung rambutnya dan otaknya mendidih-kerana tidak menutup rambut.
  • Wanita yang digantung lidahnya serta tangannya di bawahnya ada lendir yang mendidih-kerana menyakiti hati suami.
  • Wanita yang digantung buah dadanya dan diberi minuman zagum-kerana menyusui anak orang lain tanpa izin.
  • Wanita yang digantung tangan dan kaki di ikat.Kemudian dibelit ular-kerana keluar rumah tanpa izin suami/tidak mandi wajib dari haid dan nifas.
  • Wanita yang memakan badannya sendiri-wanita yang bersolek yang untuk dilihat orang lelaki dan suka berbicara tentang keaiban lelaki.
  • Wanita yang memotong-motong badannya dengan menggunakan gunting neraka-kerana suka menonjolkan diri dikalangan orang ramai untuk menjadi terkenal,ingin menunjukkan perhiasan.
  • Wanita yang bermuka hitam kemudian mukanya seakan-akan binatang dan memakan ususnya sendiri-kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa tetapi tidak wuduk,mandi wajib.
  • Wanita yang kepala seperti babi dan badannya seperti keldai-kerana suka menipu dan mengumpat.
  • Wanita yang berbentuk anjing kemudian ada ular dan kala jengking masuk melalui kemaluannya-kerana menfitnah dan memarahi suami.
Kesemua seksaan lebih kepada wanita...wanita senang masuk syurga dan wanita jugak senang masuk neraka...terpulang kepada kita mahu memilih...semoga apa yang fia kongsikan ini dapat memberi manfaat...renung-renungkan la dan selamat beramal! :)

sampai sini je post fia untuk kali ni..sampai bertemu dipost yang akan datang...
assalamualaikum...

Monday, August 6, 2012

sahabat

Sahabat

Di kala hari ku sepi
Kau hadir menyerikannya
Di kala ku kesedihan
Dikau datang menghiburkan hati
Dikala ku gembira
Dikau ada berkongsi gembira
Di kala kesedihan melanda dirimu
akan ku cuba kurangkan kesedihannya
Di kala dikau merasa gembira
Diri ku akan gembira bersama
Di saat dikau bercerita
akan ku jadi pendengar setia
Di kala diri mu dalam kesusahan
akan aku cuba membantu

Pertuturan mu
Sentiasa menyenangkan hati ku
Setiap gerak geri mu
Sering mencuri perhatian ku
Bila ku bersama mu
Hanya kegembiraan yang ku temui
Dengan adanya kau disisi
Hari ku sudah cukup sempurna
Ku ingin kau setia disisi
menemaniku di kala susah dan senang
ku ingin kita tetap bersahabat
hingga ke akhir hayat
Terima kasih tuhan
kerna hadirkan dia dalam hidup ku
Tanpa dia sebagai sahabat,
Siapalah aku....