Followers

Wednesday, April 30, 2014

masih adakah peluang itu?

assalamualaikum

disaat semua masih lagi menjalani hidup hari-hari...fia rasakan seperti mati di tengah jalan...apa yang fia lalui terlalu rumit untuk dirungkai...Allah tahu apa yang fia lalui..rasakan..tapi hakikatnya...fia sendiri berperang dengan diri fia...fia sendiri tidak tahu kenapa fia bertindak sedemikian dan setelah sekian lama baru fia tersedar daripada khayalan fia yang merimaskan...

fia terasa apa yang terjadi sangat tidak adil...tapi...adilkah fia terhadap Ilahi?Dia tidak pernah lupakan fia...malah dia tidak pernah jemu memberi...sesungguhnya Dia Maha Pengasih,Maha Penyayang dan Maha Memberi...Allah tidak pernah kejam dengan fia...Allah berikan fia pelbagai ujian untuk menguatkan fia..sesungguhnya fia selemah-lemahnya...

apa yang fia rasakan adalah mungkin hasad dengki,dendam dan cemburu yang melampau yang membuat fia mati di tengah jalan...terlalu tamakkan kasih sayang manusia sedangkan fia kurang mengejar kasih sayang Ilahi...fia hanya hamba yang lemah...tetapi pesan Rasulullah...peganglah kepada Al-Quran dan As-Sunnah nescaya kamu tidak akan sesat...andai kita benar-benar memahami Al-Quran...Al-Quran merupakan buku panduan hidup...

fia mampu membaca berpuluh-puluh buah novel tapi senaskah Al-Quran fia tak mampu habiskan...Ya Rabb...selama ini fia hidup dalam mimpi...sekarang baru fia terjaga dan hadapi realiti...tetapi...masihkah Allah menunggu taubat fia?masihkah ada peluang itu?fia takut andai ketika Allah mengambil diri fia...ketika amalan fia tidak mencukupi...

karya Everlyn Rose...fia betul-betul menyanjungi beliau...karya beliau selalu diselitkan dengan keagamaan...memberi fia ilmu dan membuka mata fia...menyedarkan fia di mana fia berdiri...jadilah seperti dandelion...ketika ia hidup ia tetap teguh berdiri walaupun dipijak...dan ketika mati mampu menyebarkan debunga agar ia tumbuh lagi...jadilah dandelion yang selalu memberi tanpa mengharapkan balasan...tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima...

selagi masih hidup...carilah keredhaan Ilahi...peluang hidup hanya sekali...ketika Dia memberikan diri mu ujian...jangan mengeluh tapi bersyukurlah kerana Allah mengingati mu...Ujian membuat diri mu tabah bukan melemahkan mu...Sakit bbukan sebab Allah tak sayang...tapi Allah terlalu sayang...sakit yang kita rasa...menghapuskan dosa-dosa kita...

tapi...fia takut...mampu ke fia jadi penawar kepada insan-insan yang telah fia lukai?terlalu murah maaf fia...kerana fia masih mengulanginya lagi...Ya Allah...fia rosakkan kepercayaan orang yang fia cinta...melukakan hatinya...berburuk sangka dengannya...pesan nabi..sentiasalah berbaik sangka dengan orang walaupun orang itu telah melakukan kejahatan terhadap kamu...semakin hari kita semakin mendekati mati...dan kita makin mendekati hari kiamat...

iman memang tidak boleh diwarisi...tetapi jika pegangannya betul pasti dia tidak akan sesat bukan?Allah menjadikan manusia sangat sempurna...dalam arti kata sempurna..Allah memberikan akal...tatkala hati dilanda kesedihan...kenapa harus membunuh diri?adakah perkara itu akan menyelesaikan masalah?fia juga manusia biasa...fia jugak merasa ingin membunuh diri ketika ujian Allah datang menjengah...kenapa tidak kita bersujud ketika kita berduka?Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui...

Membunuh diri,menoreh tangan dan sebagainya bukanlah cara untuk kita menyelesaikan masalah...malah kita menambahkan dosa kita...setiap yang berlaku ada hikmahnya...ketika Allah mengambil kepunyaan kita sekarang...dia akan mengantikan sesuatu yang lebih baik untuk kita...Everything that's happen has a reason...Allah tidak pernah menzalimi hambaNya...

Panjang lebar pulak fia bercerita...entahlah...hati terasa semacam lately ni...keegoaan melenyapkan segalanya...fia hanya mampu berserah pada Allah...berusaha dan berdoa...agar keadaan kembali seperti biasa...okla..sampai sini je post fia kali ni...
assalamualaikum

Thursday, April 10, 2014

Puisi Hati

Maaf aku tidak dilahirkan untuk menjadi sempurna
aku hanya manusia yang mempunyai cacat celanya
di situ hadirnya kamu...
untuk melengkapi aku

tanpamu aku umpama gambar tanpa warna
umpama hari tanpa matahari
umpama malam tanpa bintang
dan umpama hilang hati

dulu aku rasa terlalu sunyi
tanpa hadirmu di hari-hari ku
terasa hilang semangatku
hilang diriku

kembalilah kamu
aku mahu kamu selalu disini
terus di sisi aku
tidak pernah jauh

ketahuilah...
bagaimana kamu terluka
bagaimana kamu berduka
bagaimana kamu sedih...
aku turut merasainya...

aku merinduimu
terlalu merinduimu
kembalilah sayang..
di sini aku merindu... ='(


Wednesday, April 9, 2014

Cinta Kita Berdua Bab 10

Selang beberapa minggu selepas itu Nasri Amir dan Sofia selamat bertunang.Mereka telah menetapkan yang mereka akan bernikah sebulan selepas itu.Fairuz dan Maira juga menetapkan akan bernikah pada hari yang sama dengan Sofia.Fairuz masih berada di luar Negara jadi dia menyerahkan hal perkahwinannya pada Maira dan ibunya.Walau bagaimanapun Fairuz mengikuti perkembangannya dengan Maira.

“Maira,tak sangkakan lagi sebulan je kita akan jadi isteri orang.”ucap Sofia sambil matanya memandang langit.”Ha’ah,nanti aku rindu nak baring sambil tengok bintang dengan kau”ucap Maira dengan nada sedih.”Aku tak sabar wey!”jerit Sofia.Puan Laila yang berada di dalam rumah bergegas keluar apabila terdengar jeritan Sofia.”Kenapa Sofia?”tanya Puan Laila cemas.Maira dan Sofia hanya mampu ketawa lalu mereka mendekati Puan Laila.”Umi tak sangka dah besar dah anak-anak umi ni.Umi rasa macam baru semalam je tengok kamu berdua pergi ke sekolah.Umi pasti akan rindukan kamu berdua.Lepas ni mesti umi sunyi dekat rumah.”ucap Puan Laila dengan nada sedih dan tanpa dia sedar air matanya menitis.

”Umi,kami akan selalu melawat umi kat sini.Umi jangan sedih ye.Kami pun akan rindukan umi.”kata-kata Sofia mengukir senyuman dibibir Puan Laila.”Takpe umi!Maira boleh carikan umi suami baru!Maira pun nak ada ayah baru.”kata-kata Maira mengundang cubitan maut daripada Puan Laila.”Bertuah punya budak!geram betul umi dengan kamu ni.Kamu nakal lagi umi cubit lagi kuat.”Puan Laila geram dengan anaknya.Dia tahu Maira tidak mahu dia hidup sendirian.Namun hatinya tidak terbuka untuk berkahwin lagi setelah kematian suaminya.

“Nasri what mummy?marry?with that kampung girl?you must be joking me aren’t you mummy?Semua ni tak mungkin mummy!Nila yang patut kahwin dengan Nasri bukan that kampung girl!”bentak Hasnila.Berita tentang perkahwinan Nasri Amir dengan Sofia betul-betul mengejutkan Haslina.’Aku bukan main punya cantik dia nak jugak dekat perempuan yang low class tu!Err kau memang cari nahas perempuan!Kau belum kenal siapa Hasnila!I will make sure that you regret steal Nasri from me!’.Hasnila mula merangka rancangan untuk menggagalkan majlis perkahwinan Nasri.

“Terima jela Nila yang Nasri bukan untuk kamu.Ramai lagi kawan anak papa yang handsome,kaya dan berpelajaran tinggi daripada Nasri tu sayang.Nasri tu bukannya handsome mana pun handsome lagi anak Dato Azfar tu.”pujuk Datin Roznie.”No mummy!Nasri mesti kahwin dengan Nila no matter what!Mummy cakap anak Dato Azfar?Si Hakimi tu?Oh my mummy!Dia hanya layak jadi anak ikan Nila je.”ucap Hasnila angkuh.

