Friday, August 10, 2012

Kemaafan

assalamualaikum

hey guys!dah lamakan fia tak udate blog...hmm anyway fia ada masukkan karya-karya yang fia cipta..kebanyakan karya fia berkaitan dengan cinta..hmm berbalik kepada tajuk fia.."kemaafan"

kehidupan fia sekarang dibelenggu rasa bersalah dan menyesal...segalanya bermula tahun lepas...dan sekarang hidup fia dah serabut..fia nak mohon kemaafan daripada semua orang yang mengenali fia...terutama sekali ayie-fia mintak maaf dah lukakan hati ayie...luqman-su mintak maaf sbb dah menghina dan menyakitkan hati man...Natasya-aku mintak maaf sebab pernah berdendam dengan kau....sekarang,fia cuba menjadi manusia yang lebih baik daripada sebelum ni...fia buru keampunan dari Yang Maha Esa..

Fia nak beri nasihat sikit...ingatan buat semua dan diri fia sendiri...
bulan puasa ni bulan untuk kita melakukan amal ibadat..bukan mengutuk orang...rugi amal ibadat dan amal jariah kita kalau kita mengutuk orang...dosanya sama seperti kita membunuh...

Kematian dekat dengan kita...cuma kita tidak melihat...kita boleh mati pada bila-bila masa...lakukan la amal ibadat kerana ganjarannya Syurga...andai saja Allah tunjukkan syurga itu pada kita pasti kita kan melakukan amal ibadah...Allah tidak menunjukkan syurga kerana ingin menguji keimanan kita...Allah tunjukkan kepada Nabi Muhammad S.A.W sebahagian daripada seksaan...tapi kenapa kita masih tidak melakukan apa yang diperintah oleh Allah?ini kerana kita tidak melihatnya sendiri...

Antara seksaan yang Allah tunjukkan kepada Nabi Muhammad

  • Wanita yang digantung rambutnya dan otaknya mendidih-kerana tidak menutup rambut.
  • Wanita yang digantung lidahnya serta tangannya di bawahnya ada lendir yang mendidih-kerana menyakiti hati suami.
  • Wanita yang digantung buah dadanya dan diberi minuman zagum-kerana menyusui anak orang lain tanpa izin.
  • Wanita yang digantung tangan dan kaki di ikat.Kemudian dibelit ular-kerana keluar rumah tanpa izin suami/tidak mandi wajib dari haid dan nifas.
  • Wanita yang memakan badannya sendiri-wanita yang bersolek yang untuk dilihat orang lelaki dan suka berbicara tentang keaiban lelaki.
  • Wanita yang memotong-motong badannya dengan menggunakan gunting neraka-kerana suka menonjolkan diri dikalangan orang ramai untuk menjadi terkenal,ingin menunjukkan perhiasan.
  • Wanita yang bermuka hitam kemudian mukanya seakan-akan binatang dan memakan ususnya sendiri-kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa tetapi tidak wuduk,mandi wajib.
  • Wanita yang kepala seperti babi dan badannya seperti keldai-kerana suka menipu dan mengumpat.
  • Wanita yang berbentuk anjing kemudian ada ular dan kala jengking masuk melalui kemaluannya-kerana menfitnah dan memarahi suami.
Kesemua seksaan lebih kepada wanita...wanita senang masuk syurga dan wanita jugak senang masuk neraka...terpulang kepada kita mahu memilih...semoga apa yang fia kongsikan ini dapat memberi manfaat...renung-renungkan la dan selamat beramal! :)

sampai sini je post fia untuk kali ni..sampai bertemu dipost yang akan datang...
assalamualaikum...

No comments: