Sunday, September 2, 2012

Day at cosmo's world =)

Assalamualaikum...

hari ni fia nak cerita pasal cosmo's world...again fia pergi cosmo's world tapi kali ni pergi dengan family...fia rasa seronok sangat kat sana tapi...fia teringat masa fia keluar dengan ayie,fatin,afnan dan aishah...hari tu genap 5 bulan kiteorang couple...itulah kali pertama fia keluar dengan dia..kira celebrate la...miss him so much..

ok dah la stop cerita pasal benda yang tak boleh berulang...fia excited gila...sampai je kat sana fia pergi main spinning orbit...fia teringat lagi kat ayie...ayie lagi..=O then main dizzy izzy...kali ni fia tak pening kepala.=D lepas tu fia main kapak tu..fia excited gila nak main kapak...tapikan..masa benda tu tengah bergerak fia menjerit jugak..tapi yang fia tak tahan bila adik lelaki fia menjerit..dia takut gila..haha..baru fia faham kenapa ayie gelakkan fia sebab masa first time naik kapak...reaksi adik lelaki fia dengan reaksi masa pertama kali naik kapak..

lepas tu fia naik lagi spinning orbit...hee..seronok je...then naik roller coaster!fia naik dua kali roller coaster...mula-mula menjerit-jerit...bila dah second time fia dengan adik fia buat macam Mr.Bean..takde perasaan..masa amik gambar pun fia dah gelak sebab yang lain sibuk duk menjerit tapi fia dengan adik fia takde perasaan..XD

then fia main ooort's express...kali ni fia main sorang-sorang..serius fia control ayu masa naik benda tu...haha..kalau tengok gambar masa kat sana...sopan je muka fia...senyum je..haha
semua benda fia main kecuali DNA mixer...tengok orang main pun fia dah gerun..

hmm okla sampai sini je fia nak cerita...kat bawah ni gambar-gambar masa fia kat sana...
sampai sini je post fia untuk kali ni sampai bertemu dipost yang akan datang...
assalamualaikum...

fia dan teddy bear besar!cutekan kami? XD

ready for take off! =D

fia dan mak fia...muka kami sama kan?=D

sweet fia..=P

Merry go round! =)

fia dan adik-beradik fia..;)

Tuesday, August 28, 2012

Rindu dia...:(

Assalamualaikum...

apa khabar pembaca sekalian?harap korang sihat-sihat belaka..hari ni fia nak cerita pasal apa yang jadi pada sabtu lepas...ok sabtu lepas fia konvoi pergi beraya...thanks to ajim sebab bagi fia join sekali...ramai gile yang pergi-ajim,nazri,al-fateh,syazwie,farhan,hasbul,khairul,sanidin,zairul,fizie,azza,aziman,khairin,syakila,syahirah dengan hafizah...

masa hari sabtu tu ayie buat open house..kite orang pun pergi la rumah dia..tapi fia pulak sakit dada...daripada KL sentral sampai rumah ayie masih sakit lagi...masa kat rumah ayie kakak ayie pulak menyakat fia...aduh!malu kot!>.< fia tak makan apa pun..sebab dada fia sakit sangat...so fia minum air kosong je...tapi satu benda je...fia nak nangis tengok ayie...fia terlalu rindukan dia...fia tak boleh buang rasa cinta ni...fia terlalu menyayangi dia...='(

then fizie bawak kite orang beraya kat rumah Black Mentor!macam mana boleh tahu rumah dia kat mana?sebab fizie ade pertalian persaudaraan dengan Black...fia pun tak sangka..tapi masa kite orang pergi rumah dia tu..dia takde kat rumah..yang ada cuma mak dengan ayah dia..

lepas habis tu kite orang bergerak balik ke rumah...fia sampai rumah pukul 7.30pm..memang beraya sakan la kan...yela hari sabtu tu je boleh keluar ramai-ramai...sebab yang mana duduk asrama nak kena balik dah...nanti takut tak sempat nak keluar beraya macam ni...sungguh hari sabtu memang hari paling penat dan hari paling best buat fia..tapikan yang fia lagi seronok terjumpa kak naquiah masa tengah tunggu bas...rindu sangat kat kak naquiah...dia satu group dengan fia masa kem prs kat kem Wirajaya...rindunya kat semua budak kem dan fasilitator kat kem wirajaya!hmm semalam fia pergi klinik sebab dada fia tak baik-baik lagi...doktor cakap fia sakit hulu hati..almost gastric...hmm fia memang selalu skip waktu makan...

okla sampai sini je post fia untuk kali ni...sampai bertemu dipost yang akan datang...
assalamualaikum...

Wednesday, August 15, 2012

Si Dia

Si Dia
Di saat ku bertemu kamu
kau menatap wajah ku membuat ku tak keruan
dan jantung ku berdegup cepat
Di saat bibir mu mengukir senyuman
aku bagai dipukau
Mata ku tak lekang menatap wajah mu
Setiap perkataan yang kau sebut ibarat melodi buat ku
Ku terbuai dan merasakan ianya sebuah mimpi
Tidak ku sedar waktu makin meninggalkan ku
Ku rindukan saat bersama mu
Memandang wajah mu membawa ku ke kenangan silam
Sukar untuk ku melupakannya
Entah mengapa mulut ku kata tidak suka pada mu
tapi hati ku resah dan jantung ku berdegup laju
tiap kali ku bertemu dengan mu
Mengapa ku harus jadi begitu setiap kali bertemu dengan mu
Pandangan mu redup memukau diri ku
Sungguh ku tergoda dengan ciptaan tuhan
Setiap raut wajahnya ku tatap
Tidak jemu aku melihat wajahnya
Sungguh ku sedar ku tidak bisa hidup tanpanya disisi
Ku ingin kau setia disisi ku tidak kira apa perhubungan mu dengan ku
Kerna dikau menjadi tulang belakang ku kini...

Friday, August 10, 2012

Kemaafan

assalamualaikum

hey guys!dah lamakan fia tak udate blog...hmm anyway fia ada masukkan karya-karya yang fia cipta..kebanyakan karya fia berkaitan dengan cinta..hmm berbalik kepada tajuk fia.."kemaafan"

kehidupan fia sekarang dibelenggu rasa bersalah dan menyesal...segalanya bermula tahun lepas...dan sekarang hidup fia dah serabut..fia nak mohon kemaafan daripada semua orang yang mengenali fia...terutama sekali ayie-fia mintak maaf dah lukakan hati ayie...luqman-su mintak maaf sbb dah menghina dan menyakitkan hati man...Natasya-aku mintak maaf sebab pernah berdendam dengan kau....sekarang,fia cuba menjadi manusia yang lebih baik daripada sebelum ni...fia buru keampunan dari Yang Maha Esa..

Fia nak beri nasihat sikit...ingatan buat semua dan diri fia sendiri...
bulan puasa ni bulan untuk kita melakukan amal ibadat..bukan mengutuk orang...rugi amal ibadat dan amal jariah kita kalau kita mengutuk orang...dosanya sama seperti kita membunuh...

Kematian dekat dengan kita...cuma kita tidak melihat...kita boleh mati pada bila-bila masa...lakukan la amal ibadat kerana ganjarannya Syurga...andai saja Allah tunjukkan syurga itu pada kita pasti kita kan melakukan amal ibadah...Allah tidak menunjukkan syurga kerana ingin menguji keimanan kita...Allah tunjukkan kepada Nabi Muhammad S.A.W sebahagian daripada seksaan...tapi kenapa kita masih tidak melakukan apa yang diperintah oleh Allah?ini kerana kita tidak melihatnya sendiri...

