Thursday, March 26, 2015

not feel well

assalamualaikum

korang sihat?fia harap korang sihat belaka...final exam makin dekat...makin tinggi tekanan yang fia rasa...hasrat hati nak pergi jauh cuti ni nampaknya tergendala bila kawan fia sakit...

cuti ni fia rasa fia nak jelajah KL...erm tapi tak tahu la mana fia nak menapak...sekarang fia cuba jauhkan diri daripada semua orang...penat lelah cuba menolak setiap orang yang baik dengan fia...jahatkan fia? entahla fia macam dah hilang semua yang fia ada...

I'm tired being someone to anyone...I'm having a huge stress and depression... maybe kena jumpa psychiatric macam ni...novel time cuti in shaa Allah fia siapkan semua...

meet you guys later...take care dear readers...asslmualaikum

Monday, March 9, 2015

not strong enough

assalamualaikum

readers sihat?fia harap korang sihat-sihat belaka...fia?sihat fizikal alhamdulillah...

not strong enough...why?sekarang ni fia makin lama makin sakit...fia hilang semuanya...Allah amik semuanya maybe sebab fia jahat sangat...jahat dekat diri fia...dekat orang sekeliling fia...

fia alone sangat...sunyi...fia dah tak banyak cakap...fia dah tak bergaul dengan orang...fia banyak sorang-sorang...fia banyak pendam perasaan...fia dah tak slalu senyum...fia bukan fia yang dulu...

fia tak kuat nak hadapi semuanya...fia tertekan sangat sekarang...fia rasa lemah sangat-sangat...ni la kifarah buat fia...fia terima semuanya...cuba untuk redha walaupun hati fia merintih sayu...

maafkan fia semua...andai fia buat sesiapa terasa hati..atau fia melakar duka dalam hidup korang...fia cuba memadam sedih dan tangis orang lain daripada melakar bahagia...sebab fia tahu fia tak mampu nak bahagiakan orang lain...

assalamualaikum 

Saturday, January 31, 2015

Hurt

assalamualaikum

hurt...kesakitan yang fia rasakan kali ni...Allahuakhbar...tak terucap...fia rasa hilang...fia rasa stress sangat...fia rasa macam hilang semua...fia kurang makan sekarang...kurang cakap...kurang interaksi...kurang rasa...tapi selalu sakit...

semua mempersoalkan tindakan fia...tapi fia ada alasan fia sendiri...setiap apa yang berlaku dalam hidup fia...itu adalah pelajaran buat fia...pengalaman yang buat fia lebih matang memandang dunia ataupun tidak...

fia dibelenggu pelbagai perasaan...berilah sebanyak mana pun masa untuk fia berfikir...fia akan tetap tersangkut di tempat yang sama...puas semua orang nasihatkan fia..tapi fia?fia tak tahu nak describe apa yang sebenarnya yang fia rasa....hmm tahla susah fia nak describe...nak luah pun lagi la...Allah je tempat fia mengadu...akak fatin cakap fia macam zombi...well almost...

kenangan demi kenangan memburu fia...fia jadi rindu,sayu...kita memang boleh merancang tapi kita tak boleh menolak perancangan yang Allah dah aturkan untuk kita sejak azali...selalu orang cakap macam mana cantik pun perancangan kita...cantik lagi perancangan Allah...setiap dugaan memberi hikmah...mengajar dan belajar...

life is wonderful...mathematical life solution yang fia baca daripada buku...

Life + Love = Happy
Life - Love = Sad
________________
2 Life = Happy + Sad

Happy + Sad
___________
           2

= 1/2 Happy + 1/2 Sad

Conclusion is just enjoy your life...

Hidup cuma sekali tapi satu benda je bukan sekali....kesilapan...kadang-kadang kita ulang kesilapan yang sama...manusia tidak sempurna...asal perkataan manusia dalam bahasa arab juga bermaksud lupa...menunjukkan manusia ini mudah lupa...lupa akhirat kerana nikmat dunia...lupa rendah diri ketika kejayaan mencurah-curah...tetapi Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...kerana tidak jemu menunggu kita bertaubat...

