Friday, August 10, 2012

Kemaafan

assalamualaikum

hey guys!dah lamakan fia tak udate blog...hmm anyway fia ada masukkan karya-karya yang fia cipta..kebanyakan karya fia berkaitan dengan cinta..hmm berbalik kepada tajuk fia.."kemaafan"

kehidupan fia sekarang dibelenggu rasa bersalah dan menyesal...segalanya bermula tahun lepas...dan sekarang hidup fia dah serabut..fia nak mohon kemaafan daripada semua orang yang mengenali fia...terutama sekali ayie-fia mintak maaf dah lukakan hati ayie...luqman-su mintak maaf sbb dah menghina dan menyakitkan hati man...Natasya-aku mintak maaf sebab pernah berdendam dengan kau....sekarang,fia cuba menjadi manusia yang lebih baik daripada sebelum ni...fia buru keampunan dari Yang Maha Esa..

Fia nak beri nasihat sikit...ingatan buat semua dan diri fia sendiri...
bulan puasa ni bulan untuk kita melakukan amal ibadat..bukan mengutuk orang...rugi amal ibadat dan amal jariah kita kalau kita mengutuk orang...dosanya sama seperti kita membunuh...

Kematian dekat dengan kita...cuma kita tidak melihat...kita boleh mati pada bila-bila masa...lakukan la amal ibadat kerana ganjarannya Syurga...andai saja Allah tunjukkan syurga itu pada kita pasti kita kan melakukan amal ibadah...Allah tidak menunjukkan syurga kerana ingin menguji keimanan kita...Allah tunjukkan kepada Nabi Muhammad S.A.W sebahagian daripada seksaan...tapi kenapa kita masih tidak melakukan apa yang diperintah oleh Allah?ini kerana kita tidak melihatnya sendiri...

Antara seksaan yang Allah tunjukkan kepada Nabi Muhammad

  • Wanita yang digantung rambutnya dan otaknya mendidih-kerana tidak menutup rambut.
  • Wanita yang digantung lidahnya serta tangannya di bawahnya ada lendir yang mendidih-kerana menyakiti hati suami.
  • Wanita yang digantung buah dadanya dan diberi minuman zagum-kerana menyusui anak orang lain tanpa izin.
  • Wanita yang digantung tangan dan kaki di ikat.Kemudian dibelit ular-kerana keluar rumah tanpa izin suami/tidak mandi wajib dari haid dan nifas.
  • Wanita yang memakan badannya sendiri-wanita yang bersolek yang untuk dilihat orang lelaki dan suka berbicara tentang keaiban lelaki.
  • Wanita yang memotong-motong badannya dengan menggunakan gunting neraka-kerana suka menonjolkan diri dikalangan orang ramai untuk menjadi terkenal,ingin menunjukkan perhiasan.
  • Wanita yang bermuka hitam kemudian mukanya seakan-akan binatang dan memakan ususnya sendiri-kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa tetapi tidak wuduk,mandi wajib.
  • Wanita yang kepala seperti babi dan badannya seperti keldai-kerana suka menipu dan mengumpat.
  • Wanita yang berbentuk anjing kemudian ada ular dan kala jengking masuk melalui kemaluannya-kerana menfitnah dan memarahi suami.
Kesemua seksaan lebih kepada wanita...wanita senang masuk syurga dan wanita jugak senang masuk neraka...terpulang kepada kita mahu memilih...semoga apa yang fia kongsikan ini dapat memberi manfaat...renung-renungkan la dan selamat beramal! :)

sampai sini je post fia untuk kali ni..sampai bertemu dipost yang akan datang...
assalamualaikum...

Monday, August 6, 2012

sahabat

Sahabat

Di kala hari ku sepi
Kau hadir menyerikannya
Di kala ku kesedihan
Dikau datang menghiburkan hati
Dikala ku gembira
Dikau ada berkongsi gembira
Di kala kesedihan melanda dirimu
akan ku cuba kurangkan kesedihannya
Di kala dikau merasa gembira
Diri ku akan gembira bersama
Di saat dikau bercerita
akan ku jadi pendengar setia
Di kala diri mu dalam kesusahan
akan aku cuba membantu

Pertuturan mu
Sentiasa menyenangkan hati ku
Setiap gerak geri mu
Sering mencuri perhatian ku
Bila ku bersama mu
Hanya kegembiraan yang ku temui
Dengan adanya kau disisi
Hari ku sudah cukup sempurna
Ku ingin kau setia disisi
menemaniku di kala susah dan senang
ku ingin kita tetap bersahabat
hingga ke akhir hayat
Terima kasih tuhan
kerna hadirkan dia dalam hidup ku
Tanpa dia sebagai sahabat,
Siapalah aku....

Saturday, June 30, 2012

Resepi Cinta

Coklat,tanda ku ambil berat
Bunga,tanda romantik cinta
Hadiah,perlukah untuk mu
Cinta,special untuk mu
Setia,selalu ku amalkan
Jujur,tidak akan kau sesali memiliki ku
Perhatian,amat ku harapkan dari mu
Kesabaran,slalu ku lakukan
Menjaga hati,slalu ku jaga dengan rapinya
Senyum,wajib bila bersama mu
Cemburu,tanda ku sayang pada mu
Ketawa,takkan hilang jika ku bersama mu
Sedih,slalu berkurangan bila bersama mu
Sayang,slalu ku serahkan di setiap hari ku
Puisi romantik,slalu ku buat dan serah pada mu
Ramah,setiap hari ku lakukan
Hati,telah ku serahkan sejak ku kenal diri mu
Kemanjaan,susah untuk ku lakukan
Kecomelan,hanya kau akan memuji
Keayuan,hanya kau slalu melihat
Kesungguhan,memiliki mu sepanjang hayat ku
Rindu,sentiasa di hati ku
Ucapan sayang,ingin ku ucapkan tapi tak terkata
Gambar,perlu ku dapatkan untuk melepaskan rindu
Cinta mu,penting bagi ku
Jika tiada cinta mu,maka hilanglah hati ku
Dan musnahlah resepi cinta yang kita lakukan selama ini
Tanpa diri mu,tak wujud resepi cinta...

Thursday, June 28, 2012

My Life Being Worst and Worst

assalamualaikum..

Dah lama kan fia menyepikan diri?huhu minta maaf sangat-sangat!fia busy sangat lepas bukak sekolah ni...oh lupa pulak nak cakap cuti fia best gak la..hee!first week fia jadi babysitter!huhu jaga budak kecik nama dia Amar Syukrina!budak comel,manja,mengada dan pandai!best jugak jadi babysitter..selain jadi babysiter,fia jugak ada kelas tambahan dengan cousin fia..he teach me pyhsics and add math..then minggu kedua fia bercuti ke Terengganu!hee the best part is my lovely cat pun kiteorang bawak sekali!

hmm...okla terengganu yang bestnya pantai...ok fia dah tak tahu nak cerita apa lagi pasal terengganu sebab kalau fia kena bagi star fia akan bagi 4/10 kalau nak tahu kenapa fia bagi markah 4 adalah sebab apa yang berlaku kat family fia masa kat sana...

hmm ok stop cerita pasal cuti..nak cerita pasal apa yang jadi kat sekolah 26/6 iaitu hari selasa yang lepas...ok first ada latihan dengan syarikat nike...fia pening kepala and almost muntah after latihan tu...then masalah kantin...pastu sejarah cikgu marah sebab tak siap nota..lepas tu mamat yang huru-hara kan hidup fia datang sekolah tengok awek dia lari..fia dah punch tanah dah time tu..nasib baik farhana ada tenangkan fia(thank farhana!)...

then time for me to run!fia masuk 400m..time lari pusingan pertama ok lagi time pusingan kedua kaki fia dah start sakit pastu dada fia macam kene tusuk...terus fia jalan...dah tamat larian fia terus duduk..hanisah dengan atirah tolong papah fia suruh bangun..pastu fia jalan then duduk kat tepi...then anis cakap kat fia "su,dompet kau hilang!" fia pun dah pelik..macamane boleh hilang?then anis cakap la yang fatin bagi dompet tu kat dia...

fia pun cakap takpe la bukan 100% salah anis...then fia nampak fatin pastu fia tanya dia mana dompet fia dia cakap dia bagi kat tasya..WHAT?!anis bagai nak rak cari dompet fia sampai nangis-nangis...dia boleh pulak cakap bagi kat tasya...then fia pergi cari tasya...then fia tanya tasya mana dompet fia..dia cakap dia bagi nur...PULAK DAH!aduh fia dah la sakit kaki plus sakit kepala..fia menapak balik ke padang cari nur..bila fia tanya nur,nur cakap takde pun..fia dah naik angin dah...fia bawak nur pergi jumpa tasya...then dia cakap macam tu la macam ni la..fia diam je..fia tak tahan fia punch tiang banyak kali..then fia dengan nur pergi amik beg..then hafizah pulak tanya pasal dompet fia...

then hafizah,nur dengan fia pergi jumpa tasya balik..then dia cerita lagi kat hafizah dengan nur..fia dah tak tahan...fia punch lagi sekali tiang pastu sepak tiang then masuk bilik pengawas...fia memang tengah hot gile masa tu...ikutkan hati fia tumbuk tiang sampai tangan fia lebam...

balik fia terus masuk bilik...nangis pastu tido...satu hari yang sangat tension bagi fia...okla sampai sini je post fia untuk kali ni sampai bertemu dipost yang akan datang...
assalamualaikum..

Friday, June 1, 2012

Kem di Dusun Eco resort!

assalamualaikum,

lame fia tak update blog kan?huhu busy sikit la...oh ye sekarang dah cuti!finally!tapi first week cuti fia still study...study dengan cousin fia...oh ye berbalik kepada tajuk post hari ni...fia nak cerita pasal kem agong unit uniform yang berlangsung 27 Mei sampai 29 Mei...

27 Mei-fia bangun then mak cakap nak pergi breakfast kat luar so fia pun siap-siap...then mak cakap takut tak sempat..fia pun cepat kemas barang...tukar baju then bawak beg...lepas makan mak hantar ke sekolah..then tunggu dengan nur...bile atirah,aishah,fatin dengan hafizah dah sampai kiteorang gi dengar taklimat...then tunggu bas...naik bas perjalanan dalam masa 2 jam untuk sampai ke dusun eco resort...

sampai kat sana kiteorang kene tunggu jeep yang bawak kiteorang sampai kat tempat khemah...kiteorang di beri makanan..then dibahagi kepada kumpulan khemah...dan fia dilantik jadi ketua untuk khemah no 9..then bina khemah...pastu ice breaking...oh ye 27 mei adalah hari jadi mikhail...time kat kem semua nyanyi lagu kat dia..macam nak nangis je fia tengok dia...terharu kot anyway happy belated birthday mika!

28 Mei-fia buat halangan...huhu serius best!walaupun penat dan sakit...then lepas buat halangan fia dengan group gi buat rakit pastu buat makanan..and guess what?group fia yang paling berjaya masak nasi dan ayam..huhu tu pun atas bantuan puan Kamala...terima kasih cikgu!lepas habis tu kiteorang balik ke khemah..mandi kejap lepas tu pergi jungle trekking...mencabar jugak la jungle trekking...naik bukit pastu turun bukit...banyak kali jugak fia tergelincir...huhu bahaya-bahaya...dah sampai kat kem fia mandi pastu minum petang...malam tu kiteorang makan BBQ tapi disebabkan ade kejadian...fia terus tak selera nak makan..lepas makan ade malam budaya...serius fia asyik gelak je...lepas malam budaya cikgu bagi taklimat...malam tu sejuk gile mata makin ngantuk..masuk khemah je lepas dah pakai stoking terus fia tidur...

29 Mei-hari terakhir fia kat kem...pagi lepas breakfast kiteorang dibahagi kepada 2 kumpulan...kumpulan pertama pergi flying fox..kumpulan kedua pulak buat eco-challenge..fia kumpulan kedua eco-challenge tu buat halangan tapi kali ni masa dikira..4 orang daripada kumpulan fia tak buat halangan termasuk fia...lepas buat eco-challenge..time flying fox!tapi sebelum kiteorang naik flying fox..kiteorang kene lalu kat jambatan gantung...fia tak gayat tapi fia seram bile jambatan tu berbuai...huhu fia ok je bile tengok bawah...tapi fia berjaya laluinya!=D rasa nak naik lagi je..fia lalu jambatan tu buat fia rasa lebih berani..lepas tu fia naik flying fox dengan asyura...seronok gile!lepas flying fox kiteorang balik ke khemah lepas tu kiteorang siap-siap pakai baju kem then majlis penutup...lepas majlis penutup kemas khemas then makan pastu naik jeep...naik bas sampai desa petaling lepas tu fia balik jalan kaki...then ayah nur tumpang sampai rumah..kat rumah fia duk online...penat gile tapi fia tak tidur...malam tu mak amik pastu balik kampung...

okla sampai sini je post fia untuk kali ni...sampai bertemu dipost yang akan datang...assalamualaikum...:)

Thursday, May 10, 2012

exam week!

assalamualaikum...

lama fia tak update blog kan?huhu busy la sekarang ni...exam week!3 minggu pulak tu...adoyai,bayangkan bm ade 2 kertas dan dua2 karangan....bi pun ade 2 paper tapi nasib baik paper 1 tu senang...for the first time I wrote an essay more than 350 and I answer will well...hee!nasib baik add math last sekali...lucky me!=D

on this week dah berapa kali fia nangis pasal ayie...seriously missing him..fia rindukan usikannya,gelak tawanya,senyumannya,layanannya dan ucapan cintanya...hanya Allah yang tahu bertapa luluh dan hancurnya hati fia bila ayie mintak putus dengan fia...fia pasrah dengan ketentuan Allah...fia doakan yang terbaik buat dia...

satu per satu masalah menimpa fia...lepas satu,satu fia tak kuat nak melaluinya sendiri..nasib baik fia ada adik-adik,kawan-kawan dan abang angkat fia yang selalu menjadi pembantu fia andai fia jatuh...Syaza,Fya (my sweet twin!;P),Norliwati,Alis,Mika,Daus dan adik-adik fia...thank you so much!fia sayang korang! :')

tak lama lagi nak celebrate hari ibu then hari guru pulak...can't wait to celebrate teacher's day!nak tengok cikgu main game..serius game yang kiteorang buat akan buat semua tergelak...haha mesti best!oh ye!fia nak pergi kem unit beruniform pada 27,28 dan 29 mei!

many things happen in may and I can't wait for school holiday!so many activity that I plan to do...cuti sekolah nenek dengan atuk nak pergi umrah...lupe nak cakap ade kucing baru!nama dia kontot sebab ekor dia kontot..kucing yang sangat hebat!

okla sampai sini je post fia untuk kali ni sampai bertemu di post yang akan datang...
assalamualaikum..:)

Friday, May 4, 2012

Thank you for everything

assalamualaikum

dah lama fia update blog...so many things happen kat fia...one thing korang kene tahu...fia dah putus dengan ayie...ade salah faham antara kami..

fia sedih jugak tapi lepas tahu pasal satu benda...serius rasa nak tumbuk muka dia...well his my past and I dont want to remember about him..cinta fia ade untuk dia tapi entah la...lepas hari tu fia asyik sakit...jantung fia macam kene tikam...sakit sangat...

hmm...minggu depan dah start exam!oh tidak!hari ahad mak fia cakap nak pergi PWTC sebab ade pameran buku..dah la hari akhir sure ramai...lepas ni fia tak nak terlibat apa-apa percintaan...sekali kecewa dah cukup buat fia...lagipun kalau fia couple,Ilham akan lempang fia...since then fia tak nak amik tahu pasal cinta...novel pun fia macam dah tak baca..busy yang teramat sangat!

doakan fia agar dapat jawab soalan dengan tenang....okla fia tahu post ni pendek tapi fia tak tahu nak cerita apa dan dari mana...huhu okla sampai sini je post fia untuk kali ni sampai bertemu dipost yang akan datang...
assalamualaikum...:)