Antara seksaan yang Allah tunjukkan kepada Nabi Muhammad

  • Wanita yang digantung rambutnya dan otaknya mendidih-kerana tidak menutup rambut.
  • Wanita yang digantung lidahnya serta tangannya di bawahnya ada lendir yang mendidih-kerana menyakiti hati suami.
  • Wanita yang digantung buah dadanya dan diberi minuman zagum-kerana menyusui anak orang lain tanpa izin.
  • Wanita yang digantung tangan dan kaki di ikat.Kemudian dibelit ular-kerana keluar rumah tanpa izin suami/tidak mandi wajib dari haid dan nifas.
  • Wanita yang memakan badannya sendiri-wanita yang bersolek yang untuk dilihat orang lelaki dan suka berbicara tentang keaiban lelaki.
  • Wanita yang memotong-motong badannya dengan menggunakan gunting neraka-kerana suka menonjolkan diri dikalangan orang ramai untuk menjadi terkenal,ingin menunjukkan perhiasan.
  • Wanita yang bermuka hitam kemudian mukanya seakan-akan binatang dan memakan ususnya sendiri-kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa tetapi tidak wuduk,mandi wajib.
  • Wanita yang kepala seperti babi dan badannya seperti keldai-kerana suka menipu dan mengumpat.
  • Wanita yang berbentuk anjing kemudian ada ular dan kala jengking masuk melalui kemaluannya-kerana menfitnah dan memarahi suami.
Kesemua seksaan lebih kepada wanita...wanita senang masuk syurga dan wanita jugak senang masuk neraka...terpulang kepada kita mahu memilih...semoga apa yang fia kongsikan ini dapat memberi manfaat...renung-renungkan la dan selamat beramal! :)

sampai sini je post fia untuk kali ni..sampai bertemu dipost yang akan datang...
assalamualaikum...

Monday, August 6, 2012

sahabat

Sahabat

Di kala hari ku sepi
Kau hadir menyerikannya
Di kala ku kesedihan
Dikau datang menghiburkan hati
Dikala ku gembira
Dikau ada berkongsi gembira
Di kala kesedihan melanda dirimu
akan ku cuba kurangkan kesedihannya
Di kala dikau merasa gembira
Diri ku akan gembira bersama
Di saat dikau bercerita
akan ku jadi pendengar setia
Di kala diri mu dalam kesusahan
akan aku cuba membantu

Pertuturan mu
Sentiasa menyenangkan hati ku
Setiap gerak geri mu
Sering mencuri perhatian ku
Bila ku bersama mu
Hanya kegembiraan yang ku temui
Dengan adanya kau disisi
Hari ku sudah cukup sempurna
Ku ingin kau setia disisi
menemaniku di kala susah dan senang
ku ingin kita tetap bersahabat
hingga ke akhir hayat
Terima kasih tuhan
kerna hadirkan dia dalam hidup ku
Tanpa dia sebagai sahabat,
Siapalah aku....

Saturday, June 30, 2012

Resepi Cinta

Coklat,tanda ku ambil berat
Bunga,tanda romantik cinta
Hadiah,perlukah untuk mu
Cinta,special untuk mu
Setia,selalu ku amalkan
Jujur,tidak akan kau sesali memiliki ku
Perhatian,amat ku harapkan dari mu
Kesabaran,slalu ku lakukan
Menjaga hati,slalu ku jaga dengan rapinya
Senyum,wajib bila bersama mu
Cemburu,tanda ku sayang pada mu
Ketawa,takkan hilang jika ku bersama mu
Sedih,slalu berkurangan bila bersama mu
Sayang,slalu ku serahkan di setiap hari ku
Puisi romantik,slalu ku buat dan serah pada mu
Ramah,setiap hari ku lakukan
Hati,telah ku serahkan sejak ku kenal diri mu
Kemanjaan,susah untuk ku lakukan
Kecomelan,hanya kau akan memuji
Keayuan,hanya kau slalu melihat
Kesungguhan,memiliki mu sepanjang hayat ku
Rindu,sentiasa di hati ku
Ucapan sayang,ingin ku ucapkan tapi tak terkata
Gambar,perlu ku dapatkan untuk melepaskan rindu
Cinta mu,penting bagi ku
Jika tiada cinta mu,maka hilanglah hati ku
Dan musnahlah resepi cinta yang kita lakukan selama ini
Tanpa diri mu,tak wujud resepi cinta...