“Papa tahu kamu sayangkan Nasri tapi dah bukan jodoh kamu Nila.”Dato Halim pula cuba memujuk anak tunggalnya ini.”Papa!Nasri memang jodoh Nila!That stupid girl yang rampas Nasri daripada Nila!Nasri memang jodoh Nila pa.He’s mine pa!Only mine!”bentak Hasnila.Dato Halim betul-betul tidak berkenan dengan perangai anak tunggalnya yang suka membentak jika benda yang dia mahu tidak dimiliki mungkin salahnya juga kerana dari kecil dia sering memberikan benda yang Hasnila mahu.

“Nas,esok kita pergi tengok baju ye?Pereka tu dah call kata baju kita dah siap.”Sofia tidak sabar untuk cuba memakai baju pengantin yang direka khas untuk perkahwinannya.”Excitednya sayang Nas ni.Tak sabar ye nak pakai baju tu atau tak sabar nak jadi Mrs.Nasri?”tanya Nasri Amir sambil mengenyit mata kepada Sofia.Sofia hanya menahan malu dan serta merta pipinya menjadi merah.Nasri Amir hanya bantai ketawa bila melihat muka Sofia seperti udang kena bakar.”Bila sayang nak belajar panggil Nas abang?”pertanyaan Nasri Amir mengundang kebisuan Sofia.’Glup! Abang? Ya Allah macam mana ni?Nasri ni pun dah la ramai orang kat sini.Aku cepuk jugak budak bertuah ni kang!’gumam Sofia.

“Sayang,abang nak sayang praktis sekarang ye sayang?”pujuk Nasri Amir sambil niat dihati ingin mengusik tunang kesayangannya.”Aaaa...bang...”gugup Sofia menuturkan dengan nada hanya Nasri Amir saja mampu mendengarnya.Nasri Amir cuba menahan ketawanya.Niatnya cuma mahu mengusik tapi tunangnya betul-betul menunaikan permintaannya.”Aaaa apa sayang?”tanya Nasri Amir sambil menahan ketawa.”Aaaaaa....bang....”tutur Sofia sambil menahan malu.”Apa sayang?Abang tak dengar la sayang?”ucap Nasri Amir sambil mendekatkan telinga ke muka Sofia.

”Abang,abang,abang”tutur Sofia dengan berani.Senyuman terukir dibibir Nasri Amir kerana akhirnya dia dapat mendengar Sofia memanggilnya dengan panggilan yang memang dia tunggu-tunggu selama ini.”Terima kasih sayang.Terima kasih sangat-sangat sebab panggil Nas dengan panggilan tu.Sayang nak tahu,abang memang tunggu-tunggu sayang tukar daripada panggilan Nas kepada abang.Kalau abang mati pun lepas ni,sekurang-kurangnya impian abang dah tercapai.”ucap Nasri Amir sambil mengukir senyuman.

Sofia hanya mendiamkan diri.Dia tidak suka Nasri Amir berbicara soal mati.Selama ini tidak pernah Nasri Amir berbicara soal mati.Sofia tidak sanggup kehilangan Nasri Amir kerana dia benar-benar mencintai Nasri Amir.”Sayang?kenapa diam ni?sayang sakit ke?”pertanyaan Nasri Amir mengembalikan Sofia ke dunia nyata.

‘Terima kasih Ya Allah kerana hadirkan dia dalam hidupku sesungguhnya aku bahagia.Terlalu bahagia dengan kurniaanMu yang satu ini Ya Allah.Jangan engkau mengambilnya dari ku Ya Allah.Tetapkanlah hati kami agar mencintai satu sama lain keranaMu Ya Allah.Amin’doa Sofia dalam hati.

Tanpa dia sedar air matanya menitis laju.”Sayang?abang buat salah ke?Maaf sayang kalau kata-kata abang menguris hati sayang.Maafkan abang ye sayang?”pujuk Nasri Amir.Dia terkejut apabila tiba-tiba Sofia menangis.Dia hanya menyatakan hasrat hati tapi Sofia menangis pula.Siapa yang suka bila orang yang disayangi bercakap soal mati?Sedangkan dia sendiri tidak menyukainya jika Sofia bercakap soal mati.