Manusia dan tak kurang juga fia sendiri bila di duga sedikit mula mengatakan Allah tidak adil...sedangkan adilkah kita ketika Allah limpahkan kesenangan tetapi kita tidak bersyukur?tidak bersujud padaNya?Allah memberi dugaan kerana dia menyayangi dan merindui doa serta rintihan hambaNya...

Syaitan sentiasa cuba untuk menyesatkan anak-anak Adam...itu janjinya pada Allah...ketika diri cuba untuk menjadi lebih baik...di saat itu jugalah bermacam-macam dugaan datang menimpa...yang sebenarnya Allah mahu menduga sejauh mana kita bersabar dan beristiqamah untuk berubah...

Di zaman moden kini masih ramai yang masih tidak tahu membaca Al-Quran...kebanyakannya sibuk dengan mencipta nama di mata dunia...tidak pernah ada istilah terlambat untuk belajar agama...belajarlah sebanyak mana pun...

dah panjang sangat fia berbicara...cuba mengubah diri...In shaa Allah...di lain hari fia akan post lagi...

assalamuamaikum w.b.t

Thursday, January 15, 2015

My life with new semester

assalamualaikum

actually sekarang means masa fia tulis blog ni...fia dekat ipb..hmm sebab semua dah ada kelas so fia sorang je...nasib la lab ni tak ada orang...fia layan perasaan...almost nak nangis..korang mesti macam...dia ni asyik nangis je tak ada kerja lain ke?kan?Jujur memang fia kuat nangis...kawan-kawan fia...awie...dah masak sangat dengan perangai fia yang satu ni...

makin lama fia makin rasa sepi..tak berpunya..perkataan yang tepat adalah lifeless...disebabkan fia tak duduk dekat asrama untuk semester 2 ni jadi fia jadi tak rapat dengan classmate fia...lebih best lagi time sekarang la waktu yang fia paling stress...most of the time sekarang ni fia selalu sakit kepala..bukan sebab tak cukup rehat atau tak makan tapi sebab stress...

cara fia lepaskan stress dengan tidur...but ada orang kata...orang yang kuat tidur ni sebenarnya paling sedih...hmm maybe betul kot...sekarang ni fia cuba untuk mendekati Pencipta...perlahan-lahan fia cuba dan fia harap orang lain dapat bantu fia untuk jadi lebih baik...

I miss my ex schoolmate...their laugh...attitude...I miss them...we're facing a lot together...sekarang masing-masing dah terpisah jauh...ada yang dekat perlis,perak,kedah...hmm jauh je semua...macam fia cakap dengan fatin semalam..rindu yang bertikam lidah dengan achot & mal...dulu kat sekolah kira fia ni...erm...bising gak la..but tu dulu...sekarang cuba ubah diri mengikut penampilan...

okay guys sampai sini je...take care semua...assalamualaikum...

Saturday, January 10, 2015

My Life

assalamualaikum

apa khabar readers?sihat tak?harap korang sihat belaka...fia?alhamdulillah masih lagi bernafas...tahun baru...means nothing to me...why? semakin hari fia makin stress...honest sangat...why?let just say it just me who are the bad one,useless,cruel...just me...macam mana pun fia cuba...fia sentiasa nampak buruk,jahat...etc...fia tak pandai nak buat orang suka dekat fia...sayang dekat fia...

fia tak tahu kenapa fia memang tersangat la pandai dalam bab buat orang benci dekat fia,menjauhkan diri dari fia dan jadi kinda helping...azam tahun ni fia tak nak lagi menangis but what to do?sebabkan kesalahan masa lalu fia...fia sendiri yang menangis...fia gagal...fia takut...fia perlukan seseorang untuk bagi fia semangat...peluk fia sambil kata "everything is gonna be alright" ataupun "It's okay,I'm here for you"...sakit tanggung sendiri...nak bercerita fia rasa mengaibkan diri sendiri...

what to do when things are happening?menangis bagai nak gila...sampai fia rasa nak pitam...sebab fia dah lama sangat simpan dalam hati sorang-sorang...fuh....okay stop cakap pasal fia...nak pitam dah ni asyik nangis je...start from now fia akan selalu update blog...pasal novel tu pun in shaa Allah fia siapkan...

one thing in life yang kena ingat...jangan terlalu kurang ajar sangat dengan orang especially orang yang lebih tua of course...setiap manusia ada had sabarnya...bak kata pepatah air yang tenang jangan disangka tiada buaya...maybe kita nampak dia okay...baik je...tapi cuba kalau datang angin tak baik dia?silap-silap dia telan kita hidup-hidup nanti...metafora...what I'm tried to say are that every people have their limit...don't push too far or you will get the madness....

okay dah masuk 2015 ni makin terang future fia...maksud...fia makin nampak mana arah tuju fia nak pergi...first,fia nak habiskan diploma in computer science...second,lepas graduate in shaa Allah kalau tak ada halangan fia nak pergi umrah...manalah tahu lepas fia pergi rumah Allah fia lebih baik...sebab tu fia nak kumpul duit biasiswa fia...after grad in shaa Allah...third,fia akan kerja...okay tu mesti...lastly,fia akan study part time dekat MIB eh bukan Man In Black tau! Malaysian Institute of Baking...ha yang terletak dekat Petaling Jaya...fia akan amik diploma of pastries...lepas dah habis tu maybe kumpul duit bukak cafe pulak?

kalau fia tak bukak cafe pun fia buatla business online...okay tak perancangan fia?Doa moga Allah permudahkan urusan fia...dan In shaa Allah dah habis semua tu...tunggu esya besar sikit dan fia dapat duit lebih...boleh la hantar ibu dengan ayah pergi tunaikan haji...In shaa Allah...fia seronok dengar pelbagai cerita orang yang menjejakkan kaki ke Mekah...fia pulak yang teruja nak pergi...cuba merubah diri ke arah lebih baik biar pun orang caci dan maki...

fia cuba untuk jadi tabah...it require a lot of tears to be strong like this...fia memang seorang yang kuat nangis...sikit menangis...tak puas hati sikit menangis...terasa hati sikit menangis...sedih sikit menangis...senang kata semua perkara la fia nangis...erm okay guys sampai sini je...esok fia post lagi...take care readers....

assalamualaikum

Thursday, October 30, 2014

dugaan

assalamualaikum...

korang semua sihat?fia selalu update pasal novel je sekarang ni...so kali ni fia cerita pasal fia...Alhamdulillah fia sihat tapi kadang-kadang fia batuk,selsema..erm biasa la musim hujan ni cepat la sakitnya...fia pun kalau sakit bukan nak sangat makan ubat..kena marah teruk baru pegi dapur cari ubat...alahai...

sekarang fia tengah cuti sem...so tahu la kenapa fia makin ligat berblogging...hehe...sokongan dan dorongan daripada Encik Awie buat fia lagi semangat nak siapkan cinta kita berdua...sekarang fia masih dalam proses nak siapkan bab 17 dan In shaa Allah hari Jumaat atau Sabtu fia publish...kalau ada rezeki fia ingat nak cetak jadi novel betul...okay tak idea fia?

oh..berbalik kepada tajuk...erm...fia tak tahu mana salah fia...fia bukan tak nak tegur dia...tapi tiap kali fia tegur..fia jadi speechless...akhirnya fia hanya mampu ucap selamat malam tiap malam sebelum fia melelapkan mata...macam merpati dah...bila fia mendekat...dia menjauh...Allahuakhbar...tabahkan hati fia...

ha!fia dah ada lesen kereta!but unofficially la...hehe..sebab fia ambil lesen kereta dengan motor sekali...dah lepas test jpj kereta...tinggal motor je sekarang ni...boleh je fia pergi jpj nak buat lesen untuk kereta sahaja...tapi...fia rasa membazir pulak..yela nanti dah lepas motor kena buat lagi..keluar duit lagi...baik fia buat sekali je...kali kedua baru fia lepas jpj...masa first time ambil tu...Ya Allah...fia takut sangat-sangat!bukan fia tak boleh bawak tau...cuma ketakutan mengatasi...jadi fia jadi gabra sikit...dekat bukit dah fail...

nak jadikan cerita...masa ambil test jpj kali kedua pun haru jugak!sebab apa?tarikh fia ambil test jpj...dengan tarikh exam agama Islam fia adalah sama!mula-mula kak nana(driving school) bagitahu fia yang fia dapat sesi pertama no 16...kalau sesi 1...cepat sikit habis...sebab fia punya exam agama tu petang...bila sampai dekat surfine tu..fia dapat tahu yang fia punya bukan sesi 1 tapi SESI 3!alahai...fia jumpa pegawai jpj...siap nangis lagi..minta tolong bagi fia ambil test dulu...Ya Allah kalau korang dekat tempat fia pun mesti macam...arrrrgggghhhh!STRESS!

so lepas kecoh-kecoh sampai mak fia datang surfine cakap dengan pegawai jpj tu..fia decide fia pergi exam agama tu dulu...then fia keluar la awal bergegas pergi surfine balik...fia jawab exam dalam dewan tu...Ya Rabbi!tak tenang! T-T jawab sambil mata pandang jam...dan Alhamdulillah fia dapat buat kedua-duanya...betapa menggigilnya kaki fia masa bawak kereta...abang surfine dengan pegawai jpj boleh pulak dok mengusik fia...dah lulus je fia lompat kegembiraan(kalah budak kecik je!) hehe...so itu la kisah fia ambil test jpj...

Tika aku ingin menggapai
Kau mula mendingin
Tika aku mula langkah
Kau mula membina tugu

Dimana salahku
Aku buntu mencari
Hati merinduimu
Tapi aku bisa membisu

Bila hati mengulit rasa
Aku mengunci diriku
Biar hanya aku
Merintih sepi seorang diri

Biar sakit yang aku terima
Tiada rasa bagi diriku
Sakit bersulam bahagia
Bila kau disisi ku

Aku harap dikau mengerti
Hati ini tak akan berubah
Menanti setia tanpa jemu
Kerna terpahat kukuh dalam diri

Ku genggam erat 
Tak akan ku lepas
Biar derita ku rasa
Kerna hanya kau beri ku bahagia

okla sikit nukilan fia buat...sampai sini je post fia untuk hari ni...In shaa Allah akan ada lagi post yang akan datang...moga hari esok lebih baik daripada hari ini...Amin...Take care semua...Assalamu'alaikum w.b.t. =)

Saturday, August 23, 2014

Suasana baru

Assalamualaikum...

Hey korang...ape cerita sekarang?Dah lama fia tak bercerita dan meluah dekat blog kesayangan fia ni...sorry guys...lately ni fia kinda busy...dulu fia pelajar sekolah..sekarang fia penuntut universiti....

alhamdulillah...biarpun fia tak dapat nak teruskan bidang yang fia minat...fia nak cuba dulu masuk dalam dunia sains komputer ni...macam ni la...bagi fia..mula-mula belajar memang macam..."APA KEJADAH BENDA NI?????" haha serius! benda like coding banyak la...ok fia masukkan satu contoh kay...


SALAH SATU PROJEK FIA
see?yang ni pun fia buat atas bantuan kawan fia...nasib la dia ada basic so senang la nak mintak bantuan dia...dan dekat tempat fia belajar ni...memang pelajar DCS ni tak ramai...sem 3 pun ada 8 orang kot tak silap fia....yang sem fia ni ada 9 orang....harap sangat akan kekal 9 orang sampai sem 5 dan tak ada repeat....amin! 

fia dekat tempat tu okay la...so far okay lagi...sedar tak sedar dah almost 4 bulan fia belajar...fia cuba sesuaikan diri dekat sini but it seems....masih lagi ada rasa hilang tu...hmm...maybe what I just need is my whole room! and family...

ok that's it...tak tahu nak cite ape dah..pasal novel to still in progress....in shaa Allah will coming up soon....pray for me :') see you in the next post...
assalamualaikum...