Thursday, June 28, 2012

My Life Being Worst and Worst

assalamualaikum..

Dah lama kan fia menyepikan diri?huhu minta maaf sangat-sangat!fia busy sangat lepas bukak sekolah ni...oh lupa pulak nak cakap cuti fia best gak la..hee!first week fia jadi babysitter!huhu jaga budak kecik nama dia Amar Syukrina!budak comel,manja,mengada dan pandai!best jugak jadi babysitter..selain jadi babysiter,fia jugak ada kelas tambahan dengan cousin fia..he teach me pyhsics and add math..then minggu kedua fia bercuti ke Terengganu!hee the best part is my lovely cat pun kiteorang bawak sekali!

hmm...okla terengganu yang bestnya pantai...ok fia dah tak tahu nak cerita apa lagi pasal terengganu sebab kalau fia kena bagi star fia akan bagi 4/10 kalau nak tahu kenapa fia bagi markah 4 adalah sebab apa yang berlaku kat family fia masa kat sana...

hmm ok stop cerita pasal cuti..nak cerita pasal apa yang jadi kat sekolah 26/6 iaitu hari selasa yang lepas...ok first ada latihan dengan syarikat nike...fia pening kepala and almost muntah after latihan tu...then masalah kantin...pastu sejarah cikgu marah sebab tak siap nota..lepas tu mamat yang huru-hara kan hidup fia datang sekolah tengok awek dia lari..fia dah punch tanah dah time tu..nasib baik farhana ada tenangkan fia(thank farhana!)...

then time for me to run!fia masuk 400m..time lari pusingan pertama ok lagi time pusingan kedua kaki fia dah start sakit pastu dada fia macam kene tusuk...terus fia jalan...dah tamat larian fia terus duduk..hanisah dengan atirah tolong papah fia suruh bangun..pastu fia jalan then duduk kat tepi...then anis cakap kat fia "su,dompet kau hilang!" fia pun dah pelik..macamane boleh hilang?then anis cakap la yang fatin bagi dompet tu kat dia...

fia pun cakap takpe la bukan 100% salah anis...then fia nampak fatin pastu fia tanya dia mana dompet fia dia cakap dia bagi kat tasya..WHAT?!anis bagai nak rak cari dompet fia sampai nangis-nangis...dia boleh pulak cakap bagi kat tasya...then fia pergi cari tasya...then fia tanya tasya mana dompet fia..dia cakap dia bagi nur...PULAK DAH!aduh fia dah la sakit kaki plus sakit kepala..fia menapak balik ke padang cari nur..bila fia tanya nur,nur cakap takde pun..fia dah naik angin dah...fia bawak nur pergi jumpa tasya...then dia cakap macam tu la macam ni la..fia diam je..fia tak tahan fia punch tiang banyak kali..then fia dengan nur pergi amik beg..then hafizah pulak tanya pasal dompet fia...

then hafizah,nur dengan fia pergi jumpa tasya balik..then dia cerita lagi kat hafizah dengan nur..fia dah tak tahan...fia punch lagi sekali tiang pastu sepak tiang then masuk bilik pengawas...fia memang tengah hot gile masa tu...ikutkan hati fia tumbuk tiang sampai tangan fia lebam...

balik fia terus masuk bilik...nangis pastu tido...satu hari yang sangat tension bagi fia...okla sampai sini je post fia untuk kali ni sampai bertemu dipost yang akan datang...
assalamualaikum..