Sofia pantas menyeka air matanya yang membasahi pipi.Dia hanya mengukir senyuman manis buat tunangnya.”Tak ada apa la Nas,saya okay je”jawab Sofia hanya mahu menyenangkan hati Nasri Amir.”Apa sayang?Nas?”tanya Nasri Amir dengan niat mengusik bakal isterinya ini.”Haha kena panggil jugak ke?”Sofia hanya mampu ketawa melihat keletah manja Nasri Amir.Beginilah Nasri Amir bila berdua dengan dia bermanja aje kerjanya sampai Sofia boleh agak apa yang berlaku.Kalau tak dilayan manjanya mula la dia merajuk seperti kanak-kanak yang tidak mendapat gula-gula.”Kenalah panggil.Tak sayang abang ke?”tanya Nasri Amir sambil buat muka kesian untuk memancing hati Sofia.Sofia menahan ketawa lagi.
Sikap Nasri Amir yang pandai berjenaka benar-benar membuat dia senang bersama Nasri Amir.Ibu dan ayahnya suka benar dengan Nasri Amir.Sikapnya yang rajin,menghormati orang tua dan sangat mendahului ibunya dalam semua perkara membuatkan ibu dan ayahnya tanpa banyak soal merestui hubungannya dengan Nasri Amir.”Urm...tak sayang”jawab Sofia sambil menahan ketawa.Dia hanya mahu mengusik Nasri Amir kerana selama ini Nasri Amir yang selalu mengusiknya.”Hmm..takpela Nas faham”jawab Nasri dengan nada hampa yang dibuat-buat.Nasri Amir tahu yang Sofia hanya bergurau.

“Abang, Sofia sayang sangat-sangat kat abang.Tak dapat digambarkan betapa Sofia sayangkan abang.Allah tahu yang Sofia sayangkan abang dan sebab tu Sofia nak kahwin dengan abang.Sofia nak bersama abang melakar impian indah kita bersama.Sofia nak jaga abang sampai Sofia tua.Sofia nak lahirkan anak-anak abang.Sofia nak bersama abang selamanya.Sofia harap abang kekal menjadi jodoh Sofia hingga ke syurga.Sofia nak abang yang pimpin tangan Sofia dan mungkin anak-anak kita nanti ke syurga abang”terang Sofia bersungguh-sungguh.Itu memang harapannya.Impiannya bersama lelaki yang amat disayangi dan cintai buat selama-lamanya.

Nasri Amir sungguh terharu mendengar kata-kata Sofia.Dia hanya mampu memanjatkan rasa syukurnya ke hadrat Ilahi kerana menghadirkannya bidadari terindah buat dirinya.Dia sungguh mencintai Sofia dan memang niatnya mahu memimpin Sofia dan mungkin anak-anak mereka ke Jannah.In shaa Allah.Moga Allah mengizinkannya.”Terima kasih banyak-banyak sayang.Abang terharu sangat.In shaa Allah,abang akan cuba jadi imam yang terbaik untuk sayang.”ucap Nasri Amir dengan nada bersungguh.

Saat ini hanya Allah yang tahu betapa bahagianya Sofia dan betapa dia tak sabar untuk menjadi hak milik Nasri Amir.Selepas ini hidupnya akan dikongsi bersama Nasri Amir.Tiada perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perasaannya ketika ini.Tinggal beberapa hari lagi majlis perkahwinannya dengan Nasri Amir.Dia gembira kerana berkongsi hari berbahagia dengan Maira.

Pada malam itu,Maira berskype dengan Fairuz.Alhamdulillah Fairuz telah pulang ke Malaysia seminggu sebelum tarikh perkahwinannya.Semasa Fairuz di luar negara,dia selalu menghantar emel,gambar dan berskype dengan gadis pujaannya merangkap cinta hatinya,Maira Imani.Maira mengunci pintu biliknya untuk mengelak Sofia daripada memasuki biliknya.Seminggu sudah Maira dan Sofia berpisah bilik.Semuanya atas arahan umi dan ibu bapa mereka berdua.

“Aira,tersenyum sorang-sorang ni kenapa sayang?tak nak kongsi dengan abang?Maira mimpi apa jadi malam esok ye?”usik Fairuz nakal.Usikan Fairuz membuat muka Maira serta merta menjadi merah.”Ape ni abang!”rajuk Maira.Sungguh dia malu berbicara hal ini dan setiap kali Fairuz mengusiknya pasti hal ini yang akan dibangkitkan.”Hehe abang usik Aira je.Esok sayang pakai baju tidur seksi-seksi tau kalau tak pakai apa-apa pun tak apa!abang suka!”usik Fairuz semakin galak.Dia suka melihat wajah Maira malu-malu kerana mukanya akan bertukar merah.”Seksi ape..seksa adela..esok Maira pakai telekung supaya abang takut nak tidur dengan Maira.”balas Maira sambil membuat muka mengejek.


“Aira nak jadi ape?pocong?haha Aira ingat abang takut ke sayang?lagi abang nak terkam Aira lagi ada!”balas Fairuz sambil membuat muka nakal.Makin galak dia mengusik Maira kerana Maira tidak mengalah kali ini.”Abang!jahat tau!dah la Maira tidur sorang-sorang ni!macam mana Maira nak tidur nanti?”rajuk Maira.Maira memang seorang yang penakut sebelum ini pun dia akan tidur lambat kerana berfikir bukan-bukan.”Abangkan ada sayang..nak takut ape lagi hmm?”pujuk Fairuz.Dia menongkat dagu sambil memandang ke arah skrin laptopnya lama.Wajah ayu Maira di tatap lama.Esok Maira sah bergelar sebagai isterinya dan secara sahnya Maira menjadi hak miliknya zahir dan batin.Semoga Allah permudahkan majlis perkahwinannya esok.

Friday, April 4, 2014

Selamat Jalan Sahabatku =(

assalamualaikum

apa khabar korang semua?sihat tak?fia rindu gile dengan blog fia ni....berhabuk dah! XD sekarang ni fia busy sikit..oh sekarang ni dah bulan april kan?kan kan? lagi berapa hari je fia akan menjadi 18 tahun...oh pasal result fia??alhamdulillah fia dapat lebih daripada fia jangka...

lepas ni fia nak sambung mana?hmm fia tak tahu lagi...ambition fia nak jadi baker..sebab dekat malaysia ni...chef yang mahir dalam pastry tak ramai...so kira kalau fia mahir...masyuk jugak la pendapatannya...tapi sayang...dekat malaysia ni yang tawaran course pastries ni tak banyak...dan mostly swasta...hmm jadi apa lagi pilihan yang fia ada?amik jela kulinari...oh nadirah dah start masuk berjaya university collage rasanya...hmm untungnya dia dapat tajaan penuh daripada felda...oh..esok hanisah pergi PLKN...hmm hari isnin fatin pulak....baru fia nak sambut birthday fia...=( hanisah,fatin,hafizah,fizie,edora dengan mel...

hari ni last jumpa hanisah...sebab besok pagi hanisah bertolak ke Pahang....nanti mesti rindu nak lepak sama-sama...hari tu fia temankan fatin pergi beli barang untuk PLKN...hari tu je last fia keluar dengan fatin...lepas ni dah takde lagi dah...tunggu 3 bulan lagi la...hmm fia rasa alone...hmm tinggal ilham je kat sini...huwaa....fia rasa lifeless!hmm yela asyik duk rumah je...fia bosan...

thanks to zahirah sebab bagi coklat dekat fia...awie pun bagi coklat...alahai debab fia macam ni!!! XD awie bagi kisses..zahirah bagi cadbury...dua-dua ada kacang!wah!memang kegemaran fia la!hee...esok fia nak pergi rumah ilham..nak pinjam novel...aku bukan mistress...yang telah diadaptasi ke drama tu...Aku Isterinya..dulu berlakon sebenarnya saya isteri dia! ni berlakon dalam aku isterinya...semua isteri dia nak pulun! haha joking je...

cerita tu macam pelik sebab start je dah kahwin..lepas tu banyak flash back...alahai...fia malas pulak nak tunggu...so kite baca je novel dia...hee...nasib la perpustakaan bergerak fia ada!haha sape lagi kalau bukan cik ilham khadijah..XD okla sampai sini je post fia untuk kali ni...sampai berjumpa di post yang akan datang...oh selamat jalan sahabatku ='( I will miss you so much! take care....assalamualaikum