Followers

Friday, June 1, 2012

Kem di Dusun Eco resort!

assalamualaikum,

lame fia tak update blog kan?huhu busy sikit la...oh ye sekarang dah cuti!finally!tapi first week cuti fia still study...study dengan cousin fia...oh ye berbalik kepada tajuk post hari ni...fia nak cerita pasal kem agong unit uniform yang berlangsung 27 Mei sampai 29 Mei...

27 Mei-fia bangun then mak cakap nak pergi breakfast kat luar so fia pun siap-siap...then mak cakap takut tak sempat..fia pun cepat kemas barang...tukar baju then bawak beg...lepas makan mak hantar ke sekolah..then tunggu dengan nur...bile atirah,aishah,fatin dengan hafizah dah sampai kiteorang gi dengar taklimat...then tunggu bas...naik bas perjalanan dalam masa 2 jam untuk sampai ke dusun eco resort...

sampai kat sana kiteorang kene tunggu jeep yang bawak kiteorang sampai kat tempat khemah...kiteorang di beri makanan..then dibahagi kepada kumpulan khemah...dan fia dilantik jadi ketua untuk khemah no 9..then bina khemah...pastu ice breaking...oh ye 27 mei adalah hari jadi mikhail...time kat kem semua nyanyi lagu kat dia..macam nak nangis je fia tengok dia...terharu kot anyway happy belated birthday mika!

28 Mei-fia buat halangan...huhu serius best!walaupun penat dan sakit...then lepas buat halangan fia dengan group gi buat rakit pastu buat makanan..and guess what?group fia yang paling berjaya masak nasi dan ayam..huhu tu pun atas bantuan puan Kamala...terima kasih cikgu!lepas habis tu kiteorang balik ke khemah..mandi kejap lepas tu pergi jungle trekking...mencabar jugak la jungle trekking...naik bukit pastu turun bukit...banyak kali jugak fia tergelincir...huhu bahaya-bahaya...dah sampai kat kem fia mandi pastu minum petang...malam tu kiteorang makan BBQ tapi disebabkan ade kejadian...fia terus tak selera nak makan..lepas makan ade malam budaya...serius fia asyik gelak je...lepas malam budaya cikgu bagi taklimat...malam tu sejuk gile mata makin ngantuk..masuk khemah je lepas dah pakai stoking terus fia tidur...

29 Mei-hari terakhir fia kat kem...pagi lepas breakfast kiteorang dibahagi kepada 2 kumpulan...kumpulan pertama pergi flying fox..kumpulan kedua pulak buat eco-challenge..fia kumpulan kedua eco-challenge tu buat halangan tapi kali ni masa dikira..4 orang daripada kumpulan fia tak buat halangan termasuk fia...lepas buat eco-challenge..time flying fox!tapi sebelum kiteorang naik flying fox..kiteorang kene lalu kat jambatan gantung...fia tak gayat tapi fia seram bile jambatan tu berbuai...huhu fia ok je bile tengok bawah...tapi fia berjaya laluinya!=D rasa nak naik lagi je..fia lalu jambatan tu buat fia rasa lebih berani..lepas tu fia naik flying fox dengan asyura...seronok gile!lepas flying fox kiteorang balik ke khemah lepas tu kiteorang siap-siap pakai baju kem then majlis penutup...lepas majlis penutup kemas khemas then makan pastu naik jeep...naik bas sampai desa petaling lepas tu fia balik jalan kaki...then ayah nur tumpang sampai rumah..kat rumah fia duk online...penat gile tapi fia tak tidur...malam tu mak amik pastu balik kampung...

okla sampai sini je post fia untuk kali ni...sampai bertemu dipost yang akan datang...assalamualaikum...:)

No